Sunday, 9 December 2007

MUSIM KENDURI

Musim cuti banyak kenduri kahwin, lepas ini hari Raya Korban banyak pula majlis korban dan majlis kenduri, jadi bertambahlah jemputan dan makan daging lembu dan kambing. Yang berpenyakit darah tinggi kuranglah pengambilannya tetapi kalau yang tak tahan pantang alamat tekanan darah semakin tinggi dan kolestorel meningkat. Apapun yang pentingnya majlis dilaksanakan dengan sempurna dan jemputan hadir memeriahkan majlis. Bagi skot dan kawan yang dah mencapai umur 40an dan kalau kahwin tahun 80an mungkin dah dapat cucu. Setiap tahun musim cuti pasti majlis kahwin menjadi topik dan pasangan, besan dah melintasi sempadan kalau dulu kahwin mungkin sekampung, sedaerah, senegeri tetapi sekarang ada yang berbesan orang negeri luar seperti Johor, Sabah dan Sarawak. Ada juga sampai ke Indonesia, Singapura dan Thailand. Walau apa pun pun waktu ini, ramai juga kenalan lama kalau jumpa pasti akan tanya anak berapa, kat U ke? atau kerja apa? mungkin 10 tahun lagi kalau bertemu mungkin tanya dah ada cucu ke?. Minggu lepas aku terima call kawan lama yang telah bersara awal dan semasa kami kat KK anak-anak baru umur 3 tahun, bila dah jumpa anak-anak dah 20an dan menuntut di U dan ada seorang yang kecil antara 7 ke 12 tahun.
Waktu lama dulu dapat diingati semula, asam garam dan kenakalan anak-anak. berbalik kepada majlis kenduri kalau musim cuti majlis kahwin sampai 2 ke 3 hari dan persiapan mengambil masa berminggu dan ibubapa kehulu kehilir menghantar surat jemputan kahwin atau jemputan secara lisan. Sekarang jemputan dihantar melalui pos kalau jauh dan ada hanya call atau SMS jika berjauhan. Aku masih ingat tahun 1979, semasa kakak kahwin, persiapan membuat balai, mengangkut pinggan mangkuk dan perkakas dari syarikat gotong royong dan sekampung akan datang bergotong royong selama seminggu. Lembu dibeli sebulan awal dan dijaga diawal pagi kenduri jam 0630 akan disembelih. Selepas sembelih jam 0700 sekampung orang datang melapah, memotong daging untuk dibuat lauk. masing-masing tahu apa nak buat sebab sebulan sebelum majlis, mesyuarat dibuat sebelah malam membincangkan keperluan dan kehendak tuan rumah. Dilantik kepala tukang masak, penanggah, penyembelih, tukang panggil, mentara, dll secara lisan. Kebiasaannya tuan rumah akan mewakilkan orang yang sememangnya pakar dalam bidang masing-masing. Tuan rumah kena sediakan makan, rokok, air dan kuih mueh. Soal berapa jemputan dan tetamu tuan rumah kena maklum agar mesyuarat akan memutuskan jumlah perbelanjaan samada cukup atau tidak. Kenduri waktu itu mula dari jam 11 pagi hingga ke malam selagi ada tetamu mahu datang. Waktu itu, ayah dan ibu ramai kenalan dari rakan seperniagaan pekan sehari, rakan pejabat lama, dan yang paling ramai saudara mara jauh dan dekat. kenduri pada waktu malam dijemput rakan perniagaan keran diwaktu siang masing-masing dengan urusan jual beli. Waktu itu, tuan rumah dah tak boleh campurtangan sebab terlalu sibuk melayan tetamu, kalau tak dilayan mungkin akan balik tanpa menjamu sajian sebab orang dulu lebih mengutamakan layanan dan kehadiran. Dulu wang ringgit bukanlah sebagai hadiah seperti sekarang. Waktu itu, jiran-jiran akan sedekahkan gula, beras, ayam dan apajua bahan mentah dan sebagai balasan tuan rumah akan sediakan ole-ole nasi atau kueh, kalau kenalan bawa hadiah lagi besar lagi seronok tuan rumah. Konsep berderau seperti menanam sekarang menuai dimasa akan datang yakni seperti jiran menghadiahkan sepeha bunga telor, kueh tuan rumah akan rekodkan hadiah dan jika kenalan tersebut mengadakan kenduri tuan rumah akan membayarbalik bahan serupa atau seupamanya. Malam akad nikah juga adalah malam yang mengerunkan pengantin lelaki, selain Tok Kadi akad nikah dengan feailnya, yang lebih gemuruh dan ditakuti tuan rumah kalau ada orang buat hasad dengki atau rumah dimasuki kawar, mencuri duit hantaran. Majlis akad nikah biasanya dibuat sebelah malam dan pengantin kena lafaz dengan kuat dan gunakan PA sistem, habih seluruh penghuni mendengarnya. Majlis bersanding juga dibuat hampir ke dinihari adakalanya sampai ke subuh, dengan iringan nasyid, bersyair dan ramai kanak-kanak terutamanya perempuan tertiduk didepan pelamin dan dikejutkan bagi menyaksikan majlis persandingan. Anak-anak lelaki pula bermain sorok-sorok dikeliling kampung, yang muda remaja ada yang mencari pasangan (mengurat) dan bertenggek ditembok memeriahkan suasana. Lelaki dewasa dan orang lama berkumpul pekena kopi kau=kau dengan pelbagai gosip, cerita seluruh dunia. Tuan rumah dibantu jiran terdekat dan saudara mara pula akan bertungkus lumus menyediakan juadah dan barang keperluan untuk kenduri keesokan harinya. Masih aku ingat kuih muih disimpan diatas para/loteng dibina khas dan dijaga oleh wakil yang dilantik, tiada siapa boleh ambil tanpa kebenaran, kadangkla tuan rumah pun kena melalui penjaga dilantik. Aku paling minat kueh bahulu ikan besar telapak tangan atau bahulu udang, yang ini menjadi bahan kawalan sebab kalau tak dijaga alamat ekor bahulu atau ekor udang seringkali hilang. Kuih tradisi seperti bahulu, dodol, peneram, wajik, halua betik, kuih bakar, kuih kacang adalah antara kuih-kuih yang wajib ada, kalau tak adapun bertin-tin biskut kering akan disediakan. Makanan seperti bihun goreng, pulut dengan ikan kering, nasi dengan gulai ikan talang kering, sambal belacan atau gulai dan sup tulang adalah menu menyorok sewaktu pekerja menyediakan makanan untuk tetamu. Dulu ada dihidang gulai dalam mangkuk kaca, pinggan retak seribu, pakai gelas kaca berbeza sekarang semuanya polistrin dan plastik aje. Makan dihidang dan bawa dengan talam dan kena tunggu cukup korum (3 atau 4 orang) baru makan.
Makanan pengantin pula mestilah lazat dan jarang ditemui, seperti ayam golek pengantin, ikan bawal goreng, telor, sotong, udang dan rendang hati, paru serta limpa. Tukang masak terpilih dikalangan ibu-ibu berpengalaman dan terkenal menunya akan dijemput oleh tuan rumah dan kebiasaanya masakan dibuat dirumah jiran atau sedara mara takut dikebas dan tak sempat untuk hidangan pengantin. Apapun pengantin sebenar dah tak lalu nak makan yang tukang habih tu adalah pengiring dan saudara sebelah pengantin bertamu, rombongan pengantin. Habih makan tengahari, semua rombongan pengantin balik yang tinggalnya mak andam atau seorang sedara aje (pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki). Esok barulah ada program hantar balik pengantin perempuan, mak andam, sedara pengantin dengan buah tangan kepada besan. Yang menariknya rombongan pengantin amada lelaki perempuan akan dipelawa dikalangan sedara mara dan yang wanitanya waktu ini nak bermekap dan set rambut sampai sanggup berhabih duit dikedai salun cina. Tuan rumah akan menyewa kereta atau upah minyak kereta kalau ada sedara yang memliki kereta mewah seperti Volvo, Mercedez akan menjadi kebangaan dan 'respect'. Malam esoknya pengantin lelaki akan bertandang dan akan berkenalan sedara mara sehingga malam dan waktu itu juga majlis membuka hadiah oleh pengantin dan adik beradik, hadiah seperti gelas, jar, set cawan, pinggan dah pasti banyak, dan ada juga yang nakal hadiah botol susu bayi, kipas angin dan bermacam kiasan dan suara nakal mengusik pengantin. Keesokanya pengantin dibawa melawat sedara mara sebelah perempuan dan lepas itu pengantin lelaki melawat sedaranya pula. Dalam masa sebulan tu pastinya pengantin masih dilayan seperti raja dan permaisuri. Sebut nak makan apa mungkin dapat disediakan oleh sedaramara. Pengantin juga akan diberikan hadiah seperti kain, seledang ataupun menyediakan jamuan special meraikan pengantin walaupun sedaramara tidak kaya. Sekarang majlis berkenalan sedara dah tak lagi penting sebab pengantin bercuti pendek atau memendekan cuti dengan percutian "honeymoon" atau ikatan sedara sepupu sepapat dah berjauhan sebab tugas ataupun privacy.
Kumpulan belia dan anak lelaki akan jadi tukang basuh pinggan, mentara, angkat pinggan mangkuk, jaga air minum dan diberikan bunga sekeping wang seringgit, tuala good morning dan sebelum balik diberikan kuih dan bunga telur dan kalau ada lebih wang saku atau nasi kenduri.Tuan rumah selalunya beri perhatian lebih kat kumpulan ni kerana kalau tak dijaga boleh rosak majlis kenduri seperti tetamu sakit perut, mabuk sebab air minum serbat/bandung ditaruk batang pinang atau air sabun, dan pinggan mangkuk pecah/tak bercuci dan tetamu lewat menjamah hidangan.
Kenduri sekarang dah banyak bezanya terutama persiapan lebih pendek, masa makan dari jam 1000 ke 4 petang kalau datang lewat khemah dah diruntuhkan dah tak nampak macam kenduri kahwin. Hadiah semuanya pakai sampul, satu dua hadiah berbalut dan taklah meriah macam dulu. Zaman semakin maju dan semakin jauh adat dan kerjasama disebabkan masing-masing mempunyai pekerjaan tak seperti zaman dulu semua kerja kampung dan boleh tangguh atau adjust kerja mengikut majlis yang diaturkan. Wassalam

1 comment:

LEKLOOK said...
This comment has been removed by a blog administrator.

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive