Begitu juga sambutan hari perkahwinan diperingkat awal tidak diraikan kerana setiap hari adalah hari bahagia sehinggalah anak-anak membesar. Bukan apa sibuk dengan kehidupan dan membesarkan anak. Kadang-kadang bila dah masuk tahun kesepuluh, kelima belas dan kedua puluh makin ramai mengingatkan tarikh perkahwinan. Ada yang sambut hari ulangtahun tarikh akad nikah, tarik bersanding atau tarikh bertunang/berkenalan. Macam-macam cara ditentukan berdasarkan kepada ingatan dan kenangan manis. Aku mengunakan tarikh 25 hb sebab tarikh akad nikah/nikah gantung mudah ingat hari Krismas. Bertunang hari depavali dan bersanding/kenduri pula Tahun Baru Cina.
Masa bertunang aku bertandang ke rumah pengantin dari Kpg Baru dan bersamding dari Ampang dari rumah saudara, tetapi merisik dan tanda setuju keluarga smasa di Hospital Lady Templer. Sambutan hari lahir dan ulangtahun perkahwinan tiadalah terlalu penting tetapi ianya sekadar mengingatkan diri umur semakin meningkat, ikatan kekeluargaan telah 25 tahun dan begitu terasa hidup semakin saling memerlukan. Kadang kala kemana pun berdua sebab anak-anak dah tak nak ikut atau berada berjauhan (belajar/bekerja). Dari usia emas dan usia perak ulang tahun perkahwinan pastinya pelbagai peralihan akan berlaku, umur semakin tua, sakit, demam, matang, sensitif, dll mula terasa manakala usia kahwin perak semakin bertambah intim, sayang, sensitif dan manja makin terasa. Semuanya perlu diatasi dengan banyak beribadah, membaca hal-hal alam keluarga diusia matang (majalah midi dll) boleh menambah ikatan yang sedia terikat agar lebih bahagia dan kekal sehingga usia pencen. Diperingkat ini jangan banyak mengungkit cerita tak baik dulu-dulu dan kalau ada cepat-cepat pendekan dengan cara berhemah agar tiada yang tersentuh hati kecilnya. Macam TigerW, BungM, BillC dll yang boleh dijadikan sempadan. Kalau difikirkan orang lain yang lebih beruntung dijadikan tauladan pasti tidak pernah cukup untuk dicapai, jadi ambillah tauladan bagi orang yang gagal/kurang berkemampuan dijadikan keinsafan. Wasalam.