Friday, 27 June 2008

KEMBARA MERDEKA 2004-PART 2

Sambungan PART 1.....


27 Ogos. Limbang/Lawas. Merentasi sempadan Brunai. Jam 0830 pagi flag off berlepas ke Lawas. Dalam perjalanan menaiki feri ke pos kawalan imigresen Kpg Puri, Pos kawalan kastam Jabu Temburung dan Pos kawalan Imigresen Mengkalap dan tiba di Lawas jam 1045 pagi. Di Lawas pelbagai aktiviti sambutan kemerdekaan diadakan di Padang Central dan dirasmikan oleh Datok Awang Tengah. Penginapan peserta di Hotel Shang San.

28 Ogos. Lawas/Limbang/Brunai/Miri. Diawal pagi konvoi bergerak ke Kpg Bidang Darat iaitu kampong suku kaum Bisayak (kampong En Paulus Gumbang) bagi acara kebudayaan dan makan tengahari. Dari sini konvoi bergerak balik ke Miri melalui Brunai dan singgah di Kpg Pengkalan Lutong bagi “Ngetu” (jamuan teh). Jam 630 ptg kami bergerak ke hotel penginapan di Dynasty. Aku gembira bila mendapati adik Emee dan suami menanti di Lobi Hotel. Kesokannya emi dan suami terbang balik keKuching dan kami meneruskan konvoi ke Marodong.

29 Ogos. Miri/Pakan/Rumah Agan, Sg Mador Maradong. Jam 0900 pagi kami bergerak ke Kpg Danau Bekenu bagi acara dengan masyarakat kendayan. Acara berdundun, berembih dan menanam pokok sebagai kenangan menutup acara disini. Konvoi meneruskan perjalanan ke Simpang Niah dan sampai ke Sibu jam 430 ptg. Makan tengahari di hotel Paramount dan meneruskan perjalanan ke Pekan Pakan. Kali ini giliran aku memandu melalui jalan pendalaman, tidak bertar, gelap, berdebu, selekoh tajam dan mendaki bukit. Jam 0815 konvoi lewat tiba. Hampir kesemua penyambut telah kembali kerumah dan kami meneruskan perjalanan ke Rumah Agan Sg Mador Maradong. Disini sudahlah berjalan jauh keadaan jalan menyebabkan aku pening dan terpaksa menelan penadol. Sesampai dirumah panjang (NO 10) aku dan Sharifah (media) tinggal sebilik. Malam itu aku tidak dapat hadir dimajlis penyerahan anak angkat. Jam 5 pagi aku terbangun dan solat subuh.

30 Ogos Rumah Agan, Sg Mador Meradong/Sarikei (Ambang Merdeka)

Hari ini kami membuat persiapan kenderaan bagi acara ambang Merdeka di pekan Sarikei. Ju dan Kak Sham ke bengkel bagi memasang braket untuk menggantikan bendera baru. Waktu ini aku bersama Rizal, Sabre, Mansor dan Sharifah bersolat di masjid Bintagor. Kami dijamu air kelapa oleh khariah masjid. Kami balik kepejabat urusetia bagi menyediakan bendera (3ribu) dan diagihkan bendera kepada kenderaan konvoi kembara. Jam 5 ptg kami bergerak balik ke rumah panjang dan membuat latihan (rehersal) majlis penyerahan jalur gemilang pada malam ambang kemerdekaan.

Saat kemuncak kembara mula terasa, jam 900 malam kami bergerak ke Sarikei dan jam 10 malam kami berpusing sekitar bandar Sarikei dan jam 1130 malam kami telah bersedia untuk masuk ke tempat penyerahan bendera jalur gemilang. Penyerahan bendera kenderaan BAKAT disampaikan kepada Pang5 3 Bgd (Dato Latif) tepat jam 12 tengahmalam. Selesai majlis konvoi bergerak balik ke hotel Victoria Inn Saratok. .

31 Ogos Sarikei/Saratok/Kuching Keesokanya kami bergerak balik ke Kuching jam 1130 pagi perjalanan sejauh 128 km. Tiba di Serian jam 3 ptg dan sampai di waterfront Kuching jam 430ptg. Jam 5ptg konvoi tamat di Jabatan Penerangan bagi acara penamat Kembara Merdeka. Jam 615 ptg kami bersurai dan balik berjumpa keluarga. Bersambung..................................

Tuesday, 24 June 2008

KEMBARA MERDEKA 2004 - PART 1


KEMBARA MERDEKA 2004, JALUR GEMILANG

PERINGKAT NEGERI SARAWAK

PERSIAPAN AWAL

Pengalaman paling berharga dan sukar dilupakan sebagai suri rumah ialah meninggalkan keluarga selama 15 hari menjelajah negeri Sarawak. Tawaran Kak Sham untuk menyertai Kembara Merdeka pada mulanya disambut agak dingin sebab terpaksa meninggalkan kerja harian sebagai ibu dan keluarga tambahan pula terpaksa memandu dan tinggal ditempat-tempat yang tidak pernah dilalui. Izin suami diminta dan takut tidak dibenarkan tambahan pula anak yang bongsu baru 3 tahun dan 5 lagi bersekolah.

Izin suami agar pandai jaga diri dan jangan lupa solat walau penat sekalipun menjadikan aku lebih tabah dan bertekad untuk menyertai kembara tersebut. Persiapan diatur oleh KS 1 Div (Kol Md Noor) melibatkan peserta BAKAT 1 Div (semuanya suri rumah sepenuh masa) dan juga keperluan logistik. Dua minggu sebelum kumpulan kami membuat persiapan dari aspek fizikal dan lojistik bersama Kak Sham, Ju an Amy. Di atas bantuan KS kami dibekalkan dengan baju T Shirt, ubatan, vitamin dari pelbagai sponsor termasuk PERNAMA. Memandangkan perjalanan menggunakan pacuan 4 x 4 Nissan Ju kami perlu membuat uji pandu lagi pun aku tidak pernah memandu kenderaan tersebut. Kami rasa selamat kerana Ju orang Miri dan tahu selok belok dan adapt resam orang Sarawak. Kami diminggu terakhir sebelum bertolak paling sibuk dan acara menyerahkan bendera diatur di MK 1 Div. Seterusnya menghadiri taklimat Kembara di Pejabat Penerangan Sarawak oleh Paulus Palu Gumbang Timb. Pengarah Penerangan Sarawak. Saat mengatur langkah dimulakan dengan pesanan kepada anak-anak agar mendoakan agar perjalanan selamat walaupun merasakan ada sedikit kerisauan/kesedihan di atas sepucuk surat yang diterima. Surat tersebut aku dingin dan sedih sekali setelah membacanya dan aku terus merahsiakan daripada suami.

PUTARAN RODA -PENJELAJAHAN

17 Ogos 2004 saat dinantikan telah tiba. Kami seawal lagi jam 6 pagi telah bertolak ke Pejabat Penerangan bagi persiapan awal dan seterusnya mengikuti perasmian Kembara Merdeka 2004 di Padang Merdeka oleh YB William Mawan dan seterusnya Flag Off jam 0830. Di hari pertama jam 1200 tengahari kami tiba di Dewan Masyarat Bau dan terus bergerak ke Lundu dan Pekan Semantan. Malam itu kami menginap di Kem Pueh Seamantan dan pada malamnya diadakan pelbagai aktiviti jalur gemilang.

18 Ogos. Lundu/Gedong/Sri Aman/Betong. Jam 0830 pagi, konvoi kami bergerak mengikuti program dan sampai di Betong 530 ptg dan menginap di Hotel Regency. Di dalam persinggahan pelbagai acara sperti mengedarkan bendera jalur gemilang dan acara kebudayaan. Malam kedua di Betong agak selesa dan kami dapat rehat seketika kerana acara malam tersebut tidak melibat BAKAT.

19 Ogos. Betong/Spaoh. Acara di Betong dengan ketibaan konvoi di masjid Jamek Betong dan perasmian Pondok harmoni K3P Kpg Melayu Betong. Perjalanan melalui jalan berdebu dan berlopak. Konvoi kembara lewat malam tiba di Spaoh dan menyebabkan banyak acara dibatalkan. Malam itu aku dan Kak Sham mendapat keluarga angkat (Emak Rozy) dan malam itu kami dijamu dengan gulai burung punai, lemang, kelupis dan kueh mueh Sarawak. Di Spaoh ole-ole special ialah ikan kering Buntal.

20 Ogos. Spaoh/Julau/Kanowit/Kapit (laluan sungai). Dari Spaoh kami menggunakan jalan darat sehingga di Kanowit dan seterusnya menaiki bot ekspress ke Kapit. Kenderaan ditinggalkan dan di bawa ke Sibu oleh pemandu yang disediakan manakala tim kembara menaiki bot ekspress jam 230 ptg menuju ke Kapit yang mengambil masa 2 jam perjalanan. Jam 4 ptg kami tiba di Wharf kapi dan mengedarkan jalur gemilang di Town Square dan seterusnya jam 510 ptg menaiki bot ekspress ke Song dan tiba jam 6 ptg. Malam itu kami menginap di Hotel Sukaramai dan terpaksa berpuasa sebab makan malam diatur di restoren cina. Disini aku tak sangka jumpa adik ipar (Ah Chong –Sapawi) kepada Kak Ani (Abang Zaidi) yang turut serta di dalam rombongan tersebut.

21 Ogos. Song/Kapit/Kanowit/Sibu. Seawal 900 pagi kami bergerak balik dan tiba di Wharf Sibu. Malam itu akau menerima telefom dari suami dan menegur aku berdasarkan gmbar kami keluar di Utusan Borneo. Dalam perbualan telefon aku menceritakan dan menangis tentang surat rahsia yang disimpan di dalam almari rumah dan apa yang terbuku dihati. Di atas semangat dan kata-kata semangat serta tindakan akan diambil oleh suami, aku kembali ceria setelah 3 hari melalui perjalanan dengan penuh persoalan dan kerisauan. Surat itu menjadi rahsia yang besar di dalam tugasku sebagai ahli BAKAT dan juga kerjaya suamiku. Aku pasti suamiku amat sedih dan terkilan diatas isi kandungan yang ditulis oleh --nya tanpa melaluinya beliau. Di Sibu kami menginap di Hotel Paramount bersama Juliana.

22 Ogos. Sibu/Balingan/Mukah/Matu. Jam sewal 0630 pagi kami bertolak dari dataran Sibu (singgah di Selangau) dan tiba di Baliangian jam 0900 pagi. Kami menaiki bot ke Kuala Balingan hamper 1 jam setengah dan berjalan kaki ½ jam pula ketempat acara majlis (tepi pantai). Selesai majlis kami bertolak balik ke Baliangan dan seterunya bergerak ke Mukah dan sampai di Mukah jam Waterfront Mukah jam 4 ptg. Jam 6 ptg aku mengambilalih memandu dari Mukah ke Mato dalam suasana malam yang gelap gelita dan jalan yang beralu-alun dan yang suspenya bila membawa kenderaan ke dalam feri ke Rumah panjang Melanau Kpg Sok, Matu. Malam itu kami menginap di rumah panjang Kpg Sok dan sebilik dengan Freda.

23 Ogos. Matu/Tatau/Bintulu. Seminggu perjalanan kami digelar wanita besi sebab paling awal dan tidak pernah lewat di dalam apa jua aktiviti diatur. Walaupun badan dan mula sakit badan serta rindu keluarga kami bergerak ke Tatau jam 0800 pagi dan sampai di Tatau jam 3 petang. Sekali lagi kami (wanita besi) menginap di rumah keluarga angkat iatu Puan Sayang (Kedai Makan Ebs café) dan malamnya makan B.B.Q bersama keluarga angkat dan rakan (Bala, Ismand dan Ah Chong (Kem.Penerangan), Zanawi dan Rano (filem negara).

24 Ogos. Bintulu (Servis Kenderaan/Urusan Pasport ke Brunai). Jam 0900 pagi kami bergerak dari Tatu ke Bintulu dan tiba di Bintulu 10 pagi di Sekolah Kidurong ! Sekolah Angkat Petronas dan malamnya menginap di Hotel Li Hua. Makan malam dianjrkan oleh Petronas di Kidurong Park Club dan juga menyertai acara kemerdekaan.

25 Ogos. Bintulu/Beluru/Miri. Jam 0830 kami bertolak dari Pasar Tamu Bintulu menuju ke Beluru dan tiba jam 1100 pagi di Pekan Baru Beluru bagi kutipan Rayuan hari Pahlawan oleh JHEV ATM Cwgn Sarawak. Acara di Miri amat bermakna kami dapat melawat dan diraikan di Wisma Perwira 20 RAMD. Disini rakan awam kembara pun turut serta. Peristiwa helikopter (ukur sempaadan) jatuh sebelum ini juga dapat menemukan kami dengan anggota yang terselamat. Majlis juga bagi meraikan birthday KS suami Kak Sham. Keesokan gambar kami berempat terpampang di akbar “4 Wanita Besi Kembara Merdeka 2004”

26 Ogos. Miri/Limbang. Ini kali pertama aku memasuki Brunai dan kalau dikira seluruh Borneo kerana aku dah sampai ke Pontianak Indonesia dan juga pernah bersama suami bertugas di Sabah. Jam 0830 kami bergerak ke Kompleks Petronas Carigali Lutong, Miri bagi acara disana dan juga taklimat ke Brunai. Selesai makan tengahari kami bergerak ke Tedungan kompleks Imegrisen dan bergerak ke Limbang melalui Brunai dengan diiringi Polis Brunai. Menginap di Hotel Purnama Limbang dan di Limbang pelbagai acara diikuti oleh rombongan.

27 Ogos. Limbang/Lawas. … BERSAMBUNG

KEMBARA MERDEKA 2004 - PART 1


Monday, 23 June 2008

Kegagalan bukan satu noktah, tetapi satu lonjakan kepada kejayaan(samb----)

Disini SMKH (Kheat Hwa) ianya asing dan berapa kerat pelajar melayu dalam kelas aku 4 orang aje(pompuan melayu X), kelas 4A3 ada 4 melayu dan kelas 4A4 hanya 2 melayu. Kami bertemu bila ada kelas agama. Tau aje lah sekolah China kantin memang tak makanle, cuma beli ayaek dan bawa bekal sendiri. Disini ianya asing dan berapa kerat pelajar melayu dalam kelas aku 7 orang aje, kelas 4A3 ada 6 melayu dan kelas 4A4 hanya 2 melayu. Aku masih ingat Cik Gu Add math mak datuk bahasa melayunya conform tak lulus sebab belajaq kat Taiwan dan lajunya semacam, tak de lah nak kita faham kepala ekor. Cik gu Kimia pula pakai skirt pendek jadi ramai lah buat ujikaji ke atas pakaianya. Cik Gu berbangsa melayu hanya 2 tiga orang aje itu pun ajar BM dan Agama. Aku menduduki MCE dengan penuh debaran sebab dah awal tahu subjek killer pasti kantoi dan aku juga x ambil Add Math. Keluar exam aku kecewa sebab BM pula 7. Aku kalau ikut result boleh dapat gred 2 tapi sebab BM 7 dapat SAP aje. Tanpa mengenal kecewa aku ambil sekali lagi sebagai calon persendirian dalam aliran Sastera, dan belajar di Yayasan Anda dekat bulatan Kancut. Dalam duk belajaq aku x sangka ada seorang pelajar nak jalin silaturahim sebagai boyfriend dia dan hantar wakil macam nak merisik khabar (mungkin malu kot). Aku dengan rasa sedikit panik dan menolak atas alas an semua kawan tapi lebih menumpukan pelajaran takut gagal kali kedua dalam peperiksaan. Aku sebenar mana ada kawan pempuan sejak sekolah menengah kerana classmate melayu hanya 2 orang dan yang ramainya amoi. Setelah mendapat keputusan aku memohon masuk MTD sebagai Pegawai Kadet. Aku dulu masa sekolah rendah jalan kaki sebab jaraknya 500 meter dari rumah, sekolah menengah hingga form 3 naik basikal sejauh 5 km dan Form 4 naik bas sekolah jauhnya 15 km.

Kisah kehidupan kampong dari darjah 1 hingga ke Form 5 amat bermakna dimana dari kecil hanya berpelita minyak tanah, lampu ayam, kepada lampu karbait, lampu gasoline, bateri kereta, generator dan mendapat bekalan eletrik pada tahun 1975. Seingat aku paip air bersih juga telah ada sejak aku dilahirkan. Begitu juga dapat merasai perubahan teknologi dan asam garam kehidupan (bersam----g)

STRES DARI PERSPEKTIF ISLAM?

STRES DARI PERSPEKTIF ISLAM?

Stres atau tekanan adalah fitrah dalam hidup. Ia biasa timbul apabila seseorang itu menghadapi ujian, dugaan dan cabaran. Bezanya, hanyalah tahap stres yang dialami sama ada serius atau tidak. Perihal ujian Allah ini telah dijelaskan menerusi al-Quran. Allah berfirman: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai kelaparan) dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang bersabar. (al-Baqarah: 155)

Dalam Islam, semakin besar tekanan yang datang maka semakin besarlah pahala dan ganjaran di sisi Allah. Apa yang penting adalah kesabaran dan keazaman yang tinggi untuk mencari ketenangan dan keredaan Allah. Hayatilah firman Allah: Sesiapa yang beramal soleh dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik...(al-Nahl: 97)

Bagi umat Islam, mereka ada kekuatan akidah keimanan kepada qada dan qadar. Ini akan mendorong seseorang tabah menghadapi segalanya serta tidak berputus asa dalam meneruskan kehidupan di dunia.Penyelesaian stres melalui hiburan duniawi seperti menonton konsert hiburan yang melalaikan sehingga membawa kepada minum minuman keras hanya memberi penyelesaian sementara. Perbuatan ini pula adalah haram di sisi agama.

Apabila seseorang yang mengalami stress mengeluh dengan merasakan ‘nasib’ tidak berlaku adil padanya, maka jiwanya akan semakin tertekan. Orang yang menghadapi tekanan perlu tahu formula pengurusannya agar ia tidak bertambah parah dan kritikal. Dalam Islam, banyak cara boleh dilakukan untuk mengatasi stres. Antaranya, membaca, memahami dan menghayati isi kandungan al-Quran. Membaca al-Quran itu sahaja pun sudah mendatangkan ketenangan apatah lagi apabila cuba memahami, menghayati serta beramal dengan isu kandungannya. Ingatlah firman Allah sebagai mana yang disebut dalam surah al-Ra’d ayat 28 di atas.

Gejala sosial yang melanda masyarakat juga turut menyumbang kepada berlakunya stres terutama di kalangan ibu bapa. Apakah langkah yang perlu diambil dalam menangani masalah ini?

Ibu bapa perlu mainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak. Lebih-lebih lagi, bapa sebagai ketua keluarga.Sebab itu Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud; Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpinnya. (riwayat Muslim). Perisai paling utama mencegah gejala sosial ialah solat.

Allah berfirman: ...sesungguhnya solat itu mencegah daripada melakukan perkara keji dan mungkar... (al-Ankabut: 45)

Dalam keadaan sekarang, tugas ibu bapa semakin mencabar. Mereka perlu mengetahui siapakah kawan anak-anak sebabnya rakan sebaya ini akan menentukan sahsiah anak-anak.Jika mereka bergaul dengan kawan yang baik, maka akan tersuburlah segala kebaikan yang ditanamkan di rumah. Sebaliknya, jika mereka berkawan dengan golongan yang kurang baik dikhuatiri akan terhakislah segala kebaikan yang diajar di rumah.

Sebagai ketua keluarga, bapa perlu menerapkan sungguh-sungguh ibadat solat kepada anak-anak. Kita perlu menerapkan anak-anak dengan sikap mencapai kejayaan di dunia (akademik) dan akhirat (laksana perintah Allah). Sebabnya, hidup kita di akhirat adalah lebih panjang tempohnya berbanding hidup di dunia yang sementara ini. Setiap daripada kita juga perlu kenal diri. Mengapa Allah ciptakan kita di muka bumi dan apakah bakal kesudahan kita di akhirat kelak. Untuk itu, setiap kita perlu ada masa bermuhasabah (menghitung) nikmat Allah sekurang-kurangnya 10 ke 15 minit sebelum tidur. Fikir dan renungkan kebesaran Allah. Apakah yang telah kita lakukan pada siang hari tadi. Adakah perbuatan yang baik atau dosa, jika kita dimatikan adakah kita sudah bersedia?

Petikan Temu bual dengan Pensyarah Bahasa Moden dan Komunikasi (Bahasa Arab) Universiti Putra Malaysia, Mohd. Sukki Othman bagi mengupas persoalan stres dan Islam. Utusan Malaysia 24 Jun 2008. Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZINdan jurufoto ASMARUDDIN JAMALUDDIN

CAHAYA KEHIDUPAN

CORETAN-CAHAYA KEHIDUPAN

SEKAPUR SIREH

Setelah hampir 28 tahun di dalam kerjaya, aku merasakan pengalaman sebagai PM adalah yang paling mencabar dan terpaksa menggunakan seluroh pengetahuan, pengalaman, EI dan EQ. latihan asas di RMC merupakan platform di dalam mengharungi kerjaya tetapi asas utama mendorong kepada tabiat dan kelakuan banyak dipengaruhi latarbelakang kehidupan. Pendidikan jasmani, rohani dan persekitaran sekeliling banyak mempengaruhi setiap keputusan dan pertimbangan di dalam membuat keputusan.

USIA BAYI HINGGA MENENGAH

Di awal 60an, kelahiran di pinggir bandar AS dengan suasana kampong. Kemudian aku dibesarkan di pendalaman Jeni-ng, rumah kecil kerana ayah dan bonda merantau berkerja dan mengusahakan kebun getah. Memandang ayah adalah waris jadi beliau balik menginap di Kpg B5 rumah beratap nipah dan berdinding papan. Datok Ismail boleh dikatakan senang juga kerana mempunyai hampir 50 ekar tanah sawah dan kebun. Tetapi seingat aku ayah telah berkerja di jabatan pertanian sebagai pengawal serangga. Seterusnya ayah berhenti kerja dan mula membuka pernigaan kedai runcit dirumah. Perniagaan berkembang maju dan sedikit demi sedikit membesarkan kedai. Aku terus membesar bersama kakak dan adik. Waktu ini juga adik emak tinggal sementara dirumah kami dan rumah semakin dibesarkan bagi keselesaan kami. Aku bersekolah di SKBL, semasa umur 7 tahun aku mendapat kemalangan dengan tong penjual ikan dan terpaksa menerima 10 jahitan di atas kening mata kanan. Kenakalan aku semasa dibangku sekolah menyebabkan jahitan dikepala akibat jatuh dibawah rumah dan juga jahitan dilutut kiri akibat besi katil.

Rezeki ayahanda dan bonda semakin meningkat dengan menjadi penjual kantin di SKBL, dan menyebabkan kami mendapat pembantu rumah dari saudara terdekat tinggal bersama. Kak Jah, Kak Mah, Kak dari Kelantan dan Kak Ma membantu menyediakan keperluan kami dan juga berniaga di kantin SKBL. Peristiwa Bonda bertindak berani mempertahan maruahnya dengan celupar Cik Gu Aminah (akibat sehelai rambut dalam makanan) dan pelbagai peristiwa semuanya menjadi kenangan. Setelah hampir 3 tahun, ayah dan bonda terus beralih angin berniaga kain baju di pasar sehari. Ayah bertukar dari motosikal kepada kereta Moris minor, Austin sedan, van Volkswagen dan Mazda wagon 808 (ayah dan bonda kemalangan dan menyebabkan pemergian menunaikan haji ditangguhkan) dan akhir sekali van Toyota.

Aku juga berkesempatan mengikuti ayah dan bonda berniaga hingga ke Baling, Kroh, Sik, Jeniang dan SP. Di atas kemampuan dan kesederhanan hidup aku dihantar belajar di SMSE di aliran Inggeris (remove class) hingga form 3, yuran bulanan RM 15.00. Akibat daripada limpahan rezeki berniaga. Perniagaan ini juga membolehkan sebuah rumah ditegakan yang bernilai hampir RM40,000.00 dapat disiapkan. Ayah juga mengusahakan 4 relong tanah sawah seterusnya menyewa 8 relong sawah daripada peninggalan datuk. Keberkatan dan hasil usaha mereka menyebabkan kami adik beradik hidup dengan penuh kesederhanaan. Di atas usaha ayahanda dan bonda rumah dapat disiapkan pada tahun 1978.

Setelah lulus LCE (agregate 19) aku dipilih ke aliran sains dan belajar di SMKH Spg Kuala tahun 1976 hingg 1978. (bersambung…….

SPEAK UP! :: theSun Says

Consult the Opposition on major policies

THERE is no doubt that the government’s decision to allow the hefty increases in the price of petrol and diesel will come under severe criticism in Parliament when it begins its second meeting on Monday. The enlarged opposition is going to question the government at every turn, during question time, during debates on bills and especially during the debate on inflation.

Every reason that the government plans to put forward to explain the June 5 increases – already severely criticised by the public since then – is expected to be hotly controverted by the 82-strong opposition. Considering the political agenda of the combined opposition, collectively calling itself the Pakatan Rakyat or People’s Alliance coalition, the BN government is going to be made to be seen as inconsiderate, uncaring and calloused.It is unfortunate that the ruling party has to take all the blame as the increases would have to be made anyway sometime or other considering the runaway increase of the price of crude worldwide. The increases and how they are to be implemented could have been an all-party decision and not just that of the ruling party alone although in the end it makes the final call. The decision could have been debated in the Dewan Rakyat as well as in its special committees and also other jointly-organised forums. That way the ruling party could have shared the decision with the other political parties and may be even other concerned interests.

For that to happen, of course, the government must be prepared to be completely transparent in all matters relating to our oil production and our import of cheaper crude. And just as important, the ruling party must no longer ignore MPs from the Opposition parties as after all they have been elected by about half of the electorate. As theOpposition now constitutes more than a third of the members of the Dewan Rakyat, it must be accorded some measure of role in the decision-making process or at least to be consulted on major decisions affecting the rakyat’s livelihood.

If democracy is to work – and it can be safely assumed that the voters want it to work considering the verdict they delivered on March 8 – the Opposition now must be given a bigger role to play. The Opposition too must realise that it was given a bigger voice not just to simply oppose all government decisions but to play a responsible role in vetting them, rejecting them and at the same time helping the government make the right decision in the interest of the well-being of the nation and the rakyat.With regard to the increase in the prices of petrol and diesel, the government may have decided but the decision is not written in stone.


Updated: 09:31AM Fri, 20 Jun 2008

Saturday, 21 June 2008

PASAR MINGGU PAUH

Boleh dikatakan, setiap pagi minggu aku dan isteri akan ke pasar membeli keperluan dapur di pasar Pauh Perlis. Walaupun hampir 10 Km dari rumah, aku dan isteri lebih suka membeli barang-barang segar seperti ikan dan sayur disini kerana harga agak berpatutan dengan suasana redup dan segar. Kawasan pasar adalah di dalam kebun getah dan hampir keseluruhannya peniaga adalah orang Melayu dan ada juga peniaga Tionghua dan Siam. Jika dibandingkan harga di Changlun ianya berbeza hampir 50 sen ke RM 1.00.00 , jika di tempat lain sekilo daging lembu/kerbau segar RM 18.00 di pauh hanya RM 16.00. Pasar minggu tidak seperti dulu penuh dengan teriakan peniaga menarik perhatian pelanggan tetapi sekarang agak sunyi dan tenang. Pembeli lebih pandai memilih dan merancang apa yang hendak dibeli. Sekali-sekali terdengar penjual ubat dan pelelong barang plastik memanggil pelanggan dengan 'loud speaker' dan juga kelatah peniaga yang menarik perhatian dengan jualan murahnya.

Di sini kami dapat membeli ulam dengan harga 50 sen dan pelbagai sayuran kampung, ikan darat dan buah-buahan tempatan yang dijual sendiri (hasil kampung). Buah mangga Raja sekilo baru RM 4.00, mee rebus sepinggan RM 2.00 manakala udang segar laut bersaiz sederhana baru RM 12.00. Keadaan sejuk di kebun getah dan juga pesekitaran yang luas membolehkan kemudahan memparkir kenderaan lebih mudah. Buah-buahan import dari Thailand juga murah berbanding di tempat lin. Keselamatan juga terjamin kerana kelihatan beberapa anggota polis membuat rondaan di dalam pasar.

Di sebelah jalan pula terdapat beberapa peniaga bundle baju, seluar, kasut dan cadar menggantungkan jualan menarik pelanggan. Baju-baju berjenama 2nd hand begitu laris dijual dan harganya baru RM 5.00 hingga RM 8.00 sehelai.

Walaupun murah tetapi tidak sedar RM 70.00 dibelanjakan tetapi ianya menjimatkan berbanding dibeli dipasar lain mau mencecah Rm 80.00 ke RM 90.00. Sekarang nak belanja kenalah mencari tempat yang menawarkan harga murah dan segar.

Friday, 20 June 2008

Haramkan program SMS berbentuk judi

Haramkan program SMS berbentuk judi

Oleh S M MOHAMED IDRIS (Utusan Malaysia 21 Jun 2008)

PADA pertengahan tahun 2004, Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun memutuskan peraduan berbayar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai haram di sisi Islam kerana mempunyai unsur perjudian. Bagaimanapun, peraduan seumpama itu masih terus disiarkan di be- berapa stesen televisyen tempatan. Malah, setakat ini hanya Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Pulau Pinang telah mewartakan fat wa peraduan SMS sebagai haram dan persoalan utama kini, mengapa fatwa berkenaan tidak diwartakan di semua negeri dan hanya diwartakan di dua buah negeri sahaja.

Persoalan juga timbul berhubung status iklan- iklan pertandingan melibatkan penghantaran SMS yang disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan yang mirip dengan pertandingan anjuran Celcom. Jika pertandingan '100 Hari 100 Kereta' haram maka haramkan juga pertandingan-pertandingan yang seumpamanya. Orang ramai terpaksa mengeluarkan wang untuk menyertai sesuatu kuiz melalui penghantaran SMS dengan harapan akan menang sedangkan yang mendapat keuntungan daripada kemenangan adalah sebilangan kecil peserta sahaja.

Kementerian Kewangan telah mentakrifkan penganjuran atau penyertaan dalam acara cabutan bertuah atau permainan yang bergantung kepada nasib adalah termasuk di bawah gaming atau lottery mengikut Seksyen 2 Akta Rumah perjudian Terbuka 1953 dan tidak mengeluarkan permit bagi tujuan penganjurannya. Pelaksanaan akta ini yang melibatkan pertandingan berbayar melalui SMS perlu dianalisis dengan lebih mendalam. Apakah pertandingan berbayar melalui SMS tertakluk di bawah undang-undang ini?Berdasarkan beberapa hujah dan latar belakang peraduan tersebut yang bersifat samar- samar, mengandungi unsur eksploitasi dan penipuan. Ia bergantung kepada nasib dan wang pertaruhan yang tidak menentu serta mengeksploitasi duit orang ramai sedangkan yang mendapat keuntungan adalah pihak tertentu dalam bilangan yang terhad.

Dengan pengguna telefon bimbit yang mencecah berjuta angka ini maka sudah tiba masanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) benar-benar proaktif dalam menangani isu sebegini kerana Jakim perlu mengeluarkan garis panduan yang memperincikan takrifan peraduan yang berlandaskan konsep baru yang selari dengan syariah Islam. Sejajar itu, satu keputusan muktamad harus dicapai oleh pihak yang bertanggungjawab termasuk pihak kerajaan, Jakim dan Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam memastikan para pengguna tidak terus terjerumus dalam kancah eksploitasi pihak yang hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata.

Komen;

Bukan setakat peraduan masalah pembaziran menggunakan SMS juga berterusan seperti AFUNDI AF, SMS berantai dan juga turun nada muzik banyak menyebabkan anak-anak muda terlalu asyik dengan handphone, tanpa handphone mungkin anak-anak jadi gile.

Anak muda sekarang menunggang basikal/basikal pun boleh main SMS, dalam tandas pun boleh selagi ada line clear.

Jangankata anak muda, nenek tua pun dah punya handphone dan pandai pula SMS. Salute pada nenek tua yang dulu buta huruf sekarang ada yang dah pandai membaca bahasa SMS. Semuanya sebab anak, menantu dan cucu cit bagi hadiah dan tolong ajar bahasa mudah. Yang peliknya bila nenek ajar baca Al Quran anak cucu benak nak dapat tapi bila cucu ajar nenek SMS cepat dapat.

Fikirkan lah sendiri! kalau dalam rumah ada 4 telefon berapa banyak belanja untuk bayaran top up (1 x hp bil/top up) mau mencecah 200.00 sebulan, asset telefon (2,000.00) ini yang harag murah. Tetapi yang x Nampak berapa banyak gelombang daripada telefon boleh menggangu otak, telinga dan berapa banyak berita tak elok disebarkan yang boelh menambah dosa kering atau basah (langsung dan x langsung)

Wednesday, 18 June 2008

IPTA pupus pelajar lelaki?

IPTA pupus pelajar lelaki?

Oleh AHMAD KAMIL MOHAMED (Utusan Malaysia 19 Jun 2008)

KE MANA perginya pelajar lelaki? Pertanyaan ini memang kerap saya lontarkan dalam semua kelas yang saya masuki pada setiap kali semester baru bermula. Soalan ini tidak dapat saya elak- kan kerana senario beginilah yang menangkap perhatian saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Umumnya, daripada sejumlah 30 pelajar di dalam sesebuah kelas misalnya, yang pasti 70 peratus pelajar perempuan dan selebihnya lelaki, malah ada ketikanya tiada pelajar lelaki langsung?

Dengan nada sinis dan nakal segelintir pelajar perempuan yang mendominasi bilangan pelajar dalam kelas pantas menjawab bahawa lelaki lebih bertumpu di pusat serenti. Namun, adakah itu jawapan sebenarnya. Mungkin ada sedikit kebenarannya justeru lelaki memang majoriti di sana.

Beberapa orang pelajar lelaki yang berat untuk bersetuju dengan pandangan nakal ini melahirkan rasa bosan dan tidak begitu selesa dengan sistem pendidikan negara yang didakwanya tidak praktikal.

Sistem persekolahan bermula dari sekolah rendah yang disogokkan dengan 'belajar setakat hendak lulus periksa" se- lain daripada pembelajaran yang lebih tertumpu kepada membaca dan hafal dilihat tidak relevan dan tidak memenuhi minat mereka.

Kaedah pembelajaran lelaki sebenarnya lebih menjurus kepada hands on dan tidak setakat membaca dan menghafal yang seterusnya dimuntahkan dalam kertas jawapan peperiksaan. Selepas itu, dalam banyak keadaan apa yang dipelajari selama empat tahun di universiti sebenarnya tidak membantu langsung dalam pemilihan dan perkembangan kerjaya mereka.

Justeru itu, kebanyakan penuntut lelaki mencari jalan keluar dengan memilih bidang pekerjaan atau melanjutkan pengajian di institusi lain seperti Institut Kemahiran, Institut Latihan Perindustrian (ILP), politeknik dan sebagainya.

Ini disokong oleh fakta bahawa bilangan pelajar lelaki yang mengikuti pengajian vokasional atau teknikal di Politeknik dan Kolej Komuniti mewakili 60 peratus. Menyedari keadaan ini, Kementerian Pengajian Tinggi sepatutnya membina lebih banyak institusi serupa ini agar dapat memenuhi keperluan pelajar lelaki.

Bagaimanapun, ini tentunya berbeza dengan pelajar perempuan yang kelihatannya lebih berminat serta tekun untuk membaca dan menghafal segala fakta dan teori yang terkandung dalam buku teks. Walaupun dianggap kes terpencil, namun pelajar yang hebat dalam akademik tidak dinafikan banyak yang gagal dalam mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam dunia pekerjaan sebenar. Kaedah pembelajaran "kakaktua" ini bukanlah sesuai lagi dalam keadaan sekarang.

Apabila isu kekurangan penuntut lelaki di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ini ditimbulkan sekali lagi oleh Naib Canselor Universiti Pendidikan Sul tan Idris (UPSI), Prof. Dr. Aminah Ayob jurang perbezaan yang semakin melebar memang sudah dijangka kerana sejak tempoh lima tahun lalu, dominasi penuntut perempuan di IPTA memang sudah ketara.

Cuma apa yang lebih mengejutkan kini ialah trend penguasaan pelajar lelaki da lam bidang teknikal termasuk kejuruteraan di universiti awam kian merosot tetapi didominasi pula oleh pelajar perempuan. FenomenaFakta bahawa bilangan lelaki yang memang lebih sedikit berbanding perempuan di negara ini sekarang walaupun boleh diterima sebagai sebahagian daripada penyumbang kepada fenomena ini, faktor- faktor lain yang berkait rapat sewajarnya dikenal pasti dan seterusnya ditangani.

Meletakkan pelajar lelaki dalam kelompok yang bermasalah sosial tentunya tidak adil justeru bilangan mereka yang terbabit dalam jenayah dan penagihan dadah begitu kecil jika dibandingkan dengan penduduk negara ini yang berjumlah 26 juta orang.

Masalah keluarga yang kurang berkemampuan untuk membiayai pengajian universiti selain daripada tekad pelajar lelaki yang lebih cenderung untuk mencari pekerjaan bagi menanggung adik beradik yang lain juga turut menyumbang kepada keadaan ini.

Pandangan sebahagian besar ibu bapa bahawa anak perempuan wajar mempunyai kerjaya yang boleh memperuntukkan lebih masa dengan keluarga juga turut menyumbang kepada jurang perbezaan ini. Justeru itu anak-anak perempuan digalakkan untuk memilih bidang yang bersifat akademik dan tidak menghairankan jumlah mereka terus meningkat di universiti.

Malah ada pandangan yang menyatakan sistem meritokerasi yang di amalkan sejak beberapa tahun lalu menjadi punca kepada jurang yang semakin melebar ini. Walaupun ada saranan supaya sistem kuota digunapakai bagi membendung fenomena ini, namun ia bukanlah langkah terbaik.

Membenarkan pelajar lelaki masuk ke IPTA atas alasan menyempitkan jurang dengan mengorbankan aspek kualti dan minat hanya akan meruntuhkan imej universiti sebagai penjana graduan cemerlang dan berkualiti.

Kecemerlangan pelajar perempuan seharusnya menyuntik semangat kepada pelajar lelaki untuk bersaing secara sihat, bukan mempertikaikan pemilihan jumlah pelajar perempuan yang ramai di IPTA. Persaingan secara sihat untuk mendapat tempat di mana-mana IPT harus diteruskan kalau kita mahu melahirkan modal insan yang benar-benar cemerlang.

Namun begitu apa yang digusarkan ialah masalah ini jika dibiarkan berlarutan bakal melahirkan masalah ketidakseimbangan dari segi pekerjaan pula. Ramai lelaki mungkin terpaksa menjadi suri rumah pada masa depan jika fenomena pelajar perempuan menguasai IPT terus berlaku.

Suka tidak suka dan mahu tidak mahu satu hari nanti wanita yang berkerjaya tinggi akan berkahwin dengan mana-mana lelaki yang lebih rendah taraf kerjayanya hatta termasuk mereka yang tidak bekerja.

Akhirnya, akan berlaku fenomena lelaki duduk di rumah menjaga anak dan rumah tangga manakala wanita keluar bekerja. Fenomena ini telah pun berlaku sekarang walaupun kelihatannya tidak manis dan menyalahi adat.

Kalau tidak pun bilangan wanita yang berjawatan tinggi akan semakin ramai kekal bujang kerana tidak menemui lelaki yang setaraf dengan mereka dan fenomena ini sedang berlaku dengan pesatnya!

ADAKAH INI AKAN BERLAKU?

BAGAIMANA MENGATASINYA ADAKAH DIBIARKAN SEBAGAI KEADILAN YANG BERUSAHA KUAT BERJAYA DAN YANG LEMAH DIBIARKAN.

ADAKAH KITA INGIN MELIHAT LELAKI MENJADI MR MAMA?

WAJARKAH LELAKI PERLU DIBERI PELUANG DAN RUANG UNTUK BERSAING SECARA SIHAT DIBIDANG YANG DIMONOPOLI LELAKI SEPERTI JURURAWAT dan GURU.

Tuesday, 17 June 2008

BAGAIMANA DENGAN KUMPULAN SEDERHANA????

Pastikan manfaat si miskin

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
(WARTAWAN UTUSAN 17 Jun 2008)


SABTU lalu seluruh negara diserikan dengan wajah-wajah ceria orang ramai yang berpusu-pusu mendapatkan rebat tunai daripada penstrukturan semula subsidi petrol.Sama ada RM625 untuk pemilik kereta atau RM125 bagi motosikal, jumlah itu sangat besar nilainya dalam mengurangkan beban orang ramai di sebalik peningkatan kos sara hidup ketika ini.Jika tidak, mana mungkin pejabat pos di seluruh negara diserbu orang ramai seawal pukul tujuh pagi sematamata untuk menuntut rebat tunai berkenaan, walaupun pembayarannya boleh dituntut dalam tempoh yang panjang.

Melihat pemberian rebat tunai itu, jika boleh dibuat kesimpulan, ia sebenarnya hanya memberi kelebihan kepada golongan menengah dan atasan, iaitu rakyat berpendapatan tinggi dan sederhana yang menjalani kehidupan sempurna sehingga mampu memiliki kenderaan.Golongan yang berpendapatan sederhana itu walaupun tidak dinafikan ikut terjejas dengan kenaikan harga minyak, namun sebenarnya mempunyai banyak ruang untuk bertahan dengan berubah gaya hidup. Apa yang menjadi persoalan ketika ini ialah, sejauh mana pemberian rebat tunai itu membantu golongan yang berpendapatan rendah dan penduduk yang tergolong dalam kategori miskin? Demografi penduduk di negara ini ketika ini 30 peratusnya terdiri daripada golongan miskin.

Jumlah itu mewakili keseluruhan penduduk yang agak ramai, malah terdapat di kalangan mereka yang tinggal di bandar-bandar besar termasuk di Kuala Lumpur. Golongan ini tidak mempunyai kenderaan sendiri, dan jika ada pun hanyalah motosikal yang sangat kecil jumlah rebat tunainya untuk dituntut. Malangnya, mereka tidak dikecualikan daripada peningkatan kos sara hidup ekoran kenaikan petrol, bahan makanan dan perkhidmatan lain. Maksudnya, biarpun tidak mendapat rebat tunai atau mendapat dalam jumlah yang kecil, golongan ini tetap perlu membayar harga makanan dan perkhidmatan pada kadar yang sama seperti golongan berpendapatan tinggi dan sederhana yang mendapat rebat tunai yang tinggi.

Justeru bagi golongan miskin, pemberian subsidi petrol itu sebenarnya tidak membawa sebarang makna kepada mereka. Menilai pemberian subsidi itu, pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian berpendapat, bantuan kepada rakyat seharusnya berbentuk kebajikan dengan perancangan jangka panjang dan bukannya bersifat sementara. Dalam situasi ketika ini jelas beliau, subsidi tidak sewajarnya hanya tertumpu untuk mengurangkan beban kenaikan petrol semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira bantuan lain terutamanya yang berkait dengan perbelanjaan harian rakyat.

Golongan miskin yang tidak mempunyai kenderaan misalnya, pastinya mengharapkan satu bentuk subsidi yang boleh dinikmati secara langsung oleh mereka sebagai kumpulan yang selayaknya menerima bantuan, lebih-lebih lagi dalam meredakan keperitan yang mengikat perut mereka. Justeru, dalam memastikan kumpulan sasaran yang wajar diberikan bantuan itu, kerajaan seharusnya mengenalpasti golongan miskin menerusi pengelasan pendapatan seperti di bawah RM1,000 sebulan bagi penduduk luar bandar dan RM2,000 bagi penduduk bandar. Golongan itu perlu dipastikan bebas daripada menanggung perubahan perbelanjaan yang besar ekoran peningkatan harga petrol dan kos sara hidup terutamanya dalam perbelanjaan barangan makanan dan keperluan harian.

Pemberian subsidi itu juga meskipun bukan secara tunai sepenuhnya, boleh diperluaskan kepada bidang-bidang penting lain terutamanya bagi sektor pendidikan dan kesihatan dengan bantuan penuh dan maksimum. ''Malah, pemberian bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada golongan miskin, warga emas, ibu tunggal dan kurang upaya (OKU) perlu dipertimbangkan untuk digandakan kerana jumlah bantuan sedia ada tidak lagi sesuai dengan kos sara hidup ketika ini," jelas beliau.

Turut berpendapat langkah kerajaan memberikan rebat tunai adalah satu langkah mengejut dengan kesan yang terhad, pensyarah Pusat Pengajian Politik dan Strategik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Ruhanas Harun juga menambah, ia hanya menguntungkan golongan berpendapatan sederhana dan tinggi. Sedangkan golongan miskin katanya, tidak mendapat pembelaan sewajarnya kerana mereka dalam serba kedaifan terpaksa berdepan dengan beban kenaikan harga bahan makanan dan perkhidmatan lain seiring dengan kenaikan harga minyak.

Meskipun golongan itu mendapat bantuan daripada pihak-pihak tertentu, namun dengan jumlah yang agak terhad, ia tidak mampu membawa golongan tersebut keluar daripada desakan kos sara hidup yang turut meningkat. Apa yang sewajarnya dilakukan dalam membantu golongan miskin ujar beliau, ialah mengenal pasti keperluan utama golongan ini bagi membolehkan mereka dibebaskan daripada kemelut kehidupan yang menyesakkan.

Mengambil contoh pemberian subsidi pendidikan misalnya, golongan miskin perlu dikecualikan daripada sebarang yuran sekolah selain diberikan bantuan buku, alat tulis, makanan dan sebagainya. Ruhanas juga menarik perhatian bantuan yang diberikan kepada golongan miskin di Eropah yang mana pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara berkenaan menyediakan bas sekolah percuma bagi pelajar-pelajar miskin. ''Bentuk pemberian subsidi seperti ini juga adalah antara bantuan yang boleh diberikan oleh kerajaan, sementelah kebanyakan golongan miskin di negara ini mempunyai anak yang ramai," katanya.

Seperkara yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan dalam memastikan rakyat tidak terus terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi tambah Ruhanas, adalah dengan memastikan harga bahan makanan dan perkhidmatan terkawal dan tidak dinaikkan sewenangwenangnya. Sebaliknya apa yang menghairankan dan sering berlaku di negara ini sejak sekian lama, setiap kali harga minyak atau gaji pekerja meningkat, ia akan disusuli dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Justeru, biar sebanyak mana bantuan dan subsidi yang diberikan kerajaan dalam mengurangkan beban rakyat, ia sebenarnya tidak dapat dimanfaatkan kerana harga barangan dan perkhidmatan turut meningkat.

KOMEN

Tidak dinafi golongan miskin pasti terjejas tetapi yang pastinya kerajaan cepat menanganinya dan mudah diberi bantuan.

Persoalanya, bagaimana golongan sederhana (antara sederhana miskin dengan sederhana kaya)? Inilah kumpulan yang paling lama berkhidmat dan senior dalam perkhidmatan???

Kumpulan yang paling tertekan nak dapat bantuan tidak termasuk dalam golongan sederhana, begitu juga yang sederhana pertengahan. (gaji 3,000.00 hingga 6,000.00).

Bagi sederhana atas hampir kepada kumpulan kaya (RM 6,000 ke atas) pasti tiada masalah dan ianya kumpulan yang paling beruntung sebab semua pasti dapat buat lah kot mana pun pasti mereka dapat laba besar.

Sekarang kumpulan sederhana lagi sengsara bila hanya seorang bekerja, anak ramai dan gaji dah langgar dinding lagi terasa dan mungkin jatuh miskin pula tarafnya dengan orang tergolong miskin. Di tambah kumpulan ini yang berkhidmat hampir 25 tahun ke atas mempunyai ramai anak sedang meningkat dewasa dan akan masuk atau telah memasuki universiti.

Nak berjimat memerlukan pelbagai cara tetapi nak melaksanakan amat sukar, sebut aje, semua perlukan duit dengan minyak naik yang pastinya poket semakin mengecil sebab keperluan harian semakin meningkat. RM 625.00 rebet diguna bayar insuran kereta hanya ngam-ngam melainkan kalau kereta dah habis bayar dan ambil insuran ketiga bolehlah guna untuk subsidi minyak.

Kumpulan ini umur dah mencecah 45 tahun ke atas, Nak kerja part time x boleh (Kump A) nak kerja part time (buruh) x ada tenaga dan penyakit. Simpanan pun makin kurang, yang menanti belanja masuk U, menunaikan haji, kahwinkan anak, beli ubat kuat (kesihatan) dan masalah ibubapa dan tanggungan juga menjadi genting dan tidak tentu masa. Waktu ini juga cukai pendapatan masih tinggi dan kena potongan wajib. Nak naik pangkat mungkin tipis sebab ‘pyramid system’ yang semakin mengecil dan menanti nak naik pangkat ramai pulak, yang anak ramai mana ada masa nak bodek bos sebab gaji hanya cukup untuk makan kelurga.

Nak please BOSS memang susah berbanding kumpulan sama, isteri bekerja, anak tunggal dan anak asal orang kaya. Ini dikatakan rezeki anak-anak kalau dapat naik gaji atau naik pangkat.

Kumpulan ini kalau mendapat bonus di akhir tahun adalah sebagai rahmat dan penyelamat, kalau kerajaan bagi bonus mampu menyelesaikan masalah persekolahan anak-anak dan menabung.

Di sektor awam dapat bonus 2 ke 6 bulan sudah cukup sebagai mengisi tabungan dan juga mengunakan wang sebagai pengurusan runcit setahun.

Alahai kalau kerajaan bagi 2 bulan bonus dengan *1 bulan bonus sebagai simpanan untuk ditunai selepas pencen mungkin memberi kelebihan dan senyuman kepada golongan sederhana.

* perkhidmatan melebihi 25 tahun diberi bonus tambahan 1 bulan gaji dan disimpan sehingga tamat perkhidmatan (satu cadangan)

MASALAH LELAKI!!!!!??????

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT (Utusan Malaysia 17 Jul 2008)

AWANG tidak terkejut dengan laporan bahawa kekurangan jumlah pelajar lelaki di institut pengajian tinggi awam di negara ini semakin serius. Begitu juga dengan penguasaan pelajar wanita dalam bidang pengajian teknikal termasuk kejuruteraan – mengatasi pelajar lelaki. Ia sudah boleh dijangka berdasarkan statistik dan beberapa petunjuk lain sejak beberapa tahun lalu yang menampakkan aliran itu. Semua orang tahu bahawa masalah utama kebanyakan pelajar lelaki adalah kurang serius dalam akademik.

Walaupun tidak terkejut tetapi Awang ada sebab kuat untuk merasa bimbang. Apa akan jadi kepada generasi baru lelaki kita? Dalam kita gembira dengan peningkatan pencapaian pelajar wanita, kita tidak mahu pelajar lelaki pula ketinggalan apatah lagi mereka setidak-tidaknya bakal menjadi ketua keluarga. Apa pun, Awang percaya kita harus bersedia untuk menerima realiti baru kemudian hari iaitu peranan wanita akan dominan dalam banyak bidang. Jawatan bos di tempat kerja akan dikuasai oleh mereka sementara si suami setakat jadi ‘bos’ di rumah, itu pun belum tentu.

Awang – Peminat wanita.

RENUNGAN DAN PANDANGAN

Masalah ini saban tahun dibangkitkan apabila hampir dengan kemasukan ke U. Oh lelaki… kemana menghilang, kenapa ramai yang kantoi dari yang lulus dan ramai yang masuk pusat serenti, jel, wad sakit akibat cari penyakit (rempit, dadah dll). Banyak lelaki bekerja di sektor empat kerat (pakai tenaga) adalah warga asing, mana perginya lelaki Malaysia?

Begitu juga apabila menjengah dipejabat kerajaan dan swasta yang banyak wanita, banyaknya wanita melebihi lelaki di sekolah, hospital, bank pasaraya dan apa jua pekerjaan yang memErlukan wanita sebagai pelaris atau perlu wanita sebagai kelembutan melayan pesakit atau anak sekolah.

Adakah ruang dan kelebihan yang dibuka memihak kepada wanita?? Adakah women lib, kebebasan dan metrokrasi menyebabkan ledakan wanita membajiri IPTA, atau dasar pendidikan menyebabkan wanita lebih Berjaya dari lelaki. Yang pastinya, wanita memang melebihi lelaki dari segi jumlah tetapi adakah lelaki gagal sebab kurang mampu bersaing dengan wanita???? Atau otaknya lemah berbanding wanita?

Jika dilihat dari faktor kejadian manusia di dalam Al Quran “wanita (Hawa) dijadikan dari tulang rusuk Adam” faktor kelakian sewajarnya lebih menyerlah dan patut berbangga, tetapi apa dah jadi????Jangan lelaki salahkan bahawa diakhir zaman banyak wanita daripada lelaki dan akan berlaku kiamat! Begitu juga lelaki semakin menikus dan hilang kelakiannya sebab bos banyak dari wanita sebut apa sahaja bidang semuanya dimasuki oleh wanita. Betapa kuatnya pengaruh wanita atau betapa kurangnya lelaki untuk membantu lelaki mendapat peluang yang semakin terbuka?????

Berbalik di IPTA,

Adakah lemahnya menteri pendidikan lelaki dan tidak berani memberi keutamaan kepada lelaki atau tidak berusaha meramaikan lelaki minat belajar dan berjaya???

Adakah, sistem sekular penyebab lelaki tertinggal?

Adakah system agama boleh digunakan dan membolehkan lelaki Berjaya?

Adakah kurang pelajar lelaki disekolah rendah dan menengah?

Adakah sebab banyak guru wanita banyak pelajar lelaki diabaikai?

Adakah sistem metrokrasi menyebabkan lelaki terpinggar tanpa meningkatkan kuota untuk lelaki?

Adakah sebab wanita lembut dan senang ikut arahan lebih Berjaya?

Adakah lelaki gagal belajar disebabkan hilang tumpuan dan memikirkan keseronokan dunia, seks dan gejala sosial?

Adakah ibubapa bersikap prejudis kepada anak lelaki dan lebih mementingkan anak perempuan?

Adakah dengan membubarkan sekolah wanita boleh menyebabkan lelaki boleh bersaing dengan wanita?

Adakah wanita kuat dengan adanya women libs orgn, sister in Islam dll sedangkan kaum lelaki hanya berharap kepada mancho dan bersifat individu sahaja?

Adakah desakan dan sifat bertolaka asnsur lelaki membuatkan lelaki sentiasa rugi?

Wajarkah lelaki memerlukan pembelaan sepertimana kaum wanita dahulu?

Sekarang faktor tongkat ali, power root dll akar serta Viagra lebih memberi lelaki kekuatan seks daripada menimba ilmu dan menjadi lelaki Berjaya?

Adakah lelaki akan mengambil alih tanggungjawab wanita dan akan terus menjadi Mr mama sehingga kiamat?

Adakah semua lelaki sedar masalah lelaki hari ini dan cukup setakat nama sebagai lelaki?

Adakah lelaki banyak bertukar menjadi lembut sifatnya dan digolongkan sebagai lenita dan menaikan nisbah wanita?

Yang pastiya masalah ini berterusan dan mudah dilupakan dan kembali mengisi wancana apabila kemasukan ke pengajian tinggi.

HAI LELAKI YANG BUDIMAN SILA JAWAP PERSOALAN YANG DISENARAIKAN DAN ADAKAH KITA PERLU BERDIAM DIRI ATAU TERUS BERCAKAP MENGENAI KEKURANGAN LELAKI DI PENGAJIAN TINGGI????

SILA BERKONGSI MASALAH SEJAGAT INI TANPA RASA PREJUDIS.

Sunday, 15 June 2008

NOKTAH TERAKHIR

Semalam 15 Jun 2008, aku mengziarahi sepupu yang kembali ke rahmatullah akibat serangan angin akhmar. Berita kematian diterima pada 141945 Jun 2008, dan allahyarhamah meninggal dunia diHBSB Alor Star pada 141715 Jun 2008. Arwah baru berumur 52 tahun dan meninggalkan 3 anak 2 lelaki dan seorang perempuan yang semuanya telah berumahtangga. Kenangan semasa kecil pasti mengimbau bila menziarahi dan membantu setakat yang mampu. Aku membantu sehingga disemadikan ke liang lahad sesungguhnya pengalaman aku menguruskan jenazah rakan semasa di Sarawak sehingga jam 3 pagi, pengalaman menguruskan arwah ayah dan nenek membuat aku merasakan persiapan dan pentadbiran ketenteraan menguruskan jenazah adalah yang terbaik dan teratur.

Arwah telah hampir seminggu terlantar di wad ICU HSBAS, aku melawat pada 5 Jun dan itulah pertama kali aku memasuki hospitral baru yang selesa dan teratur. Walau bagaimanapun ramai juga penunggang motosikal yang sakit jiwa kerana mempakir motosikal dilaluan berbumbung jalan kaki manakala ada satu dua kenderaan dipakir dilaluan lintasan pejalan kaki. Kalau ada ruang, mungkin ada yang membawa kenderaan sehingga ke depan wad, ini sikap orang kita kalau boleh nak pakir paling dekat dengan tempat dituju, malas nak berjalan dan tak peduli orang lain, janji aku senang.

Setibaya aku di wad ICU, hanya 2 orang keluarga yang dibenarkan masuk. Semasa menunggu diruangan bertutup antara wad dengan ruang menunggu, pengawal keselamatan akan memastikan kami memakai alas plastik dibadan dan tidak dibenarkan memakai kasut sendiri melainkan dikhaskan. Semasa menunggu, pesakit dari Sik dibawa masuk melalui pintu aku menunggu dengan diiringi seorang lelaki. Semasa menolak masuk pengawal memaklumkan kepada lelaki yang mengiringi pesakit menanggalkan kasutnya, dan mungkin tidak didengarinya. Ini membuatkan aku menyibuk dan aku paling hampir dengannya lantas menyampuk 'Excuse me, Pse take out your shoes!' lelaki tersebut telah melintasi pintu yang masih terbuka dan menoleh kebalakang sambil melontarkan kasutnya kearah pintu dengan biadap sehingga sebelah kasut tersangkut dipintu sebelah lagi terbang ke arah aku. Aku menangkap kasut dan sepontan isteri aku melepaskan ayat kurang asam punya doktor? awat kasut doktor tak ada kuman ke? (memandangkan beliau mempunyai steteskop dilehernya). Doktor tersebut selamba aje dan tidak rasa hati memohon maaf, mungkin sebagi doktor dikecualikan dan boleh buat apa aje..... sebab ini rumah aku..... Peristiwa itu membuat aku begang seketika tetapi aku ingatkan pada diri dan isteri mungkin doktor tu streesssss sebab patient dia tenat atau dia ada masalah mental block?

Selepas peristiwa itu, aku dan isteri masuk mengziarahi sepupu dan keadaannya agak kritikal dengan operation di kepala (kanan) bagi mengeluarkan darah beku dan ditebuk lehernya bagi memasukan tiub makanan dan juga oksigen. Setelah 2 minit di wad ICU, aku melangkah keluar dan menunggu diruang tamu bersama sanak saudara, semasa menunggu aku nampak doktor yang membawa pesakit tadi berjalan terhincut-hincut menuju kearah lif. Semasa masuk tadi aku tengok sihat aje. Aku berbisik kepada isteri tengok tu mungkin kena sumpahan kita kot! sampai kaki dah sakit.

Berbalik kepada persiapan pengkebumian arwah, di kampung suasana mengziarahi jenazah telah banyak berubah jika berbanding dengan tahun 70an. Kalau dahulu keranda akan dibuat disitu, begitu juga dengan lain-lain persiapan. Sekarang semuanya diswastakan dengan pihak masjid dari urusan menggali, kenderaan jenazah, memandi mayat dan juga mengkafankan. Kalau dulu keranda akan diusung hingga ke tanah perkuburan walaupun jauhnya sampai 3 km. Ramai yang membantu dan tiada masalah tetapi sekarang nak cari orang kuat (anak muda) dan saudara mara sukar sebab banyak meninggalkan kampung merantau jauh dari kampung. Begitu juga di kubur, nak mengambus atau menyelesaikan tak ramai seperti dulu. Sekarang tinggal saudara rapat, anak beranak aje. Selepas sembahyang jenazah semuanya kembali ketempat masing-masing.

Hikmahnya mendengar talkin, dan lain-lain aktiviti adalah untuk mengingatkan kita kepada kematian dan bermuhasabah diri. Mengira bekalan baik dan buruk ke hari akhirat.

Alfatihah buat arwah-arwah yang telah meninggal dunia pinjaman dn dialam barzakh dan menanti alam akhirat.

Saturday, 14 June 2008

KENANGAN 28 TAHUN DI CWG KADET RMC

11 Jun 2008, genap 26 tahun aku kembali setelah meninggalkan RMC pada Julai 1982 setelah berada selama hampir 2 tahun di RMC mulai 1 Jun 1980. Kali ini aku hadir di Blok penginapan tkt 1 (kiri dari bawah mengadap padang kawad belakangnya kantin), bilik 1 dimana bilik aku menginap selama 2 tahun. Kehadiran aku dengan uniform dan menghadiri ADFELPS test (kali pertama diadakan ujian untuk MPAT). Setibanya jam 730 pagi di RMC, blok Cwgn Kadet dahulunya (sekarang semua bangunan dibawah Cwgn PUTRA MTD). Pintu lobi utamanya dinamakan Pintu Munip, alangkah kecilnya jasa beliau hanya pintu dikekalkan namanya, walhal nama dewan masih kekal dengan nama Dewan Templer (Gen. Templer). Lantai lobi digantikan dengan tile bukan lagi 'granite floor'(setiap malam pasti di wax dengan tangan dan dipolish dengan mesin,) dan pemegang pintu dah tak kena BRASSO dikilat masa kadet dulu begitu juga 2 meriam Anti ac dipintu masuk melalui padang kawad.

Sedih juga bila melihat suasana halaman cwgn kadet tidak dijaga rapi, rumput panjang dan bangunan kantin masih seperti dulu, motosikal pekerja diletakan diruang antara kantin dan bangunan kadet. Disudut bangunan model (Bulat bumbung tile) pula bertutup dan kusam. Manakala library dan stor senjata tidak banyak perubahan.

Sebelum ujian bermula aku meninjau tingkat 1 dn 2 dan seluruh bangunan dijadikan kelas Putra tingkatan 4. Tingkat 1 sebagai bilik guru (Abdul Rahman Kompeni) manakalan mess serta dewan ditingkat dijadikan bilik makmal F1 CAD/CAM dan bilik kajian. Ujian kami diadakan dibarisan bilik aku menginap dahulu, ruang tengah dulunya koridor antara bilik dipecahkan dan bilik yang lebih luas sebagai bilik guru dan bilik darjah putra RMC. Ditingkat 2 dan 3 (Alam Shah Kompeni dan Syed Putra Kompeni) dijadikan bilik darjah. Semua koridor dibuat mengadap ke padang kawad.

Aku berbangga sebab berada dibilik yang dulunya menjadi tempat beradu dan menjalani kehidupan dikadet. Tepat di bilik aku diletakan radio dan rostrum dan ianya memberi kenangan silam selama 26 tahun dulu. Sayangnya aku tidak dapat mengambil gambar sebagai kenangan yang pastinya skot boleh meingat/merungkai kembali lakaran dan tempat penginapan tanpa gambar pun, kerana ianya tempat jatuh lagi dikenang. Tidakku sangka bilik ini sekarang menjadi sumber percambahan ilmu dan bukan dijadikan stor. Skot-skot kalau ada peluang bawa-bawa lah melawat kenangan lama dulu dan coretlah sesuatu bagi mengimbau kenangan dulu-dulu.

Kalau tidak silap bilik aku dibarisan senior bersama W.Rahman, dan Yew, manakala hadapan bilk Lokman, Kenali, Amin, dan Liew. Yang lain tak berapa ingat dah, kalau lama pikioq dan bersembang dengan skot mungkin ingat kembali. Wasalam

Friday, 13 June 2008

BAHANA DAN KESAN MINYAK NAIK

Sebelum cuti persekolahan kedua 24 Mei hingga 8 Jun 2008, kami merancang untuk balik ke KL menggunakan kereta. Walau bagaimanapun pergerakan terpaksa ditangguhkan kerana aku kena menghadiri ADFELPTS di MTD pada 12 Jun 2008. Pergerakan disaat itu masih berbelah bagi untuk menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam (bas) akan tetapi apabila diumumkan kenaikan harga minyak hampir 78 sen aku bertekad untuk mengunakan bas aje dan anak pula akan mula penggal ketiga persekolahan. Jadi keputusan dibuat muktamatnya menggunakan bas Transnasional. Semakan harga dibuat dan didapati semua syarikat bas menaiki harga kecuali Trannsional masih harga lama (RM 33.00 sehala seorang) dari Changlun ke KL.

Kami berdua mengambil tiket bagi pergerakan jam 2330 malam 10 Jun, kami juga membuat persipan dengan memastikan pakaian tebal (jeans dan jaket) dan juga bantal alas kerana perjalanan jauh hampir 550 KM pastinya letih dan membosankan. Anak yang bongsu darjah 1 merenget dan ingin ikut sama tetapi disebabkan sekolah beliau lebih berat tidak ikut sama, kalau beliau beriya-iya pasti kami bawa bersama. Jam 2245 , walaupun ke stesen bas hanya 5 minit kami bersiap untuk keluar awal memandangkan anak yang sulung baru lulus lesen memandu dan tidak pernah memandu diwaktu malam, jadi kami nak beri peluang dan waktu malam di Changlun kenderaan amat lengang. Setelah memasukkan barang kami bergerak, aku dan isteri duduk dibelakang manakala anak kedua disebelah kakaknya. Pergerakan kancil bergerak agak perlahan dan aku rasa seperti angin kurang, lebih kurang 5 minit kenderaan bergoyang kiri kanan, saat cemas membuatkan kenderaan diberhentikan di tepi jalan dan setelah diperiksa tayar belakang kiri hancur tinggal rim aje. Allahamdullilah tiada kecelakaan berlaku walaupun kami sedikit terganggu. Jam hampir 2300, lantas aku menghubungi M. Sani jiran untuk membantu memandangkan tayar spare tiada.

Kenderaan terpaksa ditinggalkan ditepi jalan dengan penuh tawakal, ayat Alfatihah dan ayat kursi dibaca agar kenderaan selamat dan juga dikunci steering sebagai langkah keselamatan. Tepat jam 2330 kami menaiki bas dan meneruskan perjalanan ke KL. Jam 3 pagi kenderaan berhenti di Spg Pulai Petronas untuk mengisi minyak dan kami tiba di Puduraya jam 5 pagi. Kami merancang menaiki LRT ke BTR memandangkan harga teksi mencecah 25 ringgit sedangkan LRT baru RM 1.70. Yang menjadi masalahnya, LRT hanya beroperasi jam 0600 pagi jadi kami kenalah berjalan lebih kurang 900 meter ke stesen, tambahan pula pintu pagar stesen Plaza Rakyat berkunci dan persekitaranya juga sunyi dan seingat aku Plaza Rakyat dah hampir 15 tahun terbengkalai. Setibanya di BTR stesen jam 0630 pagi setelah kami menunggu hampir 45 minit berdiri dihadapan pintu Stesen Plaza Rakyat. Sesampai diBTR kami terpaksa menapak hampir 1 km ke rumah adik dengan beg besar dan berat pulak tu. Bayangkanlah semua ini untuk mengetahui dan merasai bagaimana menggunakan kemudahan awam. Kalau naik teksi pastinya menjangkau lebih RM 20.00 atau minta saudara jemput juga menyusah dan menggangu routine harian mereka.

Selepas sembahyang subuh aku teringat kunci rumah di Klang tidak dibawa jadi pagi itu terpaksa membuat panggilan kepada anak untuk menguruskan penghantaran Ke KL. Atas inisiatif dan juga networking aku dapat menguruskan kunci rumah melalui kenalan yang akan bergerak ke KL pada petang tersebut dan dijangka kunci diterima pada petang 12 Jun. Ini semuanya urusan yang dipermudahkan (sentiasa amal doa Ya ALLah, ya Tuhan ku permudahkanlah hidup ku di dunia dan juga di akhirat apabila selesai solat). Di KL aku tiada menghadapi masalah kerana adik ipar meminjamkan kereta wiranya dan juga menggunakan kenderaan rasmi bagi urusan ke pejabat. Setelah menyelesaikan keperluan di KL dan di Klang, kami merancang pergerakan balik ke Changlun pada jam 1100 pagi 13 Jun menggunakan syarikat bas yang sama. Sekali lagi adik iaar membantu membeli tikit di Puduraya dan yang menariknya hanya 2 tikit masih kosong dan ianya sama tempat duduk semasa pergerakan ke KL dan kenderaan serta pemandu yang sama.

Sekali lagi kami terpaksa ke Hentian Jalan Duta, atas pertolongan M.Sazali kami dijemput oleh Pmd Lalter (asal orang Kpg Tambulian Kota Belud) jadi aku berikan ole-ole setin kacang Thai sesampai di hentian Jln Duta jam 0945. Sebelum itu, jam 0800 aku ke TESCO Taman Midah bagi membeli donut Big Apple untuk buah tangan anak-anak dan jiran, tetapi hampa kerana kedai dibuka jam 1000 pagi. Walaupun tak dapat beli big apple kami terserempak dengan rakan lama di Kuching yang bekerja sebagai line manager di Kitchen Rice Shop (isteri K. Harizal). Aku dah terbiasa membawa ole-ole sebagai buah tangan orang yang membantu inilah dikatakan bertapa kecilnya dunia.

Berbalik di perjalanan balik, kenderaan berhenti rehat di R&R Sg Perak. Selepas menunaikan solat Zohur menggantikan Solat Jumaat kami makan tengahari di gerai serta membeli buah jambu untuk anak-anak dirumah. Perjalanan diteruskan dan setibanya di KM 71.1 (selepas R&R Gurun) sekitar jam 1630 bas Daewoo Transnasional terpaksa berhenti ditepi lebuhraya kerana mengalami kerosakan tali kipas aircond putus. Kami semua terpaksa turun dan menanti mekanik dari Butterworth untuk membaikinya. Setelah hampir 1 setengah jam mekanik belum kelihatan kami terpaksa menaiki bas Trannasional ke Alor Star memandangkan tiada ada lagi bas melalui Changlun. Di waktu awalnya kami masih menunggu di atas (bumper stim roller) bersantai dan melupakan masalah buat sementara ditempat senggaraan PLUS menanti mekanik sampai, tetapi setelah semua penumpang menaiki bas lain ke Alor Star kami terpaksa juga mengikut nasihat pemandu kerana kebiasaanya mekanik lambat sampai dan kalau sampai dan repair mungkin ada masalah lain pulak. Aku dibesarkan di daerah yang sama dan juga tahu masalah yang bakal dihadapi jika menukar bas dan balik menggunakan bas berhenti-henti. Nak minta adik atau anak buah menghantar boleh tetapi akibat harga minyak dan juga menggangu menyebabkan semua itu terpadam dan kena sabarlah menanti sehingga bas dibaiki.

Alasannya kami malas nak ke Alor Star sebab di stesen Sahab Perdana kami terpaksa menaiki bas berhenti-henti ke Changlun dan mengambil masa 1 jam perjalanan tambahan pula kami membawa beg bersaiz besar. Kami tiba jam 1845 di Alor Star dan nasib kami baik sebab bas ke UUM akan bertolak jam 1915, dengan beg besar kami meneruskan perjalanan dan terpaksa mengeluarkan tambahan RM 3.20 seorang kerana syarikat bas Mara Liner dan Transnasional tidak sama syarikat. Di dalam bas yang sarat penumpang dan juga anak muda mengunakan handphone muzik dengan kuat memberi lagi tekanan kepada aku yang sememangnya bengkak dan sedikit marah dengan halangan perjalanan. Tepat jam 2015 tiba di Changlun dan minta anak jemput di stesen Caltex. Perjalanan dari jam 1100 pagi dan tiba dirunah mengambil masa hampir 9 jam walhal kalau tidak ada kerosakan jam 1730 pasti dah relek dirumah.

BAHANANYA PERJALANAN DAN KESAN SAMPINGAN KENAIKAN MINYAK

Dari pada catatan perjalanan beberapa perkara yang menjadi pengajaran dan pengalaman berharga.

1. Menggunakn pengangkutan awam murah dari segi tambang tetapi susahnya bila 'feeder service' dari rumah ke stesen dan dari stesen ke rumah.

2. Menggunakan kemudahan awam terpaksa bersabar dan terpaksa menggangu saudara mara atau jiran jika ada masalah.

3. Kalau guna bas awam jika ada urusan lain di dalam perjalanan tak dapat transit dilaluan atau jika ada urusan ditempat lain kena kemudahan awam lain atau menggunakan teksi yang mahal dan lain-lain masalah pemandu. Bas akan berhenti ditempat yang ada keuntungan mereka tanpa memikirkan keperluan penumpang, contohnya berhenti dikedai makan yang mereaka dapat diskaun atau layanan. Pakaian kena bawa extra sebab sejuk dan bekalan tambahan.

3. Kalau guna kenderaan sendiri, boleh melawat saudara mara, kenalan disepanjang perjalanan atau menyelesaikan masalah dengan cepat. kalau ke KL menggunakan kenderaan sendiri pasti ke Taiping berehat dan makan di Doli Koew Teow atau berhenti Di R&R bagi mkan atau minum dan solat qasar/jamak. Kalau bawa bekalan (nasi) kami pasti singgah di hentian Gua Tempurung. Masa boleh jimat dan kita boleh merancang perjalanan dengan lebih flexible serta menjana ekonomi setempat.

4. Menggunakan kenderaan awam sesampai di KL terpaksa mengunakan saudara untuk jemput kalau naik teksi mahal, kalu naik LRT kena tunggu time operasi seawal jam 600 pagi, tempat duduk tiada serta keselamatan kurang terjamin. Kalau hujan lagi terukle jawabnya. Kalau bawa barang banyak, bersaiz besar dan anak kecil lagi lah tertekan. Di dalam masa menggunakn perkhidmatan awam berbagai ragam dan masalah dihadapi. Mana ada orang yang buat polisi atau menteri atau pengubal naik bas awam dan merasai masalah rakyat???? mereka patut iklas dan menyamar sebagai rakyat susah dan harungilah perjalanan orang bawah dan ....lu fikir lah sendiri...

5. Sikap pemandu yang berbagai dan kurang sopan santun, tiada rasa nak minta maaf bila ada masalah, kalu cakap pun inilah masalah bas dan syarikat bas. Sewajarnya bila bas rosak, sistem gantian dan penyampaian maklumat diatasi agar penumpang tidak perlu mennunggu terlalu lama dan tidak tahu apa berlaku seterusnya, setidaknya refund balik kos yang belum digunakan. Ini syarikat bas besar yang mempunyai rangkaian bas yang banyak melalui lebuhraya, bagaimana syarikat bas kecil kenalah menunggu lama beb, pernah isteri dan 4 anak kecil dulu naik bas SE
(1995) dari jam 9 pagi sampai Alor Star 12 malam, Satu masalah berhenti dibanyak stesen (dalam teket express) dah tu tukar bas bila sampai Ipoh, Buterworth dan rosak pulak. Masalah ini LPKP dah tahu tapi apa yang boleh buat??? Yang pastinya kalau syarikat dan pemandu baik dan ikut peraturan pasti masalah dikurangkan.

6. Naik bas awam kena banyak bersabar, bau, sikap dan juga ego kena jaga kalau tidak tekanan dan darah naik, balik rumah sakit kepala, pening dll. Masa dalam pengangkutan awam tidak boleh diharap dan pastinya perlu merancang sekurang-kurangnya sehari perjalanan sebelum ada majlis penting. Dalam perjalan balik naik Mara Liner anak muda dengan kumpulanya buat bising, buka handset muzik dengan kuat dan menggangu penumpang. Apa yang kita buat setakat merenung, jeling tajam dan kalau bangun menengur pastinya kita yang lebih stress. kalau semua yang membantu menyokong tak apa tapi banyak yang diam sebab tak kuasa nak cari gaduh. Apa nak jadi///??? inilah sikap anak melayu,,,,,,,Ini juga menyebabkan orang kaya dan berstatus tinggi tak mau naik pengangkutan awam, begitu juga orang yang berpendapatan sederhana yang ada kereta, sebab manfaat lebih banyak serta tidak perlu berebut dengan orang lain dan lagi pulak membantu megurangkan kesesakan.

7. Menurunkan harga minyak dan memperbaiki sistem pengangkutan awam adalah jalan terbaik mengurangkan masalah yang sewaktu dengannya.

8. Kebaikanya setelah 2 tahun di Changlun, inilah kali pertama aku dan isteri naik bas MaraLiner A.STar ke Changlun, bas berhawa dingin dan selesa tetapi, masa dan pelbagai ragam membuatkan keinginan menaiki bas semakin menurun bukan kerana status tetapi masa adalah berharga. Ianya secara tidak langsung memberi pengalaman berharga dan belajar mengawal emosi dan poket. Kalau nak murah kena korban masa dan pekak telinga dan buta mata hati.

9. Semua ini berlaku akibat dari kenaikan minyak dan apapun takdir sebegitu rupa. Jadi kita kena menerima hakikatnya kenaikan pasti berlaku tetapi kenaikan yang terlalu drastik banyak memberi masalah. Satu kenaikan menyebabkan pelbagai kenaikan secara langsung atau tidak langsung, tetapi masalah emosi, tekanan dan pesepsi lebih parah dan dimasa panjang memberi kerugian kepada pemerintah.

10. Setiap perkara yang dilalui banyak pengajaran dan pengalaman tetapi kenapa perlu kita melalui pengalaman yang kita tahu ianya pasti berlaku masalah??? Inilah dikatakan asam garam kehidupan, yang memimpin perlu memikirkan masalah besar bukan setakat lahiriah tetapi jasmani dan rohaniah. Bercakap dan bersimpati tidak sama dengan melalui dan merasai penglaman serta menangung dan inilah yang lebih baik untuk membuat keputusan dengan matang dan wisdom.

Catatan ini sebagai melepaskan perasaan dan merekodkan pengalaman yang tidak mungkin berulang dimasa hadapan jika berlaku pasti ada cara dan hikmahnya. WallAllahuaklam Wasaalam.

Monday, 9 June 2008

KENAIKAN HARGA MINYAK SEJAK 1990

(Kenaikan minyak dalam masa 16 tahun - sejak 1990).


1. sebelum tahun 1990 - RM 0.89

2. tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
3. 01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
4. 20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
5. 01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
6. 31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
7. 01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
8. 01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
9. 01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
10. 05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
11. 31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
12. 28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
13. 4/06/2008 - RM2.70 (kenaikan RM0.78)

Gaji Pokok (bread winner)

tahun 1982 gaji RM 700.00, (seorang)
1990- gaji RM 1295.00 ( 1 + 1 + 3 orang)
2000.-gaji RM 2850.10 (1 +1 + 5 orang
2005 gaji RM 4022.70 SEMAKIN bertambah perbelanjaan anak semakin besar
2008 gaji RM5614.10 (1+ 1 + 6 orang) belanja semakin mengembung dan simpanan semakin mengecil.
2015 ----DUIT PENCEN mungkin PUN TAK CUKUP sebab nilai duit semakin mengecil. Balik kepada cukup makan aje kalu kakitangan kerajaan.

Bagi kumpulan sederhana gaji hanya cukup untuk menguruskan keprluan harian dan mengharapkan pencen sebagai simpanan. Susah tidak lah tapi cukup bulan habis bulan, Ngam-ngam.

KESAN KENAIKAN AMAT TERASA DAN PASTINYA SIMPANAN KENA korek, korek, korek kalau masih naik barang alamatnya GALI LUBANG TUTUP LUBANG......

PERSOALANYA.

sEBAGAI LAYMEN BERAPAKAH, KEUNTUNGAN petronas dalam masa kenaikan harga minyak yang dijual? Status PENGELUAR/ pengeksport MINYAK?

Keuntungan bank dan GLC berbillion ringgit wajar diberikan 20 peratus diwaktu susah kepada rakyat. (cukai yang diberi setiap tahun adalah tetap tetapi dalam menangani masalah rakyat wajar dikenakan tambahan cukai sebagi sosial responsibility)

bERAPA BANYAK petronas belanja bagi bayaran kakitangan dan juga bonus pekerjanya, hasil bumi natural hanya perlu diteroka dan dari pulangan wajar ditampung subsidi kepada rakyat.

Waktu ada simpanan KERAJAAN perlulah belanja SEWAJARNYA bagi mengurangkan sensara rakyat, kalau dah tak ada rakyat pun tahu untuk membantu negara mengurangkan masalah.

SEMUA ORANG MERUNGUT BARANG NAIK, TAPI MASIH SABAR tetapi didalam SENYAP TAKUT ADA YANG MULA TURUN MINYAK JIKA TAK DAPAT DIBENDUNG TEKANANNYA. rAKYAT SEKARANG BUKAN LAGI MENDENGAR SATU PIHAK TETAPI MULA MENDENGAR PELBAGAI PiHAK, yang pasti rakyat sekarang dah ANalytical thinking Bukan lagi buta huruf dan taat membuta tuli. Kematangan rakyat wajar ditangani dengan kematangan juga. LUAHAN BAGI MENGURANGKAN DAN MENANGANI MASALAH AJE... rAKYAT NAK PROTES SECARA FIZIKAL TAKUT PERIUK NASI BERPASIR ATaU HANGUS atau belum ada SEMANGAT Hang Jebat. JGN Hang Hang mengamuk baru nak panggil HaNg Tuaah nak menolong dah terlewat sebab ramai yang dah mati katak.

Rakyat disuruh berjimat, pemimpin dibuai kemewahan

Rakyat disuruh berjimat, pemimpin dibuai kemewahan

(persoalannya"""""Adakah cakap serupa bikin)???bOLEHKAH YANG KAYA MENINGGALKAN KEmewahAN, SEDANGKAN YANG SEDERHANA PUN SUKAR SEBAB DAH TERBIASA DAN DIDIDIK SEJAK DARI KECIL? YANG SUSAH BERCITA UNTUK MERASAKAN NIKMAT KESENANGAN dan wajar mendapat KEPERLUAN ASAS. Apakah muslihat, strategi atau menarik perhatian sebagai satu isu bagi mengatasi kemelut politik??? atau tekanan dari pasaran ekonomi kapitalis?? Waktu beginilah wajar penulisan yg dipetik di bawah mengurangkan bebanan bukanya meletak bebanan kepada rakyat sebagai balasan kepada kelemahan pentadbir>>>>Bila susah rakyatlah yang dikehendaki berkorban dan sewaktu senang rakyat dilupakan.


Sewajarnya kehidupan di dalam kesederhanaan adalah yang terbaik dan berterusan.

Sebagai jawapan kepada kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad yang menyifatkan cadangan untuk memotong elaun yang dinikmati oleh menteri adalah tidak rasional, maka suka saya lampirkan rencana oleh Mufti Negeri Perlis yang berlawanan dengan kenyataan tersebut.

Apakah Shahrir bersedia mengikat perutnya demi rakyat? Jawapannya jangan harap.

Apakah kenderaan yang beliau naiki setanding dengan motosikal buruk yang dinaiki seorang penoreh getah di kampung? Jawapannya jangan mimpi.

Apakah rumah yang beliau diami seperti kandang keluarga miskin yang kais pagi makan pagi? Jauh sekali.

Saya tertarik apabila membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitulmal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabi-Nya S.A.W (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al- Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun atas permintaan penaja yang membayar harga ceramah akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat. Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah, bercerita kepada makcik-makcik yang khusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’. Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk penganjur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas. Maka insaflah makcik dan pakcik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka. Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “Apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?” Sebelum harga minyak naik, telah sekian lama mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup pada kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Pembaziran

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27). Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun. Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah? Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri? Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’. Apakah patut pada saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka? Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat. Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka? Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan. Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua. Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala- galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma‘ruf dan al-An- Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al- Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan kedua-duanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?” (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr). Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu dicedok masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang dicedok itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperoleh ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa‘d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir). Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini. Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. Saya kadang- kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan Rasu-lNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Tanggungjawab

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana. Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekah kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program televisyen lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang? Pada masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.


KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive