STRES DARI PERSPEKTIF ISLAM?
Stres atau tekanan adalah fitrah dalam hidup. Ia biasa timbul apabila seseorang itu menghadapi ujian, dugaan dan cabaran. Bezanya, hanyalah tahap stres yang dialami sama ada serius atau tidak. Perihal ujian Allah ini telah dijelaskan menerusi al-Quran. Allah berfirman: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai kelaparan) dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang bersabar. (al-Baqarah: 155)
Dalam Islam, semakin besar tekanan yang datang maka semakin besarlah pahala dan ganjaran di sisi Allah. Apa yang penting adalah kesabaran dan keazaman yang tinggi untuk mencari ketenangan dan keredaan Allah. Hayatilah firman Allah: Sesiapa yang beramal soleh dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik...(al-Nahl: 97)
Bagi umat Islam, mereka ada kekuatan akidah keimanan kepada qada dan qadar. Ini akan mendorong seseorang tabah menghadapi segalanya serta tidak berputus asa dalam meneruskan kehidupan di dunia.Penyelesaian stres melalui hiburan duniawi seperti menonton konsert hiburan yang melalaikan sehingga membawa kepada minum minuman keras hanya memberi penyelesaian sementara. Perbuatan ini pula adalah haram di sisi agama.
Apabila seseorang yang mengalami stress mengeluh dengan merasakan ‘nasib’ tidak berlaku adil padanya, maka jiwanya akan semakin tertekan. Orang yang menghadapi tekanan perlu tahu formula pengurusannya agar ia tidak bertambah parah dan kritikal. Dalam Islam, banyak cara boleh dilakukan untuk mengatasi stres. Antaranya, membaca, memahami dan menghayati isi kandungan al-Quran. Membaca al-Quran itu sahaja pun sudah mendatangkan ketenangan apatah lagi apabila
Gejala sosial yang melanda masyarakat juga turut menyumbang kepada berlakunya stres terutama di kalangan ibu bapa. Apakah langkah yang perlu diambil dalam menangani masalah ini?
Ibu bapa perlu mainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak. Lebih-lebih lagi, bapa sebagai ketua keluarga.Sebab itu Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud; Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpinnya. (riwayat Muslim). Perisai paling utama mencegah gejala sosial ialah solat.
Allah berfirman: ...sesungguhnya solat itu mencegah daripada melakukan perkara keji dan mungkar... (al-Ankabut: 45)
Dalam keadaan sekarang, tugas ibu bapa semakin mencabar. Mereka perlu mengetahui siapakah kawan anak-anak sebabnya rakan sebaya ini akan menentukan sahsiah anak-anak.Jika mereka bergaul dengan kawan yang baik, maka akan tersuburlah segala kebaikan yang ditanamkan di rumah. Sebaliknya, jika mereka berkawan dengan golongan yang kurang baik dikhuatiri akan terhakislah segala kebaikan yang diajar di rumah.
Sebagai ketua keluarga, bapa perlu menerapkan sungguh-sungguh ibadat solat kepada anak-anak. Kita perlu menerapkan anak-anak dengan sikap mencapai kejayaan di dunia (akademik) dan akhirat (laksana perintah Allah). Sebabnya, hidup kita di akhirat adalah lebih panjang tempohnya berbanding hidup di dunia yang sementara ini. Setiap daripada kita juga perlu kenal diri. Mengapa Allah ciptakan kita di muka bumi dan apakah bakal kesudahan kita di akhirat kelak. Untuk itu, setiap kita perlu ada masa bermuhasabah (menghitung) nikmat Allah sekurang-kurangnya 10 ke 15 minit sebelum tidur. Fikir dan renungkan kebesaran Allah. Apakah yang telah kita lakukan pada siang hari tadi. Adakah perbuatan yang baik atau dosa, jika kita dimatikan adakah kita sudah bersedia?
Petikan Temu bual dengan Pensyarah Bahasa Moden dan Komunikasi (Bahasa Arab) Universiti Putra
No comments:
Post a Comment