Menaiki bot ke Clear water cave,Mulu Hari ini 1 Jun adalah merupakan Hari Gawai/Dayak Di
Sarawak dan juga Pesta Keamatan di Sabah. Aku beruntung kerana pernah berkhidmat di Sabah tahun 1988 hingga 1990 dan di Sarawak Jan 2003 hingga Jun 2006. Semasa di Sabah, Pesta Keamatan aku tidaklah merasakan kehangatan sambutan sebab sangat sibuk dengan keluarga dan kerja. Seingat aku, pesta keamatan meriah dengan pertandingan ratu cantik, pesta hiburan dan yang pastinya setiap kampong penuh dengan hiburan pancaragam atau kugiraan. Padanle banyak orang
Sabah pandai nyanyi. Di Sabah kali perta
ma aku menjejaki kaki tahun 1982, bulan Ogos semasa mengikuti KTPM. Pemandangan Kota Belud waktu itu amatlah jauh
dari kemajuan, kalau ke bandar kena naik pickup dan tempat duduk papan seke
ping. Jalan dikawasan latihan masih lagi batu gravel dan berdebu.
Di Sarawak, anak-anak semuanya dewasa yang kecik pun dah 3 tahun jadi kami sekeluarga mengambil kesempatan melawat Pesta Dayak peringkat kebangsaan di Miri. Waktu itu pembukaan pesta dirasmikan oleh YDP Agong DYMM Sultan Perlis. Berbagai acara dijalankan disekitar Bandar Miri, kami bernasib baik dapat juga menginap di Hotel Telan Usan berhampiran Lapangan Terbang Miri. Malam itu kami terpaksa menumpang Land Cruiser JKR kerana bas penuh sesak dan teksi juga berkurangan. Hari berikutnya kami sekeluarga menyewa van melawat Gua Niah. Perjalanan van mengambil masa 45 minit ke Taman Hutan Simpan Niah. Perjalanan di atas pelantar kayu mengambil masa hampir 2 jam dan anak yang bongsu terpaksa didukung kerana takut berjalan di atas pelantar kayu. Bayangkan selama hampir 2 jam kami bergilir mendukung sikecil sampai ke dalam gua. Bab nak lintas sungai naik sampan juga menjadi masalah kerana tak biasa naik sampan.
Bagi majlis Gawai ianya adalah acara kemuncahak masyarakat peribumi Sarawak, yang menjadi masalah apabila ada segelintir manusia melayu dan islam lebih daripada orang dayak menyambut hari gawai.Semasa di Kuching kami juga berkesempatan melawat rumah panjang Bidayuh di Jalan Serian Kuching. Rumah panjang tersebut juga ada papan tanda jalan diberi nama Jalan Perkhidmatan, kerana pernah pegawai KP memberi bantuan dan melawat rumah panjang tersebut. Disini kami diberi taklimat dan persembahan kebudayaan tentang Pesta Gawai dan adat orang Bidayuh.
No comments:
Post a Comment