Salah satu kenangan menarik semasa zaman kadet ialah kembaraduga semasa cuti pengajian (tarikh dan tahun tak ingat 81/82) . Inilah sebab tak simpan dairi (sekarang dah ada blog pasti tarikh dan peristiwa kehidupan menjadi bacaan dan motivasi anak cucu). Kemeriahan dan keceriaan jelas terpancar dikalangan skot kerana buat pertama kalinya tekanan dikolej dan latihan ditinggalkan buat sementara waktu dan menyusur jauh ke selatan tanahair. AR Coy ke Johor, AS Coy ke Perak dan SP Coy ke Langkawi.
Pergerakan AR Coy bermula dengan M/BENZ dengan pakaian batik tentera melalui jalan lama dan ke Segamat terus ke Mersing. Kami bermalam di Outward Bound Mersing dan beberapa program diatur oleh OC Coy (Mej Muslim), salah satunya kami mengadakan perlawanan bolatampar dengan Skn Jutra yang sedang membina tapak Kem (sekarang mungkin Kem Sri Iskandar), cerita banyak gajah dan binatang liar menghuni membuatkan malam hari tiada yang berani merayau, lagi pula kawasan masih hutan belantantara. Ada juga terserempak anggota komando membuat latihan semasa kami berPT pagi di pantai.
Pergerakan AR Coy bermula dengan M/BENZ dengan pakaian batik tentera melalui jalan lama dan ke Segamat terus ke Mersing. Kami bermalam di Outward Bound Mersing dan beberapa program diatur oleh OC Coy (Mej Muslim), salah satunya kami mengadakan perlawanan bolatampar dengan Skn Jutra yang sedang membina tapak Kem (sekarang mungkin Kem Sri Iskandar), cerita banyak gajah dan binatang liar menghuni membuatkan malam hari tiada yang berani merayau, lagi pula kawasan masih hutan belantantara. Ada juga terserempak anggota komando membuat latihan semasa kami berPT pagi di pantai.
Perjalanan diteruskan dengan pergerakan ke jeti Mersing menaiki bot nelayan ke pulau Babi Besar, ekspedisi ke pulau juga menarik dengan kami diberi tugasan menyukat pulau dengan bertemu orang pulau untuk mengetahui sejarah asal pulau. Pemandangan menarik dan sewaktu perjalanan agak ok tetapi sehampir tiba laut mula bergelora, tetapi berkat latihan tiada yang digusarkan.
Sekembalinya dariPulau kami bergerak ke 'drop point, bagi ekpedisi gunung Panti (baca peta), dalam kumpulan aku Hasan, Amin, Rozita (maaf tak ingat yang lain) terpaksa meredah paya dan hujan sepanjang hari dan terpaksa melintas anak sungai yang melimpah dan berarus deras. Seingat aku, kami bermalam ditepi trek balak dalam suasana gelap (kayu basah x nyala) dan terpaksa juga tiduk berhimpit dan sebab pakaian basah lencun luar dan dalam beg galas, terpaksalah tiduk dalam kesejukan dan kedinginan malam dan disekelilingi pacat dikaki gunung panti (lu pikiq sendirilah) diringi desiran ungas. Yang baguihnya yang kena jaga tetap jaga demi keselamatan rakan dibekal peluru hidup (komunis masih aktif). Waktu ni dok pikioq apa ke jadah masuk kadet???? ini waktu susah, tapi kalau waktu bergaya, semua hilang yang nampak tamat jadi Pegawai Tentera (gaji 700.00 sebulan dah besak). Keesokan pagi kami dengan pakaian basah mengatur langkah memanjat G.Panti dan sampai ke check point. Seingat aku kami keluaq dekat perkampungan melayu. Selepas itu kami ke PULADA dan terlibat dengan perlawanan bolasepak persahabatan staf PULADA. Kami juga diberi taklimat survival di Jungle Village oleh Apai, dan dijamu manok kononnya, dah pelahap dek lapaq rupanya sate ular sawa.
Kami kelokasi ekpedisi seterusnya di Kpg Makam dan berkhemah di kawasan Sultan Mahmud Mangkat dijulang, 2 hari kami membuat rakit dengan dibantu penduduk tempatan macam pesta pulak, sampai ada cerita ada makcik baik sangat sekeluarga menjamu makan begitu juga anak daranya dah berkenaan dengan JL ........????? (mungkin skot ada versi menarik kalu tak silap PKK Rozita mungkin banyak cerita kot.......). Alkisah kami juga menyubang khidmat bakti jiwa murni membersihkan kawasan masjid Kpg Makam jadi bertambahlah sayang pakcik dan makcik, sepeninggalan bahtera rakit buluh menyusur arus ada makcik menangis sedih dan takut anak-anak angkat dibaham buaya Sg Johor, terutama 'rose among the torn'. Pengalaman arus deras, rakit hampir tenggelam tersangkut. Kami singgah di estet getah (sementara menunggu air surut) dan pengurusnya melayu gaya orang putih berseluar pendek dan berstokin panjang menyambut kami. Malamnya kami bersiap sedia dengan lampu ayam (hurricane lamp) menanti arus surut dan setelah pasti kami pun melepas ikatan, setelah hampir sejam mendayung kami dapati masih ditempat yang sama, rupa-rupanya air masih lagi pasang jadi kenalah tambat ketebing. Setelah air kembali surut, kami meneruskan perjalanan dan seingat kami sewaktu subuh dan semakin cerah, rakit kami berada ditengah muara sungai macam laut lepas air pula masin dan banyak kelong nelayan, dalam hati siapalah tahu, takut dan lantas kami mengayuh ke tebing ladang sawit dan diambil oleh JL. (kat kampung pernah buat rakit batang pisang aje itu pun waktu banjir setakat lutut tapi di Sg Johor dahlah dalam, arusnya hampir 30 ke 40 km lajunya kalau air surut.
Pengembaraan diteruskan dengan melawat perkampungan orang asli, dalam dok berjalan diperkampungan terserempak orang asli memancing, bila disapa pancing ikan ke? dijawabnya, en bodokah, takkan pancing ayam pulak.
Teringat aku satu lawak melibat orang ni.
**$#####sewaktu banjir melanda ramai askar datang membantu, salah satu keluarga yang sedang dibantu sibuk memindahkan peti ais ke dalam sampan penyelamat dan membiarkan anak setahun berseorangan, apabila ditanya kenapa sibuk dengan peti ais dan tak selamat anak dulu? jawabnya peti ais susah dapat tapi anak senang dapat?????????******
Perjalanan diteruskan kalau tak silap ke Kluang dan pekena kopi Keluang, lepas tu naik keretapi balik KL (di stesen Keretapi Kuala Lumpur) sekarang apa dah jadi stesen tu dan diganti dengan KL Sentral.
Untuk skot AR Coy mungkin cerita ni tak lengkap atau tonggang terbalik, tapi bolehlah kongsi maklumat, kepada yang ada tambahan apalah kiranya berkongsi maklumat dan kirimlah cerita tambahan melalui blog Reg 21 atau komen my blog. Kalau ceritanya lengkap bolehlah dibuat cerita pendek. Thank you. Almaklumlah Species regular dah tak ada lagi mungkin menjadi titik tolak untuk seseorang regular bila pencen atau jadi PTD nak buat buku rujukan tentang Regular intake 1 hingga terakhir (regular....).
Zaman dulu mungkin susah nak tulis surat kena bubuh stem dan hantaq, sekarang ni boleh edit, copy and paste. Maka jadilah cerita yang menarik lagi noltagia. Ceritanya biar lah yang elok yang sensor tu kena pakai slidek kad angka 2 angka 1, nanti boleh encode dan decode oleh skot semboyan dalam daftar istilah atau kod rahsia. Wassalam 6 Jun 2008 Jumaat/2 Jamadilakhir 1429H.
No comments:
Post a Comment