CORETAN-CAHAYA KEHIDUPAN
SEKAPUR SIREH
Setelah hampir 28 tahun di dalam kerjaya, aku merasakan pengalaman sebagai PM adalah yang paling mencabar dan terpaksa menggunakan seluroh pengetahuan, pengalaman, EI dan EQ. latihan asas di RMC merupakan platform di dalam mengharungi kerjaya tetapi asas utama mendorong kepada tabiat dan kelakuan banyak dipengaruhi latarbelakang kehidupan. Pendidikan jasmani, rohani dan persekitaran sekeliling banyak mempengaruhi setiap keputusan dan pertimbangan di dalam membuat keputusan.
USIA BAYI HINGGA MENENGAH
Di awal 60an, kelahiran di pinggir bandar AS dengan suasana kampong. Kemudian aku dibesarkan di pendalaman Jeni-ng, rumah kecil kerana ayah dan bonda merantau berkerja dan mengusahakan kebun getah. Memandang ayah adalah waris jadi beliau balik menginap di Kpg B5 rumah beratap nipah dan berdinding papan. Datok Ismail boleh dikatakan senang juga kerana mempunyai hampir 50 ekar tanah sawah dan kebun. Tetapi seingat aku ayah telah berkerja di jabatan pertanian sebagai pengawal serangga. Seterusnya ayah berhenti kerja dan mula membuka pernigaan kedai runcit dirumah. Perniagaan berkembang maju dan sedikit demi sedikit membesarkan kedai. Aku terus membesar bersama kakak dan adik. Waktu ini juga adik emak tinggal sementara dirumah kami dan rumah semakin dibesarkan bagi keselesaan kami. Aku bersekolah di SKBL, semasa umur 7 tahun aku mendapat kemalangan dengan tong penjual ikan dan terpaksa menerima 10 jahitan di atas kening mata kanan. Kenakalan aku semasa dibangku sekolah menyebabkan jahitan dikepala akibat jatuh dibawah rumah dan juga jahitan dilutut kiri akibat besi katil.
Rezeki ayahanda dan bonda semakin meningkat dengan menjadi penjual kantin di SKBL, dan menyebabkan kami mendapat pembantu rumah dari saudara terdekat tinggal bersama. Kak Jah, Kak Mah, Kak dari Kelantan dan Kak Ma membantu menyediakan keperluan kami dan juga berniaga di kantin SKBL. Peristiwa Bonda bertindak berani mempertahan maruahnya dengan celupar Cik Gu Aminah (akibat sehelai rambut dalam makanan) dan pelbagai peristiwa semuanya menjadi kenangan. Setelah hampir 3 tahun, ayah dan bonda terus beralih angin berniaga kain baju di pasar sehari. Ayah bertukar dari motosikal kepada kereta Moris minor, Austin sedan, van Volkswagen dan Mazda wagon 808 (ayah dan bonda kemalangan dan menyebabkan pemergian menunaikan haji ditangguhkan) dan akhir sekali van Toyota.
Aku juga berkesempatan mengikuti ayah dan bonda berniaga hingga ke Baling, Kroh, Sik, Jeniang dan SP. Di atas kemampuan dan kesederhanan hidup aku dihantar belajar di SMSE di aliran Inggeris (remove class) hingga form 3, yuran bulanan RM 15.00. Akibat daripada limpahan rezeki berniaga. Perniagaan ini juga membolehkan sebuah rumah ditegakan yang bernilai hampir RM40,000.00 dapat disiapkan. Ayah juga mengusahakan 4 relong tanah sawah seterusnya menyewa 8 relong sawah daripada peninggalan datuk. Keberkatan dan hasil usaha mereka menyebabkan kami adik beradik hidup dengan penuh kesederhanaan. Di atas usaha ayahanda dan bonda rumah dapat disiapkan pada tahun 1978.
Setelah lulus LCE (agregate 19) aku dipilih ke aliran sains dan belajar di SMKH Spg Kuala tahun 1976 hingg 1978. (bersambung…….
No comments:
Post a Comment