Kegagalan bukan satu noktah, tetapi satu lonjakan kepada kejayaan(samb----)
Disini SMKH (Kheat Hwa) ianya asing dan berapa kerat pelajar melayu dalam kelas aku 4 orang aje(pompuan melayu X), kelas 4A3 ada 4 melayu dan kelas 4A4 hanya 2 melayu. Kami bertemu bila ada kelas agama. Tau aje lah sekolah belajaq aku x sangka ada seorang pelajar nak jalin silaturahim sebagai boyfriend dia dan hantar wakil macam nak merisik khabar (mungkin malu kot). Aku dengan rasa sedikit panik dan menolak atas alas an semua kawan tapi lebih menumpukan pelajaran takut gagal kali kedua dalam peperiksaan. Aku sebenar mana ada kawan pempuan sejak sekolah menengah kerana classmate melayu hanya 2 orang dan yang ramainya amoi. Setelah mendapat keputusan aku memohon masuk MTD sebagai Pegawai Kadet. Aku dulu masa sekolah rendah jalan kaki sebab jaraknya 500 meter dari rumah, sekolah menengah hingga form 3 naik basikal sejauh 5 km dan Form 4 naik bas sekolah jauhnya 15 km.
Kisah kehidupan kampong dari darjah 1 hingga ke Form 5 amat bermakna dimana dari kecil hanya berpelita minyak tanah, lampu ayam, kepada lampu karbait, lampu gasoline, bateri kereta, generator dan mendapat bekalan eletrik pada tahun 1975. Seingat aku paip air bersih juga telah ada sejak aku dilahirkan. Begitu juga dapat merasai perubahan teknologi dan asam garam kehidupan (bersam----g)
No comments:
Post a Comment