Friday, 20 June 2008

Haramkan program SMS berbentuk judi

Haramkan program SMS berbentuk judi

Oleh S M MOHAMED IDRIS (Utusan Malaysia 21 Jun 2008)

PADA pertengahan tahun 2004, Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun memutuskan peraduan berbayar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai haram di sisi Islam kerana mempunyai unsur perjudian. Bagaimanapun, peraduan seumpama itu masih terus disiarkan di be- berapa stesen televisyen tempatan. Malah, setakat ini hanya Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Pulau Pinang telah mewartakan fat wa peraduan SMS sebagai haram dan persoalan utama kini, mengapa fatwa berkenaan tidak diwartakan di semua negeri dan hanya diwartakan di dua buah negeri sahaja.

Persoalan juga timbul berhubung status iklan- iklan pertandingan melibatkan penghantaran SMS yang disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan yang mirip dengan pertandingan anjuran Celcom. Jika pertandingan '100 Hari 100 Kereta' haram maka haramkan juga pertandingan-pertandingan yang seumpamanya. Orang ramai terpaksa mengeluarkan wang untuk menyertai sesuatu kuiz melalui penghantaran SMS dengan harapan akan menang sedangkan yang mendapat keuntungan daripada kemenangan adalah sebilangan kecil peserta sahaja.

Kementerian Kewangan telah mentakrifkan penganjuran atau penyertaan dalam acara cabutan bertuah atau permainan yang bergantung kepada nasib adalah termasuk di bawah gaming atau lottery mengikut Seksyen 2 Akta Rumah perjudian Terbuka 1953 dan tidak mengeluarkan permit bagi tujuan penganjurannya. Pelaksanaan akta ini yang melibatkan pertandingan berbayar melalui SMS perlu dianalisis dengan lebih mendalam. Apakah pertandingan berbayar melalui SMS tertakluk di bawah undang-undang ini?Berdasarkan beberapa hujah dan latar belakang peraduan tersebut yang bersifat samar- samar, mengandungi unsur eksploitasi dan penipuan. Ia bergantung kepada nasib dan wang pertaruhan yang tidak menentu serta mengeksploitasi duit orang ramai sedangkan yang mendapat keuntungan adalah pihak tertentu dalam bilangan yang terhad.

Dengan pengguna telefon bimbit yang mencecah berjuta angka ini maka sudah tiba masanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) benar-benar proaktif dalam menangani isu sebegini kerana Jakim perlu mengeluarkan garis panduan yang memperincikan takrifan peraduan yang berlandaskan konsep baru yang selari dengan syariah Islam. Sejajar itu, satu keputusan muktamad harus dicapai oleh pihak yang bertanggungjawab termasuk pihak kerajaan, Jakim dan Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam memastikan para pengguna tidak terus terjerumus dalam kancah eksploitasi pihak yang hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata.

Komen;

Bukan setakat peraduan masalah pembaziran menggunakan SMS juga berterusan seperti AFUNDI AF, SMS berantai dan juga turun nada muzik banyak menyebabkan anak-anak muda terlalu asyik dengan handphone, tanpa handphone mungkin anak-anak jadi gile.

Anak muda sekarang menunggang basikal/basikal pun boleh main SMS, dalam tandas pun boleh selagi ada line clear.

Jangankata anak muda, nenek tua pun dah punya handphone dan pandai pula SMS. Salute pada nenek tua yang dulu buta huruf sekarang ada yang dah pandai membaca bahasa SMS. Semuanya sebab anak, menantu dan cucu cit bagi hadiah dan tolong ajar bahasa mudah. Yang peliknya bila nenek ajar baca Al Quran anak cucu benak nak dapat tapi bila cucu ajar nenek SMS cepat dapat.

Fikirkan lah sendiri! kalau dalam rumah ada 4 telefon berapa banyak belanja untuk bayaran top up (1 x hp bil/top up) mau mencecah 200.00 sebulan, asset telefon (2,000.00) ini yang harag murah. Tetapi yang x Nampak berapa banyak gelombang daripada telefon boleh menggangu otak, telinga dan berapa banyak berita tak elok disebarkan yang boelh menambah dosa kering atau basah (langsung dan x langsung)

2 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive