Pastikan manfaat si miskin
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
(WARTAWAN UTUSAN 17 Jun 2008)
SABTU lalu seluruh negara diserikan dengan wajah-wajah ceria orang ramai yang berpusu-pusu mendapatkan rebat tunai daripada penstrukturan semula subsidi petrol.Sama ada RM625 untuk pemilik kereta atau RM125 bagi motosikal, jumlah itu sangat besar nilainya dalam mengurangkan beban orang ramai di sebalik peningkatan kos sara hidup ketika ini.Jika tidak, mana mungkin pejabat pos di seluruh negara diserbu orang ramai seawal pukul tujuh pagi sematamata untuk menuntut rebat tunai berkenaan, walaupun pembayarannya boleh dituntut dalam tempoh yang panjang.
Melihat pemberian rebat tunai itu, jika boleh dibuat kesimpulan, ia sebenarnya hanya memberi kelebihan kepada golongan menengah dan atasan, iaitu rakyat berpendapatan tinggi dan sederhana yang menjalani kehidupan sempurna sehingga mampu memiliki kenderaan.Golongan yang berpendapatan sederhana itu walaupun tidak dinafikan ikut terjejas dengan kenaikan harga minyak, namun sebenarnya mempunyai banyak ruang untuk bertahan dengan berubah
Jumlah itu mewakili keseluruhan penduduk yang agak ramai, malah terdapat di kalangan mereka yang tinggal di bandar-bandar besar termasuk di
Justeru bagi golongan miskin, pemberian subsidi petrol itu sebenarnya tidak membawa sebarang makna kepada mereka. Menilai pemberian subsidi itu, pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian berpendapat, bantuan kepada rakyat seharusnya berbentuk kebajikan dengan perancangan jangka panjang dan bukannya bersifat sementara. Dalam situasi ketika ini jelas beliau, subsidi tidak sewajarnya hanya tertumpu untuk mengurangkan beban kenaikan petrol semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira bantuan lain terutamanya yang berkait dengan perbelanjaan harian rakyat.
Golongan miskin yang tidak mempunyai kenderaan misalnya, pastinya mengharapkan satu bentuk subsidi yang boleh dinikmati secara langsung oleh mereka sebagai kumpulan yang selayaknya menerima bantuan, lebih-lebih lagi dalam meredakan keperitan yang mengikat perut mereka. Justeru, dalam memastikan kumpulan sasaran yang wajar diberikan bantuan itu, kerajaan seharusnya mengenalpasti golongan miskin menerusi pengelasan pendapatan seperti di bawah RM1,000 sebulan bagi penduduk luar bandar dan RM2,000 bagi penduduk bandar. Golongan itu perlu dipastikan bebas daripada menanggung perubahan perbelanjaan yang besar ekoran peningkatan harga petrol dan kos sara hidup terutamanya dalam perbelanjaan barangan makanan dan keperluan harian.
Pemberian subsidi itu juga meskipun bukan secara tunai sepenuhnya, boleh diperluaskan kepada bidang-bidang penting lain terutamanya bagi sektor pendidikan dan kesihatan dengan bantuan penuh dan maksimum. ''Malah, pemberian bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada golongan miskin, warga emas, ibu tunggal dan kurang upaya (OKU) perlu dipertimbangkan untuk digandakan kerana jumlah bantuan sedia ada tidak lagi sesuai dengan kos sara hidup ketika ini," jelas beliau.
Turut berpendapat langkah kerajaan memberikan rebat tunai adalah satu langkah mengejut dengan kesan yang terhad, pensyarah Pusat Pengajian Politik dan Strategik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Ruhanas Harun juga menambah, ia hanya menguntungkan golongan berpendapatan sederhana dan tinggi. Sedangkan golongan miskin katanya, tidak mendapat pembelaan sewajarnya kerana mereka dalam serba kedaifan terpaksa berdepan dengan beban kenaikan harga bahan makanan dan perkhidmatan lain seiring dengan kenaikan harga minyak.
Meskipun golongan itu mendapat bantuan daripada pihak-pihak tertentu, namun dengan jumlah yang agak terhad, ia tidak mampu membawa golongan tersebut keluar daripada desakan kos sara hidup yang turut meningkat. Apa yang sewajarnya dilakukan dalam membantu golongan miskin ujar beliau, ialah mengenal pasti keperluan utama golongan ini bagi membolehkan mereka dibebaskan daripada kemelut kehidupan yang menyesakkan.
Mengambil contoh pemberian subsidi pendidikan misalnya, golongan miskin perlu dikecualikan daripada sebarang yuran sekolah selain diberikan bantuan buku, alat tulis, makanan dan sebagainya. Ruhanas juga menarik perhatian bantuan yang diberikan kepada golongan miskin di Eropah yang mana pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara berkenaan menyediakan bas sekolah percuma bagi pelajar-pelajar miskin. ''Bentuk pemberian subsidi seperti ini juga adalah antara bantuan yang boleh diberikan oleh kerajaan, sementelah kebanyakan golongan miskin di negara ini mempunyai anak yang ramai," katanya.
Seperkara yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan dalam memastikan rakyat tidak terus terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi tambah Ruhanas, adalah dengan memastikan harga bahan makanan dan perkhidmatan terkawal dan tidak dinaikkan sewenangwenangnya. Sebaliknya apa yang menghairankan dan sering berlaku di negara ini sejak sekian lama, setiap kali harga minyak atau gaji pekerja meningkat, ia akan disusuli dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Justeru, biar sebanyak mana bantuan dan subsidi yang diberikan kerajaan dalam mengurangkan beban rakyat, ia sebenarnya tidak dapat dimanfaatkan kerana harga barangan dan perkhidmatan turut meningkat.
KOMEN
Tidak dinafi golongan miskin pasti terjejas tetapi yang pastinya kerajaan cepat menanganinya dan mudah diberi bantuan.
Persoalanya, bagaimana golongan sederhana (antara sederhana miskin dengan sederhana kaya)? Inilah kumpulan yang paling lama berkhidmat dan senior dalam perkhidmatan???
Kumpulan yang paling tertekan nak dapat bantuan tidak termasuk dalam golongan sederhana, begitu juga yang sederhana pertengahan. (gaji 3,000.00 hingga 6,000.00).
Bagi sederhana atas hampir kepada kumpulan kaya (RM 6,000 ke atas) pasti tiada masalah dan ianya kumpulan yang paling beruntung sebab semua pasti dapat buat lah kot mana pun pasti mereka dapat laba besar.
Sekarang kumpulan sederhana lagi sengsara bila hanya seorang bekerja, anak ramai dan gaji dah langgar dinding lagi terasa dan mungkin jatuh miskin pula tarafnya dengan orang tergolong miskin. Di tambah kumpulan ini yang berkhidmat hampir 25 tahun ke atas mempunyai ramai anak sedang meningkat dewasa dan akan masuk atau telah memasuki universiti.
Nak berjimat memerlukan pelbagai cara tetapi nak melaksanakan amat sukar, sebut aje, semua perlukan duit dengan minyak naik yang pastinya poket semakin mengecil sebab keperluan harian semakin meningkat. RM 625.00 rebet diguna bayar insuran kereta hanya ngam-ngam melainkan kalau kereta dah habis bayar dan ambil insuran ketiga bolehlah guna untuk subsidi minyak.
Kumpulan ini umur dah mencecah 45 tahun ke atas, Nak kerja part time x boleh (Kump A) nak kerja part time (buruh) x ada tenaga dan penyakit. Simpanan pun makin kurang, yang menanti belanja masuk U, menunaikan haji, kahwinkan anak, beli ubat kuat (kesihatan) dan masalah ibubapa dan tanggungan juga menjadi genting dan tidak tentu masa. Waktu ini juga cukai pendapatan masih tinggi dan kena potongan wajib. Nak naik pangkat mungkin tipis sebab ‘pyramid system’ yang semakin mengecil dan menanti nak naik pangkat ramai pulak, yang anak ramai mana ada masa nak bodek bos sebab gaji hanya cukup untuk makan kelurga.
Nak please BOSS memang susah berbanding kumpulan sama, isteri bekerja, anak tunggal dan anak asal orang kaya. Ini dikatakan rezeki anak-anak kalau dapat naik gaji atau naik pangkat.
Kumpulan ini kalau mendapat bonus di akhir tahun adalah sebagai rahmat dan penyelamat, kalau kerajaan bagi bonus mampu menyelesaikan masalah persekolahan anak-anak dan menabung.
Di sektor awam dapat bonus 2 ke 6 bulan sudah cukup sebagai mengisi tabungan dan juga mengunakan wang sebagai pengurusan runcit setahun.
Alahai kalau kerajaan bagi 2 bulan bonus dengan *1 bulan bonus sebagai simpanan untuk ditunai selepas pencen mungkin memberi kelebihan dan senyuman kepada golongan sederhana.
* perkhidmatan melebihi 25 tahun diberi bonus tambahan 1 bulan gaji dan disimpan sehingga tamat perkhidmatan (satu cadangan)
No comments:
Post a Comment