Sunday, 15 June 2008

NOKTAH TERAKHIR

Semalam 15 Jun 2008, aku mengziarahi sepupu yang kembali ke rahmatullah akibat serangan angin akhmar. Berita kematian diterima pada 141945 Jun 2008, dan allahyarhamah meninggal dunia diHBSB Alor Star pada 141715 Jun 2008. Arwah baru berumur 52 tahun dan meninggalkan 3 anak 2 lelaki dan seorang perempuan yang semuanya telah berumahtangga. Kenangan semasa kecil pasti mengimbau bila menziarahi dan membantu setakat yang mampu. Aku membantu sehingga disemadikan ke liang lahad sesungguhnya pengalaman aku menguruskan jenazah rakan semasa di Sarawak sehingga jam 3 pagi, pengalaman menguruskan arwah ayah dan nenek membuat aku merasakan persiapan dan pentadbiran ketenteraan menguruskan jenazah adalah yang terbaik dan teratur.

Arwah telah hampir seminggu terlantar di wad ICU HSBAS, aku melawat pada 5 Jun dan itulah pertama kali aku memasuki hospitral baru yang selesa dan teratur. Walau bagaimanapun ramai juga penunggang motosikal yang sakit jiwa kerana mempakir motosikal dilaluan berbumbung jalan kaki manakala ada satu dua kenderaan dipakir dilaluan lintasan pejalan kaki. Kalau ada ruang, mungkin ada yang membawa kenderaan sehingga ke depan wad, ini sikap orang kita kalau boleh nak pakir paling dekat dengan tempat dituju, malas nak berjalan dan tak peduli orang lain, janji aku senang.

Setibaya aku di wad ICU, hanya 2 orang keluarga yang dibenarkan masuk. Semasa menunggu diruangan bertutup antara wad dengan ruang menunggu, pengawal keselamatan akan memastikan kami memakai alas plastik dibadan dan tidak dibenarkan memakai kasut sendiri melainkan dikhaskan. Semasa menunggu, pesakit dari Sik dibawa masuk melalui pintu aku menunggu dengan diiringi seorang lelaki. Semasa menolak masuk pengawal memaklumkan kepada lelaki yang mengiringi pesakit menanggalkan kasutnya, dan mungkin tidak didengarinya. Ini membuatkan aku menyibuk dan aku paling hampir dengannya lantas menyampuk 'Excuse me, Pse take out your shoes!' lelaki tersebut telah melintasi pintu yang masih terbuka dan menoleh kebalakang sambil melontarkan kasutnya kearah pintu dengan biadap sehingga sebelah kasut tersangkut dipintu sebelah lagi terbang ke arah aku. Aku menangkap kasut dan sepontan isteri aku melepaskan ayat kurang asam punya doktor? awat kasut doktor tak ada kuman ke? (memandangkan beliau mempunyai steteskop dilehernya). Doktor tersebut selamba aje dan tidak rasa hati memohon maaf, mungkin sebagi doktor dikecualikan dan boleh buat apa aje..... sebab ini rumah aku..... Peristiwa itu membuat aku begang seketika tetapi aku ingatkan pada diri dan isteri mungkin doktor tu streesssss sebab patient dia tenat atau dia ada masalah mental block?

Selepas peristiwa itu, aku dan isteri masuk mengziarahi sepupu dan keadaannya agak kritikal dengan operation di kepala (kanan) bagi mengeluarkan darah beku dan ditebuk lehernya bagi memasukan tiub makanan dan juga oksigen. Setelah 2 minit di wad ICU, aku melangkah keluar dan menunggu diruang tamu bersama sanak saudara, semasa menunggu aku nampak doktor yang membawa pesakit tadi berjalan terhincut-hincut menuju kearah lif. Semasa masuk tadi aku tengok sihat aje. Aku berbisik kepada isteri tengok tu mungkin kena sumpahan kita kot! sampai kaki dah sakit.

Berbalik kepada persiapan pengkebumian arwah, di kampung suasana mengziarahi jenazah telah banyak berubah jika berbanding dengan tahun 70an. Kalau dahulu keranda akan dibuat disitu, begitu juga dengan lain-lain persiapan. Sekarang semuanya diswastakan dengan pihak masjid dari urusan menggali, kenderaan jenazah, memandi mayat dan juga mengkafankan. Kalau dulu keranda akan diusung hingga ke tanah perkuburan walaupun jauhnya sampai 3 km. Ramai yang membantu dan tiada masalah tetapi sekarang nak cari orang kuat (anak muda) dan saudara mara sukar sebab banyak meninggalkan kampung merantau jauh dari kampung. Begitu juga di kubur, nak mengambus atau menyelesaikan tak ramai seperti dulu. Sekarang tinggal saudara rapat, anak beranak aje. Selepas sembahyang jenazah semuanya kembali ketempat masing-masing.

Hikmahnya mendengar talkin, dan lain-lain aktiviti adalah untuk mengingatkan kita kepada kematian dan bermuhasabah diri. Mengira bekalan baik dan buruk ke hari akhirat.

Alfatihah buat arwah-arwah yang telah meninggal dunia pinjaman dn dialam barzakh dan menanti alam akhirat.

1 comment:

Kamezaim said...
This comment has been removed by a blog administrator.

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive