ISTIQAMAH1658

BLOG INI KHUSUS UNTUK YANG BERKENAAN SAHAJA

Thursday, July 16, 2009

BENGKEL AKPM

Tiga hari di Awana G&H. Bengkel ini dapat mengenalai rakan dari perkhidmatan lain dan yang menariknya rakan-rakan lama dapat berjumpa kembali dan menambah kenalan baru. Pelbagai ragam dan stail kepimpinan yang dapat diceduk dari bengkel disamping mengetahui kedudukan semasa mengenai perkhidmatan. Tim kami di ketuai K.N Nor Azam Ariffin, LK Wahab TU, L k Norhayati J, M Khairul O, M Norazalena , K Azizi dan K Samir telah dapat menyiapkan penugasan dengan baik. Persembahan telah dibuat kpd IJ MJ W.Stvson (15 ptg), dan KS LJ Safroan (16 pg). kali pertama menjejaki Awana tahun 1990 dan cuacanya masih sejuk di awal pagi dipenuhi kabus tetapi sekarang sedikit kurang hanya di paras 25 darjah dan kabus semakin menipis. Ini akibat pembangunan. Kalau dipandang dari lubang ke 4 begitu banyak bangunan pencakar langit di puncak berbanding tahun 1990 hanya 2 buah bangunan sahaja.
sealain bengkel dapat juga teeoff di padang golf yang sempit dan berbukit/berbengkok. Kalau dulu aku hanya berjogging dilaluan buggy semalam dapat juga berada di atas lapangan. Buddy bersama K Hj Md Sani dari BPA dan M Yatim BPA.

Tuesday, July 14, 2009

SELAMAT HUT KPD KE 52

Tanggal 15 Jul 09 adalah merupakan tarikh HUT KPD ke 52. Majlis seperti biasa diadakan di Corps Home di Taiping dengan acara karnival sukan, majlis tahlil, mesyuarat JKKPD, Perbarisan dan MMR. Kali ini aku tidak dapat turut serta kerana terlibat dengan penugasan AKPM. HUT ini juga merupakan kali pertama Pengarah KPD berpangkat BJ dan sebagai Pengerusi kor. Kepada semua warga KPD selamat HUT ke 52 semoga KPD terus unggul dan Berkhidmat Kepada Semua.

Sunday, July 12, 2009

CUTI MENGZIARAHI IBU DAN ANAK-ANAK DI U

Alhamdullilah, rancangan bercuti dipenuhi, tetapi anak kelima tidak dapat ikut kerana aktiviti sekolah (kem motivasi). Jadi kami bertiga bertolak balik ke utara jam 6 ptg. kami tiba jam 130 pagi. Keesokan harinya ke UNIMAP Kpg Wang Ulu melawat anak yang baru seminggu melapor. Ke UiTM bagi mendaftar anak semester kedua di Arau. Sekali balik kampong, banyak perkara dibuat mengemas rumah ibu, melawat adik dan kakak. Kali ini musim buah dapat juga makan buah rambutan pokok arwah tanam dan keruymah kakak yang baru balik umrah. Sudah menjadi kebiasaannya air zam-zam, minyak wangi, kopiah dan buah kurma pasti dihidangkan atau disedekahkan. Cerita di tanah suci pasti menjadi bualan agar kita dapat keinginan turut serta dan juga menjadi panduan.
Dikesempatan kali ini dapat juga singgah dikedai M.B. Fauzi (skot) di kangar. Melawat kedai roti yang diubahsuai dari kontena menjadi kedai pelbagai jualan. Menarik dengan konsep santai kepada pengguna. Inilah dikatakan inovasi dan moden bagi menarik pelanggan. Khabarnya skot hendak tambah ruang lagi bagi memenuhi citarasa pelanggan. Kami juga singgah dirumah jiran lama semasa di UUM, pelbagai cerita dan bualan mengisi pertemuan. Wassalam.

Thursday, July 2, 2009

Syukur pagi Jumaat Allah masih sayang dan panjangkan umur. Minggu, bulan belalu sedarkahsudah setenggah tahun 2009?. Bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Begitu cepat masa berlalu dan masih banyak perkara belum dilaksanakan dan ada yang berjalan seperti dirancang. Namun qadar dan qadak adalah hak Allah. Kita hanya mampu merancang tetapi semuanya ditentukan Allah sejak azali lagi. Tetapi jika berusaha, berdoa dan bertawakkal dan istiqamah, InsyaAllah sebarang yang dihajati pasti dapat. Sembahyang solat hajat, dhuha dan tidak melakukan dosa-dosa besar InsyaAllah lambat laun akan dapat yang dihajati. Jika tidak dapat harus berusaha lagi tanpa rasa gusar. Ada sebab Allah tidak memberi. Objektif dan matlamat separuh tahun perlu dirombak jika tidak tercapai, lihat kembali pelan sederhana dan pelan jangka panjang. Jangan dipandang kepada rezeki orang dengan rasa curiga tetapi pandanglah diri sendiri kenapa tidak mendapat apa yang dihajati dan perbaiki diri sendiri agar terus menerima seadanya. Usaha dan terus berusaha dan berdoa kepada yang Esa. Wassalam

Monday, June 22, 2009

UUM, UiTM dan UNIMaP

Kempat-empat anak semua dapat belajar di Utara. Anak keempat mendapat tempat di UNIMaP mulai 28 Jun 09. Persiapan hanya seminggu dan kali ini terpaksa beliau bersendirian melapor dan kami akan menyusul seminggu kemudian. Ini disebabkan tugas dan juga sekalikan menghantar anak ke UiTM Arau melapor semester kedua. Pergerakan ini juga untuk melawat Sanee di KEDA Napoh serta mengziarahi ibu yang balik dari umrah pada 11 Jun lalu. Tinggal 2 lagi anak di Tkt 1 dan Tahun 2 untuk mengikut jejak kakak dan abang masing-masing. Syukur di atas rezeki dan anugerah Allah di atas rahmat dan kasihnya. Wassalam.

GANTI JUBIN LANTAI

20 Jun 09. Telah lima hari lantai rumah pecah akibat cuaca panas ataupun kurang simen dan lebih pasir. Aku dengan Sai mula membuat perancangan memecah jubin lantai lantai yang pecah. Sebanyak 24 keping terpaksa diganti. Habis satu rumah bersepah dengan debu simen dan pasir. Isteri dan anak bantu memunggah kerusi dan peti TV. Malam itu kami mengunakan drill, paku, parang bagi menanggalkan jubin. Hampir 4 jam diperlukan bagi memastikan jubin yang rosak dikeluarkan sambil meratakan kawasan agar mudah digantikan jubin baru nanti.
Pagi Sabtu 21 Jun, selepas menghantar anak, aku ke Tesco membeli peralatan seperti sarung tangan, mallet getah seterusnya ke kedai Jubin. Malangnya corak yang sedia ada tidak sama dan tidak ada lagi stok jadi kena pilih warna yang hampir sama. Belanja buat sendiri dengan membeli bahan sahaja mencecah RM 100.00. Selepas solat zohor jubin mula dipasang dan selesai kerja hampir 6 petang. Pengalaman memasang jubin semasa masuk rumah dulu membuatkan kerja menjadi lebih mudah. Wassalam

Tuesday, June 16, 2009

17 JUN 1982

Tarikh-tarikh penting dalam lipatan sejarah
23121960-1967197219741977 19791980198219841988199419961998
20042006200820102012201420162018
0106198017061982251219841310198529121986160219882108199012081996
1810200106121963010619840106198801081992180920040107200601082008
-01082012,22122013, 1806201820101021
Tarikh langkah sulong bergelar P.Muda Sab setelah 2 tahun 16 hari melalui suka duka menjalani lat. PK. Waktu itu tidak nampak halatuju dan setalah hampir 27 tahun aku bersyukur di atas apa yang ada, berusaha dan bertawakal untuk selebihnya. Usaha dan disiplin diri perlu diteruskan bagi menghabiskan usia dalam perkhidmatan dan sebagai ibadah. Suka duka menjadi sejarah dan perlu mengambil jalan terbaik agak tidak mengulangi kesilapan yang sama. Perancangan persaraan juga perlu dibuat dari sekarang agar mendapat keuntungan di usia emas. Prinsip jangan terlalu membandingkan apa orang lain dapat dengan apa yang kita dapat, tetapi lihatlah orang yang kurang mendapat dari apa yang kita dapat. Walaupun begitu, rancang perlu diatur agar mendapat rezeki berlebihan dan dibahagikan kepada yang berhak. Jangan jadi miskin tetapi kufur dan jangan jadi kaya tapi bakhil, jadilah orang yang beriman dan anggaplah bekerja untuk seribu tahun lagi dan beribadat seolah-olah akan mati sedetik lagi. Ingat diri dan sentiasa berzikir dan memohon keampunan daripadaNya. Wassalam.

Slideshow

Loading...

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Slideshow

Loading...

Blog Archive