Saturday 14 April 2012

AKTIVITI MENDATANG

Banyak aktiviti akan dilakukan, kena rancang dan melakukan ikut keutamaan. Melihat dan bertindak secara fokus dan mengelak kegagalan, perlu membuat perancangan secara berhemah dan bijaksana.

SYUKUR

ALhamdullilah, masih ada ruang bernafas dan melayari kehidupan. Solat sunat dan baca alquran dan ayat pendek terus jadi rutin. Semoga dugaaan Allah terus membuat aku melihat kebelakang dan kehadapan. Berusaha dan beramal agar terus menjadi insan mulia.

SELSEMA dan ZIARAH

     Dah hampir 3 minggu selsema tak baik lagi. 3 kali jumpa doktor ditambah dengan herba, lonzenge, madu semuanya diambil. Kahak dan batuk berdesing beransur baik tapi sekali sekala bila datang macam nak tercabut tekak, sakit tekak dan kahak keluar tersekat-sekat. Dah masuk 4 minggu kalau tak baik nak pi x ray dada takut kena tb? setahun sekali kalau dah kena selsema pasti makan masa nak baik?
     Dibuat semakan balik demam ni mungkin keletihan sejak bulan Feb hingga akhir Mac, kurang tidur, lewat makan ubat dah ditambah dengan keletihan mengurus majlis. Alhamdullillah demam ini juga merehatkan diri disamping isteri dan anak-anak membantu dan melayann orang tak sihat.
     Di dalam stok ubat, dah bertambah dari 6 biji sehari dah jadi 10 jenis ubat, terpaksalah mengurang pengambilan khal tamar buat seketika. InsyaAllah bulan Mei akan buat pemeriksaan kesihatan bagi melihat tahap kesihatan. Bulan Apr 2 rakan kembali ke Rahmatullah  9 Apr LTK Kamarul kanser dan semalam 14 Apr mendiang K B 001 KJR. Jam 1400 aku dan isteri ke Jln AMgkudu AS, kali pertama lihat acara Bdha, dengan pengurusan mayat simati. Jam 0530 selesai dan balik.

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive