Wednesday 28 May 2008

skot NCER

28 Mei 2008. Changlun/Sintok. Sekarang korridor ekonomi akan menjadi pelengkap ekonomi negara menjelang 2020 hingga 2057, jadi peluang yang ada sudah dijalin antara skot di utara kalau pencen nanti mungkin boleh buat joint venture dengan sdr Fauzi, kalau tidak pun boleh jumpa minum teh tarik. Mana tahu kalau skot dapat peluang dan murah rezeki. Semalam Zul baru habis jumpa supervisor pasai paper dia, jadi Fauzi ambil peluang dan bersusah payah dari Arau RV dengan Zul kat Bukit kayu Hitam. Urusan apa x tau lah pi Bkt sempadan? kalau nak main golf lubang ke 19 (18 lubang di Bkt Kayu Hitam Golf and Country Club dan bola terakhir akan dipukul masuk sempadan Danok lubang 19 akhir PAR 9) x sempat sebab nak masuk Danok, x boleh lagi angkat tangan cuma setakat Zon Bebas Cukai. Dengak kata borong coklat free duty.

Selepas SMS aku RV dengan skot jam 1800 kat Old Country Coffee House di C mart Changlun. Memandang skot masuk AO jadi aku kena ambil kesempatan ketemu nanti skot kata sombong pulak. Dah lama berhubung tapi x berkesempatan bertemu bertiga, kalau sebelum ini antara aku dengan Zul atau dengan Fauzi, jadi semalam adalah peluang terbaik x perlu buat appointment awal. Setakat quick IA drill, telefon dan SMS terus jadik. Hampir 1 jam bermacam cerita berborak sambil pekena bihun sup dan bihun Singapura. Habis di restoren sambung lagi 10 ke 20 minit kat luar C Mart sebelum beredar ke sarang masing-masing, satu kekal di Changlun manakala 1 ke Gurun dan 1 ke Arau. Zul juga bagitau mungkin kena lupa tebas Golf waktu terdekat ni kerana kena pi seminar paper dia di KL pertengahan bulan Jun.
IKLAN. Flight t-OFF, 1 x SUPERsaver 0 fees (accept buggy charges) Hasrat kami bercadang jugak nak tebas sebelum akhir Jun, tapi kurang 1 skot, kalau yang ada kesempatan nak ke Utara akhir Jun boleh buat appointment awal.
Iklan BERSAMA skot. Kalau mana-mana Skot ada no telefon Harun Din boleh lah kontat, sebab kami sedang dok cari kawan seorang ni pelengkap NCER. Mana-mana skot dari Perak, Kedah, Penang dan Perlis boleh buat networking NCER melalui blog TJT 21.

Tuesday 27 May 2008

KAPCAI TUKAR KULIT



Cuti sementara menunggu masuk matrikulasi aku memberi tugasan kepada Sai untuk menukar kulit kapcai PL 6952. Setelah berhenti kerja D C Mart, tiada ada kerja nak buat, jadi aku cadangkan beliau mengecat Motosikal antik. Mula-mula aku buka bahagian motosikal dan ajar bagaimana nak mengecat dengan mengikis cat lama dengan kertas pasir dan menanggalkan bahagian dan komponen yang boleh ditanggalkan. Setelah hampir seminggu dibersihkan kami mula mengecat undercoat dan warna dibeli warna hijau dan setelah dicat jadi warna parti jadi kami tukar kepada warna kelabu kehitaman. Jadilah kulit baru. Kos hanya RM 100 aje. Bab pasang mula kelam kabut dan apadah jadi, motor tak dapat start sebab spring valve carburator tak berfungsi, jadi kena bawa kedai beli caburator needle dan spring. Buat masa ni motor masih tersadai sebab tunggu spare part. Semasa aku kat belajar di UiTm (cuti semester) aku berjaya cat kereta Toyota Ke 30 warna putih ke hitam jadi kali ini cat motosikal pulak. Ok le tu ada jugak pengalaman, walau apa pun pengalaman aku dapat masa tunggu MCE tahun 1978 kerja sementara dengan Pak Lang Mat Isa kedai Pomen buka dan pasang enjin WW segan arwah ayah buat overhaul enjin.

LATIHAN KADET DI RMC

(Shamsuri, Halim and myself-Mej Roslan Oc Kadet ARahaman Coy) DYMM Sultan Pahang

Masa dulu di tahun 60 an ke 80an kerjaya ketenteraan adalah paling mulia dimata masyarakat. Saban hari berita kematian dan kejayaan pasukan keselamatan mengisi ruang dan dada akhbar. Keganasan dan kejamnya penganas komunis di Malaysia dan peperangan di Vietnam serta perang dingin menyebabkan semangat aku membara untuk masuk tentera. Kalau zaman kanak-kanak senapang kayu, peluru bemban, camplong (buluh dibuat lubang dan kayu dilaras dengan peluru kertas basah) dan lastik adalah alat permainan kanak-kanak lelaki dan perempuan pula dengan masak-masak.
Tahun 1979 aku mohon masuk kadet dan dipanggil temuduga tetapi gagal. Tahun 1980 aku mohon kali kedua dan berjaya ditawarkan ke dalam tauliah tetap. Aku mengharungi latihan selama 2 tahun dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Semasa latihan dan memilih kor pun masih kelabu asap, dan ditakdirkan aku masuk kor logistik (KPD). Sewaktu masuk dipasukan aku hanya bercita-cita untuk naik ke pangkat Mejar almaklumlah dalam KPD jadi mejar tahun 90an dah dikira bertuah. Mungkin juga aku bab menembak selalu dapt 0,0,0 sampai Mej Adnan bagi 50 butir suruh tembak target kalau tak kena lebih daripada separuh kena bayar balik 50 sen setiap buitr yang hilang daripada target. Mata kena pakai mosyhe dayan (Yahudi) sebab mata kanan akan turut tertutup bila mata kiri dipejamkan.
Berbalik kisah latihan kadet, ianya juga pertama kali aku berhijrah dari kampung ke bandar KL, kenali rakan dan bangsa berlainan negeri. Rakan-rakan ada dari budak boy, Affaat dan awam. Diperingkat awal kehidupan di kadet wing amat asing kerana dari kampung tak pernah tinggal di asrama dan semua urusan disediakan oleh ibu, kakak dan pembantu rumah. Sepanjang pengalaman di dalam latihan kadet ianya memberikan satu kehidupan baru dan pelbagai peristiwa pahit manis telah menjadi kenangan abadi. Ada peristiwa yang hanya dapat diingat apabila terkenang peristiwa atau berjumpa rakan-rakan lama. Masa kami, 'ragging' agak kurang jika mendengar cerita senior terdahulu. Latihan kawad kaki, senjata, tongkat dan pedang juga menjadi pelbagai cerita dan kelucuan. Begitu juga latihan medan ada yang kena ketuk, hilang dan sesat, gigitan serangga, jatuh dan pelbagai kawasan dijelajahi samada ladang getah, kelapa sawit, belimbing, hutan belukar dan semua ini hanya tinggal kenangan. Kalau aku masih ingat hutan simpan Air Hitam, Sepang, Dengkil, Semenyih, Bukit Belacan, Balakkong, Kinrara, Puchong semuanya dimasuki tetapi sekarang kawasan telah menjadi kawasan perumahan dan dibelahi dengan lebuhraya. Begitu juga semasa latihan kembara di Johor pendakian Gunung Panti, kawasan Mersing (awal dibina tapak kem Iskandar tahun1981), Pulau babi besar juga kami jelajahi dan yang paling menarik berakit diSg Johor bermula di kpg Makan Kota Tinggi. Di kaki Gunung Panti kami dalam satu kumpulan terpaksa melalui paya dan sepanjang hari hujan jadi semua basah kuyup dan mengigil kesejukan. Diawal pagi kami menyusuri laluan balak dan sampai dikemuncak gunung Panti dan keluar melalui kawasan kampung.
Selain latihan ketenteraan kami juga perlu menduduki peperiksaan HSC (sekarang diploma pengurusan dan Ijazah bagi Uni. Pertahanan), tetapi kepentingan akademik kurang diberi penekanan. Kami juga kalau dah letih masuk kelas ramai yang buta daripada yang celik (kun/tidur). Begitu juga kalau ke kelas masa junior kena berlari dalam kumpulan dengan lari bertongkat, bawa briefcase dan ditambah pulak lepas makan. Bila jadi senior bolehlah berjalan dalam kumpulan. Peristiwa skot bernama Kenali yang tepingga-pinga bangun bila Kol Munir (di Dewan Templar) menyebut "kenalilah diri kamu......" dalam ucapannya menyebabkan skot yg terkun kot, bingkas bangun berdiri dan menyebabkan Kol Munir memarahi beliau kerana kurang sopan bangun apabila beliau berucap. Apa lagi kena berlari keliling square le. Kami juga merupakan kumpulan terakhir (kalau tak silap) menerima watikah di raja di Istana Negara daripada DYMM Sultan Pahang selaku Yang Dipertuan Agong. Inilah kali pertama masuk istana dan berlatih diistana sebelum menerima watikah dan aku juga dapat membawa ayahanda dan bonda menyaksikan majlis penganugerahan tauliah tersebut. Saat paling menakutkan apabila diumumkan samada berjaya ditauliahkan atau tidak.
Terima kasih kepada jurulatih terutamanya kepada Jurulatih Pegawai dan Staf yang berusaha memberi tunjukajar sehingga aku berjaya hingga ke hari ini. Masa dulu hanya jadi PKR dan PKK aje. Wassalam

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI


Grey x dapat diselamatkan mati.........29 Mei


22 Mei 2008. Pagi jam 630 pagi, selepas solat subuh aku mengenakan baju jogging dan cuaca di luar agak sejuk. Sementara menunggu Emee dan Hassriee aku membuat senaman regangan didepan rumah. Kendegaran bunyi seperti bayi menangis. Aku terus latihan senaman sambil meninjau dan mendengar arah bunyi yang kecil dan sayup. Aku ingat bunyi bintang kerana bunyi datang dari semak hampir 20 meter dari rumah jiran. Apabila hari semakin cerah, aku nampak seekor anak kucing mengiaw sambil terketar ketar di atas jalan. Memandang banyak kenderaan lalu lalang aku bergegas mengambil dan membawa balik kerumah, sambil aku mencari kalau ada ibunya berhampiran. Anak kucing ini kalau dilihat baru berumur 2 minggu ke 3 minggu kerana masih lemah dan jalan tidak menentu. Aku dapati badanya penuh dengan habuk dan kutu. Keadaanya masih lemah lantas aku masuk membuat susu tepung dan menyudunya kerana masih tidak pandai makan dan lemah. Aku terus meletakannya ke dalam sangkar dan menghantar anak kesekolah. Sekembalinya aku terus memberi susu dan menyediakan keperluan baki barangan anak kucing yang lepas. Aku terpaksa memberi susu tepung dengan mengunakan botol.

Pada petang tersebut, seekor lagi anak kucing datang dari arah yang sama lantas aku menyuruh Emee membawa pulang, kucing yang ini lagi lemah dan tidak mampu melangkah jauh dan suara tidak kedengaran. Setelah hampir 3 hari aku memberi susu tepung dan ianya masih lagi lemah dan memandikan mereka bagi menanggalkan kekotoran dan kutu dibadan. Semalam semasa aku ke Giant, aku membeli ikan friskies khas untuk kitten. Kucing baru ini aku namakan coco dan grey. Kedua kucing semakin bertambah sihat dan mulai makan sendiri.

Adalah tidak wajar membuang anak kucing sekecil mereka kerana tidak mampu mencari makan sendiri dan masih menyusu. Aku juga turut kesian kerana keduanya masih mencari-cari puting susu ibunya dan saling menyusu perut diantara satu sama lain dengan penuh lahap. Kepada manusia yang sanggup membuang anak kucing yang masih kecil amatlah kejam dan tidak mempunyai sifat kebinatangan.

Hari ini manusia lebih kejam kerana sanggup membuang bayi ke tong sampah dan bayi tidak mampu berjalan sepertimana anak kucing yang mampu menyusur dan menagih simpati. Inilah gejala yang dihadapi masyarakat dengan kes-kes membuang bayi ditong sampah, longkang dan yang lebih kejam membunuh bayi dengan mencampakkan ke dalam sungai, lubang tandas dan pelbagai cara bagi menutup kemungkaran. Sekarang coco dan grey adalah pengganti kepada kucing yangmati kena racun bulan lalu. Warna dan corak warna mereka adalah sama seperti yang mati, cuma seekor lagi patches belum ada pengganti.

NOKTAH TESIS SARJANA


(Bersama Tan Sri Nordin (NC UUM), Dato Maidin Bendahari UUM, Hj Md Isa (Bsnmen))

25 Mei 2008 ialah hari terakhir penghantaran tesis. Kertas tersebut telah diluluskan oleh penyelia pada 20 Mei dan binding disiapkan pada 25 Mei pada hari terakhir penghantaran. 7 naskah dikenakan bayaran RM 197.00. Aku telah memajukan kepada pusat siswazah dan penyelidikan pada jam 1400 dan kepada penyelia pada 1430. Di kolej aku berjumpa En Abdullah pensyarah 'performance management subject' dan beliau memaklumkan masih ada pelajar yang masih tidak siap project paper dan terpaksa ditangguhkan kesemester akan datang. Aku bersyukur kerana telah dapat menyiapkan tesis dalam jangkamasa ditetapkan. Tajuk kajian adalah melibatkan pengurusan pengetahuan di dalam organisasi dan lebih khusus kepada pengetahuan tasit (pengalaman atau ilmu yang tidak dapat ditulis dengan perkataan dan hanya orang yang terlibat sahaja mengetahuinya). Penulisan kajian adalah berdasarkan kepada Penyebaran Pengetahuan Tasit dikalangan Jurulatih PULMAT. Kalau ada rezeki aku berhajat untuk melanjut kan kajian dibidang yang sama di dalam pengurusan pengetahuan diperingkat Phd. Buat masa terdekat mungkin sumber kewangan terbatas kerana 2 anak di IPTA, matrikulasi dan tunggu kemasukan IPTA. Kalau tidak aral, InsyaAllah tahun 2010 aku bercadang meneruskan pengajian secara persendirian.

Tuesday 20 May 2008

HILANG GERAHAM BUKAN TARING

Hampir setahun aku bertahan untuk memastikan graham bawah terus kekal hampir 48 tahun tapi apakan daya kesan tidak selesa membuat aku memutuskan diCaaaabut terus. Graham satu ini masih kukuh tunjangnya tapi bahagian crown atasnya dah serebeh kata orang Kedah, jadi kena tampal dan yang susahnya rapat dengan graham akhir. Mulanya gigi sebatangini aku buat root treatment bagi tujuan menyelamat sebab tunjang satu lagi masih gah. Atas nasihat Dr Mat Dental UUM aku buat pilihan untuk terus mengekalkan gigi tersebut. Aku berulangalik dental hampir 3 kali untuk buat treatment, dan ianya bertahan hampir 4 bulan. Lepas tu, bengkak gusi mula timbul dan aku jumpa balik Dr Mat tetapi tidak juga baik dan di Dental UUM berlaku incident kalau datang dental kena pakai tali leher sebab student, walhal aku duduk luar dan datang pula bukan ada kuliah. Staff bertugas kata tak boleh jumpa Dr sebab pakaian tak ikut peraturan, walaupun alasan diberi x juga diterima dan staff bagi borang kalau nak juga kena isi borang kepada pendaftar dan kena bayar RM 30.00 . Aku naik angin selama ini x ada masalah jumpa doktor berpakaian tali leher? dan kenapa pula kena bayaran jika tidak ikut peraturan. Memanglah salah aku tapi tiada budi bicara untuk beri service walhal dah hampir 5 kali aku berurusan berpakaian seperti biasa( berkasut, cuma T shirt untuk pun sebab lepas buat treatment nak pukui golf). Amarah bukan kepalang lagi, jadi aku tanpa berfikiran waras kalau kena bayar saya boleh dapat percuma di Kem tentera atau klinik kerajaan.
Di atas keceluparan mulut aku terus ke Kem RMAF Kepala Batas, alangkah malangnya Dr ada banguna sedang diubahsuai dan peralatan rosak. Dah hampir 3 bulan semua pesakit tentera kena rujuk klinik kerajaan Jitra atau A.Star Selang sebulan aku sekali lagi call Dental RMAf Dr cuti sakit dan Dr gantian (Dr Choo) dari RMAF Butterworth buat cover selama beberapa hari. Keesokan harinya dengan penuh harapan agar gigi aku dapat dibuat apa yang patut sebab bengkak semakin memilukan. Diklinik dengan penuh sopan Dr membuat pemeriksaan tapi bila nak buat bersih gigi atau kerja berkaitan adapter mesin pula rosak selepas dipasang, jadi Dr hanya bagi nasihat untukl pergi ke Jitra dan bila Dr nak buat X ray gigi, mesin juga tak berfungsi. Sekali lagi Dr buat referment Dr di Klinik Jitra untuk buat X ray dan bertambah merungutnya aku dengan perkhidmatan tentera. Semenjak aku datang tahun (Sep) 2006 dan membuat pemeriksaan rawatan gigi semuanya Ok, tetapi selepas susulan dibuat berbagai halangan, Dr kursus, cuti sakit, lawatan luar, sukan di Lumut dll, hasil pemerhatian rawak memang diakui tiada pesakit datang sebab dah tahu jawapan.
Berbalik rujukan di Jitra, diruang menunggu ramai anggota TUDM juga menunggu rawatan, dan dalam masa menunggu seorang mungkin pesara TUDM, mengeluarkan kata ' Dr kem dan service selalu tidak berfungsi sejak beliau bertugas disana lagi?. Tak dapat aku menyanggah nya kerana aku juga melalui pengalaman yang serupa. Setelah membuat X-ray seminggu lepas itu, aku jumpa Dr Choo, dan beliau tidak dapat mencabut, membaiki graham aku kerana peralatan tidak sempurna, jadi beliau mencadangkan aku ke Kem beliau di Butterworth. Memandangkan bengkak gusi dah surut kesan dari ubat yang diberikan, aku menangguhkan pemeriksaan lagi. Aku terus bertahan dan mengambil pendapat dengan berjumpa 3 Dr gigi swasta dengan mengambil ubat dan kalau nak cabut kena bayaran RM 50.00, dan mereka masih merasakan gigi aku masih kuat dan dikehendaki menjaga gigi dengan menggunakan ubat Sensodyne, pepsodent dan juga ubat kumur. Ada masa semasa di KL bulan Jan 2008, gusi membengkak semula aku lantas mendapat rawatan di Dental Mindef dan atas nasihat Dr, root treatment ok, dan gigi masih kuat jadi kena beri perhatian penjagaan gigi serta diberi ubat antibiotik. Bengkak gusi berulang-ulang jadi aku bertekad untuk mencabutnya setelah selesai kertas disertasi sarjana takut kalau dicabut tak dapat menyelesaikan projek tersebut. Aku terus menanggung ketidak selesaan bengkak berulang walupun gigi tidak sakit, dari kesemua pemeriksaan yang dibuat terdahulu, bengkak akan datang/berulang sebab tampalan diantara gusi dan gigi tidak rata dan diantara gigi dan gusi ada poket kecil yang menyebabkan sisa makan lekat walaupun dibersihkan. Aku juga membeli cermin dan pencungkil gigi seperti dr gigi bagi memastikan aku dapat bertahan sehingga selesai kertas projek.
Semalam selepas hantar binding aku berhajat esok ke klinik Jitra untuk mencabut dan menyelesaikan masalah gusi. Aku telah berusaha untuk menyelamatkan graham tersebut tetapi apakan daya bengkak gusi berulang ditakuti menjadi barah gusi pulak jika tidak ditanggani dengan baik. Alhamdullilah graham yang bertahan hampir 1 1/2 tahun hilang dicabut tak sampai 2 minit. Beginilah asam garam kehidupan benda yang kita sayang atau kita usaha menyelamat nya belum tentu berjaya, begitu juga tutur kata, ego dan kaji selidik boleh menjadi kita lebih tabah untuk menghadapi masa hadapan. Pengajaran sebegini mungkin berguna kepada sesiapa yang menghadapi masalah serupa dan sewaktu denganya. Buatlah pilihan yang bijak untuk masa hadapan. Wasalam.

SKOT JADI PENGERUSI LARIAN RMAF

RMAF 50 Years Half Marathon 2008 Utusan Malaysia 21 Mei 2008)

Adakah anda ingin merasai pengalaman berlari di landasan lapangan terbang yang pertama di Malaysia? Jika anda seorang yang lasak, bertenaga serta gemarkan pengalaman yang mencabar, itulah yang bakal anda rasai sekiranya anda memutuskan untuk menyertai ‘RMAF 50 Years Half Marathon 2008’ yang akan diadakan pada 25 Mei 2008 Pangkalan Udara Kuala Lumpur.
Untuk maklumat, landasan terbang di Pangkalan Udara Kuala Lumpur telah mencatatkan sejarahnya yang istimewa. Ini adalah kerana ia pernah digunakan sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum Lapangan Terbang Subang siap dibina untuk sektor penerbangan negara.

Di Pangkalan Udara ini, TUDM mula ditubuhkan dengan keanggotaan minimum serta sebuah pesawat 'Twin Pioneer'.Tahun demi tahun berlalu, TUDM terus berkembang maju, moden dan perkasa sejajar dengan pembangunan negara.Tidak keterlaluan juga jika dikatakan bahawa perkembangan dan kemajuan yang telah dicapai oleh TUDM pada ketika ini, semuanya bermula dari penyerahan landasan tersebut.Disini jugalah negara memberi peluang kepada TUDM membuktikan kemampuannya untuk memulakan usaha dalam memperkasa pertahanan udara. TUDM amat menghargai sejarah penubuhan pangkalan tersebut, lantaran itulah TUDM amat berbesar hati jika masyarakat awam dapat bersama-sama menyertai Half Marathon.Sejajar dengan sambutan Jubli Emas TUDM yang akan disambut dengan penuh meriah pada 1 Jun 2008, pihak penganjur bertekad untuk mengaturkan Larian Half Marathon di Pangkalan Udara Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada beberapa acara sambutan yang dibuka kepada orang ramai.

Di samping itu, TUDM turut berhasrat untuk menggunakan medium ini bagi merapatkan hubungan di antara masyarakat awam dan TUDM. Mungkin selama ini pengguna lebuh raya Kuala Lumpur - Sungai Besi hanya mampu untuk melihat pangkalan berkenaan dari luar tetapi tidak pernah berpeluang untuk menjengah apakah yang terdapat di pangkalan tersebut memandangkan ia adalah kawasan larangan.Orang ramai wajar mengambil peluang tersebut untuk turut hadir sama ada sebagai peserta larian atau senamrobik mahupun sebagai penonton bagi memberikan sokongan moral kepada peserta larian.Larian Half Marathon ini juga bertujuan untuk membina sikap setiakawan di antara rakyat tanpa mengira bangsa dan usia dengan TUDM. Pihak penganjur turut berharap larian Half Marathon ini berupaya memupuk kesedaran masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan melalui amalan kecergasan dan mengamalkan gaya hidup sihat.Penganjur juga berharap agar larian ini akan bertindak sebagai pendorong bukan sahaja kepada anggota tentera tetapi juga masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Bagi mereka yang sering bersukan pihak penganjur turut berharap mereka akan menggunakan peluang ini untuk meneruskan hobi mereka

Turut akan mengambil tempat adalah acara senamrobik beramai-ramai serta pertunjukan Brass Band oleh Pancaragam TUDM.Larian tersebut akan dipertandingkan dalam 11 kategori, ini adalah membuka lebih banyak peluang kepada seluruh peringkat usia dan jantina.Penganjur turut menyediakan hadiah wang tunai serta medal bagi pemenang larian.

Pengerusi Larian ‘RMAF 50 Years Half Marathon 2008’ Brig Jen Datuk Ackbal Abdul Samad ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat koordinasi ‘RMAF 50 Years Half Marathon 2008’ baru-baru ini memberitahu bahawa TUDM amat prihatin dan sedar bahawa rakyat yang sihat, cerdas dan aktif adalah sumber paling utama dalam menggerakkan pertahanan negara.Bagi warga TUDM khasnya kecergasan tubuh badan sangat dititik beratkan, masyarakat umum mungkin tidak menyedari bahawa darjah kesihatan dan kecergasan seseorang anggota tentera turut diambil kira dalam menentukan peluang kenaikan pangkat dan kursus kerjaya.Lantaran itu, beliau berharap larian ini mendapat sambutan bukan sahaja dari kalangan warga TUDM malah seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia serta masyarakat setempat.

Justeru, beliau menyeru semua peringkat masyarakat agar mengambil bahagian dalam larian yang menawarkan kelainan, tidak seperti mana lazimnya acara larian marathon diadakan di negara ini.Apatah lagi permulaan larian tersebut akan dimulakan di atas landasan lapangan terbang pertama negara ini.Bagi pihak TUDM, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih di atas bantuan dan kerjasama yang akan diberikan oleh Federal Territory Amateur Athletic Association (FTAAA) dalam usaha untuk merealisasikan hasrat TUDM bagi menjayakan larian tersebut.

TUDM juga amat berbesar hati serta berterima kasih di atas kesudian pihak-pihak penaja yang telah sudi tampil untuk menghulurkan sumbangan bagi penganjuran larian tersebut.Bagi peserta yang berminat untuk menyertai larian tersebut, borang penyertaan boleh didapati di kaunter penyertaan semasa Kuala Lumpur International Marathon, New Balance Run dan Bidor Half Marathon diadakan.Bagi siswa-siswi institusi pengajian tinggi serta pelajar sekolah yang berminat untuk menyertai larian tersebut, pihak penganjur menggalakkan agar penyertaan dibuat secara berkumpulan.Selain daripada itu peserta yang berminat juga boleh memuat turut borang tersebut dari laman sesawang dialamat www.mod.gov.my dan www.airforce.gov.my.

Apa lagi skot yang kuat marathon bolehlah ambil bahagian.

TUTUP KEDAI, UNTUNG BELUM DAPAT

Hari ini hampir 6 bulan aku menyiapkan disertasi untuk keperluan sarjana HRM. Aku mula mendapatkan tajuk pada pertengahan bulan 12 2007 dan mula membuat literature review mengenai tajuk yang dipilih. Tajuk khusus mengenai pengetahuan tasit (tacit knowledge). Aku juga sudah merancang untuk mendapatkan supervisor yang juga dijangka mengajar subjek perundingan perniagaan (Dr Yazam). Kerangka kertas kajian dimajukan kepada supervisor pada pertengahan Jan dan malangnya Dr Yazam bercuti sabatical jadi aku terpaksa merujuk dengan Pn Norsiah, akhirnya Dr Faizuniah bersetuju menjadi supervisor kerana beliau juga telah menyiapkan tesis Phd dibidang knowledge management.
Sehingga hari ini, sudah lebih 10 kali aku berulang alik kepejabat supervisor di Tkt 4 COB. Beberapa draf yang dimajukan dibuat semakan dan pembetulan. Sehingga saat akhir masih banyak pembetulan perlu dibuat. Hikmahnya berulang alik dan bekali-kali jumpa supervisor dapat mengetahui kesalahan dan kesilapan, dan bertapa ilmu itu terlalu besar sepertimana disebut di dalam AlQuran "walaupun ilmu Allah itu ditulis tidak ia cukup 7 lautan sebagai dakwatnya". Aku yakin ilmu yang aku dapat mungkin hanya secebis atau sekecil kuman (Walahhualam) tapi sedikit sebanyak aku dapat merasai bagaimana rakan dan pemegang Phd mengharungi kepayahan untuk lulus Phd. Semasa belajar Research methodology aku membuat proposal kejurulatihan PLKN tetapi aku menukar hasrat membuat kajian jurulatih PULMAT sebagai langkah pemula dan rekod dalam perkhidmatan. apabila tesis sebenar dilaksanakan. Aku terpaksa belajar dari awal sistem SPSS dan membuat analisa berdasarkan panduan tesis orang terdahulu dan seterusnya membuat analisa sendiri bagi menyokong dapatan kajian. Walaupun ianya tidak mencapai kepuasan sekurang-kurangnya aku berjaya berusaha sendiri dan dibantu oleh supervisor.

Tepat jam 1100 tengahari aku mendapat lampu hijau, kertas dersitasi diluluskan untuk binding dan supervisor menurunkan tandatangannya. Bukan kepalang terima kasihnya aku kepada beliau pada masa yang sama, Pensyarah dan kenalan aku En Ghaz (ajar HRD) juga turut berada dibilik apabila tanda tangan diturunkan. Awal pagi aku bangun tahajud dan sembahyang hajat agar mempermudahkan urusan aku keesokan harinya. Aku juga merasakan kertas diperingkat sarjana hanya baru 35 peratus susahnya daripada buat Phd, kalau nak terus Phd aku kena beri tumpuan 200 peratus dan memerlukan disiplin yang tinggi jika hendak mendapat kualiti yang tinggi.
Sekembalinya dirumah aku terus membuat pindaan terakhir dan jam 1400 aku ke kedai buku untuk tempahan binding. Di Changlun hanya sebuah kedai dekat BSN yang mampu membuat binding dan harganya RM 20.00 senaskah, tetapi kemahiran bagi membuat hard gold embossing beliau juga perlu membuat tempahan di Syarikat di P. Pinang. Beliau berjanji akan menyiapkan kerja-kerja tersebut sebelum 25 Mei 2008, iatu tarikh akhir memajukan disertasi sarjana. Ramai lagi rakan-rakan masih berperang untuk menyiapkan disertasi tetapi mereka lebih cekap kerana kulit dan tajuk disertasi telah siap ditempah lebih awal dan apabila siap hanya binding aje dan hanya memerlukan satu hari, kalau tidak jadi macam aku kena tunggu lima hari baru siap binding. Pengajaran ini perlu diwar-warkan agar sesiapa yang dah siap final draf boleh terus tempah kulit dengan anggaran muka surat, kerana proses binding mengambil masa 3 ke 5 hari itu pun tertakluk jarak dengan syarikat yang pakar di dalam plat embossing. Bagi aku di dalam menghabiskan pengajian yang paling perit dan jerihnya adalah menyiapkan disertasi yang lain itu, boleh dihabiskan dalam masa dan ruang senggang, lepas itu boleh tumpu kepada mata pelajaran lain, tetapi kalau buat disertasi, kita akan menghadapi masalah yang sama dan perlu dibuat berulang-ulang sehingga kita sendiri ,'confuse' dan kadangkala terlalu banyak open file bila print confuse mana yang mutakhir.

Sejak awal disertasi dah 3 rim (500helai per rim) telah digunakan dan pelbagai belanja perlu dikeluarkan, dan elaun yang diberi RM 1,500.00 sesuai jika diperhalusi keseluruhan perbelanjaan. Di akhir pengajian dapat sebuah printer laser jet (tahun 2006 RM 500.00), lap top dan buku rujukan jadi berbaloi dapat elaun pengajian oleh ATM. Kepada rakan yang ada peluang rebutlah keistimewaan yang disedikan. Thank you my lecturers and MAF. Ketenangan dan masa bersama keluarga adalah hadiah paling berharga sepanjang di dalam LPK (L2). Wassalam.

Sunday 18 May 2008

AKTIVITI SUKAN SEJAK BANGKU SEKOLAH

Sejak dari sekolah rendah aku sudah mula bersukan dan mewakili sekolah rendah di dalam bola sepak. Masa dulu latihan berkaki ayam dan latihan dibuat di awal pagi, sampai disekolah kami dikumpulkan ditepi padang dan diarah berlari sejauh 1km pergi balik berkaki ayam. Masa tu tahun 1969 Djh 3 SKBL dah dipilih dan disekolah pun padangnya tak cukup ukuran. Kami dulu kalau lawan bola dengan sekolah lain kena naik kereta cik gu. Aku masih ingat cikgu Omar yang melatih kami. Lawan dulu sekolah Kpg Jawa, Bkt Besar dan jika menang kena awan sekolah luar dan kadangkala sampai ke A.Star. Sebelah petang pulak joint kumpulan belia dipadang sekolah, waktu itu kalau nak minta sponsor mestilah melalui wakil rakyat dan kami juga kena cari duit melalui kerja amal gotong royong angkut tanah merah tambak kawasan rumah. Kami juga kena bayar yuran seringgit dan kalau ada lebih dapatlah derma. Sekitar tahun 70an kegilaan bolasepak bukan kepalang dimana setiap kampung pasti ada tim sendiri dan wakil rakyat atau pihak sekolah mengadakan liga. Pertandingan ada yang dibuat di atas sawah padi masa musim kemarau ,tiang gol dn palang gol daripada batang buluh dan sekeliling dipagar plastik dan bayaran dikenakan 10 ke 20 sen. Pialanya taklah seberapa tapi kemeriahan dan kemenangan yang menjadi impian. Tim kami juga beberapa kali menang itupun kena bawa pemain luar, kami dulu dah upah pemain luar bayaran antara 10 ke 15 ringgit. Kebiasaanya yang dipilih adalah penyerang atau penjaga gol. Zaman tu, kepercayaan ke atas ilmu hitam sentiasa menjadi bualan ada yang menang guna ilmu hitam (bomoh) penjaga gol nampak banyak bola datang masa nak tangkap. Begitu juga ada yang berjudi berapa yang kena gol atau pasukan mana yang menang. Ini melibatkanb penonton cina dan sebilangan kaki judi melayu. Masa tingkatan 4 aku pulak aktif dan jadi ketua tim, jadi kami perlu dapatkan pemain terbaik jadi terpaksalah panggil rakan sekolah menengah. Kalau perlawanan sekitar kampung, ibu dan ayah serta penyokong kaki bola akan turut mengiringi kami ke perlawanan diluar kampung. Selepas tahun 1980an sukan ini semakin pudar kerana pertandingan liga seperti dulu tidak lagi diadakan dan banyak anak muda mula masuk asrama penuh dan juga memilih permainan sukan badminton dll yang tidak memerlukan ramai pemain. Kalau dulu senang-senang atas padang 30 pemain boleh dapat tetapi sekarang nak cari 11 orang pun susah.
Di sekolah form 1 baru berjinak dengan hoki, dan wakil sekolah walaupun pertama kali main. arena olahraga juga mula diperkenalkan disekolah dan setiap tahun olahrga sekolah pasti dinanti setiap murid yang minat sukan. Aku masuk lari 100 meter, 200 meter, lompat jauh, kijang dan lompat tinggi. Yang uniknya setiap kali olahraga sekolah akan cedera kenangan bagge kejohanan dan menjadi hobi sebahagian murid dan disematkan ditopi. Ada yang taraf gila collection badges sanggup beli banyak-banyak untuk buat petukaran dengan rakan-rakan sekolah. Bersambung---------

Thursday 15 May 2008

FINAL DRAFT


Semalam kali ke berapa dah tak ingat jumpa supervisor (Dr Faizuniah), kalau ikut kredit hours dah lebih. Kali ini bawa 'amended analysis and results' dan banyak lagi kena buat pembetulan dan supervisor bagi contoh untuk buat pembetulan. Ini baru buat master kalu buat Phd macam Zul mungkin berbuih peluh. Inilah namanya belajaq ilmu, peringkat ini bukannya senang dan mudah. Selepas jumpa supervisor hampir 1 jam aku ke kelab Golf dan terseerempak dengan Naib Cansoler Tan Sri Nordin Kardi (pernah 2 kali main satu flight). Dalam group tu jumpa juga 2 lagi rakan golf sedang buat Phd jadi dapatlah sedikit ilmu buat thesis. Salah satu yang Tan Sri ingatkan, kalau buat thesis yang pentingnya 'literature review' mesti dibaca secara 'critical' faham dan buat peta minda. Selepas baca lihat dimana ada kekurangan kajian orang terdahulu dan dimana letaknya kajian kita. Dikelab juga dapat berbincang berbagai perkara dan juga jumpa Pensyarah. Diantara kenalan yang sering main golf dan juga berborak selain Naib Censoler termasuklah Dato Maiden (Bendahari), Dr Hamzah, Dr Syukor, Dr Ahmad Marthada , Dr MatDan, Dr Azman, pensyarah dan juga student buat Phd. Student buat master juga tak ramai begitu juga student first degree hanya 4 orang aje. Berbalik dengan final draft, aku kena submit balik correction pada 20 Mei dan lepas tu boleh binding. InsyaAllah akan siap sebelum 25 mei 2008.
Maka akan tamatlah sesi Master (so far 3.83pointer). Perit jerih nak habih paper ini macam-macam rasa, ada masa low sangat semangat tetapi dengan main golf selepas itu lupakan paper dan selepas penat, rehat dan tiduk barulah semangat buat paper datang balik. Kepada kawan dan rakan buat master atau Phd jangan duduk dan fikiq hal paper sampai tak keluaq peluh (sukan), nanti takut-takut paper tak siap peluh dingin dan peluh jantan keluaq lagi susah. InyaAllah, aku belajaq sambil main-main, bukan main-main sambil belajaq. Kalau ada rezeki nanti aku dapat master dan sekali dengan sijil golf. Sijil sebab masih baru satu tahun dan handdicapped 24 aje. Petang jam 230 ptg aku main 18 lubang dengan Abang Din Pesara Mas, Encik Aziz (AMBank Insurance) dan Sheikh dari Tunisia (suami pensyarah UUM).
Main golf dapat juga buat networking, kerana ramai juga pegawai koperat, kerajaan, staf yang boleh jadi kenalan dan berkongsi pengalaman disamping disamping kenal kita dapat juga tahu perangai and etika. Kelab setiap bulan adakan Monthly medal jadi setiap kali main pasti ada kenalan baru dalam satu flight. Wasalam

Wednesday 14 May 2008

CABARAN BUAT ANAK-ANAK

Bersama keluarga di UiTM Shah Alam 1988


Bersama Ayahanda dan Bonda



Sejak temuduga No 1 kadet, Mei 1980 di kem Sg Ara, ketua Panel memberi pilihan kepada aku samada nak jadi pegawai terus atau nak belajar di Tkt 6 di RMC cawangan kadet. Lantas aku menjawab nak belajaq lagi. Sememang cita-cita aku ingin menjadi orang pertama di dalam keluarga baik sebelah ibu dan bapa menjejak kaki di menara gading. Masa itu, tidak ada yang belajaq tinggi, nak masuk U pun susah kena bergolok bergadai. Sememangnya masuk kadet pun aku kurang arif kerana tiada jua saudara mara yang masuk kadet dan jadi pegawai tentera, kalau adapun setakat pangkat Kpl. Semangat ingin belajaq yang mendorong aku untuk terus ke RMC tetapi agak menakutkan kerana di RMC belajaq di Tkt 6 bawah hanya 2 bulan dan tkt 6 atas pun hanya hampir 6 bulan itu tak termasuk latihan ketenteraan. Kami kena belajaq 2 perkara dan kadangkala pertelagahan antara OC kadet dan Pengetua Akademik menyebabkan kami huruhara, sampai di kelas dipanggil balik untuk latihan kawad penerimaan panji-panji RMC.
Tamatnya latihan kadet dan ditauliahkan, aku masih menyimpan cita-cta untuk menyambung pelajaran di Tkt enam dan juga ambil exam repair kertas English MCE. Sekembalinya daripada kursus KTPM Kota Belud akhir tahun 1982, tahun 1983 aku menduduki peperikasan HSC dan juga Julai paper English di Sekolah Jalan Ipoh. Aku berjaya lulus paper English Jul tetapi HSC kantui sebab tak ada persiapan langsung.
Setelah melalui kerjaya sehingga tahun 1994, aku terus memohon skim pengajian tinggi ATM diUiTM, Alhamdullilah aku berjaya mendapat tempat dan mengambil jurusan Chartered Institue of Transport (UK) sehingga 1997 dan grad tahun 1998. Pelbagai cabaran dihadapi almaklumlah exam setahun sekali bukan semester macam paper UiTM dan kalau graduasi pun hanya 3 ke 4 orang setahun. Aku juga kantoi paper mathematic dan law di tahun pertama jadi tahun kedua dan ketiga kena lebih tumpuan kadangkala dari pagi hingga ketengah malam di library. Ditambah lagi bila exam hampir dekat, ibu mertua tinggal serumah juga sakit. Tahun 1987 aku masih ingat 2 minggu lagi nak exam, 2 anak lelaki masuk hospital disyaki denggi, emak mertua sakit dan tekanan darah aku meningkat tinggi, dan hasil pepemeriksaan doktor aku kena pakai spekmata kerana penglihatan semakin kabur dijarak jauh. Alhamdullilah exam kali itu aku lulus 4 paper dan1 paper kena repeat (Transport planning and policy). Tahun 1988, CIT London membenarkan peperiksaan dibuat pada bulan Feb sebab Jul 1988 CIT London membuat perubahan syillibus baru, jadi aku masih dapat reseat dan lulus cemerlang. Di dalam tahun 1988 juga aku masuk MTAT dan mendapat 2 diploma dan 1 degree . Satu diploma MTAT dan satu diploma Strategik dan Pertahanan dari UM dan satu degree CIT (UK) UiTM.
Tahun 2005 anak sulong mendapat tawaran masuk UUM, dan aku jangka anak kedua juga akan dapat masuk UUM tahun 2006, jadi aku perlu memberi dorongan dan juga bersama mereka masuk U. Sekali lagi permohonan untuk masuk U diperingkat Sarjana diluluskan oleh ATM dan kami sekeluarga berpindah ke Changlun Kedah. Selain akau belajaq, dapat aku membantu anak-anak dengan bantuan fizikal, mental dan rohani. InsyAllah anak ketiga juga akan masuk U Jul tahun 2008 dan anak keempat telah pun mendaftar di Matrikulasi Changlun pada 12 Mei lalu. Tinggal 2 anak disekolah rendah akan menduduki UPSR dan darjah satu. Harapan agar mereka terus berjaya dan InsyaAllah kalau murah rezeki akan mengambil Phd pulak jika lebih wang.
Cita-cita dan harapan akan menjadi kenyataan jika kita berusaha dan hanya Allah jua yang menentukannya. Tidak semestinya kita yang cemerlang awal akan berjaya begitu juga dengan yang lemah tidak semestinya lemah sebilang masa, jadi usaha dan yakin akan ketentuan Allah amatlah penting dan perlu diyakini sepenuhnya. Istiqamah perlu dijadikan amalan hidup agar segala cita-cita boleh dicapai. Kejayaan dan segala kemudahan tidak semestinya datang bergolek kalau kita tidak berusaha merancang dan berdoa. Wasalam

Monday 12 May 2008

PENDAFTARAN MATRIKULASI CHANGLUN

Tepat jam 0900, kami bertolak ke kolej matrikulasi lebih kurang 3 km dari umah. Sampai di KM 2 banyak kenderaan berderet memasuki kolej dan ada kenderan dari Kelantan, Terangganu Pahang, Johor dan lain lain negeri dengan keluarga menghantar anak mendaftar. Setibanya di kolej kami terpaksa mencari tempat meletak kenderaan yang dikawal oleh petugas. proses mendaftar hanya 5 minit dan seterusnya mendaftar masuk tempat penginapan diBlok lelaki A2 tkt 2. Keadaan bilik selesa dengan peralatan katil, alamari dan meja tulis dan setiap bilik dikongsi 4 penuntut. Teringat aku masa melapur cadet wing RMC, aku merantau pertama kali dari A Star berseorangan dan terlalu asing bandar KL dan juga iron river. Yyang bangganya kami dapat satu bilik sorang. Kalau anak dapat RM 200.00 kami dapat RM 370.00 sebulan.
Setelah menyusun barang kami keluar kepekan Changlun (barang lebih murah berbanding julan dikolej) untuk membeli barang keperluan alat tulis dan perkakas bilik seperti penyapu, sabun basuh dan plastik alas meja. Perbelanjaan runcit pagi tu sahaja hampir RM70.00. Tepat jam 1200 tengahari taklimat waris diadakan di Dewan Serbaguna manakala penuntut menghadiri taklimat perjanjian. Hampir 1 jam taklimat disampaikan oleh Pengarah Matrikulasi Changlun. Setelah selesai taklimat kami bergerak balik tetapi menggunakan jalan pintas sebab kalau ikut jalan depan pasti sesak. Setibanya diumah, kami mengumpulkan beberapa peralatan lain (bantal tambahan, sejadah, kain pelikat dan beg kuliah) untuk dihantar sekali lagi ke kolej. Petang itu jam 5 ptg Sai minta antarkan kasut sukan yang tertinggal. Begitulah asam garam hantar anak ke kolej, nasib baik dekat kalau jauh kena belilah atau pakai apa yang ada sebelum boleh keluar. Pengalaman ini sebenarnya adalah kali ketiga hantar anak masuk pengajian tinggi jadi kebanyakan peralatan telah disiapkan sepenuhnya dari alat tulis sampai ke pakaian.
Aku bersyukur kerana mempunyai masa dan kemudahan untuk membantu anak-anak. Inilah doa yang perlu diamalkan agar Allah sentiasa memberi kemudahan di dalam apa jua dugaan yang dihadapi. Doa mudah dan ringkas boleh diamalkan selepas sembahyang atau sebelum melakukan seberang pekerjaan dengan dimulakan dengan Bismillah dan doa YaAllah permudahkan pekerjaan ku di dunia dan permudahkan pekerjaan ku diakhirat. Amin.

Sunday 11 May 2008

MULA AZAM BARU

Esok 12 Mei 2008 adalah hari bermakna untuk anak keempat kerana memasuki kolej matrikulasi Changlun aliran sains. Cabaran pasti getir kerana perlu menamatkan pengajian dalam masa setahun sebelum diterima masuk U. Cabaran pertama kakak dan abang berada di U dan bapanya pula tamat pengajian master HRM bulan Jun. Kalau dihitung beliau wajar menyahut cabaran kerana abang dan kakak di bidang pengajian perniagaan dan masuk U dengan keputusan STPM yang cemerlang. Beliau perlu mencari kelainan (tingkat 5 di Teknik) dan pasti boleh meneroka bidang sains sebagai jurusan kepakaran di U nanti.
Pebelanjaan masuk matrik juga makin bertambah, kerana syarat pakaian lebih banyak dari U dan pelbagai syarat dan keperluan perlu dipatuhi. Syarat pembukaan akaun daripada BSN kepada Bank Rakyat juga menyusahkan kerana bank rakyat yang paling hampir lebih kurang 30 km. Kalau BSN banyak tempat dan paling hampir dengan kolej Matrik.
Masuk matrik perbelanjaan pasti meningkat untuk membeli peralatan dan keperluan sekurang-kurangnya paling tidak RM 500.0 itu tidak termasuk yuran berjumlah RM 220.00. Bayaran sajian dan lain-lain pasti juga menjangkau RM 200.00 ke RM 300.00 sebulan. Perbelanjaan ini juga dapat dikurangkan dengan wang saku RM 1,200.00 daripada wang rakyat. Begitulah asam garam menyekolahkan anak dan ditambah lagi keperluan barang yang semakin meningkat.
Bagi masa depan anak-anak, ibubapa perlu buka akaun pendidikan. Kerajaan juga boleh muncul sebagai negara berkebajikan dengan menyuntik RM 1,000.00 bila anak dilahirkan dan wang dari kerajaan ini disimpan hingga sampai umur mereka mencecah 20 tahun atau masuk U (tidak boleh keluar). Jika anak mati atau tidak dapat masuk U duit ini boleh digunakan untuk berbagai tujuan dengan syarat yang ditetapkan. Wang ini jika dikumpul oleh kerajaan pasti dapat menyediakan sumber kewangan yang mencukupi bukan untuk individu, rakyat tetapi juga kerajaan. Bayangkan setahun kelahiran di Malaysia sekitar 100,000 bayi dalam masa 20 tahun berjumlah berjuta. Duit yang ada dapat menampung dan mengurangkan beban rakyat dan kerajaan dan pastinya rakyat akan berusaha menimba ilmu dengan lebih terarah. Tahniah buat ibu yang melahirkan anak-anak . Selamat Hari Ibu.

Tuesday 6 May 2008

NOKTAH





Jam 7 pagi, seperti biasa aku menghidup WMJ 40--untuk menghantar Emme dan Has ke sekolah. kebiasaannya coreng dan anak-anak pasti berkeliaran minta sarapan pagi tetapi pagi itu hanya kelibat coreng yang nampak keletihan seperti 2 hari lepas tiada anak-anak berkejaran di bawah kenderaan dan pintu masuk. Aku menunduk di bawah kenderaan takut anak-anak coreng bersantai di bawah kenderaan, tetapi hanya kelibat patches dan 2 ekor ikan busuk yang mungkin di bawa balik oleh coreng dari tong sampah hadapan rumah. Aku terus ke arah coreng dan ianya terus berlari kebelakang rumah kerana tahu aku pasti marahkannya. Coreng terus memecut laju apabila aku terus berusaha menangkapnya kerana ia tahu aku tidak suka makanan busok dibawa balik. Pagi itu, terdapat najis kucing di luar kotak tempat kebiasaan anak-anak coreng melepas, jadi terpaksa aku terus mengundur kenderaan dan seterusnya membersihkan porch hadapan umah dengan air dan membuang ikan busok. Pagi itu, anak-anak lewat sedikit sebab aku terpaksa membersihkan najis dan sisa ikan busok dibawa balik oleh Coreng.
Selepas hantar anak kesekolah aku terus kepasar dan sekembalinya diumah kelibat coreng dan anak-anak tidak ada seperti hari biasa. Puas aku dan isteri mencari sekitar rumah sehingga sekeliling taman, namun kelibat mereka tidak kelihatan. Pada malam sebelum itu, aku dan isteri berjalan disekitar taman dan diekori anak-anak coreng jadi kami anggap mungkin anak-anak coreng keluar merayau dan tak tahu balik. Sehingga tengahari, aku masih mencari dan memanggil cocoa, patches, grey dan coreng untuk makan friskies dan ikan tetapi masih tidak muncul kelibat mereka. Aku rasakan coreng mungkin merajuk dan bawa anaknya lari, tetapi ianya tak mungkin berlaku kerana anak-anak coreng tidak pernah ikut ibunya keluar melepasi sempadan rumah.
Anak-anak juga sekembali dari sekolah tercari-cari anak coreng namun tiada kesan atau tanda dicuri orang. Pada malam sebelum itu, anak-anak coreng mengekorikami satu taman dan ramai kehiaranan apabila melihat tiga anak kucing mengekori tuanya. Pada sebelah petang jam 530 ptg Has berlari memaklumkan coreng mati ditepi pagar umah jiran dan banyak kucing mati. Kami bergegas dan mendapati coreng mati mungkin keracunan dan seterunya mencari anak coreng disekeliling rumah dan kami jumpa bangkai cocoa di bawah mesin basuh manakala patches dan grey masih tidak dijumpai hingga ari ini. Kesimpulannya ada manusia yang sanggup meracuni haiwan anjing dan monyet tetapi kesannya kepada hiawan lain turut terlibat sama. Setelah 2 hari, kecerian disebelah petang agak kusam kerana setiap petang pasti anak-anak kucing akan memanjat pokok, berlompat dan bermain dengan Emee, Sai dan Has dan juga dikongsi dengan anak jiran. Wasalam

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive