Tuesday 25 August 2015

PANGGILAN HAJI TAHUN 2015/1436 HIJRAH

Alhamdulllah peringkat pertama melangkah ke Rukun Islam kelima telah diterima apabila dipilih oleh KAGAT ATM. Taklimat telah disampaikan di MKAW pada 4 Ogos. Aku juga bergegas ke Pejabata Tabung Haji bagi memenuhi akauan 15XXX. penegluaran dan penjualan SSP 10XXX bagi TAHA dan juga bekalan anak-anak tinggal dibelakang. Pengeluaran juga bagi pembayaran visa sebanyak RM 1260 seorang yang akan diuruskan oleh KAGAT dengan Kedutaan Arab Saudi. Pengambilan gambar untuk visa dan passport isteri. Sesi penerangan telah disampaikan dan setelah menerima visa dan TAHA akan memberikan No penerbangan dan tindkan seterusnya. Hari ini ambil darah bagi pemeriksaan erubatan dan jika dipilih akan mengambil suntikan wajib di hospital yan g dibenarkan.Dijangka penerbangan antara 10 ke 15 Sep 15 kerana penerbangan akhir pada 16 Sep. Wukuf pada 23 Sept dan hari Tasriq pada 24, 25, 26 dan 27 Sep. Kami dijangka balik ke Malaysia pada 26 Okt 15.

Saturday 8 August 2015

EX KAJIMATAN 2015 - ISSUED AND CHALLENGES IN SECURITY AND DEVELOPMENT AT KEDAH BORDER

         The visit commenced fm 3 to 6 Aug 15, Gp 1 visited and conducted research at Kedah Border. The prog and brief was conducted by UPEN, KDA and GLC-BB on the 4 Aug, 5 Aug brief by ICQ Bkt Kayu Hitam,  6 and 30 Border Bde at 5th Border Regt. On the 1st day we arrived and stayed at Grand Alora Hotel Alor Star. The next day visited Wisma Negeri and briefed by En Ammar on Kedah Sy and devt, En Romli fm PKNK and En Zaaba fm Bina Darulaman. In the evening session visited  fed Buiding and briefed by En Sharul fm NSC and LK Fazil fm MTBCO. The 3rd day the gp visited ICQ Bukit Kayu Hitam and briefed by Immigration, Custom, RMP and ASU/UPP than in the afternoon at 5th Border Regt. The 2nd day concluded at the Zone Free Trade Shopping Complex. The last day the gp conducted the ground research at Padang Besar before departed back to MAFSC KL.

Saturday 1 August 2015

BATU DALAM GALL BLADDER-BATU HEMPEDU

Pengesanan batu dalam hempedu diketahui pada tahun 2005 selepas membuat pemeriksaan SOP di HAT Lumut. Semasa kali pertama dibuat ultra sound, hanya sebiji batu dikesan dan tahun 2006 di dapati sebiji lagi di bahagian belakang batu pertama. Dr maklumkan jika tiada sakit atau simpton pedih bulu hati dan juga di bahagian kanan bawah diaphgram tidak perlu risau. Saiz batu lebih kurang 0.5 ke 0.8 cm.  Batu ini berkemungkinan drp kalestrol sejak dikesan penyakit darah tinggi pada tahun 1998. Dr bekalkan ubat dan fruittisle -jenama Legalon 140mg ntuk hati berlemak. Tiada masalah batukarang di buah pinggang. Kadangkala simtom angin, sendawa berterusan dan lenguh bahagian belakang serta pedih bahagian kanan perut dekat bahagian diaphgram. Ianya akan hilang setelah diurut dan disapu minyak urut dan telan paracetamol. Kali terakhir semasa pemeriksaan SOP pada 15 Jul selepas dibuat ujian ultra sound masih terdapat batu tersebut dan saiz masih ditahap yang sama. Dr memaklumkan tidak perlu dibuat pembedahan. Aku juga memaklumkan akan mencuba petua yg dibuat oleh perubatan tradisional/islam untuk membuang batu karang di hempedu, buah pinggang.
      Sebelum itu, pada bulan Jan 15 sekembalinya dari Hawaii aku mula mengambil lemon citrus kuning sebagai diet mingguan dan membeli bekas di HIG (RMxx) bagi memeram lemon untuk diminum sepanjang hari. Aku juga, di bulan Ramadhan mengunakan buah tamar yang dimasukkan di dalam bekas untuk membuang toksin/toksid di dalam badan. 
        Selepas hari raya aku membeli sekotak buah epal hijau (150biji=RM 75.00) bagi membuang batu hempedu. Aku mula makan epal setiap hari sebanyak 5/6 sehari, hari kedua aku ke rumah di K...g mengambil mesin fruit blender untuk memproses 6 biji sehari dan diminum selama 4 hari, di hari kelima dan keenam aku membeli jus epal hijau sebagai megantikan fresh epal. Gaabungan air perahan dan makan buah epal diamalkan bagi melembutkan batu hempedu. Hari keenam aku ke kedai farmasi bagi membeli garam EPSOM-Magnesium sulfate. Garam ini di bacuh  sebanyak dengan 1 camca besar dengan segelas air suam dan diminum pada jam 6 ptg dan bancuhan kali kedua jam 8 malam. Sebelum itu kena puasa dari tengahari dan jangan makan malam. Sebelum tidur jam 1000 malam masukan perahan 3 biji air lemon citrus dengan minyak zaiton/minyak bijan (setengah gelas lemon dan setengah minyak zaiton). Campuran ini disebatikan dan diminum sebelum tidur. Masam dan berminyak, aku tidak ada masalah dengan campuran tersebut, tetapi terasa ngilu digigi kerana masam air lemon dan lekitnya minyak zaiton. Terasa angin dibahagian perut dan risau juga kerana minum air garam EPSOM sebab dikotak ditulis hanya untuk luaran bagi mengobati kekejangan kaki (rendam air dengan air garam).
             Keesokanya bangun pagi terasa simtom berangin dibahagian perut dan semasa membuang najis, najis terapong dan terasa lekit minyak dibahagian dubur semasa beristinjak. Melalui pembacaan dimaklumkan batu-batu lembut dikeluarkan bersama najis.Ini disebakan tindak balas bermula daripada fungsi epal bertindak melembutkan batu karang, faktor garam meluaskan saluran di dalam hempedu dan juga pembuluh/duct dari hempedu ke bahagian usus/perut. Faktor lemon pula menghancurkan batu dan minyak zaiton sebagai penolak dan pelincir batu yang hancur ke perut. Selepas membuang najis akan terasa selesa di bahagian perut. Kesan dan akibatnya belum dipastikan dan akan diketahui apabila membuat scan pada SOP akan datang. Selepas ini akan terus mengunakan ramuan ini sebagai detox membuang toksik diorgan dalaman. Selepas bulan Ramadhan aku juga mengunakan adunan minyak zaiton, madu, cuka tamar dan minyak habatus sauda untuk mengurangkan kolestrol diselang seli dengan ubat Dr. Sejak pengambilan ramuan tersebut paras kolestrol turun kepada bacaan 3-3.8. Alhamdullillah ianya akan diamalkan sebagai makanan tambahan kerana buah/minyak zaitun, habatus sauda adalah disebut dalam Al Quran. InshaAllah semoga ianya akan memberi kebaikan dan seterusnya mensyukuri agar sentiasa sihat bagi menunaikan perintah Allah. Wasaaalam. 

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive