Tuesday 29 April 2008

PENGALAMAN PART TIME SEMENTARA TUNGGU MASUK U

Allhamdullilah 2 orang anak di tahun ketiga dan kedua di UUM dan 2 lagi masih menunggu masuk U atau pun matrikulasi. Yang sulung semasa tunggu masuk U duduk di rumah masa tu kat Kuching, jadi nak lepas anak perempuan dan juga peluang kerja kurang di Kuching. Anak kedua lelaki, minta balik KL dan tinggal dirumah di Klang sebab nak cari pengalaman kerja. Selama hampir 4 bulan kerja di Mydin Kelang dan berbagai pengalaman beliau pelajari. Itu tahun 2005 dan awal 2006. Anak sulung kuat semangat dan berdisiplin, jadi tidak jadi masalah di UUM, anak kedua walaupun kerja tetapi kurang pandai mengurus masa. Allhamdullillah aku juga murah rezeki dan mendapat peluang menyambung pelajaran di UUM, jadi kedua-dua mereka tiada masalah kerana kami seeluarga turut berpindah ke Changlun yang lebih kurang 10 KM dari UUM. Kedua-dua mereka dapat diberi bantuan dan juga kemudahan.
Awal tahun 2008, 2 lagi anak tunggu masuk U seorang tamat SPM dan seorang STPM. Selepas tamat peperiksaan dan lepas qadha tiduk, dan kena tegur bangun lewat. Diakhir 2007 Sai mohon dan dapat kerja di CMart sebagai temporary salesman, manakala Illah sewaktu kami balik ke KL terus tinggal di KL rumah Pak Chik untuk mohon kerja di KL. Illah dapat kerja part time salesgirl di Guardian Farmasi di Bangunan Raja Chulan. Anak lelaki perlu kami beri perhatian lebih dan masih bawah umur, jadi kerja di C Mart sesuai untuk kami beri nasihat dan tunjuk ajar agar tidak terpengaruh dengan rakan-rakan. Masa di asrama Teknik lagi sebulan buat hal tidak dapat belajar di asrama jadi kami terpaksa menumpang beliau di rumah adik Ana dan menumpang motosikal rakan (Udin) ke sekolah. Illah diberi peluang untuk berdikari dan jauh daripada keluarga. Pengalaman naik bas di KL, LRT, monorail serta suasana KL boleh memberi kekuatan kepada beliau. Semasa di TKT 6 Atas, sakit magrain menyebabkan kami terpaksa berulang alik ke asrama beliau di A Star. Beliau terpaksa dirujuk Dr Pakar dan selepas selesai exam dan bekerja beliau dapat mengatasi masalah sakit tersebut. Sai pula lebih bertanggungjawab dan menjadi pekerja yang baik dan boleh berinteraksi dengan pelanggan dari luar negara yang belajar di UUM apabila rakan-rakan menghadapi masalah di C Mart. Beliau dapat gaji walaupun kurang dari kakaknya tetapi beliau tidak banyak guna duit untuk makanan dan pengangkutan sebab balik makan dirumah dan guna motosikal Kapchai PL 6942 tahun 1971. Setelah hampir 4 bulan mereka ambil keputusan berhenti dan membuat persiapan masuk U. Sai dah terima tawaran di Matrikulasi Changlun di jurusan sains dan juga masih menunggu tawaran UiTM dibidang kejuruteraan eletrik. Manakala Naillah tunggu masuk U pertengahan bulan Jun. Apa yang lebih penting mereka mendapat pengalaman berharga yang tidak boleh diukur dengan wang gaji diperolehi. Masing-masing berusaha dan memiliki Handphone baru N77 dan juga wang saku simpanan di atas titik peluh dan pengorbanan masing-masing. Tahniah dan usaha itu tangga kejayaan. Tidak ada yang diperolehi dengan mudah tanpa melalui pengorbanan masa dan tenaga. Usaha itu tangga kejayaan. Walau apa pun pengajaran yang terbaik ialah time management dan juga tidak tinggal solat walaupun sesibuk manapun kerja yang dijalankan. Wasaalam

Friday 25 April 2008

HARGA BERAS DAN PETANI

Senyap-senyap harga beras melonjak naik pada 16 Apr 2008, tauke yang simpan beras senyum sakan sebab harga naik sampai 30 peratus tetapi pesawah sekarang mungkin terkilan dah tak ada stok padi dalam jelapang. Zaman aku kecik dulu, tahun 70an setiap rumah mesti ada jelapang atau pondok/kepuk menyimpan padi. Dulu orang kampung akan simpan sebahagian padi dituai di dalam jelapang dan akan hantar ke kilang padi untuk diproses jadi beras. Sebahagian atau 3 suku lagi dijual kepada peraih cina dan pada awal 80an dijual dikilang LPN (Lembaga Padi Negara) dan sekarang dikenali BERNAS (Beras Nasional). Evolusi pertanian ini mungkin disebabkan kerajaan meletakan bidang perindustrian ditempat utama pada tahun 80an disamping kemudahan teknologi pertanian yang menyebabkan petani mudah menuai hasil dan terus dipasarkan dari petak sawah lagi.

Kaedah Menanam dan Menuai Tahun 60an hingga 70an

Kenangan dan kaedah penanaman padi amat jauh berbeza, dulu sawah diusahakan dengan tulang empat kerat, dibantu oleh binatang dan gotong royong (pawah). Kerbau digunakan untuk membajak dengan peralatan seperti tenggiling, sisir dan tengala membajak dan sekarang diganti dengan jentera berenjin seperti kubota atau traktor. Penamanan padi pula guna tenaga wanita menggunakan peralatan kuku kambing atau tangan menyulam secara berkumpulan kadangkala mengambil masa sehingga berhari-hari. Semasa padi membesar ianya mengunakan air hujan sepenuhnya, jadi petani akan memastikan tanaman mengikut masa yang ditetapkan. Semasa padi membesar petani akan merumput, membaja dan meracun rumput. Waktu ini petani akan mendapat bekalan ikan dan burung ayam-ayam, sintar, pucung dari kawasan sawah sebagai makanan harian. Ikan-ikan bersaiz besar dan ianya tidak dijual seperti sekarang kerana semua orang mudah mendapatkannya dengan percuma tetapi sekarang harga ikan air tawar mencecah ke paras 10 ke 15 ringgit sekilo. Petani juga menanam padi pulut (sekitar sepenjuru) bagi memproses emping dan lengga sementara menunggu padang masak. Kebiasaanya keluarga dan jiran akan memasak dan menumbuk emping diwaktu malam dan sedap dimakan bersama kelapa parut atau digoreng kering bercli serta dijamu dengan kopi kampung. Apabila sampai musim menuai, pokok padi setinggi 4 kaki akan dituai mengunakan pisau mengerat, ketam padi dan dijadikan gemal atau kedap (empat ke enam rumpun pokok padi) dan diletakan di atas celah tunggul jerami. Waktu ini tong dan dipasang layar dan tangga di dalamnya untuk dibanting kedap bagi meleraikan padi dari tangkainya. Teknik memukul juga memerlukan kekuatan dan kemahiran yang tinggi agar tidak padi jatuh ditanah. Padi yang lerai akan dilonggokan disatu kawasan khas untuk proses membersihkan tangkai, sekam dan benda asing. Biasanya kerbau digunakan untuk mengangkut padi dari satu tong ke kawasan khas tersebut. Padi yang dilonggokkan akan dianginkan (waktu angin timur) samaada menggunakan nyiru dan mesin kipas mekanikal. Waktu ini suasana malam disawah dipenuhi lampu gasoline atau pelita minyak tanah atau karbait disebabkan longgokan padi perlu dijaga daripada mangsa pencuri (kawaq). Guni-guni padi disusun keliling dan dibina 'dangau' pondok sementara beralaskan jerami padi berbumbung langit atau jerami. Waktu ini anak muda menjadi pengawal atau penunggu. Padi-padi yang bersih akan diisi ke dalam guni dan dibawa balik kerumah menggunakan kerbau atau basikal tua.
Padi tersebut sekali lagi diloggokkan dibawah rumah (rumah dulu bertiang tinggi). Tiang tinggi sebab mudah keluar masuk simpan padi, peralatan sawah, dan mudah dijaga dan bebas dari kena hujan. Padi akan diangkut keluar dan dijemur sehingga kering dan dibersihkan sekalilagi dengan alat mekanikal. Kaedah tradisional menggantung nyiru berlubang saiz padi digantung ditiga batang kayu atau batang nipah berbentuk pyramid, tugas mengoyang nyiru ini dijalankan oleh wanita manakala lelaki akan mengangkat padi menggunakan bekas atau tin minyak tanah ke dalam nyiru. Kalau tiada angin siulan kecil akan dibuat untuk memanggil angin dan kaedah ini diganti dengan mesin pengayuh tangan atau basikal dengan kipas pelbagai saiz. Padi yang bersih dan kering akan diisi kedalam guni perut hijau (berat 100 kg atau lebih dan ianya dipadatkan menggunakan hentakan atau kayu panjang). Proses ini mengambil masa sehingga 1 ke 2 bulan. Peraih padi akan datang untuk menimbang mengunakan dacing panjang dengan dua orang menanggung padi yang diletakan di atas dua simpulan tali. Jumlah timbangan akan ditulis dengan kapur dan dicatatkan ke atas kertas. Kebiasaanya 1 relung mendapat hasil diantara 25 ke 35 guni. Bakinya dijemur kering dan dimasukan ke dalam jelapang untuk bekalan beras dan juga benih padi sehingga musim menuai akan datang (6 ke 8 bulan).
Padi yang ada juga akan dikeluarkan zakat dan dipanggil orang terlibat untuk menerima zakat padi begitu juga pekerja akan dibayar samada padi atau wang tunai. Urusan bayaran akan dibuat dengan peraih dengan menolak hutang tertunggak tanpa mengikut pasaran harga. Di atas desakan dan keperhatinan petani melalui persatuan petani (MADA), penubuhan LPN banyak membantu petani daripada lintah darat, begitu juga bank pertanian dimana semua urusan subsidi dan pinjaman boleh dibuat dengan lebih teratur.
PETANI MODEN
Kehidupan petani moden menyebabkan evolusi pertanian lebih kepada mengupah dan mengurus sawah dan tidak lagi mengerjakan ladang secara sepenuh masa. Petani sekarang mengupah pekerja dan mengunakan mesin baik dari penanaman, membaja, meracun, memungut hasil dan padi terus dihantar ke kilang. Bayaran juga dimasukan ke dalam akaun petani. Hasil tidak lagi dikira dengan jumlah guni tetapi di dalam kilo. Kesannya semua padi dijual dan petani membeli beras di kedai dan kesan dari ketiadaan stok simpanan (jelapang) menyebabkan petani yang menanam padi juga terpaksa mengeluarkan wang lebih untuk membeli beras. Kalau dulu balik kampung dapat juga merasa keenakan beras baru yang lebih melekit dan banyak kanji. Kaedah zakat padi juga tidak dapat dilihat secara fizikal seperti dulu. Sekarang zakat pertanian dibayar dalam bentuk wang ringgit.
Begitulah kesan kenaikan harga beras bukan sahaja memeritkan orang ramai tetapi pesawah juga terlibat sama. Sepatutnya badan pengawal seperti BERNAS (Swasta) dan Kementerian Pertanian dapat menilai keadaan stok pasaran dunia dan memberi ruang kepada pesawah untuk menyimpan stok seterusnya mendapatkan hasil dari kesan kenaikan beras. Cerita Nabi Yusof wajar dijadikan teladan oleh pemimpin dan rakyat Malaysia beragama Islam. Wassalam

Tuesday 15 April 2008

GLITTERING STARS and GLITTERING LIGHT ALONG THE WAY

Sejak Jun 1980 hingga sekarang, ramai skot TJT 21 tidak pasti arah tuju kecuali seorang dua yang nampak 'glittering light along the way'. Setelah hampir 28 tahun ada yang berjaya di dalam perkhidmatan dan juga di luar perkhidmatan. Di dalam istilah 80 dan 20, hanya 20 peratus akan mencapai matlamat yang dilakarkan mengikut rancangan manakala 80 peratus samada mencapai tahap sederhana atau tidak berjaya. Kalau dilihat dan diperhatikan rezeki ada dimana sahaja, tetapi yang kuat berusaha dan bertawakkal dan kena masa dan tempat pasti berjaya di bidang yang diceburi. InsyaAllah.
Tahniah buat skot yang telah melepasi impian. Kalau masa kadet impian jadi Mej dah cukup memenuhi matlamat (pencen Mej), dah jadi Mej dapat Lt Kol pun bonus dan kalau dah jadi Kol pasti akan terus melangkah jauh ke pangkat yang lebih tinggi. Inilah harapan dan sokongan semua skot agar ada di antara skot kita menjadi peneraju kepimpinan 2 bintang dan ke 4 bintang. Sekurang-kurangnya skot-skot berbangga memaklumkan "Itu SKOT saya, atau pun rakan akan menyapa "Skot you dah jadi PTD, PTU atau PAT". Ini amat membanggakan skot-skot dan sama-sama kita mendoakan kejayaan. Kemegahan ini mungkin dipanjangkan kepada anak-anak dan cucu-cucu yang berminat menceburi di dalam ATM atau bertanyakan "Siapa Jeneral keluar kat TV tu?. Kalau nak publisiti dan promosi mungkin skot kat Media Sdr Lokman dan Kol Fadzletee dapat mengusahakan sesuatu.
Kalau dihitung umur dan masa serta diumum umur persaraan wajib ke 60 tahun ianya mungkin menjadi realiti. Kini kebanyakan umur yang naik pangkat Kol dan ke atas di antara 46 ke 49 tahun, masih ada 7 tahun untuk mengatur langkah (atau 10 tahun jika umur persaraan dilanjutkan ke 60 tahun). Tahniah buat skot yang memasuki kumpulan "glittering stars" Brig Jen Dato Ackbal, Brig Jen Masrani, dan "glittering light along the way" untuk Kol Jalal, Kol Kamarul, Kol Ismet, Kol Fadzellete, Kol Hasan Loman, Kol Hassan Ali dan beberapa lagi bakal menyusul. Wassalam. Post from Skot 3001658 kepada semua skot.

Saturday 5 April 2008

KENDURI MAULIDUR RASUL DAN ARWAH

4 April 2008. Ibu mengadakan majlis sambutan kenduri Maulidul Rasul pada hari Jumaat. Majlis diadakan pada pagi Jumaat jam 11 pagi dengan menjemput Kumpulan Mrhaban batu 4 seramai 6 orang dan dikesempatan itu diambil berendui anak adik long Danish yang baru lahir 2 bulan. selepas sembahyang Jumaat majlis bacaan yassin dan arwah diadakan. Sebelum majlis jamuan diadakan dengan nasi berlauk ayam, dalca dan jelatah. Kuih karipap, agar-agar, talam seri muka, talam tepung, kole kacang disediakan sebagai jamuan marhaban dan minum petang. Buah pisang disediakan sebagai pencuci mulut. Majlis juga diadakan bagi doa selamat adik Ana dan Youb yang akan menunaikan umrah pada 7 April hingga 21 April. tetamu yang hadir majlis kenduri juga diberikan buah tangan beg kertas berisi pulut kuning, saputangan dan kuih baulu cawan.
Majlis ini dapat menghimpunkan saudara mara dan mengeratkan talisilaturahim diantara keluarga dan jiran tetangga. Ibu juga bakal mendapat 3 cicit lagi menjadikan 6 cicit setakat ini (Zaidi & Nab dijangka kembar dan Iwan & Ju anak sulung). Wassaalam

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive