Wednesday 8 May 2019

Masalah Air di Klang

Selepas penyelenggaraan logi pemerosesan air di Ulu Selangor yg menjejaskan 1.5 juta pengguna air, berlaku pula bencana tak berjadual paip utama pecah dikawasan laluan lebuhraya Taiping Banting/Shahpadu highway. Loji penyelenggaraan berjaya dipulihkan dalam masa yang singkat. Malangnya pengguna terpaksa membeli bekas dan bekalan air dalam botol bagi menangani masalah tersebut. Pada awal puasa 6 Mei 19, kejadian paip air pecah telah memberi masalah kepada ramai pengguna kerana tidak menyimpan air, begitu juga air air yg disimpan semasa penyelenggaraan loji telah digunakan atau dibuang. Masalah berlarutan dan pengguna terjejas terpaksa mendapat air dari paip air yg disediakan atau membeli air botol. Keadaan air telah memasuk hari ke 3 dan air tidak juga  mengalir. Daripada semakan dalam portal Facebook Air Selangor memaklumkan air dijangka pulih secara berperingkat, namun ianya masih hampa. Bekalan air untuk suraua diperolehi setelah menahan sebuah lori tangki air yang membuat bekalAn di Jalan Dato Shahbudin 16. Bekalan air dapat memenuhi tong yang disediakan mulai jam 1630 hingga 1800. Abang Hamdani membantu menyediakan paip untuk salur air dari lori tangki air kerana mesin pengepam air tidak berfungsi. Beliau juga memberikan saguhati kepada Pmd yang terlibat. Air yang keluar sedikit pada ptg berhenti mengalir sebelum berbuka puas? Alhamdulllillah semua bekas takungan air penuh. Pagi ini jam 0930 air kembali keluar dan lebih besar drp semalam 8 Mei 19. Semoga air terus keluar seperti sediakala.



KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive