Tuesday 30 August 2011

SELAMAT HARI RAYA EIDUL-FITRI 1432

Puasa bermula 01 Ogos11, kali in azam mengurangkan belanja di pasar Ramdhan, makan luar dan makan sahur tanpa nasi hanya oat atau roti. Begitu juga dengan solat terawih dan baca alquran. Azam ini bagi memastikan puasa tahun ini lebih baik daripada tahun 2010. Setelah habis 30 hari berpuasa hari Raya jatuh pada 30 Ogos 11 dan setelah dibuat semakan didapati puasa  mencapai matlamat tetapi puasa nafsu makan selepas berbuka, nafsu mulut, amarah dan mata perlu ditekadkan penguranganya atau sifar pada tahun 2012. Tahun ini tadarus dan katam alquran  dapat diselesaikan walaupun masa agak terhad dengan aktiviti pejabat dan bacaan koran sendiri hanya sampai juzuk ke 25. Surat Al-Waqiah, surah An-Naba dan Al-Mulk dapat dijadikan bacaan harian sejak sebelum puasa, walaupun kadangkala terlepas bacaan selepas solat. Solat sunat juga masih banyak kurang walaupun diketahui kelebihan 10 malam terakhir. Semua azam ini akan diteruskan penambahbaik pada tahun 2012/1433 dengan mengekalkan momentum sekarang sehingga samapai ramdhan akan datang. Bulan Rejab dan Syaaban dijadikan pengerak dan meneruskan momentum sehingga keakhir hayat terutamanya membaca alquran, tafsiran dan mengamalkannya.
               Suasana bulan puasa di mutiara timur agak sederhana dengan aktiviti yang kurang padat. pada kali ini hanya 2 lawatan rasmi berbuka puasa (bersama PTD dan T.Menhan), puasa bersama ibu tersayang 2 kali, 2 hari di WP, K_ dan Kl--g. Lain-lain hari bersama keluarga. Bulan ini juga isteri tersayang dapat juga khatam Quran penuh mualai dari jam 8 pagi bersama rakan dan syabas kerana berjaya menganjurkan majlis khatam dengan tradisi sedekah pulut kuning, kurma, beg longchan, kain batik (hadiah Dtain Sh--si--. Semua usaha mereka mulakan dengan majlis bacaan Iqra di RKAT Peg Sg Ar-. Kali ini rendang, kurma china dan baulu dijadikan sedekah kepada staf pejabat dan juga sumbangan duit raya.
             Tanggal 30 Ogos 11, hari selasa, malamnya kami 3 beranak (Has dan Eemee) bertakbir dirumah, keesokannya kami 7 beranak (kecuali no 4-diKL) bersolat di surau 2MD dan diakhir dijamu nasi Arab Kambing selesai sahaja solat sunat Aidil Fitri. Istimewanya adik emee dengan jubah, serban dan kopiah hitam. Suasana bermaafan dengan isteri dan anak-anak diteruskan seperti lazimnya dan mungkin suasana begini akan berkurangan apabila anak-anak berdikari, yang tinggal kami berdua dan mungkin juga bertambah meriah dengan kehadiran ahli keluarga baru. Kali ini berya di tempat baru bertambah sibuk apabila tetamu mula berkunjung dengan menyajikan kuih serta rendang dan lemang. Sebelah malamnya DMnoor/Sam, K Wee n Mdm Sherlin bersama keluarga adalah tetamu terakhir di Syawal pertama berlabuh. Walaupun begitu dapat juga aku membaca ayat pilihan dibaca harian dan juga meneruskan bacaan Al-Quran juzuk ke 26 dan ke 27. Semoga yang dicatatkan menjadi satu azam dan terus dilaksanakan dengan penuh kesedaran serta menjadi rujukan di tahun hadapan. Catatan dibuat untuk meningatkan diri supaya berusaha kearah yang terbaik. Wassalam
            

Sunday 28 August 2011

MENJELANG AIDIL FITRI 2011/1432H 1 SYAWAL

Tahun ini, sambut hari raya di P.P dan hari kedua di Tandop dan hari kelima di ibunegara dan Bandar Diraja Selangor. Persiapan macam biasa cuma kali ini anak tak semua berkumpul.Persiapan juga dibuat macam biasa tapi kali ini agak lebih sikit sebab dapat bonus dan ditambah duit RM 500.00 hasil padi arwah ayah.. Al Fatihah. Belanja RM 800.00 bagi kereta ganti tayar yang dah haus. In tidak termasuk persiapan raya dan bil harian dan bulanan. Alhamdullillah bersyukur rezeki lebih sikit. wassalam

Tuesday 23 August 2011

GAMBAR KENANGAN OGOS



PERTUKARAN NAKHODA HELANG

10 OGOS 11 - 23 OGOS. Tampok pemerintahan bertukar tangan dari MJ MND kepada MJ AMD diadakan seperti dirancang dengan lancar. Taklimat juga telah dilaksanakan pada 12 Ogos. Majlis selanjutnya melibatkan pemerintah baru majlis berbuka puasa bersama keluarga di Wisma Perwira dan juga food tasting lawatan PTD telah dilaksanakan di Dewan Buankusi WP 2 Div pada 19 Ogos 11. Majlis diakhiri dengan solat Terawih dan Moreh di Surau Harimau Malaya dengan menu roti arab. Lawatan PTD pada 23 Ogos merupakan acara pertama P5 MJ MD. Acara lawatan bermula jam 1025 KKU, bergambar, taklimat, Perjumpaan dengan P/LP di WP 2 Div, KKU Review dan Solat Zohor berjemaah. Malam Majlis berbuka puasa di Harimau Malaya tetamu termasuk T.MenhanYB Dr Latiff. Majlis ringkas dimulakan dengan Iftar, solat Magrib, jamuan, penyampaian $ Zakat kpd Sdra baru dan ucapan YB. Pergerakan balik dengan CN jam 0930. Yang lain terus solat Isyak, Tarawih dan moreh. Menu disaji ialah berbuka puasa -kurma,seri muka, popia dan karipap. Makan malam  nasi putih, ikan patin tempoyak, kari kambing/kari daging, ayam kicap bawang, ulaman dan sambal belacan. Moreh roti Arab.  Dikesempatan masa yang ada majlis serahan kuih di Cwg juga dilaksanakan kepada anggota di atas hajat (wang hasil Arwah ayah) yang kembali ke Rahmatullah pada tahun 2003. Wassalam.

Wednesday 10 August 2011

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive