Tuesday 25 December 2007

ANNIVERSARY PERKAHWINAN

Genap 23 tahunperkahwinan kami, alhamdullilah bahtera yang dilayari dikurniakan dengan 6 anak. Dalam usia 23 tahun ini, pelbagai asam garam kehidupan, dan rintangan dihadapi ada yang mengembirakan dan ada yang dijadikan sempadan. Sambutan tahun ini hanya dengan bacaan Alquran dan doa aje, bajet tak cukup dan waktunya pun tak ngam, selepas hari raya qurban. Walau apun pun, yang penting baki kehidupan banyak lagi akan ditempuhi, dengan masalah anak-anak, seperti masuk IPT, gerbang perkahwinan, cucu, orang tua dan bermacam-macam lagi keranah yang sentiasa menduga dan mencabar kesabaran. kalau kita dapat meramalkan masa hadapan pastinya lagi menyusahkan jadi kita hendaklah berusaha dengan positif dan mengagak apa yang akan bakal berlaku setelah itu baru lah bertawakal. Kalau dicongak baki perkhidmatan sekurang-rangnya 4 anak akan tamat IPT dan pastinya wang pencen perlu digunakan bagi keperluan anak-anak berkeluarga dan baki untuk persekolahan 2 anak lagi di sekolah menengah, dan bakinya untuk kami berdua melaksanakan tanggungjawab dan beristirihat. Yang pastinya juga wang pencen tak akan cukup, jadi kena atur strategi penyimpanan dan kerja kontrak atau kerja sendiri. Alahai begitulah kehidupan. disinilah qadha dan qadak Allah. Hanya usaha dan doa boleh mengubah yang tidak baik kepada yang lebih baik. Wassalam...

PROGRAM ORIENTASI MURID TAHUN SATU 2008

26 DIS 2007. Adik Emee mula melangkah ke tahun satu 2008, dengan menghadieri program transisi pada 26 Dis 2007, mulai jam 0830 hingga 1030 pagi. Objektif program ialah untuk meningkat kemahiran matematik bersepadu dan bermain sambil belajar. Selepas 3 minggu diharap dapat mengenal abjad, mengenal suku kata dan membina perkataan. Pada hari pertama adik Emee berpakaian seragam sekolah dan setibanya di sekolah semua murid dikehendaki menduduki peperiksaan setara bagi menetapkan kelas tahun 1 pada esok hari. Sementara menanti anak-anak menjawab soalan, ibu bapa/waris diberi taklimat oleh Pengetua mengenai program transisi, halatuju, taklimat kesihatan dan J Khaf. Apa yang menarik ialah peringatan pengetua kepada ibubapa mengenai tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak-anak dapat menjadikan pendidikan sebagai amalan kehidupan harian sekurang-kurang mengambiltahu mengenai pelajaran dan disiplin anak-anak. Kalau zaman dulu mungkin ibubapa buta huruf mungkin tidak dapat mengajar tetapi sekurang-kurangnya memberi semangat dan berada disisi untuk mendorong anak-anak membaca. Zaman sekarang ibubapa boleh membaca dan menulis dan mampu menyediakan pendidikan tambahan.
Hampir 90 peratus kanak-kanak telah memasuki tadika, taski atau pra sekolah dan tahap mengenal huruf dan membaca mungkin mencapai 75 peratus, dengan mengadakan ujian ianya dapat mengasingkan kanak-kanak yang boleh membaca dan bagi kanak-kanak yang tertinggal dapat diberikan tumpuan dan bimbingan khas diperingkat sekolah. taklimat kesihatan pergigian juga diadakan bagi memberi penerangan mengenai pepriksaan pergigian diperingkat sekolah, J Khaf pula memberi penerangan kelas Tahmir yang perlu dikuti oleh kanak-kanak mengenai jawi, alquran dan fardhu ain. Kelas agama bistari diadakan mengikut jadual pada hari Sabtu manakala kelas jawia dan fardhu ain diadakan dari jam 1300 hingga 1400.J Khaf mula diperkenalkan pada tahun 2005.
Esok pagi hari kedua anak-nak akan mengikuti program untuk mengenal Guru, bayaran yuran. Senarai butiran peribadi murid, gambar, salinan photokopi sijil kelahiran, IC ibubapa/waris dan penyata gaji perlu disertakan. Kesimpulanya, pendidikan sekarang amat dihargai dan setiap waris membuat persiapan awal dan menanam semangat berlumba mengejar ilmu. Di masa hadapan, mungkin kanak-kanak tak perlu hadir disekolah untuk mendaftar dan mungkin dibuat secara online, solan dan hal-hal berkaitan dimajukan melalui email, jadi sekolah tidak perlu menyediakan taklimat, jamuan dan mengurangkan kesesakan dikawasan sekolah. Kanak-kanak hanya hadir pada hari pertama persekolahan. Tahun persekolahan tahun 2008 akan bermula pada 2 Jan 2008 (Rabu). Yang pastinya kawasan sekolah akan kembali riuh rendah dan lalu lintas akan kembali sesak diawal pagi dan waktu tengahari. Semasa balik dari sekolah adik Emee ditanya boleh jawab ke soalan? boleh aje, dan cita-cita bila besar nak jadi apa? Saintis dan nak cipta robot untuk orang-orang malas. Kalau dulu tahun 70an pastinya guru, askar dan mata-mata, tahun 80an jadi doktor, jurutera dan professional. Tahun 90an ushawan, pensyarah, pegawai kanan kerajaan dan tahun 2000 jadi saintis , angkasawan dll yang canggih manggih.

Sunday 23 December 2007

HARI LAHIR KE 47

Ari ni dah masuk umur 47 tahun hidup, Alhamdullillah masih sihat. Awal pagi selepas solat subuh terus sarung seluar jogging setelah hampir 10 bulan tak jogging, waktu yang lepas aku banyak jalan kaki bersama my wife keliling taman dan berjalan kaki di padang golf. Umur 47 tahun masih lagi mampu aku berjogging hampir 3 km tanpa henti, peluh sakan dan tak rasa semput.
Selepas jogging aku bersama Tam dan Su ke pekan Changloon gunting rambut (3 orang RM 15.00) dan kami minum di Kedai Mamak pekena roti canai telor dan tosai. Sekembali aku terus mandikan coreng dengan shampoo aloe vera. Selepas itu kebelakang umah membersihkan rumput di kawasan pokok bendi, yang sedang berbuah, walaupun pokok terbantut sebab tanah keras masih banyak pokok mengeluarkan kacang. Kolam ikan guppy dan pokok bunga dibersihkan dsan disiram. Jam 1230 tengahari aku masuk dan mandi sementara menunggu masuk waktu Dzohor aku membaca Al Quran, dan tiduk sekejap. Selesai sembahyang Dzohor jam 1400 makan kuew teow goreng dan jam 1430 aku ke padang golf, mengelak daripada tiduk petang. Aku berjalan kaki dan permainan hari ini ok dan at least dapat bogey semua lubang.
Selepas solat asar di KGUUM aku singgah ke pasar Changloon beli bihun, daun sup dan pisang goreng. Aku dan famili bersantai sambil minum petang di hadapan rumah. Selepas solat Magrib aku bawa Tam dan Su ambil gambar passport untuk keperluan sekolah tahun 2008. Malamnya selepas solat Isyak aku menonton EPL dan melayari internet dan begitulah routine harian pasti ada yang perlu dibuat. Internet kat umah sentiasa dilayari, hampir semua melayari internet jadi tak rugi bayar RM 99.00.
Umur 47 tahun masih banyak perlu dipelajari, setiap hari pasti ada yang baru jika kita membaca buku dan mendengar berita. Birthday atau hari biasa bagi aku sama aje, yang pentingnya aku perlu mencari kerja bagi mengisi ruang dan waktu agar tidak ada masa berjalan begitu sahaja tidak bermanfaat. Birtday tahun hadapan pasti lagi sibuk kerana masa dan tempat pastinya berubah dan kita tidak dapat meramalkan adakah masih panjang umur?

Saturday 22 December 2007

MAJLIS KENDURI RUMAH BARU BONDA

Tanggal 21 Dis 2007, rancangan untuk mengadakan majlis masuk rumah baru bonda dipersetujui dibuat pada jam 3 petang 21 Dis 2007 iatu hari Jumaat bersamaan 11 Dzulhijah (Raya haji kedua). Kami sekeluarga ke rumah bonda jam pada 20 Dis 2007 jam 1700 dan setibanya disana sepeha daging kerbau korban abang Din sampai dan kami berbincang bagi keperluan memasak dan juga aturcara majlis. Daging disiang dan dipotong saiz sebesar 2 tapak tangan dengan bantuan Pak Ngah, Pak Lang, Pak Pak Ndak dan Pak Long. Manakala yang lain menyiapkan keperluan memasak, pasang khemah ditempat memasak. Tepat jam 1920 malam semua persiapan siap dan kami mula merebus daging jam 2000 agar daging tidak rosak. Petua orang lama, daging kalau hendak disimpan lama ianya jangan dsiram/basuh air agar tidak busuk dab ianya digantung. Malam itu, kami mebuat senarai barang-barang yang perlu dibeli atau perlu disediakan, kami berpakat untuk memasak adik beradik aje, Pagi besok (21 Dis) jam 0630 aku dan isteri ke Pasar Borong jalan Gangsa Alor Star mencari barang-barang disenaraikan setibanya disana tidak banyak kedai/gerai dibuka dan tidak banyak barang dan tidak segar. Kami seterusnya ke Pasar Besar Alor Star jalan Lencongan Barat bagi membeli santan, dan sayur yang tiada di pasar borong.
Setinamya di umah kami siap menyiap semua keperluan dan mula memasak nasik, dalca dan air asam. Kebiasaannya macam-macam ragam yang lebih suka bercakap daripada membuat kerja banyak yang lebih komplen daripada memberi cadangan dan yang lebih teruk pandai cakap, mencadang tapi jadi mandur. Ada yang tak yakin dan berbagai yang negatif dari positif. Kemua bertekad untuk menyediakan cara kami sebab kami bukan Tukang Masak pro, kalau setakat makan 200 orang tak masalah. Abig yang kecik membantu dari siang bawang, halia, cili. Ari itu masak nasii My Wife, Dalca Adik Ana, Air Asam banyak tangan yang buat dan gulai ikan Bawal (3 ekor) Kak Ani. ari itu kami masak nasi daging yang pertama warna kuning gelap, kedua kuning sedang jadi kami susun dalam tumbler berlapis jadi kami panggil Nasi Daging Berlapis, dan yang ketiga warna kelabu sebab ramua apa yang ada. jam 1230 daging siap dipotong kecil, nasi 2 periuk dan air asam siap.
Selepas sembahyang Jumaat majlis bacaan Yassin dan doa selamat diadakan dan tetamu dijamu pada jam 1530 hingga ke 1800 petang. Hampir 200 tetamu yang hadir dan ianya tidak samapi sasaran kerana ari itu banyak kenduri kahwin dan kenduri korban.
Tepat jam 1830 kami sekali lagi tukar uniform untuk membersih peruk dan bekas-bekas sajian yang hitam berkilat dan kotor. Malam itu kami tak jadi balik keumah sebab dah penat dan terpaks bermalam diumah bonda. Kesokan pagi aku dan 2 anak balkik dulu sebab along kena pergi kelas Pra L memandu kereta kat Sintok. Dalam perjalanan balik selepas persimpangan susur keluar Jitra ke Changlon kami nampak orang ramai berkumpul, kami sangka ianya majlis korban lembu tetapi rupa-rupa lembu terkorban dijalanraya akibat kemalangan dengan Proton Waja. Malam tadi semasa mendengar berita jam 2000 bukan seekor lembu terkorban tetapi 4 ekor dan berita yang sedihnya 3 anak muda turut terkorban di dalam kenderaan tersebut.
Pengajaran disebalik majlis ini kami dapat memastikan hasrat bonda tercapai, anak-anak dapat pengalaman membantu dalam persiapan kenduri, berbagai ragam dan 'perangai' saudara mara baik yang baik dan yang kurangya. Inilah pengalaman yang berharga buat kami sekeluarga walaupun penat kami berjaya membantu (walaupun tidak besar peranannya) dalam majlis tersebut. Ada saudara kena jemput kalau datang tolong buat kerja tapi kalau tak jemput makan tak datang makan, dah jemput kata tak jemput, kalau nak tulis dan ucap memang tak manis tetapi inilah masalah saudara mara, baik jiran atau rakan, tetapi yang pastinya kita perlu bersabar dan bertawakkal setelah berusaha semampu yang mungkin. Kalau nak bagi orang makan yang ditakuti ialah keracunan makanan, sakit perut dan yang lebih malu kalau masakan tak cukup. Pinggan mangkuk dan cawak pakai buang. Sebab itu, zaman sekarang kalau ada duit lebih baik upah katering dan jemputan pakai SMS aje. Kalau lebih senang, yang berduit dibuat sedekah jariah aje selesai masalah. Majlis kalau buatpun macam minum petang/atau birthday keluarga (Bring you own food atau potluck) aje dan jemput orang yang nampak depan mata waktu nak makan (dulu kata langkah kanan atau memang ada rezeki). Dulu kalau buat kenduri yang datang tahu cari kerja, sekarang kena bagi tau apa nak buat dan kalau bagitau tak tahu nak buat kena tunjuk sebab tak pernah buat. Ada yang disuruh buat, ditunjuk tapi tak buat-buat sampai kesudah. In baru kenduri kecik, kalau kenduri kahwin lagi parah. Wassalam

Wednesday 19 December 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

KHAMIS 20 Dis 2007 bersamaan 10 Dzulhijah 1428 hijriah jatuhnya Hari Raya Aidil Adha. Tahun ini kami sambut diumah aje. Selepas sembahyang sunat raya korban kami bersarapan pagi dengan nasi dagang. Raya sekarang tak semeriah dulu, kalau hari raya kat kampong selepas sembahyang menyembelih korban. Lepas itu, kanak-kanak awal pagi dah keluar beraya, pakaian baru saudara-mara bertandang keumah saudara mara. Takbir raya juga bergema sekeling kampong. Tahun lepas kami raya diumah adik Tan bersama ibu kerana adik dan isterinya ke Mekah, jadi kami sama-sama menemani anak-anaknya. tahun 1994 di Klang aku ikut kumpulan surau bertakbir dari umah ke umah dari jam 0900 malam sampai 12 tengahmalam, sekarang majlis ini dah tak ramai buat hanya disurau dan dimasjid, sekarang kalau takbir pun dah kat dalam TV dan radio aje, macam, kumpulan takbir baik dari parti politik, artis, pakaian seragam dll.
Petang baru keumah ibu sebab nak buat kenduri masuk rumah dan daging korban sepeha dari abang Din/kak Ani. Esok petang selepas Jumaat majlis kenduri kesyukuran akan diadakan dari jam 3 ptg hingga 6 ptg.

CORENG




Coreng matanya coklat, bulunya kelabu, campur perah dan putih dah hampir 3 minggu tinggal diumah kami. Kucing pungut kat taman yang belum diduduki dibawa balik, dimandi dan diberimakan ikan dan nasi. Kucing ini manja tapi dah berumur, pandai membawa diri, kalau hari pertama dikurung dan dilepas dia tak lari dari umah. Coreng juga pandai pergi luar kawasan rumah buang air dikawasan yang dikhaskan. Sekarang berat badan semakin bertambah setelah diberi makan ikan rebus dan nasi, friskies dan ikan goreng. Setiap 3 minggu dimandikan agar tidak berkutu. Coreng dah pandai dan tahu biula waktu makannya. Semua ahli keluarga dah tak takut lagi dengan kucing. Coreng tak dibenarkan masuk dalam umah, hanya tinggal diluar dan kadang-kadang dikurung agar tidak bergaduh dengan kucing lain.

Saturday 15 December 2007

MASUK PERSEKOLAHAN

Persiapan memasuki sekolah juga amat membebankan dihujung tahun, tambahan harga barang-barang melambung tinggi dan tiada bonus bagi mengurangkan bebanan kewangan. Jika anak ramai yang bersekolah pasti perbelanjaan bertambah. Pada hari ini (14 Dis 2007) aku membelanjakan hampir 250.00 bagi membeli pakaian seragam(4 baju 3 seluar), sepasang kasut, 2 buah beg dan 1 x alat tulis hanya bagi anak yang akan memasuki Tahun 6 dan Tahun 1. Ini belum termasuk yuran sekolah dan buku tulis dan pelbagai peralatan sampingan persekolahnya dan dijangka sebanyak RM 400.00 lagi. Kalau dikira dengan pengangkutan dan tuisyen mungkin perbelanjaan mencapai RM 500.00.
Pendidikan sekarang amatlah tinggi, walaupun buku teks dan yuran sekolah (RM 18.00) diberi percuma. kami juga tidak membeli barangan berjenama pun sudah merasai bebanan, dan sudah pasti bagi yang berpendapatan rendah amatlah perit dan terasa. Allahamdullilah 2 anak lagi sedang menunggu keputusan SPM dan STPM dan dua lagi anak mendapat pinjaman PTPN jadi tidaklah terasa bebanan diakhir tahun 2007 dan awal tahun 2008. Menjelang bulan Jun/Jul perbelanjaan akan bertambah sekiranya mereka memasuki IPT. Walaupun pinjaman PTPN mungkin diperolehi tetapi sekurangnya RM 3,000 perlu disediakan bagi membeli keperluan asas/permulaan dan wang poket. Tahun hadapan kalau nak pinjam PTPN ibubapa mesti mempunyai akaun RM 3,000 di dalam Skim Pendidikan PTPN. Bagi yang kerja makan gaji mana boleh kumpul sebanyak itu, sebab gaji yang diterima hanya setakat cukup untuk makan minum dan perbelanjaan bulan kehadapan. Kalau nak harap simpanan amatlah sukar apabila banyak tanggungan dan keperluan asas.
Rata-rata diperhatikan semasa membeli keperluan sekolah tidaklah ramai ibubapa seperti tahun sebelum ini, kerana tidak bonus dan pesawah belum menuai padi. Jadi ramai ibubapa terpaksa membuat perkiraan tepat dan berjimat cermat, ada yang terpaksa menggunakan kad kredit/pinjaman (bank, koperasi, tauke, along)/pajak gadai/ keluar simpanan dll sumber dulu bagi mengawal pegangan tunai bagi keperluan yuran sekolah dan keperluan asas kerana barangan mungkin dijangka meningkat harganya pada tahun 2008.
Kalau berkerja makan gaji hanya setakat cukup hidup awal gaji ada duit, tengah bulan mula suram dan diakhir bulan terus malap. Tidak dinafikan hanya berapa peratus yang benar-benar berdisiplin menyimpan pendapatan dan mampu berbelanja mewah dan hampir 50 peratus setakat cukup untuk hidup. Wallahhuaklam.

SAMBUTAN HARI LAHIR BONDA


14 Dis 2007. Sambutan hari lahir bonda kali ini amat bermakna kerana bonda dapat menduduki rumah baru yang siap dibina pada 13 Dis 2007. Walaupun rumah dibina diakhir-akhir pembinaannya menghadapi masalah dengan kontraktor tetapi Alhamduliliah, rumah tersebut siap walaupun tidak mendapat bekalan eletrik, jadi kami terpaksa mendapatkan bekalan dari umah Pak Tam agar majlis dapat dijalankan pada hari lahir bonda.
Pada 12 Dis kami berbincang untuk membersihkan rumah pada petang 13 Dis setelah kunci rumah diserahkan. Pada 13 Dis, jam 1830 kami 3 beradik dan my wife mengambil keputusan membersihkan rumah dan masalah timbul apabila 'extension wire' yang disambung dibawa balik oleh kontarktor, jadi kami membasuh rumah di dalam waktu gelap sementara menanti adik Tan mendapatkan extension wire dari rumahnya. Kami membasuh di dalam samar-samar lampu jalan dan jam 1930 barulah bekalan elektrik dapat disambungkan. Aku dan adik Tan sembahyang Magrib dibilik bonda, manakala adik Ana dan my wife sembahyang di dapur disebabkan almari dan katil hadiah untuk bonda sampai dan perlu dimasukan kebilik bonda. Setelah selesai sembahyang Magrib, kami bertiga terus membersih bahagian rumah yang belum dicuci lagi sehingga jam 2030 malam. Selepas berbincang menu dan barang yang perlu dibawa dari rumah lama, aku dan isteri terus Hypermarket Giant untuk membeli keperluan menu pulut kuning dan kari daging, kami juga membeli hadiah dapur gas 'hob' Pensonic untuk bonda.
Kesokan paginya, 14 Dis 2007 aku bersama 3 anak lelaki dan adik Tan bergegas ke rumah lama di KSS dan mengambil barang utama untuk memastikan rumah baru dihias dan menggunakan peralatan untuk sajian. Manakala Dillah dan Illah ke rumah baru untuk mengemas dan mengelap lantai. Lain-lain memasak untuk jamuan. Jam 1130 adik Tan membawa beberapa peralatan ke rumah baru dan tinggal kami menunggu lori adik Wan untuk mengangkut barang besar seperti katil, almari, dapur, dan lain-lain peralatan. Jam 1300 kami berjaya memunggah dan menurunkan peralatan dan selepas mandi bergegas sembahyang Jumaat.
Jam 1430 kami kembali memasang langsir, mengemas bilik dan memasang keperluan menyambut kelahiran bonda yang dirancang jam 1800, makan, sembahyang Magrib dan bacaan Yassin. Majlis ini hanya melibatkan adik beradik kami dan menjemput keluarga terdekat sahaja lebih kurang 50 orang (kami adik beradik dan anak-anak 28 orang) dan lebih kurang 20 lagi adalah jiran (saudara). Kami meletakan hadiah semuanya dibilik tidur bonda dan pintu dikunci, tepat jam 1900 bonda dijemput memotong pulut kuning dan seterusnya membuka bilik utamanya. Bonda amat terperanjat apabila melihat biliknya dihiasi indah keran kami membuat persiapan dan rancangan tanpa pengetahuannya. Menu pada hari itu, bihun goreng, roti jala, pulut kuning, kueh bengkang dan apam. Alhamdullilah setelah usaha jerih dibuat, kami semuanya berpuashati dan seronok kerana bonda gembira. Walau apa pun, majlis ini dapat mengeratkan keluaraga kami dan entah dimasa hadapan mungkin tidak semuanya dapat berkumpul, terutamanya aku yang akan kembali bertugas, contohnya pada hari itu, adik long Yati terpaksa berada di Wad Bersalin Hospital Sultanah Bahiyah dan Abang Din lewat datang kerana menguruskan sawah akibat serangan Bena Perang. Saat gembiranya apabila kami 4 beradik dapat bergambar bersama bonda (walaupun Ayahanda telah kembali ke Rahmatullah)setelah kami semuanya menjangkau umur 38, 43, 47 dan 48 tahun, sebelum tahun 2006, kami tidak pernah mengadakan majlis tersebut secara bersama. Mungkin hikmahnya nanti semua anak cucu dapat mengikuti sambutan hari lahir walaupun di dalam bentuk yang berbeza dan tidak semestinya hadiah tetapi perjumpaan adik beradik, anak, cucu dan cicit dengan minum teh sudah mmemadai dan mengembirakan. Kenangan ini tidak mungkin dapat dinukilan dengan kata-kata, hanya menjadi pengalaman dan ingatan yang mungkin tidak dapat dipadam disetiap sanubari. Malam itu, kami sekeluarga bermalam di rumah baru.
Keesokannya, aku bersama 2 anak lelaki dan ibu pergi ke rumah lama mengambil peralatan penting yang lain menggunakan Van Arwah. Setelah hampir 4 jam, kami berjaya membersih dan mengambil barang yang perlu dan sebahagian besar barang-barang disimpan di stor. Kalau tidak ada halangan rumah lama ini akan disewa. jam 1300 hingga jam 3 petang kami mengemas rumah baru dan jam 1800 balik ke Changlun. Walaupun penat kami amat berpuashati dapat mengembirakan hati bonda, kami hanya mampu memberi bantuan tenaga, dan adik-beradik lain dapat menyumbangkan tenaga/wang ringgit bagi memastikan rumah dan hari lahir bonda dapat disambut dengan penuh bermakna. Semoga Allah memberkati dan mengampunkan dosa-dosa kami di atas apajua kesalahan kami kepada mu bonda, selamat menyambut hari lahir ke 69 (14 Dis 1938). Wassalam.

Tuesday 11 December 2007

UJIAN PANDUAN JALANRAYA

11 Dis 2007. HARI INI, Ain dan Sai menghadiri peperiksaan panduan jalanraya berkomputer di Sekolah Memandu Mustika Muhibbah jalan Sintok, Changlun Kedah. Selama 2 hari mereka membuat latihan ujian berpandukan buku panduan yang diberikan selepas taklimat Pemanduan berhemat pada 8 Dis lalu. Kalau berpandukan buku panduan undang-undang jalanraya, banyak perkara yang perlu dihafal atau diketahui. banyak perkara yang ditambah dan diuji dan markah lulus mestilah melebihi 42 markah per 50 markah. Pada awal pagi jam 0900 calun yang akan menduduki peperiksaan boleh membuat latihan online dan setelah mahir bolehlah mendaftar diri. Keduanya berjaya lulus cukup makan, tetapi ramai juga yang kantui. Pokoknya kalau tak baca dan faham mungkin tak lulus, ada yang ambil sampai 3 ke 4 kali baru lulus.
Ujian ini kalau dibuat setiap kali nak 'renew' lesen pasti ramai yang kantoi, tetapi ianya amat berkesan bagi memastikan pemandu mematuhi panduan jalanraya. Disyorkan setiap pemandu yang terlibat kemalangan melibatkan kematian atau cedera parah wajib diuji panduan jalanraya dan lesen baru dikeluarkan selepas lulus ujian panduan jalanraya dan ujian semula dijalanraya oleh JPJ. Kemalangan di Tol Jelapang melibatkan 7 kematian amat menyedihkan dan sepatutnya tol yang ada dimusnahkan dan semua orang tak perlu bayar tol sehingga tol baru disiapkan. Isunya kenderaan yang dilanggar sedang membayar tol, jadi kalau kenderaan tersebut tidak berhenti ditol mungkin tak berlaku kemalangan. Dari sudut kejuruteraan jalan adalah kurng munasabah tol dibina di jalan yang menuruni bukit, sebab kalau masalah mekanikal seperti brek, tayar tercabut yang pastinya kenderaan akan terus meluncur laju kerumah tol. Rumah tol boleh dibina dikawasan lapang dan mendatar, tak tahulah kat Tol Jelapang sebab nak jaga hati orang Ipoh agar tak perlu bayar tol maka rumah tol dibina hampir dengan lereng bukit. Kenyataan Menteri Kerja Raya, 6 bulan lagi masalah boleh diatasi, tetapi berapa banyak lagi kematian akan ditangisi, kemalangan tidak diminta begitu juga kematian. Kalau nak salahkan pemandu semata-mata sebab kemalangan diJelapang amatlahlah tidak tepat sebab banyak kemalangan disitu melibatkan kematian disebabkan oleh keadaan tempat, rupabumi dan faktor kejuruteraan juga faktor penyumbang kemalangan. Rumah tol boleh dibina sementara di Bukit Gantang dari arah utara ke Selatan dan di arah selatan ke utara di rumah tol Ipoh Selatan yang sedia ada (Tol terbuka). Di Tol Bukit Gantang dan di Ipoh Selatan bayaran dibuat sepenuhnya, jadi tiada bayaran di antara jalan sedia ada.
Sikap manusia memanglah punca utama tetapi amatlah mendukacitakan apabila manusia yang mengurus jalanraya yang pastinya professional tidak pandai mengunakan akal dan kebijaksanaan masing-masing bagi mengurangkan kematian. Selesaikan perkara pokok (batangnya) dan barulah dahan lain tumbuh merendang, kalau batangnya bengkok, pasti juga dahannya turut membengkok.

PROGRAM RAKAN BELIA

Program Rakan Belia anjuran kementerian belia dan sukan wajar direbut terutamanya kepada anak-anak yang sedang bercuti tahun atau menunggu keputusan peperiksaan. Program selama 3 hari dua malam (11 Dis -13 Dis 2007) di Pendang Resort Lake Kedah adalah melibatkan remaja berumur 16 ke 19 tahun bagi sesi motivasi dan kaunseling. Kalau masa aku remaja program sebegini mungkin tidak ada, yang ada waktu itu, pertandingan bola sepak anjuran belia dan pemuda UMNO, yang lain hanya dibawah program belia 4B aje, seperti melancong, projek pertanian dan projek vokasional pendek. Kalau yang bernasib baik dapat mengikuti program Belia Negara di Dusun Tua.
Sekarang pelbagai program percuma disediakan dan paling mudah program berbayar seperti kem motivasi, tafhfiz, kelas komputer semuanya diatur bagi mengisi masa senggang dimusim percutian. Kalau tak ikut program ini, anak-anak mungkin bosan atau melepak. Walau apa pun, kalau yang tak berwang cuti di rumah bersama keluarga jua boleh dipelbagaikan dengan bercucuk tanam, berkelah, bermain dam, UNO ataupun beriadah diawal pagi. Waktu bersama ini juga perlu digunakan agar anak tak mis solat suboh dan solat-solat wajib. Waktu ini juga kita dapat menyampaikan maklumat, tunjukajar perihal kehidupan diumah atau berbaik sesama adik beradik. Waktu makan bersama, bermain dan bertegur diantara satu sama lain akan menjadi ingatan apabila masing-masing membina kehidupan berkeluarga. InsyaAllah.

Sunday 9 December 2007

MUSIM KENDURI

Musim cuti banyak kenduri kahwin, lepas ini hari Raya Korban banyak pula majlis korban dan majlis kenduri, jadi bertambahlah jemputan dan makan daging lembu dan kambing. Yang berpenyakit darah tinggi kuranglah pengambilannya tetapi kalau yang tak tahan pantang alamat tekanan darah semakin tinggi dan kolestorel meningkat. Apapun yang pentingnya majlis dilaksanakan dengan sempurna dan jemputan hadir memeriahkan majlis. Bagi skot dan kawan yang dah mencapai umur 40an dan kalau kahwin tahun 80an mungkin dah dapat cucu. Setiap tahun musim cuti pasti majlis kahwin menjadi topik dan pasangan, besan dah melintasi sempadan kalau dulu kahwin mungkin sekampung, sedaerah, senegeri tetapi sekarang ada yang berbesan orang negeri luar seperti Johor, Sabah dan Sarawak. Ada juga sampai ke Indonesia, Singapura dan Thailand. Walau apa pun pun waktu ini, ramai juga kenalan lama kalau jumpa pasti akan tanya anak berapa, kat U ke? atau kerja apa? mungkin 10 tahun lagi kalau bertemu mungkin tanya dah ada cucu ke?. Minggu lepas aku terima call kawan lama yang telah bersara awal dan semasa kami kat KK anak-anak baru umur 3 tahun, bila dah jumpa anak-anak dah 20an dan menuntut di U dan ada seorang yang kecil antara 7 ke 12 tahun.
Waktu lama dulu dapat diingati semula, asam garam dan kenakalan anak-anak. berbalik kepada majlis kenduri kalau musim cuti majlis kahwin sampai 2 ke 3 hari dan persiapan mengambil masa berminggu dan ibubapa kehulu kehilir menghantar surat jemputan kahwin atau jemputan secara lisan. Sekarang jemputan dihantar melalui pos kalau jauh dan ada hanya call atau SMS jika berjauhan. Aku masih ingat tahun 1979, semasa kakak kahwin, persiapan membuat balai, mengangkut pinggan mangkuk dan perkakas dari syarikat gotong royong dan sekampung akan datang bergotong royong selama seminggu. Lembu dibeli sebulan awal dan dijaga diawal pagi kenduri jam 0630 akan disembelih. Selepas sembelih jam 0700 sekampung orang datang melapah, memotong daging untuk dibuat lauk. masing-masing tahu apa nak buat sebab sebulan sebelum majlis, mesyuarat dibuat sebelah malam membincangkan keperluan dan kehendak tuan rumah. Dilantik kepala tukang masak, penanggah, penyembelih, tukang panggil, mentara, dll secara lisan. Kebiasaannya tuan rumah akan mewakilkan orang yang sememangnya pakar dalam bidang masing-masing. Tuan rumah kena sediakan makan, rokok, air dan kuih mueh. Soal berapa jemputan dan tetamu tuan rumah kena maklum agar mesyuarat akan memutuskan jumlah perbelanjaan samada cukup atau tidak. Kenduri waktu itu mula dari jam 11 pagi hingga ke malam selagi ada tetamu mahu datang. Waktu itu, ayah dan ibu ramai kenalan dari rakan seperniagaan pekan sehari, rakan pejabat lama, dan yang paling ramai saudara mara jauh dan dekat. kenduri pada waktu malam dijemput rakan perniagaan keran diwaktu siang masing-masing dengan urusan jual beli. Waktu itu, tuan rumah dah tak boleh campurtangan sebab terlalu sibuk melayan tetamu, kalau tak dilayan mungkin akan balik tanpa menjamu sajian sebab orang dulu lebih mengutamakan layanan dan kehadiran. Dulu wang ringgit bukanlah sebagai hadiah seperti sekarang. Waktu itu, jiran-jiran akan sedekahkan gula, beras, ayam dan apajua bahan mentah dan sebagai balasan tuan rumah akan sediakan ole-ole nasi atau kueh, kalau kenalan bawa hadiah lagi besar lagi seronok tuan rumah. Konsep berderau seperti menanam sekarang menuai dimasa akan datang yakni seperti jiran menghadiahkan sepeha bunga telor, kueh tuan rumah akan rekodkan hadiah dan jika kenalan tersebut mengadakan kenduri tuan rumah akan membayarbalik bahan serupa atau seupamanya. Malam akad nikah juga adalah malam yang mengerunkan pengantin lelaki, selain Tok Kadi akad nikah dengan feailnya, yang lebih gemuruh dan ditakuti tuan rumah kalau ada orang buat hasad dengki atau rumah dimasuki kawar, mencuri duit hantaran. Majlis akad nikah biasanya dibuat sebelah malam dan pengantin kena lafaz dengan kuat dan gunakan PA sistem, habih seluruh penghuni mendengarnya. Majlis bersanding juga dibuat hampir ke dinihari adakalanya sampai ke subuh, dengan iringan nasyid, bersyair dan ramai kanak-kanak terutamanya perempuan tertiduk didepan pelamin dan dikejutkan bagi menyaksikan majlis persandingan. Anak-anak lelaki pula bermain sorok-sorok dikeliling kampung, yang muda remaja ada yang mencari pasangan (mengurat) dan bertenggek ditembok memeriahkan suasana. Lelaki dewasa dan orang lama berkumpul pekena kopi kau=kau dengan pelbagai gosip, cerita seluruh dunia. Tuan rumah dibantu jiran terdekat dan saudara mara pula akan bertungkus lumus menyediakan juadah dan barang keperluan untuk kenduri keesokan harinya. Masih aku ingat kuih muih disimpan diatas para/loteng dibina khas dan dijaga oleh wakil yang dilantik, tiada siapa boleh ambil tanpa kebenaran, kadangkla tuan rumah pun kena melalui penjaga dilantik. Aku paling minat kueh bahulu ikan besar telapak tangan atau bahulu udang, yang ini menjadi bahan kawalan sebab kalau tak dijaga alamat ekor bahulu atau ekor udang seringkali hilang. Kuih tradisi seperti bahulu, dodol, peneram, wajik, halua betik, kuih bakar, kuih kacang adalah antara kuih-kuih yang wajib ada, kalau tak adapun bertin-tin biskut kering akan disediakan. Makanan seperti bihun goreng, pulut dengan ikan kering, nasi dengan gulai ikan talang kering, sambal belacan atau gulai dan sup tulang adalah menu menyorok sewaktu pekerja menyediakan makanan untuk tetamu. Dulu ada dihidang gulai dalam mangkuk kaca, pinggan retak seribu, pakai gelas kaca berbeza sekarang semuanya polistrin dan plastik aje. Makan dihidang dan bawa dengan talam dan kena tunggu cukup korum (3 atau 4 orang) baru makan.
Makanan pengantin pula mestilah lazat dan jarang ditemui, seperti ayam golek pengantin, ikan bawal goreng, telor, sotong, udang dan rendang hati, paru serta limpa. Tukang masak terpilih dikalangan ibu-ibu berpengalaman dan terkenal menunya akan dijemput oleh tuan rumah dan kebiasaanya masakan dibuat dirumah jiran atau sedara mara takut dikebas dan tak sempat untuk hidangan pengantin. Apapun pengantin sebenar dah tak lalu nak makan yang tukang habih tu adalah pengiring dan saudara sebelah pengantin bertamu, rombongan pengantin. Habih makan tengahari, semua rombongan pengantin balik yang tinggalnya mak andam atau seorang sedara aje (pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki). Esok barulah ada program hantar balik pengantin perempuan, mak andam, sedara pengantin dengan buah tangan kepada besan. Yang menariknya rombongan pengantin amada lelaki perempuan akan dipelawa dikalangan sedara mara dan yang wanitanya waktu ini nak bermekap dan set rambut sampai sanggup berhabih duit dikedai salun cina. Tuan rumah akan menyewa kereta atau upah minyak kereta kalau ada sedara yang memliki kereta mewah seperti Volvo, Mercedez akan menjadi kebangaan dan 'respect'. Malam esoknya pengantin lelaki akan bertandang dan akan berkenalan sedara mara sehingga malam dan waktu itu juga majlis membuka hadiah oleh pengantin dan adik beradik, hadiah seperti gelas, jar, set cawan, pinggan dah pasti banyak, dan ada juga yang nakal hadiah botol susu bayi, kipas angin dan bermacam kiasan dan suara nakal mengusik pengantin. Keesokanya pengantin dibawa melawat sedara mara sebelah perempuan dan lepas itu pengantin lelaki melawat sedaranya pula. Dalam masa sebulan tu pastinya pengantin masih dilayan seperti raja dan permaisuri. Sebut nak makan apa mungkin dapat disediakan oleh sedaramara. Pengantin juga akan diberikan hadiah seperti kain, seledang ataupun menyediakan jamuan special meraikan pengantin walaupun sedaramara tidak kaya. Sekarang majlis berkenalan sedara dah tak lagi penting sebab pengantin bercuti pendek atau memendekan cuti dengan percutian "honeymoon" atau ikatan sedara sepupu sepapat dah berjauhan sebab tugas ataupun privacy.
Kumpulan belia dan anak lelaki akan jadi tukang basuh pinggan, mentara, angkat pinggan mangkuk, jaga air minum dan diberikan bunga sekeping wang seringgit, tuala good morning dan sebelum balik diberikan kuih dan bunga telur dan kalau ada lebih wang saku atau nasi kenduri.Tuan rumah selalunya beri perhatian lebih kat kumpulan ni kerana kalau tak dijaga boleh rosak majlis kenduri seperti tetamu sakit perut, mabuk sebab air minum serbat/bandung ditaruk batang pinang atau air sabun, dan pinggan mangkuk pecah/tak bercuci dan tetamu lewat menjamah hidangan.
Kenduri sekarang dah banyak bezanya terutama persiapan lebih pendek, masa makan dari jam 1000 ke 4 petang kalau datang lewat khemah dah diruntuhkan dah tak nampak macam kenduri kahwin. Hadiah semuanya pakai sampul, satu dua hadiah berbalut dan taklah meriah macam dulu. Zaman semakin maju dan semakin jauh adat dan kerjasama disebabkan masing-masing mempunyai pekerjaan tak seperti zaman dulu semua kerja kampung dan boleh tangguh atau adjust kerja mengikut majlis yang diaturkan. Wassalam

Saturday 8 December 2007

RANCANGAN TAHUN 2008

TAHUN 2008, tinggal hanya 20 hari akan datang, banyak rancangan tahun 2007 belum tercapai sasarannya. Budget deficit, tetapi terkawal dan tahun 2008 perlu lebih simpanan kerana 2 lagi anak nak masuk IPT, seorang darjah 6 dan yang kecik Tahun 1. Tinggal maknya diumah dan pasti sibuk selepas aku dah bekerja pada 1 Jul 2008. Rancangan penempatan kerja yang pastinya luar Kedah dan kalau semua pindah mungkin selepas tamat UPSR. Aku juga kalau boleh nak ambil PHD atau DBA selepas tamat Master pada Jul nanti. Tahun 2008 pastinya penuh pelbagai cabaran dan aku perlu merancang masa persaraan kerana tahun 2013 aku akan bersara. Kalau tak dibuat perancangan dari tahun 2008, kemungkinan menghadapi masalah dihari pencen nanti.
Yang pastinya pengurusan kewangan perlu lebih terancang dan mengunakan masa berkualiti dengan keluarga. Tahun 2008 sebagai tahun Jimat Cermat tanpa menjejaskan kualiti hidup. Sebagai persiapan masuk kerja aku perlu menyiapkan pakaian, peralatan dan pengetahuan agar tidak menjadi masalah. Begitu juga persediaan agar isteri dan anak-anak lebih 'independence' dan pandai berjimat cermat. Sekiranya semua berjalan lancar, kami semua akan dapat mempelajari ssuatu dan menjadikan lebih baik dimasa akan datang.



CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah serentak dengan cuti semester UUM, jadi semua anak-anak balik dan menghabiskan cuti di umah. tahun ini kami tak pergi cuti sebab bajet tak cukup, lagipun masa cuti ini masa kami dapat bersama-sama makan, bercerita hal-hal masing-masing, dan memberi tunjukajar, saat sebegini tak mungkin dilalui lagi sebab tahun hadapan aku kena balik bekerja dan pastinya sibuk dengan urusan luar, begitu juga dengan anak-anak yang akan mengikuti pelbagai progaram, dalam masa akan datang apabila anak-anak dah bekerja, berkahwin pasti saat indah sebegini tak akan kembali.
Inilah dikatakan peluang dan ruang yang mudah diberikan Allah bukan sekadar wang ringgit dan harta tetapi masa bersama seisi keluarga, dekat dengan kampung, suasana yang kondusif dan pelbagai kenangan indah yang tak mungkin diperolehi oleh semua orang. Setiap hari pasti ada menu, program, begitulah pengalaman main UNO dengan keletah sikecil dan anak-anak juga amat menyeronokan melihat anak-anak dapat mengawal perasaan ketika kalah atau menang. Yang pentingnya waktu solat, adab sopan, dan lain-lain lagi semua tak dapat dicoret dengan kata-kata hanya menjadi ingatan kepada anak-anak agar menjadi pengajaran dimasa depan. Kami juga selain 'gardening', bela ikan 'guppies' dan sekarang dah bela kucing nama coreng. adik Emee dan Hasriee amat terhibur dengan kucing baru. Kami sekeluarga juga mula memberi tumpuan kepada coreng. Wasalaam.

HALANGAN DAN ASAM GARAM BINA RUMAH

Rumah baru ibu dah hampir 75 peratus siap, pada 6 Dis 2007, pemasangan lampu dan kipas di'sponsor' oleh Abang Din, lampu ruang tamu dan bilik santai dipasang 'downlight'. Yang seronoknya hari tu, cina pasang tingkap datang dan dah nak keluarkan cermin tingkap sebab tukang umah tak bayar baki RM 900.00, kelam kabut dibuatnya nasib baik adik ada masa tu, kalau tidak loponglah tingkap mungkin ingat orang dah curi. Lepas masuk campur adik, 1 jam lepas tu sliding door siap terpasang. Inilah kalau kita dah bayar kat kontraktor dan dia berurusan dan habih pakai duit. Yang tanggung nanti tuan umah, nasib baik waktu itu ada adik beradik mampu selesaikan masalah, kalau tidak alamat umah tak boleh masuk sebelum 14 Dis 2007. Akhirnya setelah dibuat pengiraan kontraktor dah guna lebih dari peruntukan dan bayaran setakat ini sejumlah RM 42,500.00 telah dijelaskan, kalau pelan asal harga RM 35,000 aje, tetapi selepas ditambah anjung, sliding door, cerucuk kayu bakau, lantai tile semua rumah, simen/arch roman dan tambah wiring harga telah menjangkau hampir RM 45,000.00. Lepas ini jumlah nak pasang langsir, perkaksan rumah mau menjangkau RM 10,000.00. Mak kalau boleh nak peralatan baru dan nak lebih selesa, InsyaAllah kalau ada rezeki sedikit demi sedikit mungkin akan dicapai. Inilah saat yang bahagia untuk bonda sempena hari lahir pada 14 Dis 2007 agar lebih bahagia dan meraikan hari tuanya dengan kediaman yang lebih selamat dan selesa. Wassalam

HARI LAHIR ISTERI DAN IBU




Tanggal 6 Dis 2007 genap 43 tahun isteri dan ibu kepada anak-anakku. Sambutan kali ini kami semua diumah, pagi jam 0000 aku dah wish Happy Birthday and next morning the youngest son. hari itu menu tengahari hanya mee rebus dan kami membuat kejutan dengan kek coklat moist kegemaran birthday mum. Tiada hadiah tetapi ucapan dan ingatan dah memadai sebagai tanda kasih sayang kami sekeluarga. Semalamnya kami ke New Town Cafe makan 'Beef steak' and 'chicken chop'. Selamat hari lahir mum. we love u.

LESEN MEMANDU

8 Okt 2007. Hari ini Ain and Sai menghadiri taklimat Memandu kenderaan di Musitika Muhibah Driving School mulai jam 0830 hingga 1630. Sekarang sebelum dibenarkan menduduki lesen L, semua peserta dikehendaki mengikuti kursus wajib pemanduan berhemah. Selepas itu dikehendaki mengambil ujian panduan jalan raya 'online' dan wajib lulus dengan sekurang-kurangnya mendapat 42 daripada 50 soalan. Setelah lulus baru diberikan lesen L. Sekarang ini nak ambil lesen pun kena kursus kalau dulu belajar sendiri lapor kat JPJ buat ujian dan boleh dapat lesen L dan masuk ujian pemanduan boleh terus dapat lesen . Sekarang kalau lulus kena pakai 'P' (probation period) selama 2 tahun dan setelah genap 2 tahun kena mohon lesen sebenar. Walau apa pun, keperluan lesen adalah sebagai mengiktiraf kebolehan seseorang menungang atau memandu kenderaan tetapi yang lebih penting ianya membolehkan sesorang itu bertimbangrasa dan mengelak dari kemalangan jalanraya bukanya sebagai lesen raaja di jalanraya dan memandu ikut suka hati atau rasa. Kalu ikut hati mati kalau ikut rasa pasti binasa, kalau dia aje mati/binasa tapi orang lain yang kena memang tak patut dan jika didapati salah kena hukum sama digelek sampai mati. Undang-undang sedia ada sebenarnya cukup tetapi orang yang memandu, penguatkuasann dan infrastruktur perlu dipantau dan diawasi. Wassalam

Saturday 1 December 2007

GULAI AYAM HUTAN

1 DIS 2007. Dah lama tak merasa masakan ayam hutan, rasanya macam ayam kampong tapi isinya lebih manis dan leher ayam hutan lebih kecil. Tengahari tadi kami dijemput kerumah kenalan Dr Saab ke Banglo Damai kat Changloon untuk makan tengahari. Teringat masa kat bandar Muaadzam Shah masa jadi musuh lanun latihan konvensional tahun 1992, semasa melalui ladang kelapa sawit sekumpulan ayam hutan dengan anak-anak bertempiaran kena kejar dengan motor scrambler dan aku hampir sesat di dalam ladang sawit. Ingat mudah tangkap macam ayam kampung aje rupa-rupanya kena pakai senapang penabur. Ayam yang dihidangkan 3 ekor habih kami sesah (M. Norzli dan Diana dari Kuching) dengan nasi tomato. Ayam yang kami makan diburu di perak(Trolak) dan masa makan kena hati-hati takut tergigit peluru penabur kerana ayam yang ditembak terkulai menyembah bumi dengan pulohan peluru penabur. Ada peluru (ball bering) saiz 1 mm dalam daging ayam utan. Dr Saab tunjuk peluru penabur yang hampir dikunyah beliau, jadi kami makan kena lebih berhati-hati takut patah gigi garham pulak. Rezeki ayam utan disusuli pengat pisang berangan dan kopi kampong jadi bertambahlah besarlah perut kami. Wasaalam.

Friday 30 November 2007

PERSIAPAN MEMASUKI RUMAH BARU

30 Nov 2007. Rumah baru bonda telah 85 peratus siap tinggal pemasangan pintu, sliding door dan pendawaian eletrik. Rumah dijangka dapat diduduki sebelum 14 Dis 2007. Sebagai persiapan awal rumah lama perlu dibersihkan sementara barang-barang lama yang perlu dibawa diasingkan. Rumah lama juga perlu dibaiki agar boleh disewakan. Rumah lama telah dibina selepas ayah berpindah balik ke KSS dari Jeniang dan telah membina rumah papan dan dapur serta pelantar dibina daripada buluh. Sewaktu kecil kami tinggal dirumah kecil dan aku masih ingat rumah kami dibaiki dengan pemberian rumah anjung daripada rumah datuk. Masa itu, kerja-kerja mengusung rumah semuanya dibuat secara gotong royong. pada tahun 1967 rumah kami dibaiki dengan menambah beranda dan dapur bawah. Di rumah tengah dibina kedai runcit. Pada waktu itu, rumah kami agak besar berbanding dengan rumah keluarga yang lain. Ayah waktu itu, dapat kerja dengan Jabatan Pertanian gaji hanya 70 ringgit, dan beliau ketempat kerja dengan menunggang basikal (basikal tua). Ayah rajin tanam sayur didepan rumah dan mengerjakan sawah datuk (4 relung). Suasana kampung waktu itu, nyaman dan dibelakang rumah penuh dengan belukar dan dibelakangnya pula sawah padi, kalau kami ke sawah kena melalui rumah datuk. Aku masih ingat arwah nenek, datuk ada bela kerbau dan kalau setiap pagi Abang E perah susu dan kami boleh minum susu kerbau asli. Dulu kerbau adalah jentera pembajak dan pengangkut hasil tanaman. Kami dulu berebut-rebut naik "anuk" selepas hasil padi diturunkan dibawah rumah (cerita lain kali).
Seingat aku pada tahun 1969 hingga ke 1972 beberapa kali rumah telah diubahsuai, pada tahun 1975 rumah anjung diruntuhkan dan dibina rumah papan yang besar, kalau tak silap kos waktu itu hampir mencecah 20 ribu dan pada tahun 1980an ke 90 an rumah diubahsuai dan ditambah rumah bawah. Sekarang selepas semua anak-anak mempunyai rumah sendiri, rumah anjung/atas tidak digunakan lagi. Rumah ini sekarang dah tidak didiami, kerana emak bergilir menginap dirumah anak-anak jadi keputusan membina rumah di Tandop seperti rumah taman akan lebih selesa dan selamat. Apa akan jadi rumah lama? rumah ini mungkin disewa atau dijalankan projek agar rumah tersebut tidak terus usang dan rosak. Aku dan adik membuat sekatan dibahagian bawah rumah dengan memindahkan barangan lama agar rumah dapat disewa dan menjadikan lebih selamat. Setelah hampir 3 hari mengemas masih banyak lagi kerja perlu dibuat terutamanya membaiki pintu, menganti lantai reput dan membersih sawang, almaklumlah rumah papan dimakan bubuk dan anai-anai.
Barang-barang rumah, seperti alamari, pinggan mangkuk dan peralatan dapur perlu diasingkan dan dikemaskan. Hanya barangan yang perlu di bawa. Barangan yang tiidak perlu dibuang. Hari ini kami membersihkan kawasan halaman dan belakang rumah, kawasan rumah sudah nampak bersih dan kemas. Kami memerlukan sekurangnya 2 ke 3 hari lagi untuk mengemas dan mengangkut barang-barang ke rumah baru. Barang-barang yang kurang diperlukan akan dibawa sekiranya diperlukan. Banyak barang-barang lama sayang nak dibuang, terutamanya pinggan mangkuk, kalau nak buat kenduri setakat 100 tetamu tiada masalah. Banyak besi buruk, plastik dan pakaian perlu dibuang dan kalau bawa ke rumah baru akan bersepah dan jadi sarang lipas/tikus dan cicak aje. Walau apa pun, susah juga nak buat keputusan membuang barangan lama, kalau dibuang bila perlu kena beli, pinjam dan berbagai lagi. Begitulah adatnya manusia, yang teringin dan namapak semua nak, bila dah ada tak tau nak guna, kadangkala tak pernah guna atau guna 2 ke 3 kali aje, lepas tu simpan (membazir, rosak dalam simpanan). Sebab itu, orang sekarang lebih suka buat kenduri secara sewaan/buffet kerana jangka masa panjang tak banyak barang terbuang. Orang barat Jepun dan Korea buat 'boot sales' atau jual bundle. Sekarang ini kita kena buat 'recycle' barang antara adik-beradik, jual ke kedai 'second hand', 'boot sales' ataupun derma kepada orang yang memerlukan. Wassalam

Tuesday 27 November 2007

MERDEKA TAMAT PEPERIKSAAN SPM

27 NOV 2007. Hari ini pepriksaan SPM bagi kejuruteraan elektrik kertas lukisan kejuruteraan adalah kertas terakhir bagi M Sai. Alangkah gembiranya setelah menamatkan peperiksaan dan istilah merdeka, cuma menanti keputusannya samaada OK ke KO. Selagi ada usaha pasti berjaya kalau hanya setakat cukup makan belum tentu mendapat keputusan yang cemerlang. Semasa diakhir kertas dan pengawas pemeriksaan membuat semakan akhir ada pelajar lelaki yang nakal menjerit merdeka dan yang lelaki kena 'screw' dan hanya dibenarkan meninggalkan dewan selepas semua pelajar perempuan keluar. Begitulah ragam anak-anak lelaki ada saya kenakalan dan mencari cabaran. kalau yang nakal ini tidak dibimbing dan tidak dipantau mungkin menjadi lebih parah dan menyusahkan masyarakat. kalau yang nakal tapi berwawasan mungkin jadi berani atau jadi penganjur demonstrasi. inilah ragam anak-anak remaja yang sedang mencari identiti, jati diri dan halatuju. Kesimpulannya kalau nak membuat sesuatu pastikan berfikir dulu sebelum bercakap. Terlajak perahu boleh diundur, kalau telajak cakap tanggunglah akibatnya. Wassalam

Thursday 22 November 2007

PERASMIAN RUMAH TETAMU WISMA PERWIRA KPD DAN MAJLIS BERSAMA PESARA

17 NOV 2007. Salah satu majlis sambutan Jubli Emas KPD ialah Majlis bersama Pesara KPD dan juga perasmian Rumah Tetamu Wisma KPD telah diadakan di Wisma Perwira KPD Taiping, Perak pada jam 3 ptg. Rumah tetamu bernilai RM 2.5 juta adalah sebagi rumah istirehat Kol Yg Dipertua KPD dan Pegawai Kanan KPD apabila ada majlis sambutan di Taiping Perak. Rumah tetamu ini dibina di puncak bukit bersebelahan Sg Ranting, Kemunting. Majlis diteruskan dengan majlis meraikan pesara KPD, kehadiran pesara tidak ramai disebabkan lokasi di Taiping. Majlis diserikan dengan persembahan Kugiraan D Semenggos dan persembahan kebudayaan. Dimajlis tersebut Pengerusi telah menyempurnakan perasmian rumah tetamu dan majlis pesara. Semua tetamu diraikan dengan jamuan petang diiringi persembahan kebudayaan. Wasaalam

Sunday 11 November 2007

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TADIKA CILIK

10 Nov 2007. Majlis penyampaian hadiah dan sijil Tadika Cilik telah diadakan di Tadika Cilik, Jalan Teja 5. Aadik Emee telah mengambil bahagian di dalam acara azan tapi masa pertandingan tak habis melanungkan Azan. Pada hari itu, semua kanak-kanak bergembira mendapatkan sijil masing-masing dan menyanyi lagu bangau oh bangau macam dalam iklan TV. Semua kanak-kanak memakai pakaian seragam Tadika dan sesi bergambar berseorangan dan berkumpulan telah dirakamkan. Pertandingan fesyen dan azan diadakan sebagai menambahkan kecerian pada hari tersebut. Tahun depan adik Emee akan melangkah ke Tahun Satu dan tiada lagi masuk kelas ikut masa sendiri macam tadika lagi. Kalau adik Emee pergi Tadika sempat buka internet dulu, berbasikal, makan kat gerai jam 0835 ke 0845 baru sampai ke Tadika. Semoga adik Emee lancar membaca sebelum msuk Tahun 1.

PERTANDINGAN JORAN PETRONAS

10 Nov 2007. Pertandingan Memancing Ikan di Taman Tema Darulaman, Kedah berjalan lancar sejak 8 pagi hingga 1 ptg. Bayaran hanya RM 30.00 dengan menggunakan Kad Mesra, dianggarkan seramai 2,000 peserta turut mengambil bahagian dan penganjur mengaut pendapatan RM 60,000.00. Yang pastinya, peserta begitu mengidam hadiah utama RM 12,000.00 dan pada hari itu sesorang telah muncul tetapi banyak peserta tidak berjaya. Ada yang pancing tak dijamah walaupun umpan berbagai digunakan, tetapi ada yang rezeki baik sampai dapat 2 ke 3 ekor ekor mungkin tempat dan lokasinya tepat, 'right time and right place'. Petama kali aku melihat ikan keli panjang hampir 1 meter dengan berat hampir 6 kilo dan pemenang berjaya menaikan ikan tersebut dengan mudah walaupun joran melentur dan berdesir kuat, kami yang berada dilokasi berhampiran masing-masing meninggalkan joran melihat ikan tersebut. Walau apapun pada hari tersebut, berbagai ragam pemancing boleh dilihat, dan berbagai umpan digunakan. Disamping itu, ramai pemancing datang dari segenap pelusok Kedah, Perlis, P. Pinang dan Perak Utara untuk mengambil bahagian. Aku sempat berkenalan dengan pemancing dari Jeniang, yang datang dengan 3 rakan diawal pagi, dan rupanya mereka ini pemancing tegar dan minggu depan membuat lawatan memancing di Laut pulak. Aku hanya setelah hampir satu setengah tahun baru mengeluarkan pancing dalam simpanan,manalah nak menjadi, orang yang memancing bertahun pun tak dapat, itulah nama rezeki. Apa pun, pada pagi itu, aku sekurang-kurang dapat melihat betapa ramai orang yang minat dalam memancing dan yang pastinya kedai menjual alat pancing tidak menjadi rugi. Dalam memancing . 40 peratus adalah usaha dan 60 peratus lagi adalah rezeki ataupun nasib. Wasalam

Thursday 8 November 2007

IKHTIAR MENGHADAPI PEPERIKSAAN

7 Nov 2007 Rabu. Persiapan menghadapi peperiksaan telah diatur dengan pelbagai usaha baik secara individu, berkumpulan atau bersepadu diperingkat sekolah atau masyarakat. Tahun 2007 2 lagi anak akan menghadapi peperiksaan besar iaitu SPM dan STPM. SMTSR Simpang Kuala telah mengadakan majlis pada hari ke 20 puasa di masjid Aman. Majlis bacaan Yassin, sembahyang Zohor dan diakhiri dengan sembahyang hajat. SMTSR mengadakan majlis awal kerana sekolah juga mempunyai pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki PMR. Selesai majlis ibubapa disedekahkan buah kurma untuk berbuka puasa dan pelajar mendapat air Yassin.
SMTAS juga telah mengadakan majlis yang sama di surau SMTS pada 7 Nov 2007 kerana ianya hanya melibatkan pelajar Teknik yang akan menduduki Peperiksaan SPM. Majlis dan aturcara yang sama dibuat sebagai usaha agar pelajar mendapat kejayaan cemerlang. Objektif bacaan Yassin adalah seperti berikut:
1) Memohon kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan SPM daripada Allah s.w.t.
2) Meningkatkan keupayaan mental dan fizikal pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM.
3) Mengurangkan rasa tekanan di dalam diri pelajar pada saat menghadapi peperiksaan SPM.
4) Mengeratkan perhubungan pelajar, waris dan guru kearah memohon kejayaan dalam akademik.
Usaha ini begitu ketara semenjak kesedaran islam semakin menebal dikalangan ibubapa kerana setiap sekolah pasti tidak gagal mengadakan majlis sedemikian, tambahan pula ada ibubapa membuat bacaan Yassin dirumah dengan memanggil jiran dan ahli Suarau/masjid, atau pihak kampung/khairah masjid mengadakan dimasjid atas anjuran wakil rakyat atau inisiatif ahli masjid/surau. Kalau tanpa usaha anak-anak walau sebesar mana majlis ianya tidak akan berjaya, majlis yang diadakan ini adalah pelengkap setelah usaha dan ikhtiar dibuat oleh semua pihak dan seterusnya bertawakkal kepada Allah s.w.t. Usaha ini juga dibuat bersama-sama pelajar, PIBG dan pihak guru-guru, diakhir sesi juga ada pihak seklah mengadakan majlis bersama Guru dan pelajar memohon restu dan motivasi terakhir.
Di zaman dulu ibubapa juga berusaha dengan meminta Tok Guru berdoa dan menjampi air penerang hati serta pelbagai kaedah seperti mengurangkan perasaan takut, darah gemuruh semasa pepriksaan. Waktu itu, kepercayaan kepada Tok Guru, orang-orang tertentu dibuat mungkin ibubapa kurang faham kaedah pelajaran anak-anak, tidak yakin dengan ilmu masing-masing ataupun sibuk dengan urusan membanting tulang diladang, sawah atau kelaut/kehutan mencari rezeki. Menjelang tahun 90an dengan adanya pelbagai program motivasi, bina diri di sekolah, siaran media cetak dan elektronik, pihak sekolah dengan PIBG mengadakan hari titian kasih, silaturahim dengan pakar-pakar motivasi di sekolah, dewan atau di masjid. Waktu ini ramai syarikat berunsurkan motivasi, bina diri muncul dengan menawarkan pelbagai program untuk lulus cemerlang di dalam peperiksaan dengan bayaran yang murah dan berpatutan. Disamping itu, pihak kementerian juga menganjurkan program bina diri, bina semangat di awal tahun dan pertengahan tahun agar pelajar lebih terasah minda untuk belajar dengan kuat dan tekun. Program ini masih diteruskan tetapi air penerang hati, jampi dan lain-lain lagi kurang dipraktikankerana ianya lebih kepada usaha oleh empunya diri, ahli keluarga yang terdekat secara langsung atau yang mendampingi murid/pelajar. Kaedah seperti berdoa sebelum belajar, sembahyang hajat, tahajud memohon ampun agar pelajar itu sendiri berjaya. Ini adalah satu kebaikan kerana usaha dan memohon sendiri kepada Allah s.w.t adalah yang terbaik. Ada juga pihak sekolah menjemput bekas pelajar yang berjaya untuk memberi bimbingan, tunjukajar atau menaikan semangat untuk mengejar kejayaan dunia dan akhirat.
Usaha Ibubapa menghantar anak ke pusat Ttisyen juga faktor pemangkin kejayaan kerana ianya usaha berterusan agar anak-anak dapat mengikuti pelajaran dengan lebih bersepadu dan di dalam kumpulan kecil bagi meningkatkan pemahaman. Belanja untuk kejayaan bukannya murah hari ini, kerana kalau menginginkan kejayaan anak-anak, ibubapa perlulah mengorbankan wang ringgit, jadi terpulanglah kepada ibubapa mana yang terbaik mengikut tahap kewangan dan keutamaan masing-masing. Tabung pendidikan seperti insuran pendidikan, Skim simpanan PTPtn adalah jalan terbaik kepada ibubapa muda untuk menabung kepada anak-anak selepas dilahirkan. Wasalam.

Tuesday 6 November 2007

MUSIM HUJAN AKIBAT DARI PERALIHAN MONSUN TIMUR LAUT

Hari-hari hujan dah hampir sebulan, kalu tak malam, petang atau pagi. Cuaca hujan dan sejuk berkabus. Hujan kadangkala dengan angin ribut tetapi alhamdullilah tak banjir. Kawasan perumahan yang kami diami berada di atas bukit/tanah tinggi, tetapi yang pelik lagi tak faham bekalan air seringkali terputus bekalan apabila hujan lebat. hari ini seluruh kawasn Kubang pasu tiada bekalan air.
Kami dah biasa dengan tiada air, yang paling teruk pada tahun 1998, semasa Sukan Commenwealth di KL. Pengalaman di Klang amatlah memeritkan kerana hampir sebulan lebih bekalan air terputus dan bantuan air pula lewat sampai ada setengah tempat lori tangki air ditahan dan ada pemandu dibelasah, begitu juga pergaduhan kecl antara penghuni. Kami terpaksa mencatu air dan dihalaman rumah penuh dengan tong, besin, baldi dan apa sahaja yang boleh menakung air. Ada masanya lori air datang waktu pagi, tengahari sampai ke tengah malam. Kalau terlepas kenalah tunggu 2 hari lagi, masa itu barulah mengunakan kenderaan mencari air kekawasn perumahan lain. Diwaktu gawat sebegini berbagai macam manusia ada, ada yang jenis tamak, tak kisah, bengis dll. Pernah satu kejadian pemandu lori bekalan air dibelasah kerana menghantar air ke kedai/tauke kerana diberi bayaran atau sogokan atau menghantar air kekawasan saudara mara aje. Bagi yang ada kemudahan dan kewangan boleh lah menyewa atau mengambil air sendiri daripaada pusat pengagihan air sendiri. Pengalaman yang lepas menyebabkan kamu biasa mengetahui bagaimana menjaga dan menggunakan air diwaktu gawat. Di Changlun kami tak payah tunggu atau angkut air, gunakan pump kecil dari laman ke dalam rumah, kalau teruk sangat bawa bekas air ke pusat pengagihan. Janganlah kerana ketiadaan air sampai bergaduh suami isteri, jiran tetangga kerana ada orang tak kisah kalau tak ada air seperti orang timur tengah atau menghadapi kemarau panjang seperti di Afrika. Kita kalau terukpun air takungan sungai, kolam masih banyak.

Monday 5 November 2007

ULANGTAHUN KPD KE 50 TAHUN
































Pada 15 Jul 1957, KPD telah ditubuhkan dan pada 15 Jul 2007 genaplah 50 tahun usia KPD. Sambutan ke 50 tahun atau Jubli Emas telah dirancang oleh KPD diantaranya ialah Perbarisan Panji-Panji KPD dan ianya diserahkan kepada 72 Bn KPD pada 17 Jul 2007 di Taiping Perak. Penganugerahan panji-panji Di Raja disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan KedahDarul Aman, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah selaku Kolonel Di Pertua KPD. Pada sebelah malamnya diadakan majlis Santapan Beradat 50 tahun KPD di Dewan Majlis Kerajaan negeri Perak Darul Ridzwan.
Upacara perbarisan bersejarah ini adalah satu catatan sejarah selepas KPD mendapat gelaran Di Raja pada tahun 1997 di Stadium Merdeka yang ditauliahkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Sewaktu itu, aku baru tamat pengajian di UiTM Shah Alam di dalam Ijazah Pengangkutan (Chartered Institute of Transport (United Kingdom)), jadi semasa penerimaan Panji-Panji Di Raja juga aku sedang mengikuti Master in Human Resource Management di UUM Sintok Kedah. Walaupun aku tidak terlibat secara langsung, aku turut sama hadir menyaksikan detik bersejarah tersebut. Majlis perbarisan tersebut diatur dengan penuh tradisi ketenteraan dan perbarisan mendapat pujian daripada PTD.
Di sebelah malamnya, Majlis Makan Malam Rejimental didakan di Bandaraya Ipoh. Majlis berjalan dengan meriah dan turut diserikan dengan persembahan oleh BKTD. Majlis dihostkan oleh Pengerusi KPD Mej Jen Dato Oseman bin Chik. Ramai rakan-rakan hadir dimalam tersebut dan dapatlah kami bersama-sama merasai sejarah genapnya 50 tahun KPD.
Majlis sambutan Jubli Emas juga diadakan Pertandingan Golf KPD di Nilai Golf and Country Club pada 1 Sept 2007. Aku turut mengambil bahagian dan mendapat goodies seperti bag dan lampu suloh berlambangkan logo Jubli Emas KPD. Walaupun tidak mendapat kemenangan di dalam Golf tetapi dapat juga cabutan bertuah. Hadiah hole-in-one Proton Persona tiada pemenang jadi bertuah juga syarikat yang sponsor, jika tidak hilanglah 40 ribu. Majlis yang terdekat sempena Sambutan Jubli Emas ialah Majlis Bersama Pesara yang dijangka diadakan pada 17 Nov 2007 di Taiping Perak. Aku dan isteri pasti turut hadir bagi berjumpa orang lama sebagai menghargai jasa mu di kenang. Catatan ini dapat mengibas kembali apabila aku bersara tahun 2013 jika semua rancangan berjalan lancar, kalau ditakdirkan murah rezeki mungkin pencen sehingga umor 56 tahun atau 58 tahun. Kalau ikut ahli akademik umur di antara 50 ke 60 tahun adalah masa yang paling produktif di dalam menyampaikan pengalaman yang sedia ada kepada apa jua bidang yang diceburi. InsyaAllah

Sunday 4 November 2007

PERKEMBANGAN KESIHATAN PAK SU ELIYAS

5 Nov 2007. Allamdullilah, Pak Su telah selamat menjalani pembedahan pada 4 Nov 2007. Maklumat diterima daripada SMS suami Nida jam 14.19 petang. Keadaan stabil dan ditempatkan di Wad Intensive Care Unit (ICU) Kedah Medical Centre Alor Star. Pagi ini jam 1020 pagi menghubungi Mak Su dan memaklumkan Pak Su stabil, jantung, dan semuanya ok dan masih ditempatkan di dalam wad ICU. Ianya bagi memantau perkembangan dan rehat. Di dalam mengziarahi pesakit, beberapa peringatan penting perlu diberi perhatian oleh pelawat agar tidak menggangu pesakit. Sememangnya lawatan amat digalakan tetapi kalau boleh ianya hendaklah dilakukan sesingkat mungkin agar tidak menjejaskan kesihatan pesakit dan orang yang menjaga. Di zaman ICT ini sebelum membuat lawatan lebih baik menghubungi waris bila tarikh dan masa yang sesuai agar kita dapat membuat rancangan awal dan disamping membuat tugasan lain dulu. Tanda ingatan dan maklumat dari pelawat secara zahir amatlah penting tetapi ada masanya lawatan tidak diperlukan ditakuti membawa kuman/virus kepada pesakit terutamanya selepas pembedahan organ dalaman. Kalau zaman dulu di hospital kerajaan dihadkan waktu lawatan dan tidak dibenarkan membawa kanak-kanak. Tetapi sekarang di hospital kerajaan kelonggaran turut diberi kepada waris untuk mejaga pesakit. Inilah evolusi yang dihadapi, mungkin disebabkan pelbagai kebaikan yang diperolehi seperti:
1) Kehadiran penjaga meringankan bebanan jururawat bagi kerja-kerja utiliti seperti makan, minum, kencing dan buang air besar.

2) Pesakit cepat ceria/sembuh dengan adanya orang tersayang disisi.
3) Petugas hospital akan lebih waspada dari aspek percakapan, layanan dan perihatin.
4) Lawatan mengeratkan tali persaudaraan.
5) Mengaktifkan ekonomi di kawasan hospital.
6) Petugas akan lebih ghairah dan bermotivasi dengan ucapan terima kasih atau penghargaan.

Namun disebalik kebaikan ada juga keburukanya;

1) Ada pelawat/penjaga lebih pandai daripada petugas. Menimbulkan konflik dan campurtangan.
2) Kehadiran yang ramai menggangu petugas dan juga pesakit lain.
3) Pesakit yang tiada penjaga/tiada waris mungkin terasa jauh hati bila lihat ramai pelawat pesakit sebelahnya.
4) Keadaan menjadi bising dan gawat dengan pelbagai keranah pelawat, bagi yang bawa anak kecil dengan kenakalan dan tangisannya.
5) Kehadiran yang ramai juga menyebabkan kawasan kotor dengan sampah sarap jika tidak di awasi.
6) Pelawat/pesakit dan kanak yang alahan penyakit ditakuti dijakiti atu menjakiti orang lain.

Kesimpulannya, melawat pesakit amatlah dituntut tetapi pelawat hendaklah menjaga tatasusila dan adab agar semua pihak mendapat manfaatnya. Sekian

Saturday 3 November 2007

CHICKEN POX

Musim ini nampaknya demam cacar merebak, Semalam Chick Yok demam, sekarang Asriee juga mula menunjukkan tanda-tanda cacar air kat badan. Bintik-tik merah berair/nanah mula timbul dikepala, muka, badan dan ari ini ari pertama. Alhamdullillah, demam ini tak jadi masa buat khemah kat sekolah. Demam ini mulanya demam panas dan mula gatal-gatal. Kami ingat gatal disebabkan tiduk di dalam khemah ataupun kena rumput. Ari ini tak sekolah le. Adik Emee juga masih demam dan mengadu sakit kaki, nak bejalan ke bilik air pun sakit. Kami sapu minyak, masih sakit dan selepas makan ubat antibiotik dan demam serta selsema ianya tidur sehingga tengahari.
Orang cakap kalau demam campak kena hujan demam tak baik, parut hitam kalau makan kicap/tokyu, kalau mengoreng, makan benda gatal akan lambat baik. Semua orang takut nak melalui pantang tersebut, bila anak sendiri kena demam campak. Kadangkala dengak orang lama kata penyakit datang dari dalam tulang, dan penyakit ini kalau tak keluar habis boleh bawa maut. Petua ubat orang lama kata kena minum air nyior (kelapa), air tawar akan keluar lagi banyak dan cepat baik. Mandi juga dengan air daun seperti daun pisang kelat, daun mambu, daun asam, pokok sejuk bumi, sejuk hutan akan menyejuk dan mengurangkan gatal-gatal dibadan.
Fakta sains dari kajian menerangkan ianya sejenis virus dan ianya terjadi sekali dalam hidup. Kalau boleh kanak-kanak boleh menghindari penyakit ini buat seketika dengan pelalian campak semasa umur 2 ke 12 tahun. kajian menunjukkan penyakit ini akan baik sendiri (7 ke 10 hari) dengan imunisasi dalam badan. Hanya ubat demam , tahan gatal dan antibiotik diberikan. Fakta penyakit ini masih di dalam kajian pakar-pakar perubatan bagi menghalang ianya merebak dan tiada ubat bagi membasminya seperti penyakit tibi, kayap dll.

KEBERSIHAN DIRI

Teringat cerita Dato Shanon Ahmad Sastrawan negara mengeluarkan buku novel Shiii.....t. Buku ini menjadi kontrovesi semasa reformasi tahun 1999. Masa tu, buku ini walaupun secara langsung mengenai suasana dan reformasi politik tetapi ianya banyak memberi impak keberanian dan gaya penulisan yang baru. Kiasan mengenai shii..t ini amat meloyakan tetapi jika diperhalusi shii-t ini juga membuat manusia tahu yang busuk, tak guna amat penting di dalam sistem kehidupan. Bayangkanlah jika shii--t menebal dan terlalu lama di dalam saluranya akan menjadi membusuk, dan mendatangkan penyakit seperti sembelit, berak darah, buasir(piles), pening dan mungkin angin busuk. Jika tak keluar berbulan-bulan mungkin menyebabkan kematian. Nikmat yang Allah beri melalui percernaan, kumbahan dan pembuangan air boleh mengawal tubuhbadan dan dapat menjalani kehidupan yang selesa tidak pernah dibayar sesen pun.
Isu shi...it bukannya menjadi persoalanya, tetapi mengingatkan saya soal kebersihan diri dulu kala. Masa masih kecil tahun 60an jamban pusing, jamban gantung, jamban tengek, jamban kambus menjadi pilihan. Rumah kampong dulu tiada jamban dibuat, jamban seperti di atas digunakan baik lelaki atau wanita. Jamban pada waktu itu sesuai kerana kawasan rumah berjauhan, banyak hutan, semak samun, tiada lampu eletrik dan kalau jamban gantung/tenggek tiada kenderaan dijalanraya. Tambahan pulu orang dulu pakai kain pelikat, batik sebagai pakaian harian jadi mudahlah melepas tak kira waktu, ikut mana yang sempat. Air semuanya bersih seperti parit, tali air atau beristinjak gunakan batu, kayu dll yang dibenarkan. Masa tu, belakang rumah tumbuh pokok bemban, nipah, senduduk, kemunting, asam, buah muyu, keriang dot/kecil, yakni semak samun. Tahun 70an kempen kesihatan dan kebersihan mula memasuki kampung-kampung bila kadar buta huruf menurun, kerajaan mula memberi bantuan kok (simen bulat), salur pelastik, kayu dan papan bagi membina tandas. Tetapi sebelum itu, kesedaran mula dibuat oleh penduduk kampong dengan membuat tandas kecil di belakang rumah dengan mengunakan kayu, papan dan guni dan najis dibiarkan jatuh kebumi ajae, lepas itu, jamban mengunakan bahan salur najis plastik, seramik dan najis dilepas masuk ke dalam tanah. Pada tahun 70an juga tandas masih lagi dibina diluar rumah dengan menggunakan simen bulat ditanam di dalam tanah dan air yang bersih dilepaskan keparit atau sungai. Jamban pusing dah berkurangan dan jambantenggek/gantung masih menjadi pilihan orang lama yang tak serasi dengan model jamban baru.
Menjelang akhir tahun 70an dan masuk tahun 80an, jamban/tandas mula lebih menarik, kukuh dengan mengunakan simen, zink, pintu kayu dan berbumbung dibina hampir dengan rumah dan dibina tinggi agar najis dapat dilepas kedalam tankungan dengan lebih mudah, waktu ini dipanggil jamban/tandas jirus. Ada juga menggunakan improvasi seperti salur guna zink, pintu guna guni, plastik tebal, daun nipah sebagai dinding. Masa ini air bersih dalam besi mula masuk kekampong-kampong. Beransur-ansur tandas dilengkapi paip air terus kejamban dan tandas berpam mula menjadi pilihan. Orang kampong masih percaya jamban tidak bagus dibina di dalam rumah sebab najis berpenyakit, rumah berbau busuk dan berbagai lagi tanggapan negatif. Sikap ini terus menjadi amalan generasi lahir tahun 30an hingga 40an dan perubahan ketara apabila jamban/tandas memasuki fasa bersambung dengan rumah bila bekalan eletrik mula masuk kekampong-kampong. Anak-anak yang lahir tahun 50an mula mengenali erti kesihatan dan erti ketamadunan kerana ramai berpelajaran atau mula berhijrah kebandar kerana mendapat pekerjaan. Apabila jenerasi ini balik kekampong,tandas-tandas dan kebersihan tandas mula menjadi perkara utama apabila membina rumah baru/membaiki rumah. Aku masih ingat, bagaimana tandas rumah arwah bapa, datuk, nenek dibuat. Kemodenan dengan keperluan asas air dan eletrik telah menyebabkan tandas dikampong menjalani evolusi dan ianya sama dengan penduduk bandar. Dikampong-kampong sekarang rumah-rumah moden mula menempatkan bilik air/tandas dibilik utama dan tandas kedua/utama dikawasan dapur serta tandas pelawat diluar rumah lengkap dengan air, lampu , sabun dan pam air bertali. Mangkuk mencangkung masih lagi menjadi pilihan orang lama, manakala generasi Y (lahir tahun 80an) dah tak mahu guna dan mahu mangkuk duduk, jamban bertile penuh, ada pewangi dan sabun. Generasi Y kalau tak ada sabun atau tandas kotor pasti sanggup peram shiii..t sampai jumpa tempat selesa.
Buku shii...t Shanon memang betui jika dibaca dan perhalusi dan dijadikan bacaan buku sastera, kerana manusia dan generasiYZ (lahir tahun melinium) akan lebih terbuka membincangkan buku secara ilmiah bukan secara politik sempit, contoh buku Malay Dilemma dulu diharamkan dan sekarang telah dibenarkan sebagai bacaan umum. Kebersihan tandas sekarang menjadi punca pendapatan kepada Indah Water dengan setiap perumahan yang dilengkapi kolam takungan kumbahan bertutup, bersepadu dan bersendirian perlu membayar caj pembentungan kumbahan secara paksa dan yang gagal menjelaskan bayaran tertunggak dipenjarakan. Ini yang sebenarnya Shiii..t penangan dan powernya orang yang menguruskan shiiit..t yang busuk lagi membusukan di atas jenamaan kesihatan dan alam sekitar.
Tidak dapat dinafikan kesihatan amat penting dan ianya membangun seiring dengan illmu dan kemodenan. Manusia masih belum boleh menerima satu hari nanti shii..t boleh dikitar semula dan menjadi air bersih boleh digunakan untuk keperluan harian. Diangkasa International Space Ship (ISS), peluh angkasawan diproses dan boleh digunakan semula. Sekarang belanja untuk kebersihan diri memerlukan sekurangnya RM 50.00 sebulan dan ada yang menjangkau ratusan ringgit jika jenama yang tersohor.
Islam juga mengajar kita sentiasa bersih dengan awal mula mengambil wuduk dengan air mutlak dan ianya terus menjadi kewajiban bagi setiap insan muslim. Kebersihan menggunakan air bersih dari bahan bersih tetap unggul tetapi adakah disatu hari isu kebersihan ini menjadi satu yang baru kerana manusia jenerasi YXZ kalau tidak didedahkan dengan ilmu Islam (air bersuci) seperti cukup sukatan, istilah air mutlak, dll yang berkaitan ilmu tauhid, fekah dll akan menjadi eteng dan isu kebersihan lebih utama dari ilmu islam. Wallahuaklam. Fikir-fikirkan apa apakah akan jadi di masa hadapan.

PAK SU ILEYAS OTHMAN MASUK HOSPITAL KMC

3 Nov 2007, Pak Su Yeh gelaran yang sinonim dengan anak buah, nama sebenar mungkin ramai tak tahu. Bila buat pertanyaan di kauter siapa nama pesakit? masa tu dok ingat ingat nama mungkin Salleh sebab panggilan Yeh, nama bapa pun tak ingat, bagi tau masuk 1 Nov 2004 lantas pakguard semak senarai nama yang bagitau Salleh di tingkat 4 bilik 402. Setelah dapat maklumat, hati kurang yakin, jadi talipon Mak Su nak tanya bilik no berapa? tapi tak ada jawapan. Lantas call adik tanya nama sebenar Pak Su, confirm nama Elyas bukan Salleh jadi pergi kaunter jururawat baru dapat bilik sebenar Bilik 203. Bilik 203 dilawati, didapati ramai saudara mara sebelah PakSu dan Mak Su.
Setelah masuk baru dapat maklumat mengenai penyakit yang dialami, sebelum bulan puasa belaiu asyik buat air besar setiap kali makan, pada bulan puasa selepas berbuka pasti kebilik air (najis cair) dan masa puasa di siang hari tiada masalah. Penyakit mula dikesan setelah menjalani pemeriksaan kesihatan dan selepas pemeriksaan beliau telah diberi cuti sakit mulai 18 Okt hingga 31 Okt 2007. Doktor memaklumkan hati Pak Su telah rosak sebahagian dan perlu dibedah pada 4 Nov 2007 untuk membuang bahagian yang rosak. Disamping itu, bekalan darah jenis B untuk pembedahan perlu diperolehi bagi mengantikan darah yang hilang semasa pembedahan nanti. Tidak ramai ahli keluarga yang mempunyai darah jenis tersebut dan kalau ada mungkin tidak mencukupi.
Kita semua perlu mengambil iktibar dan langkah berjaga-jaga kerana apabila umur mencapai 40 tahun ke atas penyakit mula mencari kita. Kalau masa kecil dulu orang tua sentiasa berpesan kepada anak-anak lasak/nakal jangan cari penyakit dengan kerja, aksi atau lagak kerana mungkin ditimpa bahaya seperti luka, patah, dll. Dimasa umur 40 tahun dan ke atas kita perlu mengadakan pemeriksaan tahunan ke atas seluruh badan terutamanya darah, kencing, jantung, hati, hempedu dll. Kalau penyakit disedari dari awal kita perlu mengambil langkah menghalang dari terus merebak atau menjaga makan, minum dan amal ibadah.
Selain dari itu kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan melanggani insuran kesihatan terutama keperluan caj hospital dan pembedahan, selain dari itu, jika yang menjadi kakitangan kerajaan perlu pergi hospital kerajaan bagi mendapatka pengesahan doktor bagi perpindahan rawatan di hospital atau klinik swasta agar bayaran dapat dikurang atau ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Difahamkan kos pembedahan dan keseluruhan berjumlah 14 ribu ke 17 ribu, kalau ada insuran bolehlah digunakan kalau tidak kita kena pergi klinik kerajaan dan pasti menunggu masa yang panjang kerana senarai menunggu terlalu ramai. Kepada adik-adik, anak buah yang akan bekerja dan berumahtangga pastikan keperluan insuran kemalangan diri, kesihatan, pendidikan dan menabung diberi keutamaan.
Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan diri dan mendoakan agar Pak Su selamat menjalani pemebedahan pada 4 November nanti. InsyaAllah.

Wednesday 31 October 2007

PENTINGNYA MENGEKALKAN PERSAUDARAAN

ADIK EMEE DEMAM BALIK

1 Nov 2007. Khamis. Setelah 14 hari demam campak (chicken pox) beransur baik adik emee dahmula kembali demam panas. Selalunya demam beliau reda setelah diberi ubat demam, tetapi malam itu setelah diberi ubat, disejukkan dengan air tetapi suhu badan tidak turun walaupun diberi ubat jam 12 malam. Awal pagi emee dibilas dengan air sepanjang pagi tetapi tidak berkesan. Beliau sekali meracau membuat kami berjaga malam sehingga kepagi. jam 5 pagi badan terlalu panas mencecah 40 C kami mengambil keputusan memandikan dia dan badan beliau turun seketika. Emee dapat tidur sehingga jam 8 pagi dan jam 930 pagi kami membawa ke Klinik. Setelah dibuat pemeriksaan tekak merah sedikit, cuma panas badan dan doktor kata tida masalah dari demam campak kemungkinan sakit tekak. Doktor memberi ubat antibiotik, demam dan bagi mengurangkan panas badan sebutir ubat dimasukkan ke punggung agar cepat suhu badan turun. Allahmdullillah setelah dimasukan ubat Emee kembali ceria dan demam mula kebah. Semasa ditulis jam 12 tengahhari adik Emee nenyak tidur. Hari ini macam macam hal, emaknya, bapanya semua sibuk semacam, inilah cubaan puasa enam hari ketiga. Dah tu pula Sanee bawa kunci ke UUM, jadi setelah ambil ubat kami bergegas ke UUM mendapatkan kunci. Sebelah petang kami macam biasa hari Khamis ambil Illah dan sai bailk dari asrama di Aloor Star dan petang juga Hassriee menghadiri hari KO di sekolah mulai 1 hingga 3 Nov 2007. InsyaAllah akan ditamatkan puasa 6. Wasalam.

Monday 29 October 2007

PENGAJIAN SARJANA MHRM

29 Okt 2007. Hari ini tamat semester ketiga pengajian kat UUM, tinggal lagi 1 subject penting "Dissertation". Tajuk dan kertas kajian ini wajib bagi melengkapkan kajian. Subject yang telah diambil setakat ini purata CGPA 3.75, dan harap 3 paper yang baru tamat dapat sekurangnya 3.75 jadi boleh maintin CGPA 3.75. Sekarang perlu mula kajian dengan membuat semakan ke atas kajian lepas, permasalahan kajian dan jadual bagi memastikan kertas kajian siap sebelum bulan Mei 2008. Semester hadapan juga merancang untuk mengambil satu paper lagi sebagai tambahan tetapi dalam bentuk audit. Audit bermaksud hadir kelas dan buat assignment tapi tak perlu exam. Subject wajib yang telah lulus ialah HRM, Strategic HRM, Org Behaviors, Technologies for Managers HRM, Legal and ethic in HRM. Subject elective (pilihan) yang telah lulus International HRM, manakala subject HRD, Performance Management dan OSH telah tamat tapi menunggu keputusan sebelum 23 Dis 2007.
Tahun hadapan 2008, beberapa perkara berkaitan pengajian perlu dibuat perancangan awal agar tiada masalah seperti keperluan konvokesyen, laporan kursus, kewangan dan lain-lain berkaitan dengan pekerjaan pada 1 Jul 2008. Setelah tamat, konvokesyen dijangka pada awal Sept 2008 dan pastinya menjadi kegembiraan dan kenangan manis sebab tahun 2009 dua lagi anak akan turut konvo ijazah masing-masing.

Sunday 28 October 2007

PEPERIKSAAN SPM DAN STPM

Bulan Nov 2008, tanggal 12. 2 anak akan menghadapi peperiksaan penting masing-masing. Mas 2 minggu ini perlulah dikorbankan dan perlu menjaga kesihatan agar pada hari peperiksaan sihat secra fisikal dan mental untuk menjawab soalan dengan penuh keyakinan dan terserah kepada Allah S.W.T untuk menetukan. Usaha dan doa pasti mengiring kejayaan. Peperiksaan ini penting agar boleh mengubah taraf hidup jika berjaya dengan cemerlang, kalau tak berjaya pun masih ada sisa perjuangan selagi kita mahu mengubahnya. 2 anak terdahulu juga berjaya lulus cemerlang STPM dan sekarang dah tahun2 dan 3 di UUM. Kejayaan mereka pasti menjadi pemangkin dan pembakar semangat untuk lebih berjaya dan lulus dengan gemilang. Ibu bapa pada masa ini paling risau melebihi anak-anak, begitulah perasaan ibu dan bapa terdahulu, sebagai ibu bapa yang pernah melalui proses tersebut pasti berusaha samada secara bimbingan kata semangat, doa, sembahyanghajat, baca yassin agar mereka sentiasa mudah dan berjaya menjawab soalan dengan penuh ketenangan dan keyakinan. Walau apa pun, yang paling penting ialah solat dan amalan baik, kerana ianya yang paling utama dilaksanakan . Iika ada banyak ilmu, harta dan anak yang berjaya tetapi tidak solat atau menjaga amalan baik ianya tidak bergunapun di kemudian hari (akhirat). Selamat belajar kepada anak-anak, anak buah, serta semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM nanti. Wassalam
Petikan dari buku My Story Lim Goh Tong " untuk berjaya dalam hidup dan perniagaan kita mesti merendah diri, bersopan santun dan menghormati orang lain, menepati masa atau tiba 10 minit lebih awal dari masa yang dijanjikan, jangan sekali-kali membatalkan temujanji, berdisiplin, bangun awal dan tidur lewat." banyaklah yang boleh dipelajari melalui orang berjaya seperti Tan Sri tak kira bangsa apa atau agama kerana ianya adalah sikap dan pengajaran yang jadi ikutan bukan orangnya. Fikir-fikirkan lah..

Friday 26 October 2007

SALAHSILAH KELUARGA HAJI ISMAIL&HJH SOM




Keujudan nabi Allah Adam Alaihisalam dan Hawa adalah manusia awal yang dijadikan Allah S.W.T dan sekarang telah menjadi pelbagai bangsa dan agama disegenap pelusuk dunia. Sesungguhnya semua manusia itu bersaudara sebab datangnya dari satu keluarga dan zuriat nabi Adam dan Hawa. Yang membezakan setiap manusia hanyalah agama, bangsa, budaya dan warna kulit. Sifat yang sama hanyalah dipanggil manusia yang mempunyai sifat yang sempurna. Keturunan dari jenerasi bersilih ganti dan berpindah-randah disegenap pelusok dunia dan mengalami pelbagai dugaan dan halangan. Begitu juga dengan keturunan melayu Malaysia, entah jenerasi keberapa keturunan dan darimana asal usulnya. kalau ikut buku sejarah, melayu datangnya dari kepuluan Polynesia lautan pasifik, dari Indochina (Champa) dan kalau ikut sejarah kerajaan melayu dan serumpun bahasa, yang paling hampir ialah kerajaan Majapahit, Bugis, Pattani mula berhijrah atau menjajah tanah melayu. begitu juga penduduk pribumi asal orang melayu sama seperti orang asli dari suku Semang, Jakun, Nigrito dll. Ada juga mungkin datang dari kacukan orang Inggeris, Portugis, Belanda dan Jepun yang menjajah Tanah Melayu. Semasa kedatangan orang keling dari India, orang China bersama pedagang Hang Li Po, Yap Ah Loy sekarang peddatang haram/sah dari Indon, Bangla, Pakistan, Nepal, India, Thai dan lain-lain lagi bangsa yang ada dimuka bumi ini.
Kesedaran menjadikan pertemuan keluarga dari salahsilah adalah terbaik kerana dapat mengetahui asal usul keturunan sebelah satu bapa dan satu ibu, kalau boleh setiap salahsilah sebelah menantu juga diadakan kerana akan pasti lebih menarik kemungkinan ada pertalian keluarga yang mungkin berlaku. Ini mungkin terjadi sebab orang-orang dulu kahwin dalam lingkungan perjalanan. Zaman 30an hanya kahwin dalam lingkungan 4o batu aje , tahun 50 dan 60an mungkin dah menjangkau ke luar negeri seperti Johor, Kelantadll sebab jalanraya dah bercambah dan pekerjaan mula bertukar ke peringkat persekutuan. Tahun70an mula dah merebak kepelusok luar negara mungkin ikut berhijrah ke negara barat, timor dan timor tengah sebab belajar atau bekerja, jadi dengan mengadakan salahsilah ini, di masa hadapan mungkin jenerasi akan datang dapat mengetahui moyang mereka. Kita dapat lihat bagaimana jenerasi Arab, China dan Eropah mempunyai rekod salahsilah keturunan masing-masing. Permulaan ini adalah terbaik kerana pertemuan keluarga dapat dijadikan titik permulaanya. Wassalam

Tuesday 23 October 2007

ILMU PENGETAHUAN MENJADI SESEORANG ITU LEBIH MATANG

Ilmu pengetahuan adalah kunci kejayaan dan kemajuan sesebuah negara. Rakyat yang berilmu dan tiada buta huruf pastinya akan terus bertambah maju dan makmur. Ilmu yang ada jika tidak dihebah dan diajar pasti akan berkubur bersama jazad, oleh yang demikian setiap insan yang berilmu perlu berdakwah dan menyebarkan ilmu sungguhpun untuk diamalkan bagi diri sendiri.
Tidak semestinya orang yang berilmu itu pandai tetapi sekurang-kurang dapat menjadikan seseorang itu menyedari betapa kerdilnya dia dengan ilmu yang Allah sediakan secara percuma tanpa bayaran seperti udara, angin, bintang, bulan, matahari dll. Sewajarnya setiap kita semua perlu belajar setiap hari tidak kira samaada secara fomal atau tidak formal.
Kalau secara formal, pendidikan bersubsidi dan sekarang percuma (buku teks/yuran peperiksaan/sekolah) dan kalau ke IPTS/IPTA kena bayaran atau biasiswa akan menjadi kayu pengukur ilmu seseorang sekarang dan akan datang. Kalau dulu tamat darjah enam dah boleh jadi buruh dipejabat kerajaan tetapi sekarang minimapun sekurang-kurangnya SPM. Jika nak jadi Pegawai Kerajaan sekurang-kurang ada diploma dan tahun 2010 pastinya memiliki ijazah. Bila anak-anak ada diploma, ijazah yang pastinya mereka akan menguasai ICT dengan lebih mahir berbanding dengan yang tamat SPM, sebab setiap yang berkelulusan akan melayari internet bagi assingnment, chit cat, friendstter, dll. Renungkanlah bagaimana negara maju dibarat menikmati kemajuan sebab kadar buta huruf komputer kurang daripada 10 peratus dan hampir kesemua orang barat berumur 90 tahun boleh membaca dan masih mampu meneruskan kehidupan dengan ditemani komputer sebagai mengisi masa persaraan mereka. Kita dapat melihat warga emas mereka mengembara kepelusuk dunia kerana ilmu yang mereka ada membolehkan pendapatan mereka bertambah dan cukup untuk keperluan sebelum mati.
Di Malaysia jenerasi X yang lahir tahun 60, sekarang berumur 47 tahun kebanyakanya sudah melalui pendidikan formal, dan yang pastinya yang melanjutkan pengajian kepringkat diploma, ijazah dan sarjana pastinya majoritinya tidak lagi kaku dengan ICT. Bayangkanlah jenerasi Z lahir tahun 2000, sekarang dalam tahun satu telah didedahkan dengan ICT, pastinya mereka akan lebih advance dan adventurers. kemuskilanya adakah mereka akan lebih tabah, matang dan berilmu di dalam mengharungi ke tahun 2020 atau ke 2057? Di umur 57 tahun pastinya mereka yang bekerja masih bekerja kerana umur persaraan meningkat kepada 60 tahun ke atas, adakah mereka masih kuat beragama, mempertahankan adat resam, semangat kebangsaan, dan apa jua yang menjadi kebanggaan Malaysia? Apa jua, jika agama menjadi asas dan kekuatan kepada setiap insan dan tidak menolak kemajuan, pastinya kecemerlangan dan kejayaan seperti dirancang menjadi kenyataan. Wassalam

HARI RAYA OPEN HOUSE

Setelah sebulan berpuasa, hari kemenangan diraikan oleh setiap umat muslim dengan jamuan hari raya. Ada yang mengadakan open house pada hari raya pertama selepas tu puasa enam, tetapi ramai yang mengadakan open house sejak hari kedua hingga sebulan mengundang sanak saudara, jiran tetangga, kenalan pejabat/tempat kerja dan kawan-kawan anak.
Semangat menjemput tetamu ke open hause dengan mengadakan jamuan, duit raya dan juga hadiah. Ada yang mengunakan katering, masak sendiri ataupun gotong royong, semua ikut bajet dan ada juga buat besaran-besaran sebab ada sokongan bantuan logistik seperti khemah, kerusi meja dan sponsor sajian makanan. Kalau PM buat open house kat PWTC dengan ribuan hadirin datang yang pastinya perbelanjaan pasti mencecah ratusan ribuan ringgit, duit mungkin sendiri, sponsor atau duit keraian kerajaan. Kalau pejabat swasta pastinya open house guna bajet yang dipersetujui dengan sajian yang menyelerakan serta ada penghibur. Kalau kita buat jemput seratus orang pun dengan 4 menu utama, air dan buah termasuk duit raya pun hampir RM 500.00, ini tak termasuk sewaan khemah, kerusi meja dan sewaan pinggan mangkuk. Kalau jamuan satay, rendang, aiskrim, duit raya, jemputan penghibur, sewaan audio visual dan lain-lain peralatan pasti menaikan jumlah perbelanjaan. Semangat open house memangnya baik, ianya mengeratkan persaudaraan, meneruskan hubungan silaturahim dengan jiran tetangga, saudaramara, anak yatim piatu dan orang susah. Jemputan akan lebih baik lagi jika ada tetamu bukan islam atau luar negara, sekurang-kurangnya dapat mengetahui hari kebesaran orang muslim, adat resam, sajian orang melayu ketika menyambut hari raya. Kesempatan ini walaupun setahun sekali tetapi dapat menjadi ingatan terutamanya jika sajian enak dan lazat ataupun yang tak baik seperti sajian tak cukup, basi, atau yang balik keracunan makanan. Walau apapun yang kita lakukan dibuat ikut kemampuan dan dengan ikhlas pastinya mendapat rahmat dan berkat daripada Allah S.W.T.

Saturday 20 October 2007

PENGAJIAN TINGGI IPT

Ilmu pendidikan tiada akan berkesudahan dan akan terus menjadi keutamaan generasi sekarang dan akan datang. Kenalan lama bila jumpa pasti akan menyapa dengan soalan anak berapa?, yang sulong buat apa? belajar lagi atau bekerjake? atau dah ada menantu atau cucu? Soal harta dan kekayaan mungkin tidak disoal kerana persepsi dengan gaya berpakaian dan kenderaan dipandu mungkin memadai mengukur kekayaan seseorang teman/rakan.
kebanggaan keluarga sekarang jika anak dapat UPSR 5 A, PMR, SPM,STPM lulus cemerlang dan yang paling manis jika anak-anak ke menara gading. Tak kisahlah jurusan apa diambil, kerana status sekarang memadai anak dapat masuk U. Mungkin 10 tahun lagi, orang akan tanya jurusan apa, kalau jurusan doktor, lawyer, engineers, komputer tapi mungkin masa depan akan lebih gah dengan jurusan Kaji angkasa, robotic, ilmu falak, doktor perpindahan organ dan tahfiz. Begitulah dunia berubah dengan masa makin pendek, singkat dengan kerja semakin mudah dan cepat. Dulu masa tahun 60an anak jadi guru dan askar menjadi kebanggaan, tetapi sekarang usahawan dan doktor menjadi no 1. Apa jua, yang pasti masa pasti berubah dan jika kita tidak berubah akan pasti ketinggalan, begitu juga ilmu jika tidak diamal akan menjadi dosa dan statik. Setakat ini, 2 anak dah masuk U, yang 2 lagi InsyaAllah akan menjejaki langkah yang sama. Kita perlu jadi contoh pada anak-anak dari segi mengejar ilmu, dulu LCE, MCE, HSC, Diploma, Ijazah dan kini sedang buat Sarjana. Jika berpeluang dan masih kuat pasti Phd tahun 2013. Wassalam

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive