Tuesday 19 January 2021

JO YG KU KENALI SEJAK TAHUN 1985..

 Johari tahun 1987,,,ambilalih rumah sewa kami.... Lepas tu bertugas dlm satu office Mindef.... Asal org Kuang... Masa beliau nikah di Cameroon Highlands di Kuarters JKR bapa Ju... Kami menginap di MQ GGK.. Cameroon Waktu tu sejuk dan satinya jalan melalui Tapah Rd... Allahuakbar... Dlm masa baru pencen Jo kena admitted di 94 HAT.... KHABARNYA MSLH penafasan... Next appt 23 Dis... Kami baru jumpa Dr pada 22 Dis... terlepas nak jumpa..... Hari ni 19Dis call Ju bertanya kondisi Jo.... Dikesan TB di kelenjar,  kadar gula mentun ke tahap zero dan koma.. ICU... DIDOAKAN CEPAT KEMBALI SIHAT..... INSHAALLAH.

       Semalam jam 0030,01 Mac 2021,  Allah telah menjemput sahabat baik Lt Kol (B) Johari Karim dihospital HAT Mizan setelah hampir 2 bulan dihospital. Allahyarham dikebumikan di Kampong beliau di Kuang. Semoga Allah menempatkan sahabat bersama orang-orang yang beriman. wassup diterima dan dibaca jam 0400 pagi melalui wassup Group Rakan Perwira KPD. Inilah satu-satu yang terus kekal didalam wassup. 


Sunday 17 January 2021

MORATORIUM TAHUN 2021 - ERTIGA & CHERRY MAXIME

 Bebanan mula terasa: kontrak disambung selama 6 bulan lagi --Maybank RM 656.00/bulan dan Ertiga Affin Bank RM 436.00 tiada byr selama 6 tapi dulanjutkan 6bulan ctc dgn kadar yg lebih..... Tunggu surat/email bank.... 

TAHUN 2021 - TAHUN COVID BERSAMBUNG DENGAN ISTIHAR DARURAT

 BERMULANYA...Tahun baru dengan Jamuan keluarga, setelah PKPB di benarkan rentas sempadan. Rancangan BBQ dibuat pada 1 Jan 21. Bersyukur tiada ada Kluster BBQ Sentosa. Alhamdullillah..semua balik kecuali orang Segamat Ldg Sinarut. Suri sekeluarga kecuali org Ganu, Agah dengan Afiq keluarga.

Tahun ini juga penuh dengan kesempitan tetapi tetap diharungi...Pandemik terus merebak dgn angka melepasi 3 ribu...disebabkan oleh kluster lepas sempada, tempat kerja dan sprodic spread by unknown causes..Apa pun kita patut berusaha mengekang dengan penjagaan diri sendiri, keluarga, jiran dan masyarakat. Inshaallah jika diyakini dan dipatuhi ianya akan terhindar. Jika Allah sudah tetapkan...ianya adalah Qad & Qadarnya.

Sunday 10 January 2021

NASI KALUT JITRA & MEJA KAYU PALET





Elak habuk berterbangan, last kena servis vacuum sebab sedut x masuk bekas kumpul habuk.  Habis habuk kayu masuk ke dlm komponen vacuum.... 



 Semalam....Sabtu 9 Jan 21 ke Jlan Keluli kwsn Industri berdekatan AEON Bukit Raja dan ICity Shah Alam. Kedai Palet Garage... ada jual pelbagai jenis kayu palet yg berketam atau tidak berketam.  Habis RM 87.00 bagi kayu saiz 3 kaki x 3 inci.  Selesai  terus ke Nasi Kalut Jitra Mai.... Nasi kuning... sotong sekor saiz 6 inci, 3 bendi,  1 cili hijau dan telor sebiji Dibungkus dgn kertas surat kabar lama berharga RM 15.00, nasi Luk Ayam RM 10.00. Sata satu cucuk 3biji RM 5.00 dan Pasembor Kedah RM 5.00. Konsep bungkus dan air juga layan diri.  Macam biasa RELA buat test suhu dan sanitize dan pantau kehadiran.  Alhamdulillah, sedap dan byk... Banyak ket apandu lalu beli nasi,  sata,  otak2 dan Pasembor.... 





17 Jan.... Pagi lagi dah siapkan bekas perangkap habuk.... Beli pelincin papan...Alhamdulillah.... Dah naik seri sikit meja. 

Thursday 7 January 2021

MAKAN-MAKAN DAN SAMBUTAN HARILAHIR

 Lama terkurung akibat Covid 19.. Walaupun masih Zon Merah dengan pematuhan S.O.P, rancangan makan2 diteruskan pada 2 Jan 2020 dengan hidangan Nasi Arab Ayam, B.B.Q kambing, ayam, sayur, Kek Carot, Laksa dan Wellington Beef.

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive