Tuesday 7 February 2012

PERSIAPAN PERKAHWINAN ANAK PERTAMA

       Selepas majlis merisik 2011, persiapan sedikit demi sedikit telah dimulakan. Bunga pahar, baju pengantin, baju melayu, baju kurong, baju kebaya telah siap ditempah. Isteri pula sibuk dengan bunga stokin, bunga dip, bekas door gives, kain cadar, kain langsir, bekas hantaran dan aksesori telah dibeli. Tempahan kad dan pelamin telah dibuat. Begitu juga rancangan dan menu makan juga turut dibincangkan cuma belum dibuat keputusan muktamad. Hari ini setelah 3 kali proof reading kad jemputan telah dipersetujui (30 Jan 12) dan dijangka siap pada 14 Feb 12. Kad akan mula diedarkan pada 19 Mac 12 mengikut protokol list. Tempat untuk majlis kenduri juga diluluskan oleh P5 pad 3 Mac 12. Minggu ini adalah persiapan bagi persiapan perkara penting iaitu borang nikah untuk kelulusan pada 8 Feb 12 temuduga dengan pegawai akad nikah, 9 Feb hingga 18 Feb 12 bagi mesyuarat persiapan, bajet dan lain-lain event yang perlu diselesaikan. Jurufoto dan bilik transit tetamu dari sebelah pengantin, saudara dan juga rakan perlu diambil kira.
        Persiapan dari awal Mac hingga 20 Mac 12 akan lebih mencabar sebab semuanya akan mengambilkira bajet dan maklumbalas kehadiran. Masalah persiapan dan juga ketidak kesefahaman dan salah faham akan menjadi perkara utama jika tidak disenaraikan dari awal dan direkodkan. Doa agar semua persiapan berjalan lancar dan dipermudahkan. Wassalam.  

MMR BJ EM

Sepatutnya majlis dimulakan dengan perbarisan dan malamnya dengan MM melibatkan mantan KP KPD dan mantan KSP (2nya satu skot TJP 25) dan tarikh lahir pada Apr 1954. Semuanya menjadi kenangan dan persoalaan dengan terbatalnya perbarisan dan ketidakhadiran mantan KP KPD. Apapun maklumat tidak disampaikan hanya sekadar mendengar penjelasan mantan BJ Em pada malam MMR 3 Feb 12. Kehadiran pada malam itu dengan pegawai kanan KPD serta isteri agak sederhana tetapi agak hilang auranya kerana pelbagai persoalan timbul kepada yang hadir. Majlis pada malam itu berlangsung perlu diberi pujian kepada Band DSemenggos yang berjaya membawa lagu-lagu yang baru dan lama. Lagu Awan Nano berjaya dibawa dengan baik, majlis diserikan dengan persembahan dari formasi. Persembahan Kol (rangkaian lagu), Lt Kol (aci-aci buka pintu dengan sketsa), 1 Div (nyayian), 2 Div (Boria), 3 Div lagu, KPKL (nyayian  sketsa). Persembahan BJ Emran yang diraikan dengan 3 lagu Broery dan diakhir dengan nayayian Pengerusi kor dengan rangkaian lagu D.J Dave (Maafkanlah) Majlis berakhir jam 0100 pagi dan keesokan majlis menghantar BJ Em dan Datin bermula jam 1030 hingga jam 1300.

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive