Sunday 20 September 2009

HARI KEMENANGAN

20 SEP 09. 1 SYAWAL. ALHAMDULILLAH ANAK SEMUA BALIK BERAYA. YANG KECIL CUKUP SEBULAN PUASA. MALAMNYA KAMI MENGEMAS RUMAH. PAGI RAYA SEMBAHYANG RAYA YANG RAMAI RAAKAN MUSLIM DARI BDESH DAN INDON. RAMAI YANG BALIK KAMPUNG. SELESAI BALIK RUMAH BERMAAFAN. MINUM PAGI DAN TUNGGU TETAMU. MALAM TADI BUKAN AJE LEBURAYA JAMMED TAPI RUANG UDARA JUGA SESAK DENGAN FREQUENCY SMS BERSIMPANG SIUR DENGAN UCAPAN SMS. SELEPAS SUBUH HUBUNGI IBU MOHON AMPUN DAN MAAF. KALI PERTAMA ANAK BERI WANG RAYA ATAS WANG GAJINYA RM100.00. BEGITU JUGA BERI DUIT RAYA PADA ADIK-ADIK. SELAMAT HARI RAYA. WASALAM

Thursday 17 September 2009

APA NAK BUAT HARI RAYA TAK BALIK KAMPONG

Memang tak dapat balik kali ini tapi dah 2 tahun dulu tak payah susah nak mohon cuti, mengatur perjalanan dsbnya. Raya kali ini kami sambut sekeluarga,semalam dah tanya oleh anak-anak dan isteri apa kita nak buat pagi raya selepas sembahyang raya, ziarah saudara mungkin depa pun balik kampong, nak pi Rumah PM-jauh dan ramai? nak pergi outing nampak sangat tak menghargai tetamu macam nak lari? daripada tetamu. Jadi kenalah rancang supaya hari raya kali ini tak lah boring. Mungkin dah lama tak melawat teman dan saudara terdekat di KL, rakan sepejabat atau pun mengatur open house untuk saudara dan rakan datang kerumah pada hari raya pertama dan kedua. Hari ketiga kena kerja dan mesyuarat pulak tu jam 0900 pagi. Mood raya dan pening ketupat/lemang/kueh/rendang masih belum reda kena kerja dan pejabat masih kosong. Tak pa lah bukanya selalu, tahunini tak dapat sebab ada aktiviti 3 Okt jadi kami kenalah berkorban sikit balik tapi lewat. Buat bonda dan saudara di kampong kami semua mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Kami miss Perjumpaan Hari Keluarga Hj Ismail/Hj Som pada hari raya kedua, kenduri rumah Cu Bayah/Su Leh pada hari raya keempat. Tambahan kali ini acara sambutan hari keluarga anjuran bonda dibuat dirumah adik disponsor oleh adik beradik. Tentunya gembira dan pasti ramai saudara yang hadir. Perjumpaan kali ini kekurangan Pak Lang Pi yang telah kembali kerahmatullah yang tinggal beberapa sahaja lagi anak/menantu Hj Ismail/Hj Som. Mungkin lepas ini anak jenerasi kedua pula akan melewati umur 50an dan bertambah lagi cuit dan puit. Kesempatan walaupun sekejap Hari keluarga dapat menemukan sepupu, sepapat, saudara mara yang merantau. Wasaalam.

UCAPAN DARIPADA BIG BOSS

JAM 1000 PAGI SEMUA STAF BERKUMPUL DI ODITORIUM BAGI SAMBUTAN HARI RAYA, UCAPAN BIG BOSS KEPADA STAFF YANG BELUM BALIK BERAYA. AMANATNYA AGAR SENTIASA BERSABAR DI JALANRAYA, keselamatan pejabat diutamakan DAN JUGA INGATAN KEPADA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN YANG BERTUGAS DI HARI RAYA TANPA CUTI DAN JAUH DARIPADA KELUARGA.
ACARA BERSALAMAN DENGAN UCAPAN HARI RAYA ADALAH ACARA AKHIR. WASSALAM
Semua staf boleh balik selepas solat Jumaat yang tinggal yang BERTUGAS sahaja.

UCAPAN HARI RAYA AIDL FITRI

Setiap tahun apabila menjelang hari lembaran, pelbagai kad ucapan hari raya diterima baik dari rakan sepejabat walaupun hari-hari berjumpa tetapi kad pasti dihantar, malahan kalau yang atas pasti juga menimbun menerima kad hari raya. Sekarang peranan kad raya semakin kurang sebab sudah ada pelbagai kaedah menyampaikan ucapan, baik secara teks message, vedio, virtual, mms dan ucapan di radio, teks skrip di tv. Bagi aku, aktiviti menghantar ucapan melalui kad agak lembab, kalau yang hantar aku balas melalui sms aje atau kalau kapan bertemu hanya mengucapkan terima kasih di atas kad yang dimajukan.
SEMPENA HARI LEMBARAN HARI RAYA AIDUL FITRI 1430H, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT TERUTAMANYA YANG MENGENALI DIRI KU.
KEPADA IBU, KAKAK DAN ADIK MOHON AMPUN DAN MAAF, WALAUPUN LEWAT NANTI BALIK, KAMI DISINI TIDAK PERNAH LUPA MENDOAKAN KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN. SEMOGA ALLAH MENCUCURI ARWAH AYAHANDA HAJI ABDUL KADIR BIN HJ ISMAIL.
INSYAALAH.
WASSALAM

Tuesday 15 September 2009

HARI ATM KE 76

16 Sep 09, Genap usia ATM 76 tahun dan pucuk pimpinan turut bertukar. ARMED and READY. OUR COMMITMENT YOUR CONFIDENT. Perintah Ulung PAT bersiaran di media massa bagi menyatakan hasrat dan komitmen beliau di dalam amanah sebagai PAT. Salah satu ialah ' The armed forces is the nation's sheild. Our commitment to preserving the peace and stability of the nation is undivided. We re prepared to protect and defend our national interests from any threat, which are pivotal to the nation's soverignity, territorial intergrity and economic well being." Jen Tan Sri Azizan Ariffin TUDM. Tahniah sejarah tercipta buat TUDM. Tiada ada sambutan besar-besar seperti biasa pertamanya bulan Ramadhan dan keduanya dah masuk minggu terakhir Ramadhan dan ramai dah mengambil cuti hari raya. Majlis akan diadakan selepas hari raya.
Hari ini juga aku meletakkan azam baru bagi mengapai hasrat PKPD Nordin, hampir 20 minit aku secara formal hadir di tkt 11. Seingat aku tahun 2001 dulu aku sebagai staf mengatur aktiviti kerja, sekarang aku pula menjadi tetamu dan ianya masih konsisten dari aspek pelaksanaan amanah yang dipertanggungjawab. Aku juga mengunakan style dan gaya bagi melaksanakan tugas PM tahun 2004. Sebentar tadi aku juga melihat anak buah berjaya jadi SMR JimmyTCH kalau dulunya pkt 3 calit (2005-2009), begitu juga Nazri yang seingat aku 2 bulan minta pendapat untuk kekal ditempat lama dan tolak pkt tetapi hari ini beliau hantar sms hari lembaran dan akan bertukar dan menerima rezeki 3 calit.
Nostalgia dan ingatan dari anak-anak buah amatlah dihargai, betapa usaha dan pekerjaan ke arah kebaikan akan dikenang oleh mereka yang positif fikiranya. Yang negatif tak tahu silap salahnya begitu juga diri kita kenalah sentiasa istiqamah di dalam membuat kebaikan. Jarum 3 batang nan sebatang masih melekat diingatan, semoga akhirnya diketahui apakah salah yang boleh dibaiki. Setiap perkara yang baik dirancang pasti akan ada risikonya ditolak/ditentang/diganggu/difitnah tetapi setiap yang jahat pasti ada musibahnya. Wasalam

Monday 14 September 2009

16 Sep 2009

tANGGAL 16 sEP HARI mALAYSIA DITUBUHKAN. Baru 31 Ogos hari Kemerdekaan berlalu atas tanda berkibar megah bendera di laman rumah bersama dengan bendera kecil setiap negeri. Di peringkat nasional pula diadakan di Dataran Parlimen atas sebab H1N1.
Bukan apa bendera yang lama tersimpan dibersihkan dan dikibar bagi menunjukan semangat kenegaraan dan erti kemerdekaan. Sambutan kali ini jatuh pada bulan Ramadhan tidak banyak acara dilaksanakan berbanding tahun berlalu. Pesta pelbagai corak dan ragam diadakan bagi menyambut saat kegembiraan tapi kali ini amat sedikit dan diisi dengan acara keagamaan. Ambillah aktibar ini dan di masa akan datang dibuat dalam sekala sederhana dengan pengisian yang berfaedah. Begitu juga, apabila ada tarikh yang menjadi sejarah diri, keluarga dan rakan pasti kita turut mengadakan majlis samada kecil dan sederhana. Tujuannya untuk menyatakan kegembiraan dan berkongsi saat manis. Di bulan Ramadhan yang mulia amat baik mengadakan majlis dengan tidak bercanggah dengan agama.
Kali ini 16 Sep aku juga mendapat pengesahan berita yang samar pada awal tahun menjadi terang dan perlu dikuatkan dengan doa agar yang terang terus bersinar gemilang. Kegembiraan disusuli dengan amal jariah sekadar yang mampu dan yang penting keikhlasan dan terus istiqamah bermula daripada bulan mulia ini. Hata yang didermakan kecil nilainya tetapi daripada benda yang kita amat sayang. Wasalam.

MALAM LAILATUL QADAR

Makna Lailatul bermaksud malam dan AlQdar bemaksud kemuliaan. Ianya hanya didatangkan Allah setahun sekali dan ianya dirahsiakan. Malam dimana Alquran lengkap diturunkan kebumi. Hanya yang berusaha mencari dan mendapatkan malam tersebut akan mendapat ganjaranya bersamaan seribu bulan (83 tahun 4 bulan). Allah merahsiakanya agar umatnya berusaha dengan penuh keikhlasan bermula dari awal bulan dan kemuncaknya di 10 malam terakhir. Lebih tepat lagi mengikut nas dan ulama dalam malam ganjil 10 hari terakhir Ramadhan.
Kalau yang berusaha berlatih dari awal Rejab dan Syaaban berpuasa, qimulail setiap malam dan genap sebulan Ramadhan dari awalnya dengan tanpa tinggal solat wajib, tarawikh dan qiamulail pasti akan termasuk dan mendapat ganjaranya malam tersebut. Pelbagai tanda dan saat bagi mengetahui pada malam tersebut malam kemuliaan dan jangan pula berhenti mengerjakan ibadah jika dirasakan menemui malam Al Qadar. Malam kemuliaan tersebut maklaikat akan turun dan bersama malaikat Jibrail membawa rezeki dengan diperintah Allah membawa qada dan qadar Allah. Ianya kekal setahun sekali sehingga malam kemulian Ramadhan akan datang. Banyaknya malaikat turun seumpamanya batu-batu kecil dimuka bumi. MashaAllah.
Adik Emee dan Has selepas solat tarawikh begitu khusyuk mendengar tazkirah Tuan Imam di Surau AlHaaq dan sekali meminta penerangan lebih jelas apabila ada ayat/bahasa kurang faham. Kenalah perjelaskan dalam bahasa mudah. Malam itu, beliau juga menanyakan anak yatim dan yatim piatu apabila mendengar majlis meraikan anak yatim pada malam Rabu nanti (16 Sep) dan kenapa perlu bantu sedekah wang ringgit dan adakan majlis tersebut - Inilah bulan kemuliaan dan kemurahan setiap umat memberi kegembiraan kepada anak-anak yatim piatu agar mereka dapat sama-sama menyambut kegembiraan di bulan Ramadhan dan di hari kemenangan 1 Syawal. Allah telah menetapkan orang yang murah memberi harta hatta senyuman sekalipun akan dapat pahala dan mudah masuk Surga. Inilah rahmat Ramadhan selain beribadah ianya dapat mengeratkan ikatan kasih sayang serta silaturahim sesama jemaah sebab dari masuknya Isyak, solat terawih dan tazkirah hampir 1 jam setengah beriktikaf dalam masjid/surau dengan penuh ikhlas menunaikan perintah Allah. Wassalam.

Wednesday 9 September 2009

BERBUKA PUASA DENGAN SKOT

Teringat tahun 80, berpuasa di RMC Cdt Wg Dewan Makan, satu intake berbuka dengan planters order jalur bertali leher RMC dan bersahur jam 4 pagi (mula-mula bersahur pun lengkap planters order) lepas tu sikit ok tanpa tali leher tapi masih smart kasual. Setahu aku semua kena hadir samada makan ke tak makan sahur. Dah masuk tahun kedua jadi senior tempat duduk banyak yang kosong. Waktu itu, baru 4 bulan trg. macam biasalah ada yang masuk bawah meja, berdiri, lari kelliling square sebab buat salah. Semuanya dibuat dengan patut tanpa merungut.
Masa latihan ada yang kuat posanya ada yang kantoi, samaada bayar balik ke tak bayar, masing-masing kena muhasabah diri dan bayar sendiri-sendiri. Masa latihan section battle drill, dan fd trg kat balakang RMC sandune banyak ladang belimbing, ada yang berbuka kat situ dengan starfruits, jambu, mangga, tebu, tembikai dimana tempat ambil perlindungan atau memang sengaja mengambil perlindungan di bawah pokok berbuah. Ada yang masuk pouches untuk bekalan waktu berbuka. Ada yang kata ' depa tanam pun di tanah haram, tak salah kalau kita ambil' atau tak terfikir langsung bab dosa/pahala. Berbagai peragai dan ragam, curi-curi makan dalam bilik walaupun tinggal seorang satu bilik kononnya orang tak nampak tapi Allah nampak dia buat tak kisah sebab dah tak tahan dahaga, lapar sebab trg. Masa tu PT macam biasa, latihan kawad atau latihan medan dilaksanakan tanpa kompromi.
Ptg 09.09.09, 14 rakan dapat sama-sama duduk berbuka di Dewan Felda atas sponsor Romlee dan ajuran FuadH. Kalau dikira AR Coy masih majoriti (FuadH, Redzuan, HasanA, JamaludinT, Tayazi, Hanafiah, Shafiee, Romlee and Lokman) dan yang hadir Azaliah, Rani, FuadM, Razali dan Razak. Walaupun masa singkat dari jam 7 malam hingga 945 malam semua (dalam kump terakhir keluar dewan) dapat juga bersenda gurau dan bertanya khabar. Diusia yang semakin senja (48 tahun ke atas) dan masing-masing dengan kerjaya dan kehidupan, saat sebegini mungkin boleh mengingat cerita suka duka lama sambil mendapat maklumat hal pekerjaan dan keluarga masing-masing. Syabas sebab yang hadir tidak banyak bezanya dari masa kadet dulu masih hansem dan lawa tanpa perubahan ketara cuma nampak tanda-tanda dewasa dengan uban di kepala dan kumisnya. Yang pencennya mula berjanggut tapi rambut masih kemas pendek. Bentuk fizikal masih sama kalau kedepan mungkin perutnya sedikit tetapi ramai maintain slim. Sangat sebegini pasti tidak sama di masa datang dan mungkin tidak semuanya datang dan kena terima hakikatnya sejak kadet waktu baris wajib pun ada yang tak dapat 100 peratus masuk/datang sebab ada yang attend C, masuk RSAT atau lapor sakit, tambah pulak dah masa sendiri sekarang, berkeluarga, berjauhan sudah pasti tidak semua dapat hadir. Perjumpaan sebegini walaupun tak selalu dapat dilaksanakan ianya juga dapat bertanya khabar rakan yang lain yang tidak dapat hadir.
Dimaklumkan kepada Skot Junior TJT 22 Mej (B) Rohaizad bin Baharudin KPD telah kembali ke Rahmatullah pada 31 Ogos 09 dan dikebumikan di Ulu Yam - Al Fatihah. Al Fatihah juga kepada rakan yang telah mendahului kita. Wasalam

9.9.99- - 01.01.01 -- 02.02.02. - 03.03.03 - 09.09.09

Apa ada pada tarikh yang digitnya sama? ramai orang tak kisah, sebab memang tak ambil kisah. Tetapi ada yang jenis ambil kisah tarikh sama diabadikan dengan pelbagai aktiviti yang boleh dijadikan ingatan, bukan apa, sebab senang nak ingat. Seingat aku pada 9.9.99 jam 9 pagi kami sepejabat bergambar dipejabat dengan bos, sebab utama nak melangkah tahun 2000. Tapi hari ini 09.09.09 aku balik bertugas d bangunan yang sama tapi ditingkat lebih tinggi dan semua orang tak kisahpun tentang nombor berangkai. Berbalik kepada tarikh, sebenarnya catatan yang dibuat ke atas diari atau buku catatan bolehlah dijadikan semakan ke atas masa lampau. sekarang anak-anak muda dah tak rekod dalam dairi tetapi mungkin dalam face book, blogs atau gadget eletronik yang lebih canggih. Sebab itu, kalau tak tulis atau rekod memang kita tak dapat ingat apa yang dilakukan pada masa dan saat yang lalu. Bagi aku blogs ini adalah satu-satunya rekod yang oleh menyimpan maklumat walaupun kadang-kadang rasa orang lain (satu dunia)boleh akses dan kutip maklumat diri, siapa aku, bukannya pemimpin besar atau ada kepentingan. Naiwaitu adalah sebagai merekod pandangan dan perjalanan hidup agar anak-anak cucu dan jenerasi akan datang tahu asal usul. Zaman siber ini, kenalah pandai ambil kesempatan dan kena juga waspada jangan terlampau lebih dan kena jaga rakan/taulan jadi kena pakai ayat ringkas/code words aje supaya nama rakan dan tempat tak lah secara direct. Aku juga tak rekod berapa ramai orang lawat dan tak jawab/buka apa komen orang sebab niat hanya untuk menyimpan rekod peribadi, keluarga dan persekitaran. Kalau ada yang nak komen nak tulis bukan sememangnya tak dilayan. Blogs ini hanya khusus yang berkenaan sahaja. Ptg ni janji berbuka sesama kekawang intake 80 bukan apa menyambung silaturahim dan kena beri masa kalau dah ada di zon yang sama sewaktu dengannya. Salam dan selamat berpuasa skot R 21. Wassalam

Monday 7 September 2009

SYUKUR DAN TERUS BERSYUKUR

Berita diterima 3 tahun dulu pun kalau tak silap masa bulan puasa akau dapat ke IPTA, serentak itu aku terus hubungi ibu dan isteri menyatakan berita gembira. Allhamdullilah sebentar tadi satu lagi berita gembira. Hanya Allah yang tahu betapa doa ibu,isteri dan keluarga adalah yang aula dan mustajab. Di bulan yang mulia, berita ini amatlah memberi makna dan Allah makbul permintaan hambanya. Ayat Al Fatihah sentiasa menjadi amalan begitu juga doa selepas sembahyang. Semuanya jika dilakukan dengan ikhlas dan kerana Allah ianya akan mendapat tempatnya. Kalau tidak berjaya ianya juga ada hikmahnya dan perlu berusaha mencari kesilapan dan memperbaikinya. Semalam makanan berbuka ringkas dengan nasi berlauk chicken wing dan ikan tenggiri asam minang tambah sayur campur. Solat terawih juga lebih segar dan lancar. Adik Emee tunggu moreh roti bom dan mee goreng dan begitu berselera setelah berjaya menghabiskan solat terawih dan witirnya. Walaupun, sembahyang adik tidak khusuk kerana banyak pergerakan, jadi terpaksalah diberi nasihat dan sebab perlu tertil dan tertib dalam solat. Syarahan ustaz mengenai malam Lailatul Qadar dan Nuzul Koran juga begitu menyentuh jiwa jemaah. Wasalam.

Sunday 6 September 2009

BERBUKA ROTI NAN DAN NASI BRIANI

Ptg tadi berbuka nasi briani dan roti nan bersama keluarga di Rest AlBidayah TS And klg. Itupun selepas beberapa hari merancang pekena roti nan. Selepas solat Asar ke shopping J/Jus renew kad dan beli keperluan anak bersahur. Yang kecik dua orang dah tak jamah nasi waktu sahur jadi kami belikan breakfast cereals dan susu low fat. Jadi tak susah maknya nak masak lauk pauk awal pagi. Kami juga sediakan makanan ringkas seperti serunding, lemang, roti yang dibeli dari pasar Ramadhan. Tapi kalau makan berbuka, kena nasi sepingan, mee goreng, roti telur kena bahagi dua. Yang kecik dah minta makan di Pasta Mania, jadi kami kena ingatkan dia supaya makan di restoren kali ini, lain kali kena pulak kat mana pilihan dia, kerana semua pada awal nak makan di restoren mamak. Selesai kami bergegas balik rumah dan siap ke sembahyang tarawih malam ke 17. Wasalam

Friday 4 September 2009

NIKMATNYA PUASA

11 bulan makan siang malam manakala separuh bulan puasa hanya puasa di siang hari, tetapi masih ramai gagal berpuasa. Begitu juga, kalau bulan puasa boleh puasa tapi sembahyang gagal juga, wal hal sembahyang wajib 5 kali sehari. Ini tak kira lagi, bulan puasa yang yang sunat dapat pahala lebih. Saban tahun, perkara berulang, peringatan diberi tapi ada yang sama aje. Buat dak je? yang ditinggal berlalu tidak rasa bersalah sedikit pun jua.
Umur semakin meningkat dan kudrat semakin menurun, tapi lagak gaya macam nak hidup terus tapi tak pernah menyemak diri banyak hutang lagi belum langsai. Hutang tak solat, hutang zakat, hutang puasa, hutang sesama manusia tak terhitung banyaknya, kalau diberi ruang adakah mampu membayar hutang. Hutang rumah, hutang kereta ada penyata boleh lah tengok dan rancang untuk selesai bayar tapi hutang dengan Allah kenalah muhasabah/semak setiap masa selepas solat dan sebelum tidur. Kalau hutang di dunia mungkin saudaramara boleh bayar tapi kalau hutang akhir kenalah bayar dulu sebelum mati. Kalau nasib baik harta peninggalan boleh juga dijadikan modal pewaris membuat kebajikan tapi kalau dibuatnya maksiat melalui harta tinggal? macamana?
Inilah pelbagai ragam dan tingkah laku manusia, jadilah yang terpilih dan sentiasa beristifar, bertasbih bila mendapat rahmat dan musibah. jangan mengharapkan yang baik-baik belaka kerana yang itu kadang-kadang membuat kita leka, riak dan lupa diri- siapa kita? Kekadang musibah yang datang ada hikmahnya, supaya beringat, berwaspada dan balik ke pangkal jalan. Kalau dah buat baik di bulan mulia ini teruskan amalan selepas bulan puasa dan sentiasa beristiqamah dalam-hal-hal yang baik dan tinggalkan yang buruk. InsyaAllah pasti datang segala doa yang dipinta. Wasalam, coretan aku sedang berpuasa, azam dan cita-cita. Pejam mata dan renung sejenak berat timbangan dikanan lebih daripada kiri. Berfikir dengan penuh keinsafan walaupun sesaat amat berkesan. Cuba-cubalah ambil masa memikirkan diri ke arah kebaikan apabila perut kosong kerana menunaikan perintah Allah.

Tuesday 1 September 2009

PUASA KE 11

01 Sep 09. ARI KE 11 PUSA- kami sekeluarga berbuka di JM Briani Tesco Shah Alam bersama Illah dan rakan dari Food Tech Tourism (Aishah) orang Kedah. Yang lepas ari pertama berbuka dengan Sai di Jusco. Kali ini kami bertujuh, tinggal abang Ngah yang belum balik. Mungkin pertengahan bulan Sept setelah tamat Praktikum di KEDA. Kami berjanji di Tesco dekat stadium Extra rupa-rupanya di Tesco Hyper. Memandangkan masa suntuk kami berbuka disurau Tesco dan terus solat Maghrib. Masa di surau aku kejutkan hamba Allah yang tertidur disurau walaupun waktu berbuka berlalu dan selepas solat masih meneruskan hajatnya. Setelah selesai kami berkesempatan membeli barangan dapur sebelum menjamah nasi briani. Alhamdullilah, rezeki NB masih ada, kami yang terakhir dapat pesanan. Selesai kami ke Stesyen Komuter Padang Jawa hantar Aishah balik ke Kelana Jaya. Setelah berbual baru dikenali,rupa-rupanya bau-bau bacang dengan K>Maizura/Kak Ma orang Sg Limau. Rakan Frienster anak. Wassalam

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive