Thursday 20 December 2012

PINDAH RANDAH DAN KERENAH SAMPINGAN

         Rancangan asal perpindahan ke Klg dibatalkan. Permohonan di KPTOJ diluluskan. Aku bergegas ke Tkt 12 mendapatkan surat kelulusan sebelum ke Pej PP. Setelah selesai mendapat surat aku terus ke Pej DPTOJ dan hanya rumah boleh diambil pada hari khamis 29 Dis. Esok selepas ke W.Selborn JP bagi pertukaran sekolah aku terus ke pej perumahan untuk mengambilalih dan menyemak keperluan berkaitan. Selepas selesai aku kembali ke kolej bagi persiapan pergerakan balik ke PP dan seterusnya merancang pergerakan perpindahan keluarga dan  barangan.  Setelah semuanya selesai, aku ke BTR bagi menyerahkan kunci dan wang belanja bagi membersihkan rumah dan belanja makan. Tepat jam 1600 aku di UTC bagi pergerakan balik, sepanjang perjalanan aku masih batuk walaupun telah telan ubat batuk. Bas bergerak ke Ipoh dan sampai di destinasi jam 1000 malam. Urusan mengemas terus berjalan keesokan harinya dan semua barang dipunggah sebelah petang Jumaat dan pergerakan ke KL pada 1 Dis. Bantuan anak buah memudahkan perpindahan dan semuanya selesai jam 1630. Jamuan pulut kuning, kari daging serta air minuman kepada yang membantu manakala yang meneruskan perjalanan disedekahkan wang makan dan belanja runcit.
          Jam 0800 kami bergerak dan sampi di KL jam 1ptg dan semua barang siap dipunggah jam 2 petang. Semuanya berjalan lancar dan walaupun keletihan kami berjaya memunggah dan memasukan barangan ke tempat yang ditetapkan. Malam itu, kami makan diluar dan keletihan. Kerja-kerja menegmas masih berjalan walaupun hampir 3 minggu memasuki rumah. Belanja juga meningkat dan tuntutan juga diselesaikan dan akan dibayar melalui peruntukan kolej. Semua ini berjalan dengan lancar seperti dirancang dan Allah yang menentukanya.  Semua anak juga berkumpul bagi membantu dan memudahkan setiap kerja-kerja mengemas dan menyusun barangan-barang di dalam tempat yang ditetapkan. Perpindahan yang paling singkat selepas kali ke 10. Harap-harap ini kali kedua terakhir sebelum bersara dan menetap dirumah sendiri pulak.

Friday 7 December 2012

BATUK dan SAKIT TEKAK..............

                  Semasa memandu balik ke KL tekak mula terasa perit, suara juga serak dan gatal. Ubat strepsil dikulum sepanjang perjalanan. Jam 830 mlm tiba di JDSKlg selepas makan dan memunggah barang ke WPMTAT. Hujan renyai-renyai selepas mengemas barang-barang, LCD dan sakit-sakit dan gatal tekak mula rancak. Ini  mungkin juga disebabkan habuk, kepenatan dan perubahan cuaca, Jam 2 pagi baru berbaring di atas katil jam 3 terbangun batuk dan tekak kering, sepanjang pagi tidur terganggu. Ubat batuk juga ditelan bagi meredakan tekak dan batuk, batuk berterusan hingga kepagi dan sepanjang hari terasa sakit tekak berterusan sudah hampir 2 minggu 2 botol ubat batuk, strepsil, fisherman, air lee chee kang, air badak, MUCINEX juga kurang berkesan. Ayat Alquran dan doa juga disusuli bagi mengurangkan sakit tekak dan ketidak keselesaan. Diwaktu malam tidur terganggu dengan batuk-batuk dan menggangu tidur sehingga isteri juga risau. Ayat pendinding juga disusuli dan air listerine, asam jawa dan air garam semua diusahakan. InsyaAllah semua akan baik dan hari ini agak sedikit selesa dan berdoa baik sebelum 10 Dis 12. InsyaAllah.

KL KALI KE 7

Sejak mula khidmat sudah kali ke 7 bertugas di KL, (80-88 -90-92  -94-    2003 -2006 -2008- 2011-2012), hampir 26 tahun. Kali ini pergerakan dibuat dengan cepat dan semuanya diselesaikan dalam masa 2 minggu. Blok 9 menjadi sarang burung layang-layang sehingga akhir perkhidmatan, InsyaAllah. Setelah mendapat lampu hijau urusan mengambilalih rumah berjalan seperti dirancang dengan izin Allah rancang asal balik ke JDS16Klg dibatalkan. Pada masa yang sama sarang merpati di Pearl Is juga diselesaikan pada 30 Nob. Semua rakan datang membantu dan jam 1 kami dah masuk blok 9 tkt 1. Di KL anak dan rakan-rakan telah mengemas rumah dan kami selselaikan semua barang ke dalam rumah jam 3 ptg. Sampai kemalam dan 1 Dis masih lagi mengemas dan membuka kotak-kotak. Rumah pun masih baru walaupun masih ada beberapa perkara/tempat perlu dibuat laporan kerosakan. 3 Dis mula kembali bertugas. Persiapan bagi keperluan pejabat juga dapat diselesaikan dan mula assigment pertama jadi sponsor DS un Lt Kol Savanh Loas idependent day. Hari berikutnya hadir sebagai pemantau MALFOR West  Dalaut @. Posting ini juga memerlukan hampir RM seribu dikeluarkan bagi makan, minum, upah dan perbelanjaan runcit. Allhamdulllilah semuanya berjalan lancar dengan izin Allah.

Wednesday 21 November 2012

BERALIH ANGIN KE KL

               1 Nob tarikh kembali ke KL, yang lain masih di P.Mutiara sementara waktu sehingga mendapat sarang burung merpati atau burung hantu. Kesibukan dengan aktiviti yang tidak dijangkakan telah berjaya diselesai mengikut perancangan awal. Majlis bermula 16 Nob, jam 3ptg dihadiri KSRizal,LogAziz dan  staf pejabat. Dimulakan dengan ucapan KS, tandatangan nota ST, cenderahati dan jamuan.  Penerangan lisan dan bergambar di lobi Eagle adalah saat terakhir. !8 Nob pergerakan ke WPHaigate, bilik 215-7. Hari pertama melapur di Welcome 2 Madhse? Knowledge is Strength kata-kata kenalan lama. Rakan dan kenalan lama menyebabkan aku rasa tidak terasing, Komdn DIsmet, G1Trg Benson, SADS Z, JSig Snr Jagjit, J18IsmailMog, J1 Baha, J2Azni, SNDSJalal, JSatwant, JKAD Shaiful, JRRRD Norizan, JRERAdam,JDrJanudin, AOZainudin. Dah masuk hari ketiga masih lagi membuat tuning, pertama tinggal famili, rakan lama.

Sunday 18 November 2012

CUTI DI KT dan AWAL MUHARAM

     Jam 2020 pesawat Mas mendarat di KT LTSM, cuaca berawan dan pesawat bergoncang seperti masuk lubang jalan. Kami menaiki pesawat B737 ke KL jam  540 ptg dan transit di KL setelah membuat daftar masuk dan kerana tidak bawa surat beranak terpaksa tiket adik emee dikeluarkan pada jam 510ptg. Sai terpaksa menghantar ke LTAPP dengan motosikal. Kami menaiki kereta sewa Alza dipandu oleh Adi ke 10Inn, Jalan Kemajuan - Kenapa dipanggil (kerana hanya ada 10 bilik aje). Setelah mendaftar masuk kami ke warung makan malam dengan sajian sotong goreng tepong, tomyam dan nasi goreng. Keesokan pada 131112 setelah bersarapan di gerai Mok Su MAKAN nasik lemak ikan dan keropok lekor rebus. Kami ke Pasar Payang dengan kereta sapu kancil. Kereta yang dijanjikan untuk disewa tidak dapat untuk tengahari jadi kami terpaksa ke Chendering mendapatkan kereta sewa lain. Bayaran RM 120.00 Saga BLM menjadi pengangkutan kami di KT, kami merancang ke KB tapi keadaan tayar WVJ botak dan steering bergoncang kami bertolak ke RAbang dan Dungun. Setelah mengisi minyak $).00 makan tengahari diMedan Selera BERHAPIRAN hYPERmarket Gergasi kami balik berehat di hotel. Jam 430 kami bertolak ke RA dan singgah di Tg Jara - ke Dungun dan berpatah balik ke KT. Makan malam ikan ayam/bara bakar, ketam masak cili, sayur kailan dan tomyam dan sejar air tembikai (RM140.00) di Tenang Pantai Bt Burok dan terjumpa kplpustekmapencen bercuti bersama keluarga. Keseokan pagi kami TTI makan nasi dagang ditepi Sg Terangganu, beli keropok lekor losong dan ke pasar Pasar Payang dan Stesen  bas KT beli baju bola, jean dan batik. Selepas menghantar kereta ke Chendering kami dihantar ke LTSM oleh Musafar ke Kedai Keropok Tok Beng, no tempahan 1168 bagi membeli KTB tetapi disebabkan masa mendaftar masuk agak kritikal  aku terpaksa membuat permohonan potong Q (setelah menunggu hampir 30 minit), Alhamdulillah rezeki mendapatkan KTB menjadi kenyataan. Jam 1640 penerbangan ke KL dengan pesawat baru 737-800 pesawat baru siap dengan interaktif screen di tempat duduk. Tidak ramai penumpang jadi sepanjang penerbangan kami leka dengan program masing-masing. Dapat  juga 23 mukasurat surah AlBaqarah. Tukar flt ke PP di Pintu B5 KLIA dan sampai tepat jam 1910 di awal Muharam. Kami dapat baca doa akhir tahun di KLIA dan malam dirumah solat Magrib, bacaan Yassin serta doa Awal tahun (Sai, Has dan Emee) serta solat Jemaah Isyak. Esoknya awal Muharam kehadiran pengantin baru dan sebelah petang 1630 menziarahi Kak Mastura di HSAH SP yang kritikal/koma dan seterusnya membantu menguruskan jenazah arwah (solat jenazah) sehingga jam 11mlm untuk pergerakan ke KL dan sampai balik diPP jam 1pagi. Keesokannya pula sekali lagi ke KemLTLSP mengziarahi arwah Sjn Ridzuan yang kembali kerahmatullah jam 630pagi, jenazah selesaikan disembahyangkan jam 1130 pagi dan dibawa balik ke Baling padang Temu. Disebelah petang pula jam 1500 majlis serah tugas dan selesai jam 1730 selepas jamuan minum petang (Mee Goreng, bihun dan kuah Somosa dan Pulut panggang). Selesai penugasan di PP selama 1 tahun 10 bulan. 

MUSIM KAHWIN

Tanggal 101112 tarikh keramat buat Adilla dan Irwan melangsungkan perkahwinan. Majlis bermula pada 61112 di masjid Aman dan seterusnya majlis kenduri pada 101112. Majlis kenduri berlansung masa cuti sekolah sememang akan ramai tetamu dan paling mudah menggunakan khidmat katering. Jamuan bermula jam 1200 tengahari dengan kari tulang tempatan, ayam masak merah, daging masak kurma, dalca. ditambah bengan bubur, mee kuah, kuah talam seri muka dan onde-onde. Cuaca baik dan pengantin dari Tokyo sampai jam 1230 diiringi kompang, disambut dengan flower girls (Damia/Mia) dan tornboys (Mat/Qayum). Tetamu dipelawa makan tengahari dan ramai kenalan datang walaupun hari tersebut banyak kenduri berlangsung. Buah tangan berupa kueh, gula-gula, bekas tembikar, pen dll dihadiahkan kepada tetamu yang bertandang disamping menerima sumabangan dan hadiah kepada pengantin.  Allahamdullilah jam 4 ptg baru hujan lebat mencurah. Selepas setengah jam semuanya kembali pulih. Bab mengemas juga menjadi masalah sebab semua keluarga balik dengan urusan masing-masing. Menantu dan anak-anak semuanya hadir. Sebelum bertolak balik tayar pancit (paku) dan dapat ditampal sebelum kedai tutup. Sampai dirumah jam 1020malam. Pada 151112 pengantin menyatakan hasrat bertanding kerumah. Jam 0800 pagi kami bergegas ke pasar mendapatkan bahan makan tengahari. Sempat orang rumah masak nasi tomato, kari kambing, dalca dan acar. Buah dokong dan pisang berangan menjadi pencuci mulut. Walaupun masa singkat dan kepenatan balik dari bercuti di KT. Hadiah buah tangan kepada pengantin kain pelikat (Iwan) dan kain batik dari KT buat Dilla.  

Friday 9 November 2012

RELAK

1 NOB 12, Tarikh bertukar keluar tapi masih belum lapur ketempat baru. Ambil cuti pendek rancang ke Ganu, dah book tiket dan hotel. Bangun awal macam biasa lepas 2 keluar menyelesaikan kerja-kerja yang mana patut. 6hb ke AS majlis akad nikah anak buah di M.Aman Spg KK-LB. Janji jam 1130 tapi pak Imam lewat sebab bukan khairah almaklum lah tumpang sat sebab imam masjid asal ke Mekah. Majlis berjalan dengan selamat dan selesai jam 1245 semua kelaparan terutama sebelah bertandang. Tahniah buat  Dilah dan Iwan. Kami berdua, lepas rehat bertolak balik ke BL. Masih dalam proses persiapan keperluan bertugas ditempat baru.

Thursday 1 November 2012

PULAU AMAN

Nama mengambarkan suasana tenteram dan selamat. rancangan bercuti ke pulau menjadi kenyataan apabila cuti hari raya kedua Aidil Adha jatuh pada hari Jumaat. Cuti panjang serta tidak balik kampong, kami merancang berkunjung dan bermalam di pulau A. Jam 1100 setelah sarapan pagi kami bertolak ke Jeti Tg Musang friendly Stone (Batu Kawan). Jam 1130 kami sampai dan bot sedang menunggu pelanggan. jam 1145 kami samai di jeti P>A. Terus ke Chalet Baiduri dan mendapatkan kunci dari Tok Chik(Mak Irwanshah). Sememangnya kami nak ke Restoren Mee Udang Restoren Terapong. Selepas menukar pakaian kami ke Jeti pekena mee udang sambil mencari umpan untuk memacing pada sebelah petang. Pengalaman dijeti semasa menanti pesanan juga memerhati gelagat penjual ikan di jeti, ramai pelanggan tai nampak penjualnya agak sombong dan tidak mesra. Mungkin jualannya maju atau sememangnya mukanya masam dan sentiasa sibuk.  Mungkin juga aku yang terasa hati? soalan yang diaju dijawab acuh tak acuh sebab pelanggan yang datang semuanya orang berada dan tidak tanya harga pakai ambil timbang dan bayar. Walau apapun aku perlu bersangka baik dan kalau peniaga mempunyai sikap baik, senyuman dan ramah pasti semua pelanggan akan lebih ramai datang di masa hadapan.
     Mee udang dipesan dijamah dan rasa yang boleh diberi 2 bintang cuma bezanya makan diatas laut (jeti ) dengan udang segar bersai L. Umpan ikan diperolehi dari nelayan cina tanpa bayaran memberi kelegaan kerana kebaikan dan kemesraan yang dipamirkan walaupun sibuk dan kepenatan kembali dari menangkap ikan. Selepas kekeyangan balik ke chalet solat zuhor dan kembali kejeti Chalet untu memancing. Kami 3 beranak melabuhkan joran dan setelah hampir 3 jam hanya seekor pari/Cuka bersaiz 200gm dinaikan.Petang relak sambil bersiar dikawasan kampong nelayan dan bersembang dengan pelancong dari Perlis yang turut bermalam di PA. Malam berlabuh selepas solat isyak ke jeti semula sehingga tengahmalam seekor ikan tidak menyetuh kail. Dengar-dengar cakap pemancing tegar ikan kuran disebabkan arus kuat dan juga kerja-kerja pembinaan jambatan kedua PP. Pagi-pagi kami berkemas dan balik ke Tg Musang jam 1100 dan makan di Restoren Pelita jam 1230. wasasalam

Menganalisa sistem politik BN - Oleh Datuk Yahya Lampong

Menganalisa sistem politik BN

The Malaysian Insider
http://my.news.yahoo.com/menganalisa-sistem-politik-bn-073408976.html
Oleh Datuk Yahya Lampong
KUALA LUMPUR, 1 Nov — Ramai orang bertanya saya, apakah bentuk kepimpinan Barisan Nasional (BN)? Ini kerana, sistem BN hanya satu di dunia dan sangat berbeza dengan sistem politik atau kepimpinan negara demokrasi.Raja berkuasa mutlak, kerajaan diktator, kerajaan komunis atau kerajaan totalitarian (berkuasa secara total atau berkuasa mutlak) adalah setaraf dengan kepimpinan BN sekarang. Sistem ini telah menyebabkan BN kekal berkuasa sejak dahulu dan akan berterusan jika tidak diubah. Nasib baik rakyat sekarang ada pilihan selain BN iaitu gabungan antara PKR-PAS-DAP untuk mengganti Barisan Nasional bagi memerintah negara.

Apa ciri-ciri kepimpinan BN? Bagi saya, antara cirinya adalah:-
Ciri pertama
Sistem politik Barisan Nasional atau BN berpaksikan kepimpinan autokrasi. Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional ialah Perdana Menteri. BN bertanding dalam pilihan raya umum. Anggota komponen seperti UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PPP, PBB, SUPP, SPDP, PRS, PBS, UPKO, PBRS dan LDP tidak bertanding dalam pilihan raya umum. Justeru itu, anggota komponen tidak mempunyai kekuatan politik, semuanya ada pada BN.
Sungguh pun UMNO tidak bertanding dalam pilihan raya umum, tetapi Presiden UMNO ialah Pengerusi BN. Presiden UMNO dan Pengerusi BN ialah Perdana Menteri.
Justeru itu, Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri berkuasa mutlak kerana BN bertanding dalam pilihan raya umum. Presiden-presiden anggota komponen tidak mempunyai kekuatan politik kerana mereka tidak bertanding dalam pilihan raya umum atas nama parti masing-masing.
Apabila Perdana Menteri berkuasa mutlak, hatta Majlis Tertinggi UMNO tidak mempunyai kekuatan politik kerana UMNO tidak bertanding dalam pilihan raya umum. Majlis Tertinggi parti-parti komponen juga tidak mempunyai kekuatan politik kerana parti-parti komponen tidak bertanding dalam pilihan raya umum.
Calon-calon dan kawasan-kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri atau DUN ditentukan oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri berkuasa mutlak (prerogative) untuk melantik anggota kabinet dan portfolio menteri-menteri. Dasar-dasar kerajaan ditentukan oleh Perdana Menteri.
Justeru itulah, bagi saya BN memperalatkan semua anggota komponennya dan mereka menjadi kuda tunggangan UMNO.
Ciri kedua
BN ialah kerajaan majoriti dua pertiga (2/3). UMNO ialah pertubuhan politik bangsa Melayu. Justeru itu, bangsa Melayu bersatu menyokong UMNO dan mengundi BN dalam pilihan raya umum. Apabila bangsa Melayu bersatu mengundi BN, maka BN berupaya membentuk kerajaan majoriti mudah (simple majority). Apabila bangsa Melayu bersatu menyokong UMNO, maka pribumi dari Sabah dan Sarawak juga bersatu mengundi BN dalam pilihan raya umum Bangsa Cina dan India ialah pengundi minoriti. Apabila bangsa Melayu, Pribumi Sabah dan Sarawak mengundi BN dalam pilihan raya umum, maka bangsa Cina dan India tidak ada pilihan selain daripada menyokong dan mengundi BN dalam pilihan raya umum atau berada dalam pembangkang.Apabila bangsa Melayu, Pribumi daripada Sabah dan Sarawak, bangsa Cina dan India bersatu mengundi BN dalam pilihan raya umum, maka kerajaan BN ialah kerajaan majoriti dua pertiga (2/3). Kerajaan majoriti dua pertiga tidak memberi peluang kepada pembangkang mengganti kerajaan BN. Justeru itu, Kerajaan BN dicipta untuk memerintah selamanya. Kerajaan yang tidak tertakluk kepada perubahan (not subject to regime change) ialah kerajaan satu-sistem.Bagi saya, kerajaan demokrasi ialah kerajaan satu-parti atau kerajaan campuran. Contoh kerajaan satu-parti ialah kerajaan PAS di negeri Kelantan atau kerajaan Berjaya  atau PBS di Sabah satu ketika dahulu. Contoh kerajaan campuran ialah kerajaan PKR-PAS-DAP di negeri Selangor.Kerajaan satu-sistem bukan kerajaan satu-parti atau kerajaan campuran. Kerajaan satu-sistem menguasai Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Justeru itu, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman (Judiciary) tertakluk kepada kuasa Perdana Menteri. Perlantikan ketua Polis,Tentera atau Ketua Hakim Negara ditentukan oleh Perdana Menteri.Apabila Perdana Menteri berkuasa mutlak, maka Perdana Menteri menguasai semua kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan termasuk Kementerian Kewangan. Justeru itu, Perdana Menteri berkuasa mutlak menganugerah projek-projek secara terus (direct award), rundingan (negotiated), terpilih (selected) atau projek-projek penswastaan (privatisition).Kerajaan BN menguasai media massa, media elektronik atau badan-badan NGO’s terletak di bawah kuasa dan budibicara Perdana Menteri.ISA juga terletak di bawah kuasa Perdana Menteri. Perdana Menteri berkuasa mutlak mengambil atau tidak tindakan terhadap menteri-menteri atau ketua-ketua menteri dan menteri-menteri besar yang rasuah.Justeru itu, kerajaan ini tidak tertakluk kepada prinsip pemisahan kuasa antara badan Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman.Kerajaan ini juga tidak tertakluk kepada prinsip ketelusan, imbangan dan sekatan, amanah dan pertanggungjawaban (not subject to checks and balances, integrity and accountability).Kerajaan BN juga mengamalkan falsafah politik Machiavelli, matlamat menghalalkan cara (The ends justify the means) untuk mendapat kuasa atau mengekalkan kuasa.
Justeru itu, kerajaan BN berkuasa mutlak. Pepatah Inggeris menyatakan, “Power corrupts. Absolute power, corrupts absolutely”. Kuasa mengakibatkan rasuah. Kuasa mutlak mengakibatkan rasuah mutlak. Rasuah mutlak mengakibatkan ketagih hingga ketahap ‘kleptomania’.
Ciri ketiga
Adalah terbukti bahawa sistem politik BN ialah sama seperti sistem politik komunis. Sistem politik komunis berpaksikan hli-ahli parti kerajaan komunis untuk memenangi pilihan raya umum. Majoriti pengundi dalam negara ialah ahli-ahli parti kerajaan komunis itu. Justeru itu, apabila pilihan raya umum diadakan kerajaan komunis tidak tertakluk kepada perubahan (not subject to regime change).Sistem politik BN ialah sama seperti sistem politik kerajaan komunis. Majoriti pengundi dalam negara ialah ahli-ahli BN.
Ciri keempat:
BN memecahbelah bangsa Melayu dan umat Islam kepada ahli dan bukan ahli, bangsa Cina kepada ahli dan bukan ahli, bangsa India kepada ahli dan bukan ahli, Pribumi Sabah dan Sarawak kepada ahli dan bukan ahli. Justeru itu, sistem politik BN memecahbelah rakyat Malaysia kepada ahli dan bukan ahli.Menurut kenyataan Setiausaha Agung BN Adnan Mansor, dalam akhbar, The New Straits Times, pada 9 September 2010, jumlah ahli-ahli BN ialah 7 juta orang.Dalam pilihan raya umum tahun 2008, jumlah pengundi dalam negara ialah 10,922,139 (SPR). Adalah terbukti bahawa majoriti pengundi dalam negara ialah ahli-ahli BN. Justeru itu, sistem politik kerajaan BN ialah sama seperti sistem politik kerajaan komunis. Kerajaan komunis tidak tertakluk kepada perubahan kerana majoriti pengundi dalam negara ialah ahli-ahli BN.Apabila ahli-ahli BN mengundi BN setiap kali pilihan raya umum diadakan, maka kerajaan BN tidak tertakluk kepada perubahan selamanya (not subject to regime change forever). Apabila kerajaan tidak tertakluk kepada perubahan, maka nasib rakyat Malaysia ialah sama seperti rakyat negara komunis atau rakyat negara Brunei Darussalam. Kerajaan negara Brunei Darussalam juga tidak tertakluk kepada perubahan selamanya. Rakyat Malaysia bernasib baik apabila Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) membuat kenyataan pada 28 Mei 2010, dalam akhbar The New Straits Times, bahawa ahli-ahli UMNO berjumlah 3,159,484. Apabila ahli-ahli BN ialah 7 juta, maka ahli-ahli anggota komponen ialah 3,840,516.Daripada kenyataan Presiden UMNO dan Setiausaha Agung BN, ahli-ahli anggota komponen sudah mengetahui bahawa BN mengamalkan sistem politik komunis untuk memenangi pilihan raya umum.Presiden UMNO dan Perdana Menteri juga mengamalkan kepimpinan autokrasi, berkuasa mutlak, rasuah mutlak, tidak tertakluk kepada perubahan dan menjadikan rakyat Malaysia seperti hamba, maka ahli-ahli anggota komponen berjumlah 3,840,516 sudah tentu tidak sanggup diperalatkan untuk mengamal sistem politik komunis.Tambahan pula, ahli-ahli anggota komponen mempunyai pilihan untuk mengundi Pakatan Rakyat bagi menjadi pemerintah baru negara.Gabungan atau campuran antara PKR, PAS dan DAP tidak berpaksikan sistem politik BN. Setiap parti PKR, PAS dan DAP bertanding dalam pilihan raya umum. Justeru itu, PKR, PAS dan DAP masing-masing mempunyai kekuatan politik mereka tersendiri. Tidak ada kuda tunggangan dalam gabungan campuran sebegini.Gabungan atau campuran tidak berpaksikan undi ahli-ahli untuk memenangi pilihan raya umum. Majoriti pengundi dalam negara ialah rakyat. PKR, PAS dan DAP berpaksikan undi rakyat. Justeru itu, PKR, PAS dan DAP berpaksikan sistem politik demokrasi.
Sistem politik demokrasi memberi hak dan kebebasan untuk memilih atau menukar kerajaan dalam pilihan raya umum. Justeru itu, kerajaan rakyat tertakluk kepada perubahan (subject to regime change).  Tidak ada kerajaan yang maksum (perfect) di dunia. Justeru itu, menjelang pilihan raya umum ke 13 akan datang, rakyat Malaysia bebas untuk mengundi kepimpinan autokrasi, berkuasa mutlak, resuah mutlak, kerajaan komunis, tidak tertakluk kepada perubahan dan untuk menjadi hamba kepada Perdana Menteri iaitu kerajaan BN selamanya atau memilih pihak lain.Ahli-ahli anggota komponen BN berjumlah 3,840,516 juga boleh untuk tidak diperalatkan oleh UMNO atau jadi kuda tunggangan  UMNO untuk mengamal sistem politik komunis atau sebaliknya.Bagi saya, hanya kroni-kroni Perdana Menteri (Presiden-Presiden anggota komponen) dan ahli-ahli UMNO berjumlah 3,159,484 akan mengundi BN.Jika begitu, sistem politik BN sudah tidak releven apabila ahli-ahli anggota komponen menolak sistem politik BN dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang.Dalam pilihan raya umum tahun 2008, rakyat Malaysia di Semenanjung sudah membuat keputusan untuk menolak kerajaan BN kerana sudah terlalu lama dan terlalu rasuah. Tanpa sokongan rakyat Sabah dan Sarawak, BN tentu sudah kehilangan kuasa. Dalam pada itupun,  BN hanya berupaya mengekalkan kuasa dengan majoriti mudah saja. Justeru itu, bagi saya, sistem politik BN sudah tidak releven.Setelah rakyat Malaysia keseluruhannya mengetahui (melalui kenyataan Presiden UMNO dan Setiausaha Agung) bahawa BN mengamalkan sistem politik komunis, maka lebih banyak rakyat di Semenanjung tidak akan mengundi BN dalam pilihan raya umum ke 13 berbanding dengan pilihan raya umum ke 12 pada tahun 2008 lalu.Saya juga yakin, rakyat Sabah dan Sarawak juga tidak akan mengundi BN dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang setelah mengetahui bahawa kerajaan BN ialah sama seperti kerajaan komunis.Justeru itu, bagi saya dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang, BN akan kehilangan kuasa. Majoriti bangsa Melayu, Cina, India, Pribumi Sabah dan Sarawak akan menolak sistem politik kerajaan BN kerana sistem politik BN sama seperti sistem politik komunis.
Rumusan
Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak menyatakan,  “Prosperity is no substitute for demokrasi”. Kemakmuran negara bukan pengganti demokrasi. Demikian penjelasan beliau apabila diminta memberi komen tentang sistem politik demokrasi berbanding dengan sistem politik komunis dalam lawatan beliau ke negara Myanmar dalam bulan Mac 2012 lalu.
Ekonomi negara China ialah kedua terbesar di dunia dan sudah menghantar angkasawan ke angkasa lepas, tetapi negara China tetap mengamalkan sistem politik komunis. Negara Russia mengadakan pilihan raya umum, tetapi pilihan raya umum dimanipulasi untuk memihak kepada kerajaan komunis.
Kerajaan diktator Hosni Mubarak mengadakan pilihan raya umum. Setiap kali pilihan raya umum diadakan NDP, iaitu parti Hosni Mubarak memenangi antara 80 peratus atau 90 peratus undi. Sebabnya, pengiraan undi diadakan dalam Kementerian Dalam Negeri. Peti undi yang kalah diganti dengan peti undi yang sudah berisi dan menang.Rakyat benci kepada kerajaan Hosni Mubarak, tetapi setiap kali pilihan raya umum diadakan, NDP mendapat undi luar biasa. Akhirnya, revolusi Arab Spring dilancarkan untuk menguling kerajaan Hosni Mubarak.Adalah diingatkan bahawa kerajaan komunis, diktator atau raja berkuasa mutlak mengamalkan falsafah politik Machiavelli, matlamat menghalalkan cara. Semua cara halal atau tidak digunakan untuk mendapat kuasa dan mengekalkan kuasa termasuk mengenepikan perintah Allah, menipu, membunuh, berlaku zalim dan ketepikan hak asasi dan kebebasan rakyat.Akhir sekali, BN berpaksikan undi ahli-ahli BN untuk memenangi pilihan raya umum. Sewajarnya BN dijadikan pertubuhan politik agar individu berhak menjadi ahli. Sebaliknya ahli-ahli BN ialah ahli-ahli anggota komponen. Tetapi dalam pilihan raya umum, ahli-ahli anggota komponen diperintah untuk mengundi BN. Justeru itu, ahli-ahli anggota komponen hanya diperalatkan agar Perdana Menteri BN berkuasa mutlak dan mengamal rasuah mutlak.Perkara ini sudah lama dipersoalkan oleh anggota BN tetapi tidak diendahkan. Tetapi anggota komponen tidak terdaya membuat tindakan. Pilihan ialah menyokong sistem politik BN atau berada dalam pembangkang.Tetapi, keadaan sudah berubah. Bangsa Melayu, Cina, India, Pribumi daripada Sabah dan Sarawak sudah mempunyai pilihan mengundi gabungan dalam Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum untuk memerintah dan biarkan BN jadi pembangkang kerana BN mengamalkan sistem politik komunis, berkuasa mutlak dan mengamalkan rasuah mutlak.
* Datuk Yahya Lampong adalah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar di era Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Ketika pembentukan DEB dan selepas itu pembentukan SEDC bagi semua negeri,  penulis dilantik menjadi Pengurus Besar Sabah SEDC yang pertama. Beliau telah mengiytiharkan keluar Umno dan menyertai PKR.

Tuesday 23 October 2012

HAJI MABRUR, HAJI AKBAR

Macamanana nak dapat haji mabrur. pelbagai kisah dan cerita dimuatkan bagi mengambarkan apa itu haji mabrur.....bahasa paling mudah bila balik dah tak buat dosa-doasa kcil hingga dosa besar. Bolehkah/ diteruskan sehingga akhir hayat? Walau apapun ianya bergantung kepada niat dan pelaksanaan seseorang dan dengan kehendak Allah subhanahuwataala. Ada yang balik haji seminggu berubah lepas itu balik ke tabiat lama dan ada yang buang tudung, dosa-dosa kecil semakin bertambah dan kembali ke asal.

PANGGILAN HAJI

       Telah mula langkah pertama daftar haji dan kalau ikut 2048 baru boleh pergi, itu pun kalau cukup had dibenarkan. Walau apa pun sebelum berakhir jan 2015 kena cukup RM 15,000.00 untuk persapan ke Tanah Suci pada tahun 2015. Sekarang dah mula baca travelog haji buku 1 dah habis baca, travelog ke 2 dah separuh dan sekarang sedang baca buku panduan ibadat haji & umrah.  tahun 2013 dan 2014  kalau cukup simpanan nak buat umrah dulu dan sambil itu kena pelengkapkan ilmu dengan berguru dan mengikuti kelas agama, solat, bacaan Alquran dan cara ibadah haji dan umrah. Kena tambah lagi dengan bahasa arab mudah dan cepat.

Saturday 6 October 2012

fishing stage kat Gertak Sanggul

Jumpa G3 kat warong, Jam 0900 dia kata nak fishing kat kolam ikan. Lepas makan ke TCE Tackle beli keperluan pancing. Jam 1145 mula pancing habuk x dapat hingga 1430 sekor siakap saiz 500gm dibawa naik. Rezeki dapat bawa balik 3 ekor. Ha-hahahahaha 40 ringgit 3 jam, berbaloi kalau tidak lesap bib. Ok petua dah dapat macam mana nak dapat ikan selain doa, caranaya perabut, pelampong dan umpan serta lokasi ikan berkumpul/bermain kena juga tahu. Ok next time akan kembali dengan tangkapan lebih besar dan banyak.

DARI PP KE SEMUR-KT-KB-JELI-PP BALIK KB

Selepas solat Subuh dengan bacaan Al Khafi, tepat jam 8 dengan 3525 bertolak ke Ip dan singgah di Bek melawat RM Komatra yang masih belum siap, dan buat SC Chick 23 MD < 34 kg, isi minyak dan meneruskan perjalanan ke Spg Pulai, Cameroon, Logging, Semur jam 1330. Banyak ladang sayuran dikawasan logging dan terdapat banyak tanah tinggi dibersih ditarah untuk tanaman sayuran. Melawat RM ditemani 1Ahmad TarmiziRS. Meneruskan perjalanan sebelum itu singgah di warung makan tghari, Sampai di KT jam 1830. Rehat dan order makan mee goreng dan teh ais. Malam terus lelap hingga ke pagi. Selepas breakfast western (2 sosej,1 1/2 kpg dengan jem apple dan butter, sebiji telor mata lembu dan kacang panggang dengan air teh krimer) jam 0840 ke 512AW untuk taklimat EFT.
Taklimat dilaksanakan di 512mk dengan kehadiran yang terlibat, sebelum itu minum pagi kueh karipap inti ikan dan ondeh ikan. Selepas taklimat kena nasi dagang. selesai jam 1330. Petang rehat dan malam jam 2100 makan di bawah jambatan KT pekenan ikan bakar Ayam, ikan krop, sayur kalaian, sup tulang dan telor dadar. Thak kpd KKhairul. Tidur jam 2 pagi. Menyambung tugasan di sbg takir berjumpa anggota tkmsk. esok bergerak ke KB, sampai dan inap di GR RM 194/night. Esok mlm mesy dan malam jum Zul RT Koner. Pagi SAbtu balik singgah di Jeli lawat Wtr Tk Tumbi dan sampai diPP.

LAwatan kedua dan terakhir sebelum bertukar keluar. Pada 3 ke KB pula untuk LPA pada 4, lawt tek dit 8angbek. Balik ptg singgah di 746BandingNa. Ok selesai kawasan PTimor.

Sunday 9 September 2012

JAMUAN HARI RAYA BLOK C1 C2

Tahun 2011, majlis sambutan dibuat diperingkat D, dan tahun ini hanya diperingkat B masing-masing sebab D telah laksanakan pada 29 Ogos 12. Usul dan perbincangan dilaksankan pada 3 Sep 12 dengan kehadiran AJK dan penghuni. AJK kerja telah diputuskan dan menu dipersetujui dengan setiap tingkat menyediakan/menaja menu masing-masing dan yuran B menaja menu sampingan. Tkt 1 diketuai oleh TK Nik Halim dengan menu Soto, Tkt 2 rojak buah dengan cucuk-cucuk sosej dan nugget, Tkt 3 cahr koew teow, tkt 4 dengan roti canai, tkt 5 dengan cendol, tkt 6 dengan bihun tomyam, tkt 7 dengan mee kari dan tkt 8 nasi lemak. Menu sampingan lemang, ketupat palas, air minuman, buah, rendang dan nasi himpit kuah kacang serta polystrine (pinggan, cawan, mangkuk dan sudu/cawan /garpu plastik) oleh AJK sajian dengan peruntukan wang yuran ahli
       Persiapan dimuakan pada 7 Sep 12 denagn gotong royong membersihkan kawasan bawah blok dan longkang sekeliling. Pada 9 pagi kerja-kerja menyusun meja, kerusi dan lampu hiasan bermula sehingga jam 1900. semua berjalan lancar dengan beberapa tambahan serta susunatur gerai. Suasana meriah dengan lampu ketupat, kelip-kelip dan spot light serta muzik lagu raya menambah kemeriahan jamuan. Kerancakan persiapan hingga ke waktu magrib apabila makanan mula dipamirkan di gerai-gerai dan kanak-kanak mula mengerumuni gerai melihat persiapan terutamanya gerai cendol dan roti canai, ada yang sudah berbaju raya dan mengajak ibubapa membuat persiapan ke majlis. Tepat jam 2000 ada yang tidak sabar menunggu jamuan bermula telah mengisi perut yang berselera dengan menu disediakan.
       Jam 2030 jamuan bermula dengan masing-masing mendapatkan menu kegemaran masing-masing dan ketibaan tetamu juga menambahkan lagi suasana  majlis. Dato A dan Datin R sampai jam 2045 dengan Dato Z menyusul. tetamu lain juga mula tiba dengan disambut oleh penghuni. Majlis berlarutan sehingga jam 2300 dan yang diakhiri dengan letupan bunga api. Bab akhir sebelum tamat sekalilagi sajian menjadi meriah apabila jemputan saat akhir kader2MD dijemput. Penghabisannya semua selesai dicuci jam 0015. tahniah dan terima kasih kepada yang terlibat dan menghulurkan bantuan baik wang ringgit, idea, ringan tulang dan kehadiran Wassalam

Friday 7 September 2012

AKHIRNYA BERJAYA PUASA 6

      Syukur Allhamdullillah dapat menyelesaikan puasa sunat 6 hari (27/8 -1/9). Puasa berterusan 6 hari walaupun cabaran open house dan dihari akhir agar mencabar dengan pelbagai menu sebab anak dan menantu balik.

RUMAH TERBUKA HARI RAYA

        Budaya rumah terbuka mula menjadi trend masyarakat melayu masa kini. Jika ikut cara sunnah hanya 1 syawal diraikan bagi hari kemenangan. ianya diraikan dengan pakaian terbaru jika tiada boleh diraikan dengan pakaian yang terbaik dimiliki. Tetapi budaya rumah terbuka sudah berubah bersama dengan jumlah wang dipoket masing-masing. Seingat aku semasa tahun 60an ke 90an budaya ini tiada dalam album orang melayu. Siapa saja boleh datang kerana semua rumah sentiasa terbuka dan pastinya setiap hari ada menu disediakan, tak perlu ada jemputan boleh datang sebilang masa. Dulu kebanyakan adalah sedara mara sebab sekeliling rumah adalah sedaar sepupu sepapat. Bila keluarga berkembang seiring dengan rangkaian jalanraya, teknologi pengangkutan dan telefon ianya juga turut menukar budaya dan cara hidup. Sekarang nak dikatakan rumah terbuka tidak sesuai kerana ada sambutan hariraya dibuat di rumah, kedai, dewan, balairaya, bawah rumah bertingkat/flat/kondominium dan hanya jemputan dipanggil kadangkala jiran sebelah pun tak dijemput mungkin bukan keluarga terdekat, bukan sebangsa seagama ataupun sebab musuh atau ada kes sebelumnya. Orang sekarang pun sudah faham kalau tidak jemput tak payah kecik hati sebab makanan hariraya dah bersepah kalau teringin teramat (bau sedap) boleh cari jalan-jalan cari makan, google aje atau order online.
        Dikampong budaya rumah terbuka juga berlaku dengan pelbagai cara ada jemputan adik beradik sebab dikampong sudah bercampur kerana tanah pusaka telah dijual kepada orang luar yang mampu menawarkan harga lumayan ataupun marah dek tak adil pembahagian atau dah menetap diluar. Hari rumah terbuka juga dikhususkan kepada jemputan kepada rakan-rakan anak sekolah, rakan sepejabat, ahli persatuan, ahli politik bak kata masing-masing ada agenda tersendiri. Ada jemputan dikenakan berpakaian kebangsaan, bebas dll. Pokoknya ada diadakan bajet sendirian berupa sedekah, tapi yang malangnya ada guna wang kerajaan tapi pakai nama rumah terbuka nama sendiri, begitu juga ada dapat tajaan/sponsor daripada syarikat berurusan kerja, parti atau kelab atau gotong royong sesama rakan, persatuan ataupun perkongsian anak-anak, jiran atau persatuan/kumpulan. Tradisi ini yang dulunya pakai pinggan mangkuk sendiri atau syarikat tolong menolong dan menunya melibatkan 1 menu utama dan kueh, sekarang ada yang berkhemah arabian, berhawa dingin, meja bulat dan hidangan juga berkasta ada darjat Vip, non Vip dan juga menu pun berbeza. Yang malangnya kalau makanan disediakan tak cukup sebab salah bajet atau yang tak dijemput turut serta. Sebab itu, yang ada fikiran atau pernah buat open house tak akan pergi kalau tak dijemput takut-takut perkara sebegini berlaku. Disamping itu, anak-anak pakat jemput rakan dan tak maklum kepada penaja open house atau jemput maklum tak datang tapi datang juga disaat akhir. Biar apapun ini dianggap rezeki kalau dapat makanan tapi kalau tak dapat/makanan habih jangan dok kutuk tuan rumah/penganjur anggap tak ada rezeki ataupun kalau dapat makan sakit perut atau keracunan makanan.
       Budaya ini semakin hari semakin gah dengan masing-masing berlumba-lumba mempamirkan kekayaan atau kesombongan masing-masing. Gambargambar aktiviti dibuat publisiti menunjukan sambutan meriah, hebat malahan memperkecilkan pihak lain, ini tergolong apabila yang buat open house berpartian, berpuak dan berkelab. Menu juga dah lari ada berkonsepkan barat, Asia barat, melayu dll. Kalau orang Malaysia biasanya menu kemelayuan dengan ketupat, lemang, dodoi, rendang, kueh bahulu, sekarang dah mula campur aduk dah jadi majlis menu kenduri kahwin, hari lahir.
       Tahun ini hanya dapat jemputan 3 open house (2 D, Zaid, SMR dan 3 KAD). Tahun ini juga tak buat open hse cuma panggil sapa nak datang dan hanya di peringkat Blok C anggaran 200 ke 250 orang diadakan pada 9/9/12. Menu utama ikut tingkat (Soto, rojak buah dan jeli, koew teow, roti canai, bihun tom yam, ABC Cendol, mee kari dan nasi lemak) ditaja ikut meyuarat tingkat dan  menu lemang, ketupat, nasi himpit, air minum kordial dan panas serta peralatan hidangan pakai habis (polystrine) disediakan oleh blok sebanyak RM 1,200.00. Jemputan antara 100 ke 150 dipanjangkan kepada penghuni di sekeliling dan rakan-rakan.

Tuesday 28 August 2012

PUASA 6 SYAWAL

Berjaya juga memulakan puasa 6 hari di bulan Syawal. Ari ni dah 3 hari (27 Ogos 12)  InsyaAllah akan diselesaikan dan terus mengamalkan puasa sunat hari Isnin dan Khamis. Kuatkan iman dan kekalkan matlamat serta tambahkan lagi wirid serta amalan sunat lain. yang wajib ditambah baik. Wassalam

ANTARA BERAHI DAN REVOLUSI DALAM KARTUN

Antara berahi dan revolusi dalam kartun
ULASAN Sejarah awal kartun editorial tanah air, mengikut kajian Dr Muliyadi Mahamood dalam buku bertajuk The History of Malay Editorial Cartoons (1930-93), sudah bermula sejak 1930-an.
Melalui akhbar-akhbar tempatan, antaranya Warta Jenaka, Utusan Zaman dan Majlis, isu-isu mengenai kesedaran bangsa dan hala tuju kaum Melayu diketengahkan melalui watak-watak kartun.
Malah semenjak merdeka pada 1957, akhbar-akhbar perdana dengan giat berkempen mengenai keharmonian bangsa serta menyulam pelbagai propaganda pemerintah melalui segmen-segmen kartun editorial.

Kartunis-kartunis pelopor yang menyemarakkan dunia perkartunan tanah air waktu itu seperti Ali Sanat, Saidin Yahya, SB Ally dan Raja Hamzah.
Penghujung tahun 1970-an hingga pertengahan 1980-an menyaksikan kehadiran pengkartun-pengkartun popular yang menjadi pelapis kepada kegemilangan kartun-kartun Melayu.
Dunia perkartunan tanah air dimeriahkan dengan kemunculan komik-komik hebat seperti Gila-Gila, Batu Api dan Gelihati.

Genre seni awam
Nama-nama seperti Cabai, Kerengge, Ujang dan Nan mula mendapat perhatian ramai. Seperti mana kartun-kartun impresif tokoh kartunis Lat, kisah realiti kehidupan dan budaya harian masyarakat Malaysia diolah dengan jenaka yang bersahaja namun tetap membekas. Kini kita mempunyai Zunar, seorang lagi kartunis yang semakin menyerlah. Seringkali terpalit dengan pelbagai kontroversi akibat pengkaryaan beliau seputar kemelut politik tanah air, yang sudah mencakupi hampir 15 tahun pada tahun ini, Zunar merupakan seorang kartunis yang begitu prolifik dan disegani hingga ke peringkat antarabangsa.
Keberanian beliau mengetengahkan isu-isu hangat dengan pendekatan yang begitu artistik, telah membolehkan beliau menerima anugerah ""Courage in Editorial Cartoon" dari Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa, Washington DC pada tahun 2011.

"Zunar's cartoons are exactly what they should be, funny, well drawn and politically brave and powerful. I wish more cartoonists had the courage he has."
- Dr Robert Russell, Executive Director of Cartoonists Rights Network International (CRNI)

Zunar mula terlibat secara serius sebagai kartunis dan mula mendapat perhatian pada tahun 1986 bila mana beliau diterima menjadi kartunis tetap untuk majalah Gila-Gila. Kartun-kartun beliau pada waktu itu berkisar humor dalam kehidupan harian. Namun semenjak 1998, sewaktu bermulanya kemelut politik tanah air yang membenihkan era Reformasi, Zunar memilih untuk melontarkan pandangan politikalnya secara terang-terangan. Kartun-kartun Zunar menampilkan satira politik yang cukup bertenaga hingga mampu membeliakkan mata serta menggemuruhkan jiwa golongan politikus khususnya. Kartun-kartunnya sinis, hingga kadang-kadang membuatkan para pembaca tersenyum bukan sangat disebabkan leluconnya tetapi akibat tertampar dengan kebenarannya. Kartun merupakan salah satu genre seni awam yang sememangnya amat berkesan dan popular untuk menyalurkan mesej kepada masyarakat. Sifatnya yang senang didekati membolehkan pelbagai hasil para pengkartun sampai kepada kelompok sasaran dengan agak mudah.

Satu perkara menarik yang boleh disentuh mengenai penggunaan elemen kartun dalam bidang seni lukisan di Malaysia seperti mana yang hadir dalam karya-karya ikonik pelukis pelopor Zulkifli Dahalan dan Dzulkifli Buyong sekitar tahun 1970-an. Malah, apabila ditinjau senario seni catan kontemporari pada hari ini, kita dapat menyaksikan terdapat kemunculan lakaran-lakaran kartun dan karikatur yang semakin menonjol di dalam karya-karya seni. Antara pelukis kontemporari yang banyak menterjemahkan konsep mereka melalui pemaparan lukisan berasaskan kartun adalah seperti Noor Azizan Rahman Paiman, Roslisham Ismail dan Samsudin Wahab.  
Persembahan literal tanpa kiasan

Impak visual kartun atau karikatur yang kuat apabila digandingkan dengan konsep yang sesuai mampu menyampaikan maksud dengan lebih tepat dan berkesan. Dalam hal ini, lukisan-lukisan Zunar boleh juga dianggap sebagai karya-karya seni yang mempunyai keserasian bentuk (form) dan isi (content) yang berilhamkan persekitaran (context) yang amat dekat dengannya.
Dalam pameran Zunar, sekitar 160 buah kartun yang dihasilkan sejak 1998 hingga kini menampilkan humor kritisisme dunia real-politik tana hair dan amat penting dilihat sebagai satu bentuk rakaman sejarah perihal siasah negara. Sesungguhnya kartun-kartun yang dipaparkan melalui pameran ini mencerminkan sebuah kesatuan antara berahi seni dan revolusi politik seorang Zunar.

Karya-karya figuratif beliau mempunyai kualiti lakaran yang baik, temanya sarat dengan makna dan dipersembahkan secara literal tanpa kiasan. Melalui pemerhatian yang tajam serta kaji-selidik fakta yang mendalam, beliau menghunjamkan pandangan ke atas mediumnya dengan begitu yakin, lantang tanpa selindung demi menegakkan yang hak dan menentang yang batil.

Bak kata-kata keramat beliau, "why pinch when you can punch?" (mengapa hanya mencubit jika boleh menumbuk?)

NUR HANIM KHAIRUDDIN kurator untuk pameran solo pertama Zunar di Malaysia antara 1 hingga 9 September di Shah Alam. Tulisan ini dipetik daripada buku katalog yang akan dikeluarkan. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.petikan malaysiakini 29 Ogos 12

Sunday 26 August 2012

WALIMATUL URUS

            Raya kelapan jemputan kahwin di PLatUnit Udara anak G3.Jam 930 daripa WP ke Ipoh, (bersebelahan LTerbang Ipoh) sampai jam 1200, makan terus bergerak balik ke lahar Yooi SP keduri rumah u. K.arizal. Perjalanan selesa dengan Bas Pendekar PT 91. Ok juga kami dapat relak dan tak memenatkan. tak ramai 22 orang semuanya teruja bila bas berhenti ramai memandang ke arah bas dinaiki dan syoknya pengantin juga turut bergambar dengan foto tk pendekar. jam 1600 sampai di WP. T satu famili (4), Az satu famili (4), Wan satu famili (6), Khai satu famili (4), Lim dan Mat dan mamu.

EIDUL FITRI 1433H/19 OGOS12

Selepas solat subuh dan bertakbir, balik kerumah bersiap untuk ke Masjid bagi Solat Hari Raya. Diberi peluang orang terakhir bertakbir. Selesai solat ada jamuan. Balik umah dan jam 1045 bergerak balik ke AST--p. Sebelum itu singgah di Sdka rumah kakak, malangnya umah tidak ada eletrik dan air perlahan. Selepas makan balik ke rumah adik di Bt 3 Jln ASSP, baru balik umrah dapat juga air zam-zam dan wangian. Jam 3 ptg samapi diumah Mak alamat 123 TdpTTkling. Malam kami ke umah DIKlong Not BBQ ayam. Esok kami buat operasi bersih umah mak dan petang jam 3 ke open hse keluarga Hjh Som. Tak jadi ditunda sebab sibuk dengan kenduri. Petang kami balik dan singgah pekena nasi ikan halia di PP jbtn Pmarin Batu putih Uban. Sampai umah kami berkemas nak ke KL . ESok kami ke KL jam 1045 dan jalan mula sibuk dan agak sesak di RnR dan juga lepas tol. Kami ikut Behrang/Tg malim ikut jalan ke big River. jalanya beralun-alun dan bengkang bengkok, mak ai ada yang mula pening dan ada sendawa sebab tak makan. berhenti beli roti kat kedai runcit F.GendangSa. Mak ai jalan makin teruk berayun, lain kali x lalu lagi. Jalan ke bR makin dekat hampir jam 430 sampai. singgah dirumah besan dan lepas makan trillion kami bergerak ke klg jalan makin sesak dan berhenti solat di TgKrg. Lepas solat kami bergerak terus ke Klang makan malam diKFC klg. Balik terus kemas dan lelap kepenatan hampir 9 jam perjalanan. Esoknya kami kemas rumah dan beraya di SA makan ayam penyet, balik umah lepas shopping di JJBBT. HAbih RM 300.00. Esok pagi kemas rumah jam 11 ke BTR raya di TM dan JJ4. Malam balik ke umah. cCandanagn balik tertangguh ke petang kerana beraya di Lot 5225, Jln Cs kjg RnR Duokong. Jam 1630 balik ikut + sampai di umah jam 2200 setelah singgah makan di PkTam Tapah dan bekal nasi berayni (RM 71.00 6 bungkus lauk kambing dan ayam)  

Saturday 18 August 2012

HUDUD - PENJELASAN RINGKAS NIK ABDUH

1) Hukum jenayah Hudud dibezakan daripada hukum jenayah yang lain kerana sebutannya secara jelas di dalam al-Quran. Ia tiada campur tangan akal manusia bagi menentukannya demi kemaslahatan dan kebaikan manusia. Ia hukuman langsung daripada Allah.

Oleh sebab agama itu adalah demi kemaslahatan manusia, maka sebutan hudud yang jelas di dalam al-Quran memberi makna bahawa hukum hudud itu penuh dengan kebaikan dan kemaslahatan untuk manusia di dunia dan akhirat.

Ini adalah iman orang yang beriman kepada al-Quran. Kejelasan kebaikan dan kemaslahatan hukum itu mungkin dilihat melalui penjelasan al-Quran sendiri, ataupun dibiarkan saja manusia menerokainya dengan akal mereka agar pengkajian dan pengamatan itu menjadi satu kecantikan dalaman dan ibadah berfikir yang menyeronokkan dan menenangkan iman.

Justeru, penjelasan mengenai hukum hudud akan menghasilkan suatu yang pasti iaitu keindahan hukum jenayah Islam. Tiada sebarang pernyataan al-Quran terhadap sesuatu kecuali telah ditemui ketepatan, kebenaran dan kebaikannya untuk kehidupan manusia.

Walaupun ramai yang masih gagal melihatnya, tetapi telah terbukti semakin ramai pula yang mula melihat kembali kegelojohan awal dan akhirnya, akur dengan kehebatan hukum Islam yang sentiasa memperagakan kesyumulan, kesempurnaan, kesederhanaan dan kehadirannya di zaman moden ini, bahkan di sepanjang zaman.

2) Perlu difahami bahawa segala hukum Allah di dunia adalah untuk mendidik dan mengembalikan manusia kepada-Nya dengan taubat. Jika dia tetap enggan kembali dan taubat, maka hukum tersebut berguna untuk orang lain meneladani dan menginsafinya. Kesakitan di dunia bukan kesakitan di akhirat. Di dunia, kita menjadi sedar dan insaf, lalu kembali. Di akhirat nanti, hukuman dan kesakitan sudah tidak berguna lagi. Tiada lagi pintu taubat.

Hatta, kejadian bala tuhan di dunia seperti tsunami dan gempa, ia masih menonjolkan kebaikan agar manusia kembali kepada Allah dan tidak lalai. Begitulah hukuman Allah ke atas sesuatu, contohnya hukum hudud yang disebut jelas oleh Allah di dalam al-Quran, ia mengandungi seribu hikmat demi kemaslahatan dan kebaikan manusia di dunia dan akhirat juga.

Perhatikan sebagai contoh, dunia tahu bahawa arak dan zina adalah satu keburukan yang besar yang mengundang pelbagai masalah masyarakat dan kehidupan. Tetapi manusia barat dan dunia bukan Islam gagal menyekatnya kerana nafsu yang tidak terhalang. Justeru, mereka membiarkannya, bahkan berusaha menjustifikasikan kebaikannya dengan pelbagai nama, lambang dan helah. Tetapi lihatlah kerosakan yang berlaku kerana keduanya tidak dapat dibendung lagi. Manusia hilang keturunan, maruah, akal dan sering berperang dek hati menjadi keras kerana fungsi akal yang kalah kepada gejolak nafsu.

Allah mengetahui kesukaran manusia membendung penyakit ini. Dengan iman kepada keburukannya sekalipun, umat Islam akan tetap berselisih mengenai hukuman ke atasnya. Di situlah al-Quran campur tangan dengan menetapkan beberapa hukum dan hukum itulah dinamakan hudud.

Zina yang jelas dan cukup bukti sebagaimana tuntutan al-Quran dihududkan. Zina yang samar pembuktiannya dihukum takzirkan, iaitu diserah kepada undang-undang negara dan hakim memutuskannya. Apabila hudud terlaksana, pesalah yang dihukum dan masyarakat yang melihatnya akan merasai hukuman Allah sedang berlaku dan saat itu, ketakutan dan hubungan dengan agama menjadi hidup dan segar di dalam sanubari dan jiwa yang beriman. Mereka tidak berdendam dan kecewa kerana mahkamah hanya melaksanakan ketetapan tuhan yang maha adil dan penyayang.

3) Berbalik kepada dakwah dan seruan kepada hukum hudud, ia perlu difahami melalui beberapa dimensi;

Pertama, ia adalah satu kewajiban agar masyarakat Islam kembali kepada hukum Allah. Ia dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran bahawa umat Islam tiada pilihan lain ke atas sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebarang perlanggaran merupakan perlanggaran terhadap iman dan merosakkannya.

Justeru menyeru pemerintah Islam agar melaksanakan hukuman Islam adalah kewajiban umat. Ia adalah pernyataan dan tanda iman seseorang kepada kekuasaan Allah. Pemerintah dan umat adalah berdosa jika mereka saling menyembunyikannya, malah melebihkan hukuman akal manusia ke atas hukum Allah.

Kedua, ia adalah demi kemaslahatan dan kesejahteraan negara yang ditimpa pelbagai masalah kronik disebabkan jenayah masyarakat yang tak terbendung seperti zina, curi, arak dan lain-lain. Ia bukan hanya merosakkan agama, bahkan masyarakat hidup dalam ketakutan akibat jenayah curi, rompak, bunuh, buang bayi dan pelbagai lagi yang begitu menular.

Telah terbukti dalam sejarah perlaksanaan undang-undang sepanjang zaman, hukum hudud Islam dapat menyelesaikan masalah masyarakat dengan mudah, konsisten dan membina sekali.

Justeru, perlu difahami bahawa seruan kepada perlaksanaan hukum hudud adalah satu jalan terbaik ke arah pembinaan sebuah negara moden yang lebih dinamik dan harmoni untuk semua lapisan masyarakat.

Ketiga, ia adalah sejajar dan bersekali dengan kewajiban seruan kembali kepada Islam yang syumul dan sempurna. Keadilan dan kehebatan Islam hanya terserlah dengan sempurna apabila Islam dilaksanakan sepenuhnya di dalam semua aspek kehidupan.

Islam memperagakan kehebatannya melalui sentuhan ajaibnya di dalam seluruh medan dan genre kehidupan. Ia memperkenalkan kekuatan dan keadilannya di dalam aspek sosial, pendidikan, sains, ekonomi, politik, undang-undang, hiburan, kesihatan, bahasa, kesusasteraan, hubungan antara kaum sehinggalah hubungan diplomatik dan politik dunia yang bergerak laju. Hukuman hudud mengambil salah satu sudut pembinaan itu iaitu pembinaan masyarakat melalui pengubatan ke atas jenayah masyarakat yang mesti dihalang daripada merebak dan merosakkan kemajuan fizikal dan spiritual negara.

Justeru, adalah salah sama sekali jika seruan kepada hukuman jenayah hudud Islam itu dilihat secara bersendirian tanpa seruan kepada aspek kesempurnaan Islam yang lain, seolah-olah Islam itu kesempurnaannya hanyalah pada hukum hudud semata-mata. Ia salah sebagaimana juga salahnya seruan ke arah keadilan Islam tanpa memasukkan elemen keadilan undang-undang Islam di dalam seruan tersebut.

Keempat, ia bukan seruan yang meliputi rakyat non muslim. Walaupun hukum hudud adalah untuk keadilan sejagat di dunia ini, tetapi tiada elemen paksaan ke atas rakyat bukan Islam. Sebagaimana mereka tidak dipaksa masuk Islam, solat, puasa dan sebagainya, begitulah mereka tidak boleh dipaksa dengan ketetapan hukum hudud yang bukan hanya disyarakkan untuk kebaikan di dunia, malah untuk maksud kejayaan di akhirat dan bertujuan menguji ketundukan iman setiap muslim juga.

Justeru, hukuman kesalahan jenayah berkaitan hendaklah ditentukan oleh negara dalam hukum sivil yang diterima mereka. Malah, mereka pula diberi hak untuk menerima hukum hudud tersebut atau sebaliknya dan berbeza hukuman dengan masyarakat Islam. Masyarakat Islam pula tiada pilihan selain berhukum dengan hukuman agama mereka.

4) Berhadapan tentangan pelbagai pihak terhadap perlaksanaan hukum hudud, samada oleh kelompok ‘berpenyakit’ daripada kalangan umat Islam sendiri atau daripada majoriti non muslim yang masih keliru, beberapa kefahaman awal perlu diterapkan agar dapat memudahkan lagi ke arah penyelesaian berjangka pendek dan panjang.

Pertama, kekeliruan umat Islam terhadap hukum hudud adalah berpunca daripada kefahaman dan penyakit sekularisme barat yang membarah secara jelas selepas penjajahan barat ke atas negara-negara umat Islam. Ia bukan hanya isu umat Islam di Malaysia, bahkan ia adalah isu umat Islam sejagat yang secara terang menolak sistem dan hukum Islam di dalam pemerintahan.

Maka penentangan umat berpenyakit ini bukanlah suatu yang pelik. Penyakit yang dibawa penjajah barat ini memerlukan rawatan penuh kesabaran dan hikmat. Tetapi ia bukanlah suatu yang baru. Bukankah Islam itu sendiri adalah ubat dan penawar? Seorang doktor sentiasa berwibawa untuk mengubati penyakit yang dipakarinya. Islam adalah pakar di dalam semua penyakit manusia.

Dakwah ke arah hukum hudud terus dilaksanakan bersekali dakwah ke arah perlaksanaan Islam yang syumul dan komprehensif. Tanpa henti dan tanpa ketakutan. Hasilnya, daripada suara minoriti pejuang Islam, hari ini sambutan dan keinginan umat Islam untuk kembali kepada hukum Islam semakin kuat dan mencipta majoriti dengan izin Allah.

Hanya pemerintah negara yang menjadi punya penyebaran penyakit sekularisme sahaja yang masih berperanan aktif menolak hukum hudud. Ia hanyalah cerita pencuri yang enggan hukuman berat ke atas pencuri dilaksanakan. Ia mudah difahami.

Kedua, untuk lebih berwibawa dan mudah diterima, seruan ke arah perlaksanaan hukum hudud perlulah diselarikan dengan seruan ke arah penyelesaian Islam yang menyeluruh terhadap segala masalah negara. Aspek keadilan Islam melalui hukuman jenayah hudud akan lebih mudah difahami jika jalan penyelesaian Islam di dalam aspek-aspek lain turut diketengahkan.

Justeru, perbincangan penyelesaian Islam haruslah melampaui perbincangan berlegar hudud semata-mata. Para pendakwah mestilah mesra di dalam berbicara mengenai penyelesaian Islam di dalam aspek ekonomi, sosial, pendidikan, hiburan dan pelbagai lagi. Mereka perlukan menonjolkan kehebatan pensyariatan zakat, waqaf, ekonomi tanpa riba, kemartabatan wanita, sosial tanpa pergaulan bebas, kekeluargaan, kesenian, hiburan Islam dan lain-lain lagi. Islam perlu ditonjolkan dengan alternatif daripadanya yang menarik.

Dengan itu, seruan ke arah perlaksanaan hukum hudud akan lebih difahami dengan baik dan memikat hati masyarakat sama ada muslim atau non muslim sekalipun.

Ketiga, adalah salah menerima seruan sesetengah pihak daripada kalangan cerdik pandai moden muslim agar seruan ke arah perlaksanaan hukum hudud diketepikan atau ditangguhkan atau dibekukan terlebih dahulu, sebaliknya diketengahkan aspek kebaikan dan keadilan umum Islam agar lebih memikat semua pihak.

Seruan ke arah ini mengajak para pendakwah agar menumpukan kepada maqasid syar’iyah atau matlamat umum pensyariatan hukum Islam yang adil. Menurut gelombang ini, oleh kerana hukuman hudud penuh kontroversi, mengundang perdebatan dan sukar diterima oleh dunia moden hari ini, wajarlah penbincangan, bahkan perlaksanaan ini diketepikan terlebih dahulu dan ditumpukan seruan kita kepada perbincangan mengenai keadilan umum Islam di dalam politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Seruan ini ditolak dari tiga sudut;

3.1 Ia bukan daripada sunnah dakwah para rasul. Rasulullah SAW sendiri tidak merujuk di dalam seruan dakwah baginda kepada persoalan mudah dan payah. Baginda bermula dengan seruan akidah tauhid, satu seruan yang paling sukar diterima masyrakat jahiliyah berbanding seruan ke arah keadilan sosial, akhlak dan hak kekeluargaan.

Persoalan mendahulukan yang mudah ke atas yang payah hanyalah melibatkan teknik untuk menarik perhatian ke arah memahami Islam yang syumul dan ia sesekali tidak membantutkan, melengahkan, membekukan dan menangguhkan seruan ke arah Islam yang syumul, sama ada mudah difahami atau sebaliknya.

Ertinya, dakwah kepada Islam mestilah berjalan serentak agar mudah difahami dan tidak mengelirukan.

3.2 seruan ke arah Islam mestilah jelas dan terang. Adalah salah disembunyikan aspek yang berat dan sukar demi menarik sokongan masyarakat, terutama daripada kalangan non muslim kepada Islam. Dakwah jenis ini akan menyebabkan Islam difahami secara salah.

Akan wujud kelompok yang memuji Islam dalam aspek tertentu sahaja seperti soal hak-hak asasi dan kebebasan, tetapi mencela Islam di dalam soal-soal lain yang gagal difahami kerana diketepikan perbincangannya seperti hukum faraid yang membezakan pewarisan harta antara lelaki dan perempuan, pengehadan pergaulan antara jantina dan juga persoalan hukum hudud.

Keadaan mungkin menjadi parah jika mereka rasa tertipu saat memberikan sokongan kepada Islam kerana penerangan keadilan Islam yang terpilih dan mudah sahaja.

3.3 sebagaimana seruan dakwah kepada keadilan hukum hudud mestilah diteruskan, begitu juga perlaksanaannya mestilah dilakukan setelah kekuasaan pemerintahan diperoleh tanpa ditangguh dan dibekukan.

Kerana itu, walaupun hudud masih disangsikan di negeri-negeri lain, tetapi ia mesti dilaksanakan di Kelantan selepas sokongan rakyat dan kekuasaan penuh diperoleh. Menanti sehingga seluruh rakyat Malaysia menerima hukum ini adalah kesalahan dan perlanggaran terhadap hak Allah yang mewajibkan hukuman-Nya dilaksanakan sebgai bukti iman dan ketaatan hamba-Nya kepada-Nya.

Para ulama memperincikan persoalan ini dengan dalil yang jelas bahawa hukum hudud tidak boleh ditangguhkan perlaksanaannya saat tiba masanya. Apapun, artikel ringkas ini tidak akan memperincikannya di sini.

Keempat, kekeliruan non muslim terhadap perlaksanaan hukum hidup bukanlah suatu yang sukar difahami.

Perhatikan sebab-sebab berikut secara ringkas. Pertama, pengetahuan mereka mengenai Islam sendiri agak rendah. Justeru mereka memerlukan masa yang lebih lumayan untuk diberikan penjelasan.

Kedua, maklumat mereka mengenai undang-undang Islam terlalu naif, apatah parti pemerintah muslim sendiri tidak pernah memartabatkan undang-undang Islam dalam sistem pemerintahan negara. Malah, sebaliknya gambaran negatif pula yang diberikan.

Ketiga, kekeliruan mereka bahawa sebuah negara Islam akan membawa kesan buruk kepada kebebasan dan keadilan terhadap masyarakat non muslim.

Keempat, kalangan umat Islam yang berpenyakit terutama pemerintah sering menakut-nakutkan mereka dengan isu negara Islam.

Kelima, dunia dakwah terhadap non muslim dan dialog antara agama di negara kita agak ketinggalan dan kurang digerakkan secara lebih padu dan sistematik.

Justeru, adalah salah untuk mengatakan bahawa selama-lamanya masyarakat non muslim akan menolak hukum hudud yang tidak pun melibatkan mereka. Ia hanya ketakutan sementara yang boleh diatasi melalui penerangan yang berterusan dan sistematik.

5) PAS sebagai sebuah parti politik Islam yang menerajui seruan ke arah perlaksanaan hukum Islam yang menyeluruh, termasuk hukum hudud berhadapan isu-isu berkaitan dan perlu membina pendirian yang jelas mengenainya agar dimanfaati dengan baik oleh seluruh rakyat.

Pertama, seruan ke arah perlaksanaan hukum Islam adalah secara demokratik. Rakyat dan kuasa undi merekalah yang akan menentukan masa depan perlaksanaan syariah di negara kita. Ini adalah cara dan seruan yang sah di sisi undang-undang negara dan sistem demokrasinya.

Kedua, PAS, di dalam seruannya ke arah perlaksanaan hukum hudud, bersandar teguh kepada hukum agama yang mewajibkan umat Islam hidup berpandukan hukum syariat demi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Justeru, asas seruan PAS cukup gagah, jelas dan wajib. Ia sesekali bukan seruan sekadar menarik undi politik, bahkan ia adalah kewajiban dan amanah dakwah.

Ketiga, seluruh umat Islam, apatah jentera dakwah masyarakat wajib menyokong dan bersama PAS menyeru kepada perlaksanaan hukum Islam yang menyeluruh. PAS menginsafi sesetengah kelompok dakwah yang masih meragui kesungguhan PAS yang sejak sekian lama berjuang ke arah Islam yang syumul dan terus berharap agar mereka meredakan pertikaian yang tidak bermanfaat tersebut.

Keempat, Umno mestilah menyedari bahawa mereka begitu ketinggalan di dalam usaha dakwah kembali kepada Islam. Mereka bertanggung jawab melemahkan keinginan umat untuk kembali kepada Islam. Penentangan dan sekatan-sekatan yang berterusan membuktikan mereka berdolak-dalih, bahkan mengambil jalan berlawanan dengan aspirasi umat yang ingin kembali kepada ugama.

Kelima, DAP yang masih menentang perlaksanaan hukum hudud sama ada secara keras atau lembut, bukanlah penyebab utama terbantutnya usaha ke arah perlaksanaan sistem undang-undang Islam. Hubungan PAS dengan DAP di dalam Pakatan Rakyat telah banyak membantu PAS meyakinkan non muslim dengan kebenaran dan keadilan hukum Islam. Jika secara rasminya mereka masih menolak, tetapi ramai di antara mereka (non muslim) yang mula menerima dan tidak menentang perlaksanaannnya ke atas masyarakat Islam.

Oleh itu, pertikaian dengan DAP bukanlah suatu yang di luar jangkaan PAS. Di atas premis inilah, PAS membina jambatan perbincangan dengan masyarakat non muslim. Umno berusaha membakarnya.

Keenam, penyebab utama, di samping sebab-sebab lain, lambatnya penerimaan masyarakat terhadap hukum hudud adalah Umno. Daripada kata-kata buruk terhadap hukum-hukum Islam oleh para pemimpinnya sehinggalah amaran bertulis oleh Tun Dr Mahathir kepada kerajaan negeri Kelantan suatu ketika dulu, semua itu memberi kesan negatif yang menakutkan masyarakat untuk menerima hukum dan syariat Islam secara menyeluruh.

Ketujuh, PAS akan terus menyeru kepada perlaksanaan syariat Islam yang menyeluruh. Ia adalah keadilan, kesaksamaan dan keharmonian yang diimpikan oleh rakyat seluruh negara. Jika majoriti umat Islam dan walau sedikit daripada non muslim berjaya memberi sokongan majoriti kepada PAS, maka ia adalah pembuka pintu besar kepada kedaulatan Islam di negara tercinta. Umno sepatutnya merasa malu dengan sikap mereka sendiri yang mencemarkan kesucian syariat Islam.

Hari ini, sokongan kepada perlaksanaan hukum hudud dan syariat Islam semakin bertambah. Anak-anak muda dan generasi baru mula melihat keindahan Islam yang tidak dapat dihalang lagi. Paling menarik, masyarakat non muslim, di sebalik kehangatan perbincangan, semakin terbuka untuk bertanya dan berbicara mengenai Islam dan kesaksamaan syariatnya.

Adapun Karpal Singh itu, maka ia adalah.. adapun Tun Dr Mahathir itu..

Apa beza? Ya, agama bezanya. Saya tidak bertanya soal agama. Saya tanya soal penentangan mereka terhadap hukum hudud.

Justeru hujah-hujah yang dihulurkan kepada Karpal Singh, itulah yang dihulurkan buat Tun Mahathir. Jika Karpal Singh terus menentang, apa bezanya dengan Tun? Bahkan apa bezanya dengan Mmno? Bahkan lagi, perhatikan, selama mana DAP menentang hudud, udara keruh berjerebu itu akan dihirup segamaknya oleh Umno.

Siapa boleh menghalang PAS? Allah bersama orang-orang yang membantu agama-Nya. Jika anda mahu bersama Allah, maka PAS sentiasa mahu bersama Allah. Mengapa kita harus berbeza? Undilah PAS untuk hukum hudud, hukum Islam, syariat Islam dan keadilan Islam yang agung.

http://nikabduh.com

Wednesday 15 August 2012

729 hampir berbuka puasa

Hari ini jam 734 waktu berbuka puasa dah masuk 26 hari berpuasa. Kali ini bersahur hanya sekali makan nasi, itu pun sebab berqiamullail di Surau An Nur. 4 kali berbuka diluar itu pun di WP, Suarau dan di Tpg. Semuanya ok dan tambah baik daripada tahun terdahulu. Wasalam.

MAJLIS KHTAM ALQURAN-14 OGOS12/25 RAMADHAN 1433H

         Setelah hampir 3 minggu majlis telah disempurnakan oleh MJAziazan di surau 2MD. Seramai 8 peserta menerima cendrahati berupa senaskah Al Quran, suarta Yassin & Al Muthurat dan sebatang Pena. Tahun ini lebih banyak bacaan berbanding tahun terdahulu kerana kurang tugas luar. InsyaAllah tahun hadapan akan lebih banyak lagi dan lancar bacaan. Wassalam

MAJLIS BUKA PUASA DAN TARAWIH DI MASJID AL MUJAHIDEEN SP PERUDA

             Alhamdullillah, majlis yang dirancang dan disusunatut telah menjadi keyataan pada tanggal 13 Ogos 12 bersamaan 24 Ramadhan 1433H. Semua ini adalah atas usaha kelab roda 10 dan MKKP2DIV. Bantuan khemah dan meja dan cenderahati daripada TKKPD semasa HUTKPD55. Program sepatutnya bermula selepas magrib ditangguhkan selepas solat Magrib disebabkan kesesakan di atas jambatan P.Pinang. kami disambut oleh PW@Halim, AJK Kelab dan sambil bersalaman dan berkenalan dengan yang hadir. Selepas berbuka dan solat magrib majlis diadakan di dewan penduduk. Ucapan oleh Sjn Nasrol dan dikuti ucapan PS!KPD serta penyampaian cendrahati kepada balu-balu. seramai 8 balu hadir dengan penyampaian kain pelikat kepada tetamu lelaki. Majlis  diteruskan dengan solat Isyak, tarawih dan moreh. majlis ditamatkan jam 2230. Diharapan kelab ini akan terus kekal dan mengekalkan talisilaturahim. Wassalam

Monday 6 August 2012

PUASA RAMADHAN 1433H -NUZUL QURAN

           Semenjak bermulanya 1 Ramadhan, baru kali pertama menjamah nasi semasa sahur itupun sebab bersahur di surau bagi majlis qiamullail. Menjadi kebiasaan bersahur dengan oat, air suam atau roti. Kalau dulu, sememangnya kena nasi dan air lebih, takut tak larat puasa dan dahaga. Apabila umur meningkat banyak telan ubat pulak dari makan nasi. kali ini banyak masa berbuka semuanya di rumah kecuali 2  Ogos. Ke  pasar Ramadhan sudah 4 kali membeli juadah berbuka dengan nasi kerabu, ayam madu, nasi dhal. 2 hari beli kueh dan air soya. Masih kekal dengan niat mengurangkan belanja di pasar Ramadhan. Minggu ini dijangka ke KL buka puasa di Sg Besi deng YDPA, lepas itu, esok berbuka diumah dengan anak dan menantu, sembahyang tarawih di Surau AN Nur.
             6 Ogos, bermulanya magrib, masuk malam Nuzul Quran dan ari ini kami bercuti. Pagi ke pasar selepas baca alquran, program masak pecal, ikan talang bakar, air asam dan popia goreng. Esok jemput rakan berbuka diumah.Kalau jadi 8 ke KL. ( jumpa Dr di HATM. Balik buat program dengan x 10KKP bagi program berbuka dan sampaikan sumbangan KKP kepada ibu tunggal dan anak OKU di kwsn SP.

Sunday 29 July 2012

BAKAT DI KLTN 4-5 JUL 12




EKS EAGLE 1/12 25 JUN- 8 JUL12

PERASMIAAN DI SPG BELURU KK

15 EKOR KAMBING PENUTUP JAMUAN

IKAN BAKAR LEEKOH, TALAPIA, ARA, KELAH PADA 7 JUL 12

200 kG + 300 KG RAMBUTAN HABIH DALAM MASA 1 MINIT

SELEPAS 1 MINIT

PENDEKAR PT 91 LT GRIK

SISA KAMBING PANGGANG

SUKANEKA HUT KPD KE 55 14 JUL 12

HADIAH OKU

CENDERAHATI BALU

CENDRAHATI BALU

MUMIA LONDEH

TIUP SAMPAI KEMBONG


APA PANDANG-PANDANG
HUT BOLASEPAK BERAGAM


SAJIAN HIDANGAN VIP KSP

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive