Saturday 19 December 2009

ULANG TAHUN KELAHIRAN DAN PERKAHWINAN

23 Dis genap umur 49 tahun dan 25 Dis pula genap 25 tahun perkahwinan. Syukur semuanya berjalan seperti dirancang kekadangkali ada pasang surutnya. Kelahiran semasa kecil di Kpg AT, seterusnya dibsarkan di KSS. Dulu-dulu mana ada sambutan hari lahir dan tak tahupun umur semakin meningkat ditarikh kelahiran. Sekarang anak dari kecil lagi umur setahun diraikan dan diadaakan majlis kecil-kecilan dan diadakan tiup lilin dan potong kek, semakin anak bertambah majlis semakin mengecil hanya disambut di kalangan keluarga terdekat. Semakin anak membesar dan bekerja sambutan dibuat pula diambilalih oleh anak-anak meraiakan ibu bapa dan nenek. Hadiah tak perlu kebendaan sekadar ucapan selamat hari lahir sudah mencukupi untuk membuat kegembiraan dihati kecil.
Begitu juga sambutan hari perkahwinan diperingkat awal tidak diraikan kerana setiap hari adalah hari bahagia sehinggalah anak-anak membesar. Bukan apa sibuk dengan kehidupan dan membesarkan anak. Kadang-kadang bila dah masuk tahun kesepuluh, kelima belas dan kedua puluh makin ramai mengingatkan tarikh perkahwinan. Ada yang sambut hari ulangtahun tarikh akad nikah, tarik bersanding atau tarikh bertunang/berkenalan. Macam-macam cara ditentukan berdasarkan kepada ingatan dan kenangan manis. Aku mengunakan tarikh 25 hb sebab tarikh akad nikah/nikah gantung mudah ingat hari Krismas. Bertunang hari depavali dan bersanding/kenduri pula Tahun Baru Cina.
Masa bertunang aku bertandang ke rumah pengantin dari Kpg Baru dan bersamding dari Ampang dari rumah saudara, tetapi merisik dan tanda setuju keluarga smasa di Hospital Lady Templer. Sambutan hari lahir dan ulangtahun perkahwinan tiadalah terlalu penting tetapi ianya sekadar mengingatkan diri umur semakin meningkat, ikatan kekeluargaan telah 25 tahun dan begitu terasa hidup semakin saling memerlukan. Kadang kala kemana pun berdua sebab anak-anak dah tak nak ikut atau berada berjauhan (belajar/bekerja). Dari usia emas dan usia perak ulang tahun perkahwinan pastinya pelbagai peralihan akan berlaku, umur semakin tua, sakit, demam, matang, sensitif, dll mula terasa manakala usia kahwin perak semakin bertambah intim, sayang, sensitif dan manja makin terasa. Semuanya perlu diatasi dengan banyak beribadah, membaca hal-hal alam keluarga diusia matang (majalah midi dll) boleh menambah ikatan yang sedia terikat agar lebih bahagia dan kekal sehingga usia pencen. Diperingkat ini jangan banyak mengungkit cerita tak baik dulu-dulu dan kalau ada cepat-cepat pendekan dengan cara berhemah agar tiada yang tersentuh hati kecilnya. Macam TigerW, BungM, BillC dll yang boleh dijadikan sempadan. Kalau difikirkan orang lain yang lebih beruntung dijadikan tauladan pasti tidak pernah cukup untuk dicapai, jadi ambillah tauladan bagi orang yang gagal/kurang berkemampuan dijadikan keinsafan. Wasalam.

HARI LAHIR dan ULANGTAHUN PERKHWINAN

49 Tahun umur pada 23 Dis dan Jubli Perak ulang tahun perkahwinan pada 25 Dis

Thursday 17 December 2009

AWAL MUHARAM -1431HIJRIAH

Mengikut kelendar Islam masuknya awal Muharam adalah pada ptg 17 hb Dis 09. Kebiasaannya bagi yang mengambil berat hal-hal akhirat pasti tidak ketinggalan membaca dan mohon doa akhir tahun 1430H sebelum masuk waktu Maghrib dan selepas solat Maghrib didoakan kesejahteraan dan kebaikan dari awal tahun 1430H hingga ke akhir tahun disusuli dengan bacaan Yasin dan Tahlil. Banyak peristiwa sejarah semasa awal Muharam untuk dijadikan ikhtibar dan tauladan. Bukan pula dinafikan bulan lainnya tetapi awal tahun biarlah dilebihkan sikit supaya azam baru direkodkan dan mungkin boleh dikhususkan bab akhirat dan disekalikan dengan azam hal dunia. Lumrahnya majoriti orang Islam lebih meletakkan azam pada tahun baru 31 Dis sebab secara rasminya kalendar tersebut digunakan setiap hari dan kelendar Islam dah tak ingat kecuali bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah. Berita pelbagai sambutan tahun baru dianjur oleh kerajaan, pihak swasta, kumpulan atau persendirian dengan pelbagai ragam dan jadual yang padat. Tidak salah pada awal muharaam azam untuk mula solat, mula puasa sunat dan kebaikan-kebaikan lainnya dimulakan, bagi dah buat tu ditambahkan lagi dengan yang sunat dan dikhusyuknya agar bertambah baik. Jangan jadi sekelumit tak ingat langsung hal-hal akhirat. Di awal tahun 1431H marilah sama-sama kita mendoakan mereka diberi hidayah dari Allah. Wassalam.

Monday 14 December 2009

SAKIT MATA vs SAKIT PUNGKOR

Masa kecik-kecik dulu dan di kampong KSS biasanya kalau kena sakit mata jangan sebut sakit mata tapi kena sebut sakit pungkur bagi elak terkena sama sakit mata. Kalau dulu sakit satu kampung turut sakit. Sekarang sakit mata terpilih-pilih mungkin pergaulan terhad. Di Kpg kalau ada majlis ramai sanak saudara datang kenduri pasti bawa balik penyakit ke kpg berhampiran. Mitos lama tentang sakit mata sampai sanggup titis air kencing setitik dua dalam mata untuk cepat sembuh, begitu juga air dalam pucuk bemban turut dijadikan air titis ubat mata. Ada yang baik ada yang makin parah sebab semut ketit, najis burung, habuk, kuman dan lain-lain. Kalau pokok bemban dulu dijadikan tali bagi mengikat atap daun nipah. Batang bemban disiat kulit dan dijadikan tali. Sebelum digunakan tali bemban ini direndam dalam air parit atau bekas bagi kuat atau tak mudah putus. Berbalik sakit mata, aku dah 3 kali kena dalam masa sebulan. Jumpa Dr 3 kali dan yang peliknya kali pertama kena pertengahan Nov 2 mata, pada 25 Nov mata kanan sahaja, 3 Dis mata kiri dan semalam 13 Dis mata kanan pulak. Bagi mengelak rakan lain dapat sakit MC dikeluarkan Dr.
Kalau jumpa rakan, katanya mesti tengok benda tak sepatutnya tengok, mengendap orang berak? dan macam macam tanggapan karut. Kalau begitu yang sakit mata semua skondeng? kaki tengok benda tak sepatutnya? Jadi semuanya karut tapi yang sebenarnya kita kena bersyukur kerana penyakit daripada Allah banyak hikmahnya, terutamanya kepada yang kena, Dr pulak dapat pengalaman dan duit, ubatan di farmasi dan pengeluar laku dll lagi beb. Ini lah dikatakan rahmat dari penyakit. Bagi yang kena, ingat Allah boleh bagi penyakit sekelip mata dan kenalah beringat dan bersyukur Allah masih sayangkan umatnya. Kalau dibutakan terus apa macam? Yang sakit kena terus berubat, taruh ubat dan jangan guna ubat yang tak iktiraf seperti air kencing atau air bemban. Uabat disyorkan Chloramphenicol 5g eye ointment sapu malam sebelum kun (tiduk,tidur, sleep), nicol eye drop 2 kali sehari dan T.Cholorophemiramine maleate 4 mg (1 biji 3 kali sehari) jika mata gatai-gatai.
Petua kalau nak elak setahun tak kena sakit mata makanlah buah delima merah sekali dalam setahun. Sekarang dah mudah air delima merah dah dibotolkan, minumlah jika perlu kepada yang belum sakit mata. Begitu juga makanlah lobak merah mentah sebatang sehari atau sebatang lobak merah, sebiji timun dan 2 btg lek dijadikan jus diminum selama 3 hari berturut-turut. Wassalam.

Sunday 13 December 2009

2 minggu aku tak masuk pejabat, seminggu di Langkawi dan seminggu lagi MC. Rasa lama juga dan bosan sebab semua urusan tak boleh buat dan makan pun kena beringat. Isteri dan anak-anak semuanya membantu sediakan keperluan dari makan ubat, pagi dan kemalamnya. Yang bongsu kalau disuruh pasti cepat membantu begitu yang lainya semuanya ambil berat. Di dalam sakit sememang kita perlu bersyukur kerana ianya boleh mengikat ikatan kekeluargaan dengan lebih erat dan yang sakit pasti tahu umur semakin meningkat dan perlu banyak ingatan pada pencipta. Kalu sesiapa tak sakit pasti rugi kerana dugaan Allah banyak hikmahnya. Semasa cuti sakit semua anak dirumah dan tidak sibuk sebab semua anak bercuti sekolah dan di hari minggu semua berkumpul. Makanan berkhasiat turut menjadi menu dan makan pun kena ikut waktu sebab kena makan ubat. Dulu, makan ubat tak menentu kalau sibuk sampai tengahahri baru makan begitu juga sebelah malam kadang-kadang lupa makan. Tidur pun lelap sebab tak takut lewat bangun. Begitulah sedikit sebanyak masa terisi di waktu MC. Sekembalinya pasti banyak kerja perlu dibereskan sebelum akhir tahun. Esok kena hadir di Parlimen pulak bagi tugasan membantu kementerian semasa sesi soal jawab lisan yang berkaitan BCJ Log. Wasalam.

SELAMAT HARI LAHIR IBU KE 70

Esok 14 Dis 09, genap usia ibu ke 70 tahun. 3 tahun lalu kami sekeluarga, kakak dan adik berkumpul dirumah baru ibu sebagai hadiah kepada ibu tersayang. Semenjak kematian ayah tahun 2003 rumah kami di KSS ditinggalkan dan sekarang disewa. Rumah baru lebih selamat dan berdekatan dengan rumah adik-adiknya. Dulu ibu selalu berpindah sebab takut duduk seorang bila malam tambahan kalau hujan ribut. Sekarang ibu selesa tinggal dirumah. Tahun ini kami tidak berkesempatan balik bersama ibu tetapi ucapan melalui telefon sudah pasti mengembirakan ibu. Ibu amat mengambil berat kesihatan ku dan pasti setiap kali menelofen bertanya khabar.
Ibu selalu mendoakan aku sentiasa sihat, begitu juga aku pasti menghadiahkan Alfatihah setiap kali sembahyang dan juga sebelum tidur. Semoga ibu terus sihat dan sentiasa memamaafkan aku dan keluarga jika ada salah silap. Kadangkala kesilapan kecil yang boleh mengecilkan hati ibu. Selamat Hari Ibu buat ibu tersayang. Waktu muda dulu sambutan hari ibu tidak dilakukan tetapi sekarang pasti hari lahirnya sentiasa diingat. Wasalam.

Thursday 10 December 2009

GAMBAR-GAMBAR





HOTEL MAYA dan TANAH PERKUBURAN JALAN AMPANG

Jam 7 pagi aku, isteri dan 2 anak (Illah &Emee) bertolak ke Kpg Baru bagi menziarahi kematian saudara. Setibanya di Masjid Kpg Baru, jenazah telah siap disembahyangkan selepas subuh. Aku hanya sempat membacakan Alfatihah dan surah Yasin. Sementara menantikan van jenazah dan kubur siap digali, kami beredar ke gerai berhampiran Hospital Islam Kpg Baru bagi sarapan pagi. Jam 10 pagi kami ke tanah perkuburan Jalan Ampang, sementara ketibaan jenazah aku sambil membaca Al fatihah disedekahkan kepada ahli kubur turut melihat tanah perkuburan di tengah bandar dan berhampiran KLCC. Kubur paling lama tahun 1914 terletak jauh dipintu masuk berhampiran hotel dan lebuhraya AKLEH Jalan Ampang (berdasarkan nama ianya India Muslim dan sebagai interpreter). Disini juga bersemadinya Allahyarham P.Ramle, Saloma, Ibrahim Din dan juga orang-orang besar dan penduduk asal Kpg Baru. Terdapat nama-nama india muslim, cina muslim dan keturunan syed dll. Kubur yang luas dan agak padat adalah pertama kali aku masuk. Pohon tembusu seusia kubur tumbuh subur dan condong mungkin mencari arah matahari kerana sebahagian pintu masuk dipenuhi dengan pohon batu (bangunan, hotel, pejabat dan bank). Sekolah Lay Min juga bersempadan dengan tanah perkuburan ini. Selesai bacaan Talkin kami beredar ke parkir kenderaan dan aku terpandang nama hotel MAYA bersebelahan jalan masuk kubur Jalan Ampang, jadi aku pun terus memaklumkan isteri dan anak kalau di tambah T dihujungnya nama pasti Hotel Mayat? Sekarang orang dah tak takut dan tak kisah dengan tanah perkuburan kerana kawasan hotel dah terang benderang dan khabarnya bangunan di dalam tanah perkuburan pun dimasuki penceroboh bagi mengambil wayar, spotlight dan sampaikan pengusung jenazah pun nak diangkutnya. Dulu kalau ke tanah perkuburan kanak-kanak dan wanita pasti takut menghantar jenazah, begitu juga dengan lelaki kalau waktu malam melintasi tanah perkeburan pasti kecut dan berdebar-debar. Mulut pasti berkumat kamit membaca doa dan tidak toleh arah kubur. Sekarang semuanya tidak takut kerana lampu terang benderang, berpagar dan kawasan perkuburan juga nampak ceria dan tersusun rapi. Adik Emee dan Illah dapat juga melihat bagaimana jenazah dikebumikan dan berjumpa sanak saudara.Sekali lagi Al Fatihah buat Allahyarhamah Mak Ngah dan semua ahli kubur Jalan Ampang. Wassalam

Wednesday 9 December 2009

ALFATIHAH BUAT MAK NGAH KPG BARU

Hari ini hari kedua ke Hospital Tuanku Mizan ATM di Wangsa Maju di atas urusan kesihatan. Stress test ok dan keputusan tiada masalah komplikasi jantung, cuma kena tunggu pengesahan dari IJN mungkin hari Jumaat ini. Jam 1230, selepas pekena mee goreng aku dan isteri ke Kpg Baru melawat Mak Ngah Rafeah Anuar bersebelahan dengan Balai Polis Dang Wangi. Kali terakhir melawat pada hari raya pertama 27 Nov lalu. Hampir 2 minggu Mak Ngah di hospital Ampang dan baru 2 hari balik umah atas alasan dah lama tak balik umah. Setibanya kami dirumah, Mak Ngah nampak uzur dan Kak Ros maklumkan dah tak nak makan. Jadi isteri berikan susu anelen dan nasi bubur. Setelah meluangkan masa hampir 20 minit kami balik dan jam 4.53 ptg anak bang Mat (Yang) maklumkan Nek Ngah dah kembali ke rahmatullah di HKL. Itulah kali terakhir aku dapat mengusap rambut dan cium tangan Mak Ngah kali terakhirnya.Al fatihah dan semoga ditempatkan bersama-sama orang yang solehah. Wasalam.

Sunday 6 December 2009

SELAMAT HARI LAHIR BUAT ISTERI TERSAYANG

Ucapan kasih sayang daripada suami dan anak-anak kepada isteri tersayang. Anak-anak mengadakan majlis ringkas tanpa kehadiran anak kempat yang sedang menjalani latihan pelapes di UNIMAP. Kek choc secret recipe dengan kentucky menjadi hidangan makan malam dimulakan dengan lagu happy birthday. Tahun ini genap umurnya 4 plus puasa 6. Hadiah kasut baticol dari langkawi buat isteri semoga sihat selalu. Wasalam

KAROTID ANGIOPLASTI CEGAH STROK

KAROTID ANGIOPLASTI CEGAH STROK

BERITA MINGGU , 1HB FEBRUARI 09
Dr Shaiful menerangkan tentang rawatan karotid angioplasti. Pembedahan membaiki salur darah tersumbat dilakukan dengan satu tebukan pada kaki.

SELEPAS anda diserang strok, apakah nasihat doktor kepada anda? Biasanya doktor akan meminta anda mematuhi jadual pengambilan ubat, berhenti merokok, bersenam dan menjaga pemakanan anda. Ini bagi mengelakkan anda tidak diserang strok sekali lagi.

Sebenarnya strok boleh dicegah dengan prosedur karotid angioplasti atau pembedahan membaiki salur darah tersumbat. Ia sama saja dengan prosedur angioplasti lain, cuma yang membezakannya ia dilakukan pada bahagian karotid.

Pakar Runding Kardiologi, Institut Jantung Negara (IJN), Dr Shaiful Azmi Yahaya, berkata arteri karotid yang tersekat atau sempit boleh dirawat dengan karotid angioplasti. Malah, katanya ia prosedur yang mudah dengan hanya melakukan satu tebukan saja pada kaki dan prosesnya hanya mengambil masa kira-kira sejam. “Biasanya pesakit yang pernah diserang strok akan dibekalkan ubat mencairkan darah. Mereka tidak diberi pilihan atau diberitahu, mengenai prosedur karotid angioplasti. Atau kalau tahu pun, mereka tidak mahu lakukan kerana risiko komplikasi diserang strok atau mengalami masalah serangan jantung ketika prosedur dilakukan,” katanya.

Dr Shaiful Azmi berkata, risiko di bawah lima peratus itu adalah normal kerana apa saja pembedahan mempunyai komplikasi tersendiri. Selalunya, pesakit tidak mahu melakukan karotid angioplasti kerana takut diserang strok atau berhadapan dengan komplikasi lain ketika di dewan bedah.

Dalam prosedur karotid angioplasti, tiub (kateter) khas dengan belon kecil di hujungnya akan dimasukkan ke arteri karotid sebelum belon itu dikembungkan (inflated) apabila kateter sudah berada di kawasan arteri yang bermasalah.

Pengembungan belon akan menekan tisu lemak di dinding arteri dan menghasilkan pembukaan luas di dalam arteri. Ia kemudian membaiki laluan aliran darah. Sten mungkin juga dimasukkan ke situ bagi mengelak salur darah daripada sempit atau tertutup sekali lagi.

“Realitinya terlalu ramai pesakit yang dirawat kerana pesakit strok hanya diberikan ubat mencairkan darah. Mereka tidak diberitahu mengenai adanya prosedur membuka semula laluan karotid yang sempit atau tersekat,” katanya. Anehnya prosedur ini sudah dimulakan sejak 1980 oleh Dr Sean F Mullan dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat. Namun, kerana kebimbangan pakar perubatan sendiri mencuba, prosedur ini tidak begitu diketahui pesakit dania bukan satu pilihan popular untuk mencegah strok.

Bayangkan apabila berlaku sekatan di arteri yang menuju ke otak, sudah tentu sukar darah mengalir. Jika sekatan itu semakin besar atau darah beku tersangkut di arteri yang sempit, bila-bila masa saja anda akan diserang strok. Bagaimanapun, masih ada yang bernasib baik kerana walaupun diserang strok mereka boleh dipulihkan.

Karotid angioplasti membantu membuka laluan arteri yang sempit dan mengurangkan risiko anda diserang strok. Namun, anda tidak perlu menunggu hingga diserang strok untuk melakukan karotid angioplasti, sebaliknya melalui pemeriksaan berkala, anda boleh mengetahui sama ada anda berisiko untuk diserang strok atau sebaliknya. Jika anda berisiko, karotid angioplasti mungkin rawatan terbaik.

Mengenali arteri karotid.

  • Arteri karotid adalah arteri utama yang terletak di hadapan leher. Melalui arteri karotid, darah dari jantung bergerak ke otak. Terdapat dua arteri karotid yang paling biasa, di kanan dan kiri leher. Secara bersama, ia membekalkan aliran darah utama ke leher dan kepala. Arteri di seluruh tubuh boleh tersumbat kerana lebihan lemak yang dikenali sebagai plak. Plak akan membuatkan arteri sempit atau tersumbat. Jika berlaku sekatan atau penyempitan, ia boleh menyebabkan bekalan darah ke otak terputus atau berkurang sekali gus menyebabkan anda diserang strok.

Faktor risiko strok

  • Sejarah keluarga yang pernah diserang strok atau serangan jantung
  • Darah tinggi
  • Kolesterol tinggi
  • Kuat merokok
  • Diabetes
  • Tidak aktif bersukan, obesiti
  • Masalah jantung seperti ritma jantung tidak normal atau kegagalan jantung
  • Pernah diserang strok
  • Penggunaan bil cegah hamil atau terapi hormon

Simptom strok

  • Sukar berjalan - strok menyebabkan anda tersadung, pening atau hilang koordinasi.
  • Sukar bercakap - percakapan tidak jelas, tidak boleh bercakap ayat yang mudah.
  • Lumpuh atau kebas pada sebelah badan.
  • Sukar untuk melihat - pandangan kelabu, gelap atau melihat objek kelihatan berganda.
  • Sakit kepala yang tiba-tiba atau luar biasa yang disertai dengan leher terasa tegang, muka sakit, sakit pada kedua-dua mata atau muntah.
Sumber: Mayoclinic.com

Friday 4 December 2009

LIMA09 KENANGAN BEREHAT DIHOSPITAL

Semangat sebagai AO kepada tetamu negara berkobar-kobar, semua persiapan diatur bagi menyambut tetamu MOD Mynmar Senior Gen Than Swhe pada 30 Nov 09. Aku tiba dengan pesawat MAS A 300 pada 290900H Nov 09. Dari awal pagi aku dah rasa badan kurang sihat dan kepala pusing-pusing apabila bangun pagi dan apabila menapak anak tangga rumah ,terasa penat. Sampai di airport Langkawi pening semakin kuat tetapi masih kuat berjalan ke Tkt 1 Sekretariat Tetamu Negara di Airport Langkawi, ke Sel Pengangkutan dan Penginapan di Aquabeat. Jam 12 tengahari aku terus ke Mutiara Burau Bay untuk berehat sambil menyiapkan pakaian untuk tugasan nanti. Selepas solat Qasar Jamak terus berbaring apabila bangun terasa pening dan sakit kepala. Jam 3 ptg aku terus ke Hotel Berjaya membuat tinjauan bilik penginapan MOD dan bersama LO Ahmad Radzi ke Aquabeat bagi mengambil kenderaan. Aku mendapat seorang pemandu dan Kereta Waja dari Sel Pengangkutan (Skot Mej Fuad AJK Pengangkutan)
Aku terus ke MIEC bilik pameran Lima untk mendapatkan pelan bilik pamiran dan juga keperluan sebagai AO. Di dalam ruang tersebut aku terus ke Pusat Perubatan untuk membuat pemeriksaan tekanan darah dan mendapatkan ubat sakit kepala walaupun sakit kepala berkurangan. DR Tanya bertugas dan tekanan darah 120/83 dan ujian darah 6.3, beliau memberikan paracetamol dan ubat menghilangkan pening/pusing dan dikehendaki datang esok jam 11 pagi bagi ujian darah kali kedua. Setelah selesai aku membuat tinjauan jalan di P.Langkawi dan Westi Hotel di Pekan Kuah. Semuany Ok dan aku balik ke Chalet penginapan jam 1800 ptg. Aku berehat dan ke tepi pantai melihat sunset dan sempat melihat giant hornbill di kawasan pantai Anak Burau Bay. Malam itu aku masih terasa pening dan rasa nak pitam bila bangun jam 1 pagi dan badan mula terasa nak demam. Selesai solat subuh aku dengan jaket tebal turun ke pantai dan badan terasa segar setelah berjalan manakala pening dan penat tidak lagi terasa walaupun mendaki bukit. Aku dah biasa kalau outstation ambil kesempatan berjalan melihat suasana bandar dan persekitaran.
Selepas berserapan pagi aku bertolak ke Airport bagi mendapatkan pengesahan kehadiran VIP dan wang elaun hp/sajian seperti dijanjikan. Berlaku sedikit insiden dengan pemegang akaun yang berkeras wang akan diserahkan esok hari. Aku berkeras esok dah tak ada masa dan semua orang sibuk dengan hari pembukaan dan tugasan lainya. Dimaklumkan VVIP akan sampai jam 1900H petang nanti dan aku terus ke dewan MIEC bagi berjumpa LO HW Lima bagi persiapan terakhir menyambut tetamu nanti. Jam 11 aku terus ke pusat perubatan dan berjumpa Dr Hanis on duty dan darah juga ok dan beliau cadangkan agar aku ke Fd Hosp bagi ECG test. Dr Syed memaklumkan aku perlu dirujuk ke Hosp Lang bagi second opinion. Aku dihantar dengan Ambulance ATM dan dimasukan ke wad setelah ujian ECG menunjukan abnormal reading dan aku di inject Triaxin dose bagi menstabilkan jantung. Aku rasa ok dan tiada sakit dada tetapi atas nasihat doktor aku tepaksa akur dan tidak dibenarkan berjalan dan dikehendaki berbaring di atas katil, semua pergerakan ke bilik X Ray di atas wheel chair dan dengan uniform pesakit.
Aku juga dipindahkan dihadapan kaunter agar dapat diberikan perhatian oleh doktor dan jururawat, petang itu aku menerima pelawat Dr tentera coloreng (Johan) dan mendapat perhatian pesakit dan pelawat pertama L K Sanudin jam 5 ptg. Pelawat lain Kol Wan, Mej Fuad Skot, Mej Sasali, Mej Asmadi, PW 2 Sabri, Sjn Fared dll yang tak dapat dingat namanya serta Mej Roslan Secretariat TD, Puan Zaitu dan Puan Rohani dari BKA Mindef. Aku juga menghubungi isteri, ibu bagi memaklumkan terlantarnya aku dihospital begitu juga kepada Sek Tetamu negara serta pejabat. Next daynya Dr Amir (Doktor pakar MOPD) datang dan akan menguruskan aku ke IJN pada 11 Dis nanti.
Pengalaman dihospital kali kedua sejak 1984 (hospital Lady Templer Cheras) juga mendapat pengalaman melihat pelbagai ragam pesakit, yang nazak dan meninggal. Dr juga tidak berhenti bertugas dan terpaksa merawat yang kritikal ada yang selamat dan ada yang ..... . Pengalaman 4 hari 3 malam di hospital akan dikenang dengan pelbagai kenangan. Aku juga dapat merasai bagaimana kasih sayang ibu, isteri, saudara dan rakan yang mengambil berat di atas kesihatan aku dan aku berterima kasih seikhlasnya. Pagi 3 hb selepas aku keluar dari hospital semuanya mudah dalam masa 30 minit semua urusan keluar diselesaikan atas keprihatinan Datuk Dr Rahim (Dr Pakar dari HSB Alorstar), Dr Sugino dan jururawat bertugas, ini semua adalah di atas keakraban Dr tentera denggan hospital/KKM . Pengawal hospital, kalau tetamu datang dan bertanyakan wad penginapan aku ditempatkan, pasti mudah diketahui kerana ianya digelar wad askar oleh mereka. Selepas keluar aku bersama isteri dan ibu menginap semalam di chalet. Adik Tan dan keluarga juga datang melawat sambil bercuti. Skot Kol Jalal datang ke bilik dan disebelah petangnya kami bersiar di pantai Burau Bay. Malamnya aku menemani isteri ke Pekan Kuah membeli buah tangan dan juga hadiah hari jadi isteri ke 46 tahun pada esok 6 Dis. Terima kasih di atas layanan yang diterima dan aku sentiasa berdoa agar semua urusan aku dipermudahkan, InsyaAllah. Wasalam.

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive