Friday 30 November 2018

PSG AUTOGATE FOLDING

Pemasangan Autogate bagi FOLDING GATE dari sykt Autogate shop pada 8 Nov18. Jo’s RM1160.00 jenama D, Nur. 





Saturday 10 November 2018

PERCUTIAN KELUARGA........TOK TOM HJ KADIR FAMILI DAY 4 NOV 18


  1. Rancangan awal adalah percutian keluarga Tayazi Si. Semua bersetuju awalnya balik ke Kedah Di Homestay Dol Tan Pangkalan bukit Teroi Milan 3 ~5 Nov 18. Hanya Sanee tak dapat Ikhtiar serta kerana komitmen kerja sebelum Depavali. Bayaran dipersetujui RM 200.00 satu keluarga. Pago jam 0900 kami bertolak dari Klang dan Sentul dan bertemu diRestoren Bamboo Sungkai Perak. Percutian juga disertai bersama Suri, Nor, Ajib, Fatiah dan Nadim dari BTR. Setibanya di Sungkai hanya Ain, Edin dan Zayyan lewat dan hanya meerkat sampai di Troi jam 2000. Manakala Naillah, Iqbal, Aufa, Akthar dan Alya lewat sampai jam 2020 setelah meneruskan perjalanan ke Sg Petani dari Hentian R&R Bkt Semanggol (Solat Jamak Qasar Zohor/Asar). Kami Bergenfield shopping untuk bahan mentah untuk makan malam di Supermarket Anika Persimpangan Gurun/Guar Nanas. Kos beras dll RM 275.00 ditanggung oleh abah. Sai, Su, Rich dan Suri sampai dulu diHomestay jam 1745. Kami susuli kemudian. Sesampai yg kecik2 dah sibuk mak mandi kolam. Manakqlq kami yang lain sibuk dengan Persian makan malam dan tempat tidur. Satu bilik untuk lelaki dan satu bilik lagi untuk kaum Jawa dan kanak2. Malam lami makan Nasi himpit rendang daging yang dibawa dan mee Chef. Jam 2100 Dik Long, Emee dan anak2 juga datang bawa bahan BBQ (ayam@8













    ekor dan daging kambing @5kilo).  Mereka balik dan tinggalkan anak2 kerana kesokan akan datang balik. malam itu  2 khemah (khemah 1 Hasriee, Khalid,Denial):picnic dipasang diruang legar bilik utama. Selepas makan malam, giliran bapa2 mandi dikolam  no 2. Aku tidur jam 1130 mlm dan terjaga jam 130 pagi, 330 dan 530 pagi. Suasana begitu sunyi hanya bunyi unggas. 


4 Nov 18 (Ahad)

Jam 630 ibu2 mula sibuk dgn bayi dan tugasan sarapan pagi, Roti canai segura juga dibakar. Aku dan isteri ke pagar Tani Guar Chempedak untuk beli ikan, udang dan sayuran. Tidak disangka terjumpa LT Kol RusLan x Kem Komdn Mk 2 Div. Sekembali dari pagar RM 90.00 (2 kilo udang, 4 siakap dan 5 cencaru, terung dan cili hijau). Sekembali ke homestay anak dah mula masuk kolam dan ada yang bersarapan. Adik Ana, Dillah,Wan Juve, Naim dan Ijol sampai dengan sarapan Nasi Lemak, kuah dall dan kueh.Menyusul Dik Tan, Khairiah, Huda, Yok dan Azim. Kerja membakar BBQ diselangi dengan sukaneka. Manakala Nasi Arab adalah menu utama. Games danjurkan ialah kutip mutiara, pancing Botol,balingan belon berair dan manakala mencari  harta karun dibatalkan di atas faktor cuaca. Hadiah disediakan oleh Dell/Dik Tan. Suasana riuh rendah dengan keseronokan yg bila yg dibuat buat tetapi keseronokan dan kegembiraan. Suasana ini tidak diukur dengan wang ringgit tetapi keeratan silaturahim dan kekeluargan. Kak Ani dan Ridwan datang sebelah tengahari dan balik jam 230 ptg dijemput abang Din. Kami mengadakan masjlis potong kek jam 2 ptg. Masa reheat dan solat ada yg terus mandi dikolam dan ada yg tidur.  Jam 4 ptg hadiah diberi kepada pemenang~pemenang. Masa berlalu amat pantas dan Dik Ana dengan balik disusuli adik Tan sekeluarga. Hujan petang mula turun selepas Magrib. Helmi dananak terpaksa berpatah balik kerana Jalan keluarga terhalang den pokok tumbang diatas Jalan. Jam 11 mlm pokok dapat dialihkan. Mlm berlabuh tirai dan seperti biasa semuanya tidur nyenyak akibat keletihan. Aku banging jam 2 pagi dan 5 pagi memeriksa kawasan. 

5 Nov 18 (Isnin)
jam 7 paggi masing2 mengemas barang ke Kereta masing2 dan ada yang menyediakan sarapan pagi menu yang berbaki ditambah dengankeropok lelor dan Roti canai. Ada yg masuk kolam untuk mandi pagi sebelum balik. Aktiviti mengemas dan juga membersih homestay dibuat agar semuanya kembali seperti sebelumya. Jam 1000 kami bergerak keAlor Star destinasi ke Pekan Rabu, selama 2 jam kami singgah di Nasi Kandar Ramli Pekan Simpang Empat Kangkung/Tokai. Suri belanjawan makan tengahari. Selesai makan kami masing balik ikut hadiah masing. Naillah balik ke Arau, Ain singgah bermalam diPulau Pinang, Suri ke Cheras, Sai ke Sentul dan kami ke Klang. Mlm Depavali jam 1200 mlm terang benderang dengan letupan dan percikan bunga api.......


































Friday 2 November 2018

PASU BUNGA ITIK GEMBO2 & SUPER HERO

Cute n artisery...








Alya beraksi pakaian super woman...hasil tangan Pak Su, Tok Umi dan ibunya 2.11.18






KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive