Sunday 31 October 2010

LAWATAN KE DEFENCE INDUSTRY SINGAPORE

Lawatan bermula pada 27 Okt dan balik ke KL pada 29 Okt. Jam 0900 dari MAFDC ke JB dengan Bas, menginap di Zone hotel di Stulang Laut duty free zone. Malam free ,jadi kami ada yang OTW, setelah lelapkan mata, aku ke tepi pantai berjalan kaki sehingga CIQ, kelihatan deretan lori pasir, batu dan kontena di pemeriksaan kastam, ke Singapura. Aku melepasi Blue Wave hotel sehingga ke bawah jejambat Tambak Johor, kawasan agak lenggang dan kembali ke hotel jam 730 ptg. Aku dengan Al Shog, Hj Lan and Al Islam makan di gerai Tom Yam. Awal pagi 28 Okt jam 0645 pagi kami ke Singapora melalui Link Kedua dan sampai di ST Kinetic jam 0930 pagi. Taklimat dan lawatan berakhir jam 1230 dan berlepas ke SAFTI MI bagi makan tengahari di Officer Mess. Berjumpa M Rashid yang mengikuti kursus di Singapore Command and Staff Colllege. Lepas makan tengahari kami ke ST Technolgies bagi lawatan kedua sehingga jam 1600. Jam 1630 kami balik ke JB melalui jalan yang sama dan membatalkan lawatan ke Bkt Chandu (Pill boxes) kerana kepenatan dan mengelak kesesakan lalulintas di Link Kedua. Hasil lawatan mengambarkan Industri Pertahanan mereka jauh terkehadapan dan mampu meraih keuntungan serta Mandiri di dalam menjana dan mengadakan peralatan dan kelengkapan pertahanan.

LAWATAN KE DEFENCE INDUSTRY SINGAPORE

lawatan bermula pada 26 Okt dan balik ke KL pada 29 Okt

KEMPEN KEDUA KITAR SEMULA SURAU AL-HAQ

Add Image

TAHUKAH ANDA........... SURAU AL-HAQQ MENGADAKAN PROGRAM KITAR SEMULA

BILA: SETIAP AWAL BULAN MINGGU PERTAMA

BULAN NOB(11) : TARIKH: 06 Nov 2010 MASA: 0800 -1200

TEMPAT: PARKIR KERETA SURAU AL-HAQQ

KENAPA: KITAR SEMULA BAGI MENGISI TABUNG SURAU dan MENJAGA ALAM SEKITAR

SUMBANGAN ANDA: PERALATAN YANG BOLEH KITAR SEMULA SEPERTI BOTOL PLASTIK, KERTAS, KOTAK, SURAT KHABAR, BESI DLL YANG BOLEH DIKITAR SEMULA. BARANGAN YANG DIKUMPUL HENDAKLAH DIBERSIHKAN DAN DIIKAT/DISI DALAM BEKAS. BAWA KE SURAU – DITIMBANG, REKOD DAN DIJUAL. HASIL DIMASUKAN KE DALAM TABUNG SURAU.

KEJAYAAN BULAN OKT: 02 OKT 2010, SERAMAI 24 PESERTA TERLIBAT DENGAN KUTIPAN SEBANYAK 393. 83 kg, HASIL JUALAN RM 138.45 TELAH DIPEROLEHI.

UCAPAN PENGHARGAAN: SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA ANDA SEMUA. SEMOGA SUMBANGAN ANDA MENDAPAT KEBAIKAN DAN KERAHMATAN.

BERSATU MENJANA TABUNG SURAU, SEDIKIT SUMBANGAN ANDA BOLEH MEMBERI MANFAAT KEPADA MASA DEPAN DUNIA

DISAMPING MENDIDIK KEPADA AMAL JARIAH.

SIAPA PENGANJUR: AJK PEMBANGUNAN SURAU AL-HAQQ

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JIKA BELUM MULA, LANGKAHPERTAMA: MULAI SAAT INI KUMPUL BARANGAN TERPAKAI

UNTUK SUMBANGAN ANDA DI BULAN INI DAN AKAN DATANG.

JIKA SUDAH LANGKAH PERTAMA: TERUSKAN AMAL BAIK ANDA DAN GALAK KELUARGA

SERTA JIRAN ANDA TURUT SERTA







DA




























Monday 25 October 2010

KUANTAN PAHANG DARULMAKMUR

25 Okt 2010. Perjalanan ke Kuatan dengan bas mengambil masa hampir 6 jam. iIi disebabkan Pmd mengambil laluan masuk ke Duke tetapi melewati ke jalan Duta dan berpatah balik ke Batu Caves. Perjalanan bertambah lambat akibat lebuhraya Karak Pantai Timur tidak rata dan banyak bertampal. tiba di hotel Vistana jalan teluk sisek jam 1630. Bilik 318 mengadap Pump Petronas. setelah melelapkan mata selama 1 jam, aku ke lobi dan tingkat 1 hotel. Makan malam bersama Mutalib (KPD 4 Bgd) and Zailey dan Sobri ke Tangjug Lumpur pekena ikan bakar, sup sayur dan sotong kunyit. Malam kekeyang sambil mengadap komputer bagi Chapter 5 dan laman web. Awal pagi sekali lagi mengadap komputer selepas solat subuh. Peristiwa semalam isteri call terperangkap antara pintu utama dengan grill akibat tertinggal kunci (545ptg), khabarnya 1 jam dibantu uncle Kamarul sementa Tam dan Emee terpaksa diambil oleh jiran Ani Din. Jam 7 pagi 26 Okt jogging ke Pekan Kuantan (SN dan Maybank) transfer masuk akaun anak di Kangar dan Arau Perlis. Dapat juga jogging walaupun masa suntuk. Kena cari peluang sambil beriadah walaupun 30 minit. Kami ke Defentech sevices bagi taklimat dan melawat pemasangan kenderaan Adnan dan menyaksikan demo keupayaan kenderaan darat di sirkit ujian Dfeftech Services. Wassalam.

Thursday 21 October 2010

IRFAN @ TAWAU

Umur dah masuk 1 tahun 4 bulan, kali pertama aku bertemu Irfan masih bayi (lebih kurang umurnya 2 bulan) semasa melawat dan membuat tinjauan kontrak kapal log OP Pasir Selatan pada bulan Aug tahun 2009. Kali kedua
semasa Ops visit MAFDC 302010 di Tawau pada 6 Okt di Hotel Promonade. Kali ini Irfan dah boleh berjalan dan begitu aktif. Semasa makan malam di Daily Q steamboat tak henti-henti Irfan menolak kerusi sekeliling restoren. Pada 16 Okt, Irfan bersama ibubapa (Lizi/Non) datang ke KL atas urusan temuduga dan kursus Lizi. Begitu ceria dan seronok isteri dan kak long Ain menerima anak angkat dan sahabat sebilik kak long di UUM (3tahun). Irfan begitu juga boleh menyesuaikan diri dengan suasana ditempat baru. Malam itu, kami hanya makan nasi ayam penyek resepi restoren Wong solo. Walaupun sekejap ianya dapat memberi kepuasaan bertemu Irfan. Semoga Irfan bertambah membesar dan terus ceria. Irfan suka pringgles dan kereta mainan. Kak long juga hadiahkan baju buat Irfan. Semoga Lizi, Non dan Irfan terus ceria dan terus menempuh masa depan yang lebih cemerlang.

BIRTHDAY EMEE 18 OKT

Hari Sabtu 16 Okt 10, kami buat keputusan untuk sambut birthday adik Emee di surau pada hari Ahad malam dan seterusnya mengadakan bacaan Yassin dan Tahlil untuk Arwah Ayah Hj Abdul Kadir Hj Ismail dan mertua Mohd Sidek bin Anuar dan ibu mertua Saarah binti Siman serta doa selamat untuk keluarga. Jamuan hari itu roti jala dengan pulut kuning. Kek hari jadi adik Emee kali ini dengan dekorasi bolasepak dan untuk kawan sekolah diperuntukkan kek cawan (cup cake) seorang sebiji. Kali ini tidak dibuat dirumah kerana kakak dan abang

semuanya tidak dapat balik, jadi kami ambil kesempatan meraikanya disurau lebih ramai dan meriah serta membuat sesuatu yang baru. Mungkin di ulan akan datang ada jemaah akan mengadakan majlis harilahir disurau dan AJK surau juga bercadang akan mengadakan 2 bulan sekali untuk jemaah surau.

ISTANA NEGARA --- TO IPOH

Rehersal Hari Isnin 18 Okt 10 di Istana Negara bagi pengurniaan pingat KMN, turut menerima skuad Dr Kenali, Fuad Hamzah, ketiganya Abdul Rahman Kompeni. Senior Tuan Shaari kecuali BG Azizan Md Delin tak dapat hadir. Hari Selasa 19 Okt 10 terima dari SPB di Balairong Seri dan lepas majlis, hadir jamuan diperkarangan Istana. Rakan-rakan yang lain Saiful, Firdaus, Ghulam, Nadzeri, Halim, Raduan, Khairudin and Nasir. Ini kali kedua terima diIstana selepas pertama semasa penerimaan Tauliah Diraja 1982. Sesi kali ini jumpa dengan En Yusof kenalan semasa di Kpg Kongo (Bandar Tun razak) yang bertugas di Istana.


Habis majlis aku bergegas ke Ipoh bagi sesi pre-viva voce MAFDC di Tower Regency hotel

Saturday 16 October 2010

UKIRAN BUAH DAN GUBAHAN BUNGA HIDANGAN PENGANTIN






Ukiran buah di rumah Sdra Aris pada 3 Okt 10, pokok bongsai dengan kulat kuning

Sunday 3 October 2010

SEKITAR MAJLIS HARI RAYA DAN KITAR SEMULA SURAU AL-HAQQ PADA 2 OKT 2010


banner kitar semula jam 0800 jam 1000


jam 1030 jam 1100 loading 1130



gotong royong -memuat ke dalam lori ke kedai barangan lusoh dengan pulangan RM 138.65

Gambar aktiviti pertama kitar semula. Seramai 24 keluarga terlibat dan berjaya mengumpul sebanyak 398.5 Kg kertas, botol plastik, tin. Program seterusnya akan diadakan pada 6 Nov 2010. Hadiah misteri diberi kepada penyumbang terbanyak dan dimenangi oleh Tn Hj Sood 105 kg, Hjh Zaleha (95 kg), Baijuri (83 kg), Tn Hj Ishaq (82kg) bagi kategori kertas dan En Irwan 11.5 kg bagi botol plastik. Tahniah kepada semua yang menyumbang.

PROGRAM KITAR SEMULA SURAU AL-HAQQ

Sunday, October 3,

2010


SURAU AL- HAQ LANCAR PROGRAM KITAR SEMULA

Saya sungguh teruja apabila Surau Al-Haq menjemput saya meresmikan program
kitar semula dikalangan kariah surau. Tahniah kepada pengerusi surau, Lt Kolonel Mohd Tayazi dan AJK nya.Mereka berjaya mengerakan ahli kariah untukmenghimpun kertas dan plastik untuk kitar semula dan pada masa yang sama


menambah dana surau dengan menjual bahan-bahan tersebut. Insyaallah, saya diberitahu mereka akan mengumpulkan bahan-bahan kitar semula ini sebulan sekali. Sebenarnya banyak sungguh idea yang telah dijanakan untuk memastikan bumi (yang kita pinjam anak cucu kita) ini dapat kita selamatkan dan pulihkan jika kita mempunyai sikap mesra alam.


Tidak susah untuk kita membantu memelihara alam sekitar. Saya butirkan apa yang terlintas dikepala saya sahaja kali ini dan dapat kita amalkan bersama, bermula dengan diri sendiri:

1)jangan buang sampah merata tempat. Simpan sampah dlm poket sendiri/dlm beg/dlm kereta sehingga bertemu dgn tong sampah. Jangan buang, walau pun puntung rokok, ke luar kereta. Tidak macho

begitu walaupun bawa kereta mewah!

2)Sisihkan sampah mengikut kategori di rumah dan di tempat kerja anda. Kalau di rumah sisa makanan, kulit buahan dan seumpamanya boleh dikompos untuk menjadi baja. Minyak masak yang terpakai (digunakan untuk menggoreng beberapa kali) juga boleh dikitar semula. Boleh menjana pendapatan dari bahan-bahan terbuang ini.

3)Untuk membeli belah, kurangkan menggunakan beg plastik, bawalah beg mesra alam yang boleh dipakai ulang kali. Pastikan ada beg-beg ini di dalam kereta anda setiap masa.

4)Guna pinggan mangkuk pakai buang (disposable) yang mesra alam yang diperbuat dari hampas tumbuhan (tebu). Jika di tanam akan hancur menjadi baja (biodegradable) dalam masa dua bulan. Pinggan mangkuk atau pembungkus makanan dari styrofoam atau plastik mengambil masa bertahun-tahun untuk hancur. Cacing pun tak boleh makan bahan ini!

5)Jika menggunakan bekas makanan plastik atau styrofoam, cuba kurangkan penggunaannya. Guna setakat yang perlu. "Caterer" majlis jamuan memberitahu saya yang jumlah bekas makanan biasanya 3 kali jumlah jemputan. Bayangkan jika jemputan anada 500 orang, dia perlu menyiapkan 1500 keping pinggan dan 1500 keping gelas! Belum masuk sudu dan garfu atau mangkuk. Jangan oleh kerana bahan-bahan ini murah, maka kita membazir dalam penggunaannya.

6)Kain rentang atau baner dari PVC boleh dijahit menjadi beg-beg untuk ke pasar yang tahan lama.

7)Menghijaukan bumi dengan menanam pokok-pokok untuk menggantikan pokok-pokok yang manusia tebang dengan meluas di seluruh dunia.

8)Jangan mencemarkan sungai-sungai dan parit-parit kita dengan sampah. Kalau pergi berkelah tu bawalah balik sampah tu.

Harapan saya surau-surau dan masjid dalam kawasan Kota Raja akan mengikut jejak langkah Surau Al-Haq. Bukan sahaja dapat membantu pemuliharaan alam sekitar, tapi boleh menambah dana surau disamping lebih mengeratkan silaturrahim diantara kita. (Petikan dari blog YB Parlimen Shah Alam)

Friday 1 October 2010

UNIKNYA GAMBAR PEMULA BLOG ISTIQAMAH 1658

Setelah sekian lama menelti dan memasukan artikel terpandang beberapa lakaran awam dengan ayat dan kalimah Allah pada pengenalan blog. Ianya sesuatu yang unik dan menarik untuk ditatapi. Ada juga keinginan menukar gambar pemulanya dengan gambar-gambar terbaru tetapi dengan adanya aayat tersebut membuat aku terus selesa untuk melihat dan mencari jawapanya. lihat dan hayati akan kebesaran dan keagungan Allahsubhanahuwataala. wassalam

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive