Tuesday 21 July 2009

GERHANA MATAHARI

Tengahari ini dijangka berlaku GM dikawasan tengah China dan India, walaupun matahari bersinar dan gagah tetapi boleh dilindungi bulan menyebabkan sebahagian tempat bergelap beberapa minit. Inilah keajaiban dan kebesaran Allah. Jika dilihat dari sudut Ilmu Alam semuanya (cekerawala) berlegar mengikut laluan masing-masing dan bila sampai masanya yang beriman akan menagungi kebesaran Illahi. Bagi yang sesat dan tanpa ilmu, pasti gudah dan rasa terancam. Hidup manusia juga akan berlaku gerhana dan jangan terlalu berbangga dengan apa yang diperolehi, mungkin ada hamba Allah lain mungkin membayangi kecemerlangan kita. Sentiasa insaf dan bertasbih memuji Illahi. Wasaalam.

Thursday 16 July 2009

BENGKEL AKPM

Tiga hari di Awana G&H. Bengkel ini dapat mengenalai rakan dari perkhidmatan lain dan yang menariknya rakan-rakan lama dapat berjumpa kembali dan menambah kenalan baru. Pelbagai ragam dan stail kepimpinan yang dapat diceduk dari bengkel disamping mengetahui kedudukan semasa mengenai perkhidmatan. Tim kami di ketuai K.N Nor Azam Ariffin, LK Wahab TU, L k Norhayati J, M Khairul O, M Norazalena , K Azizi dan K Samir telah dapat menyiapkan penugasan dengan baik. Persembahan telah dibuat kpd IJ MJ W.Stvson (15 ptg), dan KS LJ Safroan (16 pg). kali pertama menjejaki Awana tahun 1990 dan cuacanya masih sejuk di awal pagi dipenuhi kabus tetapi sekarang sedikit kurang hanya di paras 25 darjah dan kabus semakin menipis. Ini akibat pembangunan. Kalau dipandang dari lubang ke 4 begitu banyak bangunan pencakar langit di puncak berbanding tahun 1990 hanya 2 buah bangunan sahaja.
sealain bengkel dapat juga teeoff di padang golf yang sempit dan berbukit/berbengkok. Kalau dulu aku hanya berjogging dilaluan buggy semalam dapat juga berada di atas lapangan. Buddy bersama K Hj Md Sani dari BPA dan M Yatim BPA.

Tuesday 14 July 2009

SELAMAT HUT KPD KE 52

Tanggal 15 Jul 09 adalah merupakan tarikh HUT KPD ke 52. Majlis seperti biasa diadakan di Corps Home di Taiping dengan acara karnival sukan, majlis tahlil, mesyuarat JKKPD, Perbarisan dan MMR. Kali ini aku tidak dapat turut serta kerana terlibat dengan penugasan AKPM. HUT ini juga merupakan kali pertama Pengarah KPD berpangkat BJ dan sebagai Pengerusi kor. Kepada semua warga KPD selamat HUT ke 52 semoga KPD terus unggul dan Berkhidmat Kepada Semua.

Sunday 12 July 2009

CUTI MENGZIARAHI IBU DAN ANAK-ANAK DI U

Alhamdullilah, rancangan bercuti dipenuhi, tetapi anak kelima tidak dapat ikut kerana aktiviti sekolah (kem motivasi). Jadi kami bertiga bertolak balik ke utara jam 6 ptg. kami tiba jam 130 pagi. Keesokan harinya ke UNIMAP Kpg Wang Ulu melawat anak yang baru seminggu melapor. Ke UiTM bagi mendaftar anak semester kedua di Arau. Sekali balik kampong, banyak perkara dibuat mengemas rumah ibu, melawat adik dan kakak. Kali ini musim buah dapat juga makan buah rambutan pokok arwah tanam dan keruymah kakak yang baru balik umrah. Sudah menjadi kebiasaannya air zam-zam, minyak wangi, kopiah dan buah kurma pasti dihidangkan atau disedekahkan. Cerita di tanah suci pasti menjadi bualan agar kita dapat keinginan turut serta dan juga menjadi panduan.
Dikesempatan kali ini dapat juga singgah dikedai M.B. Fauzi (skot) di kangar. Melawat kedai roti yang diubahsuai dari kontena menjadi kedai pelbagai jualan. Menarik dengan konsep santai kepada pengguna. Inilah dikatakan inovasi dan moden bagi menarik pelanggan. Khabarnya skot hendak tambah ruang lagi bagi memenuhi citarasa pelanggan. Kami juga singgah dirumah jiran lama semasa di UUM, pelbagai cerita dan bualan mengisi pertemuan. Wassalam.

Thursday 2 July 2009

Syukur pagi Jumaat Allah masih sayang dan panjangkan umur. Minggu, bulan belalu sedarkahsudah setenggah tahun 2009?. Bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Begitu cepat masa berlalu dan masih banyak perkara belum dilaksanakan dan ada yang berjalan seperti dirancang. Namun qadar dan qadak adalah hak Allah. Kita hanya mampu merancang tetapi semuanya ditentukan Allah sejak azali lagi. Tetapi jika berusaha, berdoa dan bertawakkal dan istiqamah, InsyaAllah sebarang yang dihajati pasti dapat. Sembahyang solat hajat, dhuha dan tidak melakukan dosa-dosa besar InsyaAllah lambat laun akan dapat yang dihajati. Jika tidak dapat harus berusaha lagi tanpa rasa gusar. Ada sebab Allah tidak memberi. Objektif dan matlamat separuh tahun perlu dirombak jika tidak tercapai, lihat kembali pelan sederhana dan pelan jangka panjang. Jangan dipandang kepada rezeki orang dengan rasa curiga tetapi pandanglah diri sendiri kenapa tidak mendapat apa yang dihajati dan perbaiki diri sendiri agar terus menerima seadanya. Usaha dan terus berusaha dan berdoa kepada yang Esa. Wassalam

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive