Saturday 25 April 2009

REUNION REG 20 DAN 21

Jika dihitung ikut tahun hampir 28 tahun kali pertama perjumpaan intake 20 dan 21 diadakan. Perjumpaan sudah pastinya menunjukan pelbagai perbezaan fizikal dan pengalaman. Jika tidak jumpa dan bertemu mata sudah pasti kenangan hanya menjadi kenangan tetapi bersua dengan penuh kemesraan mengukuhkan lagi semangat setiakawan. Reunion golf (25 golfer) bermain golf tetapi ada juga rakan yang tidak main turut hadir dan mengajurkan pertandingan, syabas pada brother Ismail, Hasan, Rezil, Lokman dan Hanafiah. Aku satu flight dengan ayah angkat brother Abu Hurairah dan skot Md Som. Pelbagai ragam dan pukulan ada yang masuk rumah, parit, pasir (Par), kolam tetapi gambar kenangan di hadapan Kinrara GC akan terus menjadi kenangan. Cenderahati baju dan topi juga bukti perjumpaan menjadi kenyataan. Tahniah kepada penderma dan penyelaras Hasan, Rezil dan Abu Hurairah.
Malam Reunion lagi bertambah meriah dengan kehadiran rakan lama yang tak pernah bersua, jarang-jarang, kadang-kadang dan selalu berjumpa. Syabas kepada yang diberi ruang hadir dan yang bercadang hadir serta tidak dapat hadir disebabkan (jauh, tugas dll). Syabas kepada brother Rahim Sebli yang baru sampai dari Beijing pada jam 1600 pun dapat hadir. Suasana dan gerak tawa serta nada kemesraan pastinya menyentuh keakraban yang berlalu. Kepada brother yang tidak dapat hadir tahun hadapan kita dapat menghimpun yang masih bernafas kerana kehadiran sulong seramai 56 orang daripada 106 orang (4 RIP) sahaja. Tahniah kepada Dato Hadi, Dato Razif, Dato Ackbal , Rezil, Hasan dan lain-lain memberi kudrat dan tenaga mengumpulkan rakan-rakan menjadi kenyataan. Wasalam

Wednesday 22 April 2009

UJIAN MEMANDU PACUAN 4 X 4

Kali pertama belajar memandu tahun 1983 dan lulus lesen memandu ATM, kenderaan pertama on the road 3 tan MBenz. Dah hampir 28 tahun kena uji pulak bagi pancuan 4 roda sebagai memenuhi kurus MILOB/UNMO 39/09. Litar Sua Betong Bkt Itam menerima kedatangan kami dan aku dapat bayangkan masa demontrasi ulang bekal Armor. tempat dan suasana jalan masuk masih sama kecuali Highway baru simpang PD/Sua Betung masih baru dan kawasan litar memandu masih macam dulu.
Aku bersama mamat Sri Lanka, Bosnia dan Gambia pandu Opel Frontier hingga ke Air Kuning tidak masalah tapi kalau left hand drive mungkin kekok seketika. Laluan berhalang/rentas desa masih macam dulu juga cuma marker diganti besi manakala bangsal kayu diganti besi. Ujian akhir side parking dan reverse parking serta winching agak mudah walau pertama kali memandu pacuan 4 roda (Opel). Pengalaman dulu (L/Rover/Pajero/Isuzu Trooper) amat berguna dan selagi mengamalkan defensif driving pasti tiada masalah.

Tuesday 21 April 2009

UJIAN RENANG

Tepat jam 5 ptg, ke kolam renang MPTC bagi menjalani ujian wajib sebagai satu syarat kelayakan menyertai misi. Sesi pemanasan dan renggangan membuat aku teringat masa kadet dulu dan juga masa kembara duga ke Kota Tinggi Johor. Selepas lawatan ke Mersing dan P. Besar kami ke air terjun kota Tinggi. Masing-masing dengan seluar renang posing maut di takungan air sekarang body dah tak gah. Masa tu, badan slim dan fit jadi tak ada masalah. Aku menjadi kump 1 yang mendahului ujian 50 meter dan 3 minit apungan. Renang tak da masalah tetapi floating bagai nak pecah dada akibat kepenatan kalau rehat 5 minit boleh juga ambil nafas.
Kudrat dah tak macam dulu dah tu hampir sekian lama tak berenang. Jadi cukup untuk survive diri sendiri. Berbagai gaya skot kursus ada yang macam minta nyawa ada yang separuh jalan kecualilah yang air macam mainan. Tiga rakan luar negara pun sama, tak cukup nafas sebab yang berkursus semuanya melebihi 20 tahun khidmat. Perut besar, tayar spare serta spoiler pun tak dapat membantu. Wasaalam

UNMOC 39/09

Dah lama tak mengikuti kursus ATM semenjak balik dari UUM. Kursus 3 minggu di MPTC PD boleh dianggap sebagai persediaan misi pemerhati PBB tetapi kena pasti lulus medical. dah nak masuk 49 tahun enjin dalaman agak loghat sikit. walau apapun kursus pendek 3 minggu dapat memberi gambaran bagaimana pesediaan awal, semasa dan selepas misi. Pengalaman pensyarah jemputan, perubatan, UNPOL, ICRC dan lain-lain lagi banyak memberi manfaat. begitu juga aktiviti sampingan ujian UKA dan renang begitu mencabar dan mengukur kecergasan 29 tahun dulu. Kudrat dan tenaga semakin mengendur walaupun hati dan semangat tinggi jadi kenalah akur dan kena ukur baju badan sendiri.
Kali ini hanya 3 penuntut luar negara (Bosnia, Sri Lanka dan Zambia) dan selebihnya 24 terdiri daripada darat, laut dan udara. Yang menariknya MPTC di Sbtg Karah mempunyai bangunan yang terbaik lengkap dengan kolam renang dan bilik penginapan bertaraf hotel. Kalau datang kursus tak perlu lagi bawa baldi, tuala dll yang menjadi SOP. Lengkap dan sajian juga secara kontrak. Kemudahan jinasium, mountain bike dan kelengkapan sukan semuanya boleh membuat penuntut sibuk memastikan kecergasan tanpa disuruh. Kemudahan mesin basuh dan pengering pakaian boleh menjimat masa dan tenaga. Kemudahan internet percuma dengan pantas boleh mengakses bahan yang diperlukan. Kemudahan sebegini wajar dijadikan benchmark bagi semua pusat latihan di dalam ATM. Wassalam

Monday 20 April 2009

WAKTU SUBUH JUMPA SKOT KAT R&R SEREMBAN

Jam 6 pagi semasa singgah R&R Seremban disapa oleh skot yang baru selesai solat subuh. Mana nak sangka jumpa juga skot yang menunggu rakan. Walau masa pendek tali silaturahim dan bertemu di surau menjadi petanda yang baik. Skot dalam perjalanan ke Gemas dan aku pula ke PD hadir kursus. Gegaman salam walaupun seketika dapat mengeratkan semangat sesama skot dan InysAllah. Begitulah asam kehidupan, pertemuan tidak semestinya dirancang tetapi akan berlaku di atas kehendakNya.

Sunday 5 April 2009

USIA MENJELANG PINGAT EMAS

Jika dihitung usia meningkat masih banyak perkara belum dicapai. Jika ditoleh ke belakang masih banyak terhutang. Masa tidak dapat diputar balik jadi masa yang sedikit jangan disia-siakan. Muhasabah diri dengan menghitung berapa banyak kebaikan dan keburukan. Kalau berat timbangan atau kurang timbangan pandai-pandailah membuat pelarasan. Takut-takut tak sempat. kalau ada masa yang sedikt apa salahnya bermuhasabah diri dan menilai kebaikan dan berusaha meninggalkan keburukan. kalau ada bonus mungkin ada 10 ke 30 tahun lagi. Wasalam.

Wednesday 1 April 2009

PENINGKATAN MUTU KERJA

Sepanjang 5 hari menghadiri bengkel kerja di P.Jerejak S&R di P>Pinang. Bengkel ini sememang perlu dijalankan ditempatkan yang jauh dari pejabat dan gangguan sosial lainya. Sepanjang 5 hari pelbagai aktiviti sampingan dianjurkan oleh penganjur agar peserta tidak bosan. Senamrobik dan sukan setiap ptg dapat mengiratkan silaturahim peserta.Byk manfaat diperolehi disamping dapat menambah pengalaman sebagai pensyarah dan ahli panel. Wassalam

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive