Monday 20 October 2008

BESYUKUR DAN BERTERIMA KASIH

Allahamdullillah, setelah dua tahun meniti dan menyusuri cuti belajar dan sejenak meninggalkan pekerjaan, aku dan keluarga telah dapat menuai usaha yang dilaksanakan. Bersyukur kepada Yang Esa dan berterima kasih kepada semua kerana segala usaha dan doa akhirnya sampai ke penghujungnya. Seiring dengan hari raya, hari lahir anak dan konvo kami sekeluarga mengdadakan majlis rumah terbuka. Semua bagai tersusun indah dan majlis berjalan dengan penuh meriah walaupun sederhana. menunya simple dengan nasi lemak bungkus, mee rebus dan kueh mueh disajikannkepada tetamu. Walaupun penat dan letih kami gembira kerana jemputan semuanya dapat hadir. bantuan kepada rakan-rakan dan jiran juga dipanjangka. Terutamanya kepada adik dan kakak yang sudi menghulurkan sedulang dua kueh walaupun masing-masing sibuk dengan urusan. majlis bermula jam 4 ptg dan berakhir jam 7 mlm. Kenalan M.Usin, Rahimi, Mestakin dll diucapkan terima kasih kerana sudi menerima jemputan. terima kasih kepada ibu dan isteri yang sejak semalaman menyediakan persiapan dengan masakan air tangan dan yang pastinya suasana ini pada tahun hadapan tidak sama kerana berpindah ketempat baru. Wassalam

Sunday 5 October 2008

PAKAIAN KEBANGSAAN DIKEKALKAN

AWAL PAGI ADIK eMEE DAN hAS DAH BANGUN AWAL SIAP BERPAKAIAN BAJU MELAYU KERANA SEKOLAH MENGADAKAN SAMBUTAN HARI RAYA. SEJAK SEMINGGU LAGI DAH TAK SABAR SURUH BELI SAMPIN DAN SONGKOK SEBAB NAK BERAYA DENGAN RAKAN SEKOLAH. HARI INI SEGAK DAN BERGAYA DENGAN SONGKOK BERSONGKET DAN BERSAMPING HIJAU. DISEKOLAH KABARNYA SEEKOR KERBAU DIKORBANKAN BAGI MENJAMU ANAK-ANAK SEKOLAH DAN WARGANYA. ANAK-ANAK BAWA KUIH RAYA DAN CAWAN SERTA SUDU SAHAJA, YANG LAIN DIURUSKAN OLEH SEKOLAH.
INILAH CARA BAGI MENGGALAKAN ANAK-ANAK MENERUSKAN TRADISI PAKAIAN KEBANGSAAN SERTA MENGALAKAN SEMANGAT BERSATU DAN BERSEDEKAH.
WASSALAM

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

DAH 6 HARI RAYA BERLALU, BERBAGAI SAAT MANIS DAN KEMERIAHAN. PELBAGAI JENIS MENU DAN HIDANGAN DIHAZAM,

DAN ENAM HARI MAKAN DAH SAMA DENGAN MAKAN 2 MINGGU. PERUT YANG DULU MENGEMPIS KEMBALI MENGEMBUNG.

SEBAIKNYA PUASA 6 DAPAT MEREHATKAN KEMBALI NAFSU MAKAN-MAKAN.

LEPAS PUASA 6 RAYA KECIL YANG BERPUASA,BOLEH MAKAN TAPI MUNGKIN LAUK-PAUK DAN MENE RAYA DAH TINGGAL SERDAK.

SEMBAHYANG SUNAT JUGA MAKIN KURANG TAPI BILA MULA PUASA 6 BOLEH INGAT BALIK AZAM DAN TEKAD MENAMBAH AMALAN BAIK.

BEGITULAH SLAH SATU KENAPA PUASA 6 DIGALAKAN UNTUK UMAT ISLAM SELAIN PAHALA DAN GANGARAN SEPERTI PUASA SETAHUN.

WASSALAM

Saturday 4 October 2008

HARI KELUARGA

Hari Kedua Raya, paginya ke Supermarket tukar sandal dan seluar anak yang kurang saiz dan ke Tesco beli barang-barang dapur (hari raya kedua orang diSupermarket masih lagi ramai mengambil peluang membeli barang dengan lebih selesa tanpa gangguan ramai orang. Petangnya kami ke Rumah Abang Sabri kerana giliran keluarga sebelah Wa Ismail dan Wa Leha sebagai penganjur Rumah Terbuka Hari Keluarga. Rumah ala kampong ditepi sawah amat selesa dan ketika kami sampai ramai ahli keluarga telah berkumpul. Acara tahun ini dimulakan dengan bacan Yaasin dan tahlil, diikuti pembentangan penyata kewangan, penyampaian hadiah cemerlang peperiksaan, acara sampingan keluarga mencari angpau tersembunyi, anak mumia dan putra putri adilfitri. Bertambah gamatnya setiap acara. Anggota veteran generasi pertama hanya tinggal 5 orang tetapi cucu dah menjadi 43 orang dan generasi ketiga cicit mencapai angka 115 orang. Manakala Piut pula baru masuk 10 orang. Tabung wawasan juga baru 4 tahun ditubuhkan dan setiap tahun pasti salah seorang akan mendapat cabutan bonus RM 500.00 dan yang dapat tak boleh buat cabutan macam main kutu. Majlis selesai sekitar 1730 ptg dan kami bergegas balik dan beraya dirumah. Habis kedua raya dan masa berjalan begitu pantas sekali. Tahun hadapan giliran kami pulak jadi adik Tan jadi tuan rumah. Kami cadang buat tema sedondon baju raya kot dan pasti meriah dengan pelbagai acara. Tahniah pada Mak Usu dan adik Tan yang berjaya mengerakan Hari Keluaraga Hajah Som terus menjadi ingatan dan mengeratkan tali silaturahim. Aku secara zahirnya adalah cucu pewaris sebab arwah bapa adalah waris begitu juga anak pakcik Jid yang akan terus mewarisis jenerasi Hj Ismail dan Hj Som. Wassalam

HARI KEMENANGAN

1 Syawal bersamaan 1 Okt 2008. Sebulan berpuasa dan di pagi 1 Syawal semua umat islam meraikan kemenangan. Pada hari terakhir kami pulang beraya di rumah ibu. Petang itu kali ketiga berbuka bersama ibu dan semua anak-anak. Kami malam itu mengemas rumah ibu yang lama tak dikemaskan almaklumlah duduk seorang dah tu tempat tinggi mana nak capai. Mak datuk, sawang dan habuk kipas menyebabkan bersin bersilihganti dan kadangkala dikejutkan dengan bunyi dentuman bunga api. Anak-anak tak minta belikan bunga api kerana mereka tahu ianya meyalahi undang-undang dan membazir. Jam 2 pagi aku terbangun mendengar deruman motor mat rempit (sekurang-kurang 10 ke 20 permpit), walaupun jarak rumah ibu hampir 1 kilometer dari jalan besar. beristifar menyesali kerana yang berlumba adalah anak muda yang menggangu ketenteraman penduduk dan menghabiskan waktu tanpa faedah, buang minyak, buang nyawa dan menyusahkan semua orang. Yang merempit tu tak dapat dibayangkan anak siapa, umur berapa, siapa mak bapanya, apa matlamatnya dan hampir 1 jam baru suasana kembali sepi dan dikejutkan dengan bunyi mercun sekali sekala.
Di pagi raya kami bergegas ke masjid dan selapas solat mengziarahi kubur arwah bapa dan nenek. Sedekah alFatihah dan membersihkan batu nisan, sekurang-kurang secara zahirnya berada dipusara dan yang lebih baiknya tidak kira dimana sedekah alfFatihah adalah paling baik. Seperti biasa dipagi raya kami mengziarahi rumah sanak saudara sambil memberi salam dan bermaaf-maafan. Anak sekarang tak perlu berjalan kerumah-rumah jiran atau beraya sepanjang hari mengutip duit raya, kerana beraya sesama sanak saudara boleh mencecah RM 50 ke RM80. Zaman berubah mengambarkan kesyukuran rezeki dan taraf hidup juga bertambah. Kalau kita banyak memberi InsyAllah Allah membalasnya dengan memberi rezeki kepada anak-anak pulak. Sebanyak mana dikeluar tidak diharap balasan tetapi jika diperhalusi Allah memulangkan rezeki dalam pelbagai bentuk dan yang paling jelas anak-anak mendapat wang raya melebihi daripada yang dikeluarkan. Itulah salah satu daripada kemenangan, pertamanya menamatkan puasa dan merehatkan tubuh badan dan rohani diberi makan dengan keimanan. Keduanya anak-anak bergembira dengan baju serba baru dan mendapat duit raya, ketiga bermaaf-maafan dan meziarahi sanak saudara dan bertemu rakan taulan di mesjid yang hampir bertahun-tahun tidak sempat berjumpa. Semoga tahun hadapan sempat menyambut Ramadhan dan hari lembaran dengan lebih baik daripada Ramadhan yang berlalu. Wasaalam

SEBULAN BERPUASA

Dah lama tak berpuasa berseorangan, kalau dulu setiap hari makan sahur dan berbuka pasti seisi keluarga kalau tidak pun bersama isteri dan dua anak kecil yang lain ada di kolej dan di asrama. Tahun ini hanya sempat seminggu bersama keluarga almaklumlah kena masuk kerja di KL. Berpuasa seorang kadangkala seronok juga kena makan apa yang ada, kalau rajin keluar beli nasi bungkus dan makanpun tak bertambah, begitu juga sahur hanya makan quicker oat dengan susu atau milo. Puasa kali ini juga isteri kena jaga anak dan buat kerja-kerja yang dulu dikongsi bersama. Adik Emee dan Has sejak umur 6 tahun pusa penuh dan senang bangun sahur dan tak banyak kerenah masa berbuka. Puasa kali ini juga 3 kali terlibat berbuka puasa diluar atas jemputan rakan-rakan sekerja dan juga koperat. Berbuka kat hotel seorang kena RM 60 ke 80 ringgit dan sememangnya banyak makanan, jadi kena carilah laukpauk yang tak pernah jumpa, kadang-kadang jumpa dan cari yang mahal-mahal seperti ikan salmon, udang kara dll.
Amal jariah bulan puasa tak dilupakan begitu juga amalan sunat, bila tinggal seorang banyak masa boleh digunakan dengan sebaiknya. Masa sunyi boleh dihubungi dengan telefon walau dimana saja begitu juga radio IKIM menjadi halwa telinga 24 jam. Sesungguhnya puasa tahun hadapan perlu ditekad dengan lebih baik lagi bermula puasa sunat bulan Rejab, Syaaban dan puasa 6 syawal. Puasa kali ini juga dapat bersahur dan maintain dengan susu, air masak dan quicker oat dan tahun hadapan berbuka dengan makanan yang sedikit. wasaalam

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive