Sunday 23 June 2013

Apa kata jika pimpinan SPR berkorban untuk kebaikan negara pula? – Shahbudin Husin

Apa kata jika pimpinan SPR berkorban untuk kebaikan negara pula? – Shahbudin Husin

JUNE 23, 2013 (BACAAN SANTAI UNTUK GENERASI AKAN DATANG) FIKIR-FIKIRKAN LAH (TAK TAU LA SAPA BUAT NAYA PASTI MATI AKAN DAPAT BALASANNYA-MAKAN GAJI TIDAK HALAL JIKA BETUI-BETUI BUAT. KALAU TAK BUAT WALLAH HUALKALAM)...................
Perhimpunan aman di Padang Merbok sudah pun berakhir dengan aman dan tanpa sebarang kejadian buruk. Tetapi masih ada sekumpulan pendemonstrasi yang mahu terus kekal di Padang Merbok. Ada yang mahu berkhemah sehingga hari Isnin iaitu hari pembukaan sessi Parlimen baru yang akan dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong manakala yang lainnya pula mahu berkhemah sehingga Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan. Antara yang mahu berkhemah sehingga kedua pimpinan tertinggi SPR itu berundur ialah Tian Chua, Ahli Parlimen Batu.
Sehingga ini dilaporkan hampir 50 khemah-khemah kecil didirikan di kawasan Padang Merbok itu. Jumlahnya mungkin bertambah dengan penyertaan kumpulan anak-anak muda yang lain pula. Tetapi mereka yang berkhemah itu mungkin juga berhadapan dengan tindakan keras pihak berkuasa seperti DBKL dan polis atas kesanggupan berkhemah itu. Mungkin mereka bakal diangkut ke lokap polis atau khemah dirobohkan di tengah-tengah malam.
Walau apa pun risikonya, ternampak bahawa anak-anak muda berhati waja ini sedia menghadapi apa saja. Melihat kesediaan mereka jni, ternampak bahawa ia sudah mirip demonstasi yang berlaku di beberapa negara Arab sebelum ini di mana ada yang sanggup tidur di jalanraya sehinggalah tuntutan mereka dipenuhi. Jika dilihat dan diamati, matlamat perhimpunan aman ini bukanlah untuk menggulingkan kerajaan atau memaksa Najib berundur sebagai Perdana Menteri. Anwar dan PR seperti sudah dapat menerima hakikat bahawa BN telah menang pilihanraya yang lalu. Sasaran mereka hanyalah SPR yang didakwa menjalankan pilihanraya secara tidak adil dan penuh muslihat.
Yang dipertikaikan ialah dakwat kekal yang tidak kekal, pembersihan daftar pengundi, kewujudan pengundi hantu, persempadanan kawasan pilihanraya yang tidak adil, karektor Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang didakwa sombong, mirip kepada UMNO dan sebagainya. Atas semua itu, mereka mahu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan.
Anwar, Mat Sabu dan semua pimpinan PR serta NGO yang terlibat dalam perhimpunan itu mensasarkan SPR sebagai serangan mereka. Serangan terhadap Najib dan kerajaan BN tidak lagi kedengaran. Mereka hanya mahukan pimpinan SPR ditukar dengan orang lain. Itu saja. Tidak terdengar ada tuntutan yang mahu Najib berundur atau meletak jawatan kerana menjadi Perdana Menteri yang tidak sah.
Mereka hanya mahukan ada perubahan dalam SPR dalam menghadapi pilihanraya lima tahun lagi. Sasaran Anwar dan PR kini ialah PRU 14. Kebarangkalian perhimpunan ini berterusan untuk tempoh beberapa lama sehingga pimpinan SPR tidak ditukar adalah tinggi. Mengenali karektor Tian Chua, Chegu Bard, NGO SMM, Adam Adli dan beberapa pihak yang berhati waja dalam perkara-perkara seperti ini, tidak mustahil perkhemahan di Padang Merbok ini bakal berlangsung untuk suatu tempoh yang agak lama lagi.
Jika dihalau dari Padang Merbok, mereka mungkin berkhemah dan berhimpun di tempat lain pula. Mungkin di Putraraya atau di depan pejabat SPR pula selepas ini. Maknanya, selagi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tidak ditukar, beberapa perhimpunan aman akan terus berlaku. Suasana negara juga akan terlibat tidak elok. Media dan masyarakat luar akan memerhati kita dengan pandangan yang serong terutama apabila ia disiar berulang-ulang kali di CNN, Al Jazeera dan sebagainya.
Selagi ada perhimpunan aman ini, Najib dan pimpinan kerajaan juga jadi pening kepala. Banyak kerja yang tergendala dan banyak pula perkara lain yang perlu difikirkan selain daripada memajukan megara.
Demi untuk keamanan negara dan jalan tengah menyelesaikan kemelut ini, adalah amat terpuji jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR secara sukarela meletakkan jawatan dan memberi ruang kepada kerajaan melantik orang baru mengetuai badan itu. Tidak perlulah Aziz Yusof dan Wan Ahmad terus berdegil dengan pelbagai kenyataan yang seolah-olah mahu terus kekal di kedudukan sekarang. Tidak perlu juga mereka memberi kenyataan yang seolah-olah mereka lebih UMNO daripada pemimpin UMNO sendiri kerana ia ia hanya memburukkan lagi nama parti itu. Tidak perlu juga menyatakan bahawa perlantikan mereka atas perkenan Yang Dipertuan Agong, semua orang tahu hal itu.
Semua kenyataan mereka itu hanya menyusahkan Najib dan kerajaan. Tindakan mereka terus kekal di kerusi empuk SPR itu juga mula menyusahkan Najib ketika ini. Najib pula mungkin serba-salah untuk memecat atau memaksa mereka berundur.
Anwar dan PR juga sudah dapat menerima hakikat keputusan pilihanraya lalu dan sekarang ini menjadikan sasaran mereka yang seterusnya ialah PRU 14. Biarlah dalam tempoh lima tahun ini Anwar dan PR terus berjuang untuk mencapai cita-citanya manakala Najib dan kerajaan pula dibiarkan meneruskan agenda pembangunan negara yang dirancang.
Jadi, apa kata sebagai jalan tengah untuk keamanan dan kebaikan negara, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR secara sukarela meletakkan jawatan dan berundur daripada jawatan mereka sekarang sebagai suatu pengorbanan paling tinggi untuk negara? Berhentilah menyusahkan Najib dan kerajaan dan fikirkan kebaikan untuk negara pula.
Hanya itu jalan terbaik memulihkan keadaan sekarang ini. Semoga Aziz Yusof dan Wan Ahmad terbuka hatinya menjelang Isnin ini.

PUTERA MAHKOTA BARU DUNIA NIAGA . - MY OWN UNDERSATNDING-TUAH PEMANDU KE PUTERA MAHKOTA

RENCANA Putera Mahkota Baru Dunia Niaga - A Kadir Jasin JUNE 22 2013 TIDAK sampai dua bulan selepas Barisan Nasional menang tipis dalam Pilihan Raya Umum 5 Mei seorang lagi putera mahkota sektor korporat dinobatkan Bukan alang kepalang nobatnya Pada 1 Jun dia dijadikan Tan Sri dan pada 8 Jun dia muncul sebagai taikun baru dunia penyiaran Malaysia Dia tidak akan menjadi Tan Sri tanpa persetujuan Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak yang pada 8 Jun melancarkan saluran televisyen kabel digital bernama ABNxcess dengan mengisytiharkan yang ia akan membantu menyempitkan jurang digital antara masyarakat Malaysia Dengan lesen yang diberikan oleh Suruhanjaya Multimedia dan Telekomunikasi itu ABNxcess berpotensi melancarkan sehingga 500 saluran TV kabel digital – mengatasi berkali-kali ganda apa yang kini ditawarkan oleh Astro milik T Ananda Krishnan dan HyppTV milik Telekom Malaysia Berhad TM . Daripada Pemandu Kepada Tuan Orang istimewa itu adalah K K Eswaran yang sehingga baru-baru ini lebih dikenali umum oleh kalangan korporat dan politik sebagai Kenneth Eswaran Tidak banyak orang di luar dunia korporat dan politik kenal Eswaran Tetapi sesiapa saja yang mengenali isi rumah Mohd Najib dari dekat pasti tidak akan terlepas pandang siapa Eswaran Keakrabannya dengan Mohd Najib dan isterinya Rosmah Mansor adalah luar biasa dan bukan rahsia lagi. Dalam masa yang singkat dia naik dalam dunia perniagaan dan dipilih menjadi Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia. Dia adalah antara pelopor pekan “Little India” di Brickfields Kuala Lumpur. Sesiapa saja yang kenal dan menyaksikan transformasi Eswaran sejak pembunuhan kejam majikannya Francis Clement D’cruz di Johor Baru pada tahun 2003 tentu takjub dan teruja Apa yang dia lakukan selepas pembunuhan bosnya bolehlah ditakrifkan sebagai “memangku” aset korporat dan peribadi yang ditinggalkan oleh mendiang D’Cruz Seorang peniaga dari India yang berupa rakan kongsi D’cruz disyaki melakukan pembunuhan itu dan tidak pernah ditangkap, Tetapi Eswaran tidak muncul dalam radar perniagaan dan politik Malaysia sehinggalah dia menjadi sangat akrab dan sering menjadi tetamu isi rumah Mohd Najib dan Rosmah. Saya membilang beliau sebagai antara penyokong Mohd Najib yang hadir di rumahnya di Pekan pada hari penamaan calon PRU 2008 Dapat Pinjaman RM500 Juta Eswaran melancarkan rangkaian TV kabel itu dengan menggunakan syarikat bernama Asian Broadcasting Network ABN yang dimiliki bersama dengan dua orang bekas penjawat awam kanan iaitu Laksamana Bersara Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor 10 peratus dan Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim 20 peratus. Jentera korporat utama Eswaran ialahPinehill Pacific Berhad sebuah syarikat perladangan berukuran kecil yang asalnya Benta Rubber Estates Ltd dan pada 1971 ditukar menjadi Benta Plantations Berhad serta disenaraikan di Bursa Malaysia Pada tahun 2011. Pinehill mencatatkan perdagangan bernilai RM50.3 juta dan keuntungan RM4 .1 juta Tiga tahun berturut-turut sebelum itu ia mengalami kerugian Dalam dunia korporat penanda aras nilai dan keyakinan pasaran terhadap seseorang usahawan adalah kesediaan bank memberi pinjaman kepadanya.Dalam kes Eswaran dan ABNxcess media massa telah melaporkan yang Bank Pembangunan memberi pinjaman sebanyak RM500 juta Sumber-sumber perbankan berkata itu adalah had maksimum yang boleh diberikan kepada seseorang peminjam Wallahualam .

pENULIS. Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian InsideR

KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has declared emergency in Muar and Ledang districts with immediate effect after API readings in the two areas surpassed the 750 mark.

Bernama reported PM as saying: "This haze emergency declaration does not involve imposition of a curfew and also there is no change in the method of administration either at the state or federal level for now." 
Natural Resources and Environment Minister Datuk Seri G Palanivel earlier this morning had said Muar recorded the highest with 750, followed by Bukit Rambai, Malacca (357) and Malacca City with (364).
The highest API ever recorded in Malaysia was in Sarawak in 1997 with reading of 860. Palanivel said Majlis Keselamatan Negara (MKN) should do cloud seeding operations immediately. Director-General of Environment Dato Halimah Hassan had asked the MKN director to declare emergency in Muar today. MKN will issue instructions for residents to stay indoors and direct schools in several states to remain closed.
API readings as at 8am today (23/06/13) are Pasir Gudang (123), Kemaman (140), Klang (189), Balok Baru, Kuantan (137), Petaling Jaya (111), Johor Baru (114), Shah Alam (104), Port Dickson (168), Kota Tinggi (137), Banting (110), Bukit Rambai, Malacca (357), Malacca City (364), Muar (750). Based on the air quality index, reading of between 0-50 is categorised as good, 51 to 100 (moderate), 101-200 (unhealthy), 201 to 300 (very unhealthy), and 300 and above hazardous.
MELEPASI 300 MARK - 749? TOO LATE- AT LEAST 350-749 GOVT SHOULD DECIDE AND DECLARED COLOUR CODE  STATUS FOR AVOID PANICKED AND STEP TO PUT ON THE FACE MASK. GOVT SHOULD ISSUES FACE MASK FREE LIKE BRIM. HOW MANY SWALLOWED THE HAZE??WHAT NEXT AND STEP TO OVERCOMES? AT LEAST ASKED ALL MUSLIM TO RECITE DOA, YASSIN TONIGHT DURING NISFU SYAABAN FOR HEAVY RAINED FOR WHOLE COUNTRY AND INDONESIA. 



JERUBU, ASAP KETAMAKAN MANUSIA SENGSARA SERANTAU



23/6/13 mALAYSIA cHRONICLE NEWS:
Indonesian Environment Minister Balthasar Kambuaya has identified eight of the companies that are being investigated for burning in Riau and Jambi that led to the haze.
The eight companies are:
  1. PT Langgam Inti Hiberida
  2. PT Bumi Rakksa Sejati
  3. PT Tunggal Mitra Plantation
  4. PT Udaya Loh Dinawi
  5. PT Adei Plantation
  6. PT Jatim Jaya Perkasa
  7. PT Multi Gambut Industri
  8. PT Mustika Agro Lestari
    As is the custom in Indonesia with naming those under investigation, he only gave their initials for the media to infer from. Speaking at a press conference in Pekanbaru on Saturday, Dr Balthasar said all the eight companies are owned by Malaysian investors, and fires were discovered on their concessions."If there is enough evidence, we will take them to court," he added. "Our investigators are still on the ground for further investigation."More companies are expected to be named in the coming days. Earlier on Saturday, Dr Balthasar told reporters that another 14 companies are also being investigated for burning, but he did not identify them.
    - ST
    DEDAH SIAPA YANG TERLIBAT NAMA DAN KETURUNANYA.............

    DINER CLUB DAN MESS NIGHT

             Minggu ke 24 semakin sibuk dengan aktiviti sebelah siang dan malam. Ptg 18 di Ampang Planet Futsal trg, Malam 20 di D Palma Ampang Dinirs Club dengan Syarahan drp USA Ambassador his Excellency Datuk Paul Jones (Order disorder in South Pacific Region) dan 21 di Banggi Golf Resort (Cat C, no 10,  + 8) with 5 Par. Farewell golf for Z and Sofi. On 22 Jun COAF lecture on Operational Leadership and at night attended MAFSC Mess Night at POGH Seri Kembangan until 0120 am. From 18 to 21 attended the College ISO 9001-2008 internal audit class. Yestreday evening 1400 followed wife to Jitra BAKAT gathering at Checker Corner Dorset Hotel until 1630. Friday morning Sujud Sejadah and Saturday morning with Al Mathurat at Surau Al Luqman. Last night with wife and Emee window shopping at Berjaya Times Square and having supper at Bismillah restaurant.Sunday morning after Dong Yi drama, having my hair cut at CKR and at CKR fresh market untill 1100 before having breakfast  (lontong) at KB. In the evening prepare for the South Visit - (24-28/6/13) KL-Johor-Singapore-Melaka-KL. Jul  going to be more busy for Comparative  Study -Bangkok, Fasting month, visit and lectures from PGUP and CDF and on 5 MMR at Taiping.

    NISFU SYAABAN DAN IMAM MAHADI

    Nisfu Syaaban dan Imam Mahdi

    June 23, 2013
    Dua peristiwa penting seperti mana tercatat dalam buku-buku sejarah Islam.
    Malam ini ialah malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban) salah satu malam yang mustajab doa. Umat Islam digalakkan memperbanyakkan berdoa dan memohon keampunan Allah SWT pada malam ini.

    umat Islam akan berkunjung ke masjid dan surau untuk membaca Surah Yaasin selepas waktu Maghrib dan seusai membaca Surah Yaasin, mereka akan menunaikan solat Isya’ berjemaah.
    Umat Islam menyambut 15 Syaaban pada setiap tahun, walaupun pada skala yang lebih kecil, sebagai mengingati tarikh berlakunya pertukaran buku catatan amalan seseorang. Tarikh 15 Syaaban 1434 jatuh pada Isnin, 24 Jun ini.Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
    “Rasulullah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak.
    “Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.
    Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Aisyah : “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”
    Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
    Catatan pertama yang akan dicatatkan dalam buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib).
    Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
    Diriwayatkan daripada Ata’ ibn Yasar berkata: “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, malaikat maut menulis nama orang yang akan meninggal dunia pada bulan Syaaban tersebut sehingga bulan Syaaban berikutnya.
    “Sesungguhnya seseorang itu melakukan kezaliman, kejahatan, bernikah dan menanam tanamannya, sedangkan namanya telah dipindahkan dari dewan orang yang hidup kepada dewan orang mati. Tidak ada suatu malam selepas malam Lailatulqadar yang lebih mulia daripada malam Nisfu Syaaban.”
    Munculnya Imam
    seperkara lagi yang berlaku pada 15 haribulan Syaaban ialah kelahiran Imam Mahdi, seorang Imam dari keturunan Rasulullah SAW. Beliau lahir pada 15 Syaaban tahun 255 Hijrah di kota Samara (Iraq). Banyak buku yang ditulis berkenaan dengan Imam akhir zaman ini untuk kita baca dan jadikannya sebagai bahan rujukan dan di antaranya:
    Buku bertajuk Imam Mahdi: Dari Proses Gerakan hingga Era Kebangkitan, karya Prof Ali al-Kurani; Imam Mahdi: Penerus Kepimpinan Ilahi, karya Ibrahim Amini; Imam Mahdi: Menurut Ahlussunnah Wal Jamaah, karya Hasan Abu Ammar dan Imam Mahdi: Tokoh-Tokoh Terkemuka Ahlul Bait Nabi, terjemahan Ahsin Muhammad dan Afif Muhamad. Pembuktian dan dalil kewujudan Imam Mahdi yang disebut dalam Al-Quran dan hadith memang banyak sekali.  Antaranya ayat 5 Surah Qashah di mana Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi bumi.” Imam Malik bin Anas mengatakan bahawa pembuktian ayat ini belum terjadi (pada ketika itu) dan umat Islam masih menunggu munculnya manusia yang akan menjadi sarana bagi terwujudnya ayat ini.
    Dalam Surah Al-Anbiyaa’ ayat 105 di mana firman Allah SWT bermaksud: “Dan sungguh telah Kami tulis dalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) Lauh Mahfuz bahawa bumi ini akan dipusakai oleh hamba-hambaKu yang saleh.” Ayat ini menunjukkan akan munculnya seorang penyelamat, Imam Mahdi atau disebut juga Al-Qaim, yang akan menyelamatkan dunia ini dari peperangan, kehancuran, kerosakan dan kebatilan dan memenuhinya dengan keadilan, kebenaran dan keamanan.Umat Islam sehingga hari ini masih ada yang keliru. Sudah lahir ke belum Imam Mahdi ini. Tetapi seluruh umat Islam boleh dikatakan setakat mempercayai bahawa Imam Mahdi ialah adalah dari kalangan Ahlul Bait Rasulullah SAW dan dari keturunan anaknya Fatimah Az-Zahra’.
    Dalam Surah Al-Israa’ ayat 71, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Ingatlah hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya.  Kemudian sesiapa diberikan kitabnya ditangan kanannya maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita) dan mereka tidak dikurangkan pahala amal-amal yang baik sedikit pun.”
    Secara jelas Allah menyatakan tiap-tiap kumpulan manusia itu akan diseru dan dikumpulkan bersama dengan Imam mereka. Peristiwa ini akan berlaku di Padang Mahsyar kelak dan bukan di dunia ini.Tetapi semasa hidup di dunia ini, kita mesti kenal siapakah Imam kita di akhirat nanti.  Kalau kita tidak kenal siapa Imam kita, kita khuatir kita dimasukkan ke  dalam kumpulan yang diketuai oleh para pemimpin yang fasiq dan kafir seperti Barack Obama, Benjamin Netanyahu, Simon Peres, Hosni Mubarak, Saddam Husein dan ramai lagi.Dalam hadith Rasullah SAW juga terdapat peringatan semacam ini di mana salah satu hadithnya Baginda menyebut: Barangsiapa siapa yang tidak mengenal Imam yang hidup pada zamannya maka apabila mati dia mati dalam keadaan jahiliyyah.” Hadith riwayat Imam Ahmad bin Hanbal dalam Musnad Imam Ahmad.Mengenal Imam yang dapat membimbing kita ke jalan yang benar juga tidak kurang pentingnya selain kita melakukan ibadah khusus terutama dalam bulan Syaaban ini dan akan menjelangnya bulan Ramadhan Al-Mubarak tidak lama lagi.
    - See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2013/06/23/nisfu-syaaban-dan-imam-mahdi/#sthash.02klOdWA.dpuf

    Saturday 15 June 2013

    SURUHANJAYA PESEMPADANAN DI CADANG GANTI SPR

    Suruhanjaya pilihan raya Malaysia (SPR) dianggap tidak layak untuk mengendalikan persempadanan semula kawasan pilihan kerana ekoran rekod buruknya dalam pilihan raya lalu.Sehubungan itu, kajian badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mencadangkan agar Suruhanjaya Persempadanan ditubuhkan bagi menjalankan tugas ini sebagaimana yang dibuat dibeberapa negara. "Suruhanjaya Perwakilan yang diadakan di New Zealand, khususnya, boleh dijadikan sebagai rujukan bagi mengadakan sebuah badan yang berkebolehan dalam menyemak semula dan menggariskan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya yang saksama, sebagai langkah pertama merealisasikan prinsip satu orang satu undi yang sama nilai yang ideal dalam sistem pilihan raya yang demokrasi," cadang KPRU dalam kenyataannya.
    Di bawah perkara 113 Perlembagaan Malaysia, pilihan raya di Malaysia adalah diuruskan oleh satu badan khas yang telah dilantik oleh Yang Dipertuan Agong dan badan ini dinamakan Suruhanjaya pilihan raya Malaysia (SPR). Antara tugas SPR termasuklah menjalankan pilihan raya bagi Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri dan pilihan raya kecil, serta menyediakan daftar pemilih dan menjalankan urusan pendaftaran dan penyemakan daftar pemilih. SPR juga bertanggungjawab mengkaji semula persempadanan kawasan pilihan raya dengan melibatkan bidang kuasa pentadbiran pejabat tanah dan daerah dan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
    "Namun, ekoran pelbagai pendedahan insiden penipuan dan ketidakadilan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei lalu yang baru tutup tirainya, kajian badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mendapati bahawa SPR tidak sesuai bagi mengendalikan urusan."Ini ekoran ketidakupayaan SPR dalam menunaikan amanahnya bagi memastikan pilihan raya dijalankan secara bersih, bebas dan adil," kata kenyataan itu. Sebuah badan yang neutral lagi bebas daripada pengaruh badan eksekutif terutamanya, harus ditubuhkan bagi mengendali urusan persempadanan semula bahagian pilihan raya, seperti Suruhanjaya Persempadanan yang ditubuhkan di kebanyakan negara, kata kenyataan itu.
    Dalam sejarah pilihan raya di Malaysia, sebanyak enam kali proses persempadanan telah dilakukan, masing-masing pada tahun 1958, 1966, 1974, 1983, 1992, dan 2003.
    Proses persempadanan berkait rapat dengan konsep “gerrymandering” yang merujuk kepada tindakan emanipulasi atau tindakan secara sengaja menyusun atau mengatur semula kawasan-kawasan pentadbiran bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya dengan mengurangkan undi parti oposisi. Gerrymandering merupakan antara isu yang paling kronik dihadapi oleh sistem pilihan raya dan demokrasi dalam negara ini, kata KPRU.Mengapakah persempadanan kawasan pilihan raya sentiasa menjadi suatu isu penting dalam sistem pilihan raya? Jawapannya mudah sekali: persempadanan merupakan cara langsung bagi memanipulasi keputusan pilihan raya. "Dengan kata lain, ia memberi ruang kepada “permainan kotor” dalam sistem pilihan raya yang dianggap adil dan bebas," kata KPRU.
    Dalam sebuah sistem pilihan raya demokratik yang ideal, setiap orang pengundi berpeluang membuang undi yang sama nilai dan kepentingannya – prinsip satu orang satu undi yang sama nilai. Undi yang diperolehi seharusnya secara langsung selaras dengan kerusi yang dimenangi dalam parlimen (Dewan Rakyat).Di Australia, kaedah yang digunakan bagi menentukan bilangan kerusi yang harus diberikan kepada negeri masing-masing adalah seperti yang dinyatakan dalam seksyen 24 Perlembagaan dan seksyen 48 Akta Pilihan Raya Komanwel 1918.
    Pada minggu ke-13 selepas persidangan Dewan Perwakilan penggal pertama, SPR Australia dikehendaki mengenalpastikan populasi di Australia, dan angka tersebut kemudiannya akan digunapakaikan bagi menentukan bilangan Ahli Parlimen bagi setiap negeri masing-masing. Pertama sekali, kuota perlu dikenalpastikan melalui membahagikan jumlah populasi dalam negara dengan dua kali bilangan senator untuk semua negeri.
    Kemudian, jumlah populasi dalam negeri masing-masing dibahagi dengan kuota bagi menentukan bilangan wakil rakyat yang harus diperuntukkan untuk setiap negeri. Malaysia merupakan antara negara di mana persempadanan diuruskan oleh SPR. Di sesetengah negara, SPR adalah bebas daripada pengaruh dan campur tangan daripada badan eksekutif dan perundangan. Ia berlaku di Lithuania, Mexico, dan Poland, lantas dapat menunaikan amanahnya secara adil dan saksama. Namun, situasi di Kenya, Nigeria, Tanzania dan Malaysia pula di sebaliknya, kata kenyataan itu.
    - Harakah Daily

    TILAWAH AL QURAN DI KELANTAN: CATATN SAYA

    Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,15 Jun 2013
     (PETIKAN DALAM hARAKAH DAILY -BM)
    Apabila Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan dicadangkan untuk diadakan di Kelantan beberapa bulan lepas, saya menyambut dengan baik. Alhamdulillah, akhirnya Kelantan terpilih juga selaku tuan rumah buat julung-julung kalinya. Ekoran pilihanraya umum yang diadakan Mei lepas, tilawah ini ditangguhkan dan akhirnya berjaya dilaksanakan di Kelantan dan berakhir malam semalam.

    Saya rakamkan tahniah kepada kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan Ustaz Dato Ahmad Yakob dan juga terima kasih kepada kerajaan pusat di atas kesediaan memberikan peluang kepada Kelantan. Sewajarnya sudah lama program sebegini diadakan di Kelantan, ini kerana di negeri inilah syariat al-Quran diberikan pertimbangan serius oleh kerajaan negeri untuk dilaksanakan. Masyarakat Kelantan sejak dahulu lagi meminati al-Quran. Lihat sahaja siaran langsung di televisyen sepanjang majlis ini berlangsung, kehadiran melimpah ruah sehingga ada yang sanggup berdiri. Bukan sahaja pada malam perasmian bahkan malam-malam berikutnya. Malam semalam ketika keputusan diumumkan pula saya dimaklumkan kehadiran sehingga melimpah ke luar dewan. Paling menggembirakan ialah kehadiran terdiri daripada golongan muda yang datang memegang mushaf al-Quran menyemak bacaan qari dan qariah. Alhamdulillah, sambutan ini menunjukkan betapa minatnya golongan muda di Kelantan terhadap al-Quran. Inilah pembangunan rohani yang lebih mahal daripada pembangunan fizikal. 

    Saya juga menonton pengumuman keputusan pertandingan semalam dan sekalipun Kelantan tidak mendapat sebarang tempat sama ada dalam kategori Qari mahupun Qariah, saya yakin proses penghakiman dilaksanakan dengan telus dan jujur. Bahkan saya yakin, kebanyakan peminat majlis tilawah juga bersama-sama dengan saya meyakini proses penghakiman ini.Banyak faktor yang menyebabkan rakyat yakin dengan penghakiman ini. Antaranya, tidak adanya blackout semasa proses pengiraan markah, para hakim pula tidaklah mengeluarkan kenyataan yang berbelit-belit dan boleh dibaca memihak kepada peserta tertentu yang bertanding. Peraturan dan pemarkahan pula jelas dan tidak bertukar-tukar di saat akhir dan paling penting, semua peserta mempunyai peluang yang sama untuk mempersembahkan bacaan. Tidak berlaku sesetengah peserta diberikan masa 20 minit manakala peserta yang lain hanya lima minit!

    Alangkah baiknya jika semua pertandingan di Malaysia diadili setelus pertandingan tilawah peringkat kebangsaan ini. Sayangnya, ada juga pertandingan yang pada namanya sahaja sebuah pertandingan, tetapi diadili dengan penuh tipu muslihat yang menyebabkan hilangnya keyakinan umum kepada para pengadil.Hari ini, setelah berlalunya peringkat membaca al-Quran, perlulah lebih serius untuk ke peringkat melaksanakan ajaran al-Quran. Pelaksanaan ajaran al-Quran inilah sewajarnya menjadi agenda utama kerajaan pada masa kini. Sayangnya, agenda ini tiada dalam ideologi selain Islam. Kepercayaan kepada hari kiamat, syurga dan neraka serta pahala dan dosa ini perlu dipupuk semula agar ia dapat menghindari rakyat dari melakukan jenayah. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW mendidik seorang pemuda yang datang memohon izin daripadanya untuk berzina. Sewaktu semua orang terkejut dan memarahi pemuda tersebut, Rasulullah SAW menggunakan pendekatan psikologi dengan bertanya adakah dia suka jika ibunya, kakaknya dan adik perempuannya dizinai oleh orang lain? Justeru, pemuda tersebut membatalkan niatnya ekoran pertanyaan yang dilontarkan oleh Rasulullah SAW. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad RA di dalam Musnadnya.

    Akidah inilah yang perlu dipupuk. Ketakutan kepada Allah SWT melalui pemantapan syariat al-Quran di tengah masyarakat perlu ditekankan dengan lebih serius. Saya yakin, jika kita mampu untuk melaksanakan majlis tilawah berpuluh-puluh tahun lamanya, kita juga mampu untuk bergerak ke depan untuk mendaulatkan isi kandungannya. Jika tidak, senario masyarakat tidak akan sampai ke mana. Justeru, betulkan pemikiran kita agar dengan itu akan betullah kehidupan masyarakat. Bayang-bayang yang betul lurus hanya akan terhasil melalui objek yang lurus!

    Thursday 13 June 2013

    Published: Friday June 14, 2013 MYT 10:26:00 AM
    Updated: Friday June 14, 2013 MYT 11:30:14 AM

    Datuk Raja Mohamed Affandi is Malaysian Army Chief from today

    By JASTIN AHMAD TARMIZI


    KUALA LUMPUR: Former Malaysian Armed Forces Chief of Staff Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, 56, has been appointed Malaysian Army chief effective Friday.
    Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien Raja Mohamed Affandi, 56, made the announcement during a ceremony held at the Wisma Pertahanan here in Kuala Lumpur.
    Raja Mohamed Affandi was promoted to full General during the ceremony.
    He replaces Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, 52, who has been appointed as vice-chancellor of Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) effective Saturday.

    KEMATIAN - ALFATIHAH

    JAM 830 , TANGGAL 11 Jun 13. Berita kematian sdra Hamid S/U Surau Al Haqq diterima melalui SMS. Setelah menyelesaikan tugasan Quizz 4 Q for DRM 3102 - M&I Magnt aku bergegas balik ke rumah setelah memaklumkan CDS dan Komdn. Sampai di tanah Perkuburan Seksyen 21 S.Alam jam 1130 pagi dan jenazah sedang dimasukan ke liang lahad. Majlis pengkebumian berakhir hampir jam 1210 dan meneruskan ke TS klang berhajat untuk menghadiri majlis Tahlil disebelah malamnya. Arwah sebenarnya telah koma selama hampir 1 bulan lebih dan seterusnya ditempatkan diwad biasa di bawah penjagaan rapi di atas masalah jantung dan kegagalan buah pinggang. kami juga sempat mengziarahinya di HTAR Klang. Arwah seorang serba boleh sebagai Imam, muazin, khatib dan sentiasa memberi sumbangan buah fikiran dan tenaga dimajlis-majlis surau, kemasyarakatan dsbnya. Beliau juga gigih bekerja mengambil kanak-kanak sekolah (T.Unser), berniaga nasi lemak (depan 7 E Tmn Sentosa) dan juga mengambil upah katering kecil-kecilan jika ada yang memintanya. Sepanjang pengenalan sejak tahun 2009/2010 kami bertambah rapat semasa menjadi AJK surau Al Haqq. Al Fatihah. Wslm. 

    KEJAYAAN DAN KETENANGAN

    "Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

    "setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

    Blog Archive