Wednesday 31 October 2007

PENTINGNYA MENGEKALKAN PERSAUDARAAN

ADIK EMEE DEMAM BALIK

1 Nov 2007. Khamis. Setelah 14 hari demam campak (chicken pox) beransur baik adik emee dahmula kembali demam panas. Selalunya demam beliau reda setelah diberi ubat demam, tetapi malam itu setelah diberi ubat, disejukkan dengan air tetapi suhu badan tidak turun walaupun diberi ubat jam 12 malam. Awal pagi emee dibilas dengan air sepanjang pagi tetapi tidak berkesan. Beliau sekali meracau membuat kami berjaga malam sehingga kepagi. jam 5 pagi badan terlalu panas mencecah 40 C kami mengambil keputusan memandikan dia dan badan beliau turun seketika. Emee dapat tidur sehingga jam 8 pagi dan jam 930 pagi kami membawa ke Klinik. Setelah dibuat pemeriksaan tekak merah sedikit, cuma panas badan dan doktor kata tida masalah dari demam campak kemungkinan sakit tekak. Doktor memberi ubat antibiotik, demam dan bagi mengurangkan panas badan sebutir ubat dimasukkan ke punggung agar cepat suhu badan turun. Allahmdullillah setelah dimasukan ubat Emee kembali ceria dan demam mula kebah. Semasa ditulis jam 12 tengahhari adik Emee nenyak tidur. Hari ini macam macam hal, emaknya, bapanya semua sibuk semacam, inilah cubaan puasa enam hari ketiga. Dah tu pula Sanee bawa kunci ke UUM, jadi setelah ambil ubat kami bergegas ke UUM mendapatkan kunci. Sebelah petang kami macam biasa hari Khamis ambil Illah dan sai bailk dari asrama di Aloor Star dan petang juga Hassriee menghadiri hari KO di sekolah mulai 1 hingga 3 Nov 2007. InsyaAllah akan ditamatkan puasa 6. Wasalam.

Monday 29 October 2007

PENGAJIAN SARJANA MHRM

29 Okt 2007. Hari ini tamat semester ketiga pengajian kat UUM, tinggal lagi 1 subject penting "Dissertation". Tajuk dan kertas kajian ini wajib bagi melengkapkan kajian. Subject yang telah diambil setakat ini purata CGPA 3.75, dan harap 3 paper yang baru tamat dapat sekurangnya 3.75 jadi boleh maintin CGPA 3.75. Sekarang perlu mula kajian dengan membuat semakan ke atas kajian lepas, permasalahan kajian dan jadual bagi memastikan kertas kajian siap sebelum bulan Mei 2008. Semester hadapan juga merancang untuk mengambil satu paper lagi sebagai tambahan tetapi dalam bentuk audit. Audit bermaksud hadir kelas dan buat assignment tapi tak perlu exam. Subject wajib yang telah lulus ialah HRM, Strategic HRM, Org Behaviors, Technologies for Managers HRM, Legal and ethic in HRM. Subject elective (pilihan) yang telah lulus International HRM, manakala subject HRD, Performance Management dan OSH telah tamat tapi menunggu keputusan sebelum 23 Dis 2007.
Tahun hadapan 2008, beberapa perkara berkaitan pengajian perlu dibuat perancangan awal agar tiada masalah seperti keperluan konvokesyen, laporan kursus, kewangan dan lain-lain berkaitan dengan pekerjaan pada 1 Jul 2008. Setelah tamat, konvokesyen dijangka pada awal Sept 2008 dan pastinya menjadi kegembiraan dan kenangan manis sebab tahun 2009 dua lagi anak akan turut konvo ijazah masing-masing.

Sunday 28 October 2007

PEPERIKSAAN SPM DAN STPM

Bulan Nov 2008, tanggal 12. 2 anak akan menghadapi peperiksaan penting masing-masing. Mas 2 minggu ini perlulah dikorbankan dan perlu menjaga kesihatan agar pada hari peperiksaan sihat secra fisikal dan mental untuk menjawab soalan dengan penuh keyakinan dan terserah kepada Allah S.W.T untuk menetukan. Usaha dan doa pasti mengiring kejayaan. Peperiksaan ini penting agar boleh mengubah taraf hidup jika berjaya dengan cemerlang, kalau tak berjaya pun masih ada sisa perjuangan selagi kita mahu mengubahnya. 2 anak terdahulu juga berjaya lulus cemerlang STPM dan sekarang dah tahun2 dan 3 di UUM. Kejayaan mereka pasti menjadi pemangkin dan pembakar semangat untuk lebih berjaya dan lulus dengan gemilang. Ibu bapa pada masa ini paling risau melebihi anak-anak, begitulah perasaan ibu dan bapa terdahulu, sebagai ibu bapa yang pernah melalui proses tersebut pasti berusaha samada secara bimbingan kata semangat, doa, sembahyanghajat, baca yassin agar mereka sentiasa mudah dan berjaya menjawab soalan dengan penuh ketenangan dan keyakinan. Walau apa pun, yang paling penting ialah solat dan amalan baik, kerana ianya yang paling utama dilaksanakan . Iika ada banyak ilmu, harta dan anak yang berjaya tetapi tidak solat atau menjaga amalan baik ianya tidak bergunapun di kemudian hari (akhirat). Selamat belajar kepada anak-anak, anak buah, serta semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM nanti. Wassalam
Petikan dari buku My Story Lim Goh Tong " untuk berjaya dalam hidup dan perniagaan kita mesti merendah diri, bersopan santun dan menghormati orang lain, menepati masa atau tiba 10 minit lebih awal dari masa yang dijanjikan, jangan sekali-kali membatalkan temujanji, berdisiplin, bangun awal dan tidur lewat." banyaklah yang boleh dipelajari melalui orang berjaya seperti Tan Sri tak kira bangsa apa atau agama kerana ianya adalah sikap dan pengajaran yang jadi ikutan bukan orangnya. Fikir-fikirkan lah..

Friday 26 October 2007

SALAHSILAH KELUARGA HAJI ISMAIL&HJH SOM




Keujudan nabi Allah Adam Alaihisalam dan Hawa adalah manusia awal yang dijadikan Allah S.W.T dan sekarang telah menjadi pelbagai bangsa dan agama disegenap pelusuk dunia. Sesungguhnya semua manusia itu bersaudara sebab datangnya dari satu keluarga dan zuriat nabi Adam dan Hawa. Yang membezakan setiap manusia hanyalah agama, bangsa, budaya dan warna kulit. Sifat yang sama hanyalah dipanggil manusia yang mempunyai sifat yang sempurna. Keturunan dari jenerasi bersilih ganti dan berpindah-randah disegenap pelusok dunia dan mengalami pelbagai dugaan dan halangan. Begitu juga dengan keturunan melayu Malaysia, entah jenerasi keberapa keturunan dan darimana asal usulnya. kalau ikut buku sejarah, melayu datangnya dari kepuluan Polynesia lautan pasifik, dari Indochina (Champa) dan kalau ikut sejarah kerajaan melayu dan serumpun bahasa, yang paling hampir ialah kerajaan Majapahit, Bugis, Pattani mula berhijrah atau menjajah tanah melayu. begitu juga penduduk pribumi asal orang melayu sama seperti orang asli dari suku Semang, Jakun, Nigrito dll. Ada juga mungkin datang dari kacukan orang Inggeris, Portugis, Belanda dan Jepun yang menjajah Tanah Melayu. Semasa kedatangan orang keling dari India, orang China bersama pedagang Hang Li Po, Yap Ah Loy sekarang peddatang haram/sah dari Indon, Bangla, Pakistan, Nepal, India, Thai dan lain-lain lagi bangsa yang ada dimuka bumi ini.
Kesedaran menjadikan pertemuan keluarga dari salahsilah adalah terbaik kerana dapat mengetahui asal usul keturunan sebelah satu bapa dan satu ibu, kalau boleh setiap salahsilah sebelah menantu juga diadakan kerana akan pasti lebih menarik kemungkinan ada pertalian keluarga yang mungkin berlaku. Ini mungkin terjadi sebab orang-orang dulu kahwin dalam lingkungan perjalanan. Zaman 30an hanya kahwin dalam lingkungan 4o batu aje , tahun 50 dan 60an mungkin dah menjangkau ke luar negeri seperti Johor, Kelantadll sebab jalanraya dah bercambah dan pekerjaan mula bertukar ke peringkat persekutuan. Tahun70an mula dah merebak kepelusok luar negara mungkin ikut berhijrah ke negara barat, timor dan timor tengah sebab belajar atau bekerja, jadi dengan mengadakan salahsilah ini, di masa hadapan mungkin jenerasi akan datang dapat mengetahui moyang mereka. Kita dapat lihat bagaimana jenerasi Arab, China dan Eropah mempunyai rekod salahsilah keturunan masing-masing. Permulaan ini adalah terbaik kerana pertemuan keluarga dapat dijadikan titik permulaanya. Wassalam

Tuesday 23 October 2007

ILMU PENGETAHUAN MENJADI SESEORANG ITU LEBIH MATANG

Ilmu pengetahuan adalah kunci kejayaan dan kemajuan sesebuah negara. Rakyat yang berilmu dan tiada buta huruf pastinya akan terus bertambah maju dan makmur. Ilmu yang ada jika tidak dihebah dan diajar pasti akan berkubur bersama jazad, oleh yang demikian setiap insan yang berilmu perlu berdakwah dan menyebarkan ilmu sungguhpun untuk diamalkan bagi diri sendiri.
Tidak semestinya orang yang berilmu itu pandai tetapi sekurang-kurang dapat menjadikan seseorang itu menyedari betapa kerdilnya dia dengan ilmu yang Allah sediakan secara percuma tanpa bayaran seperti udara, angin, bintang, bulan, matahari dll. Sewajarnya setiap kita semua perlu belajar setiap hari tidak kira samaada secara fomal atau tidak formal.
Kalau secara formal, pendidikan bersubsidi dan sekarang percuma (buku teks/yuran peperiksaan/sekolah) dan kalau ke IPTS/IPTA kena bayaran atau biasiswa akan menjadi kayu pengukur ilmu seseorang sekarang dan akan datang. Kalau dulu tamat darjah enam dah boleh jadi buruh dipejabat kerajaan tetapi sekarang minimapun sekurang-kurangnya SPM. Jika nak jadi Pegawai Kerajaan sekurang-kurang ada diploma dan tahun 2010 pastinya memiliki ijazah. Bila anak-anak ada diploma, ijazah yang pastinya mereka akan menguasai ICT dengan lebih mahir berbanding dengan yang tamat SPM, sebab setiap yang berkelulusan akan melayari internet bagi assingnment, chit cat, friendstter, dll. Renungkanlah bagaimana negara maju dibarat menikmati kemajuan sebab kadar buta huruf komputer kurang daripada 10 peratus dan hampir kesemua orang barat berumur 90 tahun boleh membaca dan masih mampu meneruskan kehidupan dengan ditemani komputer sebagai mengisi masa persaraan mereka. Kita dapat melihat warga emas mereka mengembara kepelusuk dunia kerana ilmu yang mereka ada membolehkan pendapatan mereka bertambah dan cukup untuk keperluan sebelum mati.
Di Malaysia jenerasi X yang lahir tahun 60, sekarang berumur 47 tahun kebanyakanya sudah melalui pendidikan formal, dan yang pastinya yang melanjutkan pengajian kepringkat diploma, ijazah dan sarjana pastinya majoritinya tidak lagi kaku dengan ICT. Bayangkanlah jenerasi Z lahir tahun 2000, sekarang dalam tahun satu telah didedahkan dengan ICT, pastinya mereka akan lebih advance dan adventurers. kemuskilanya adakah mereka akan lebih tabah, matang dan berilmu di dalam mengharungi ke tahun 2020 atau ke 2057? Di umur 57 tahun pastinya mereka yang bekerja masih bekerja kerana umur persaraan meningkat kepada 60 tahun ke atas, adakah mereka masih kuat beragama, mempertahankan adat resam, semangat kebangsaan, dan apa jua yang menjadi kebanggaan Malaysia? Apa jua, jika agama menjadi asas dan kekuatan kepada setiap insan dan tidak menolak kemajuan, pastinya kecemerlangan dan kejayaan seperti dirancang menjadi kenyataan. Wassalam

HARI RAYA OPEN HOUSE

Setelah sebulan berpuasa, hari kemenangan diraikan oleh setiap umat muslim dengan jamuan hari raya. Ada yang mengadakan open house pada hari raya pertama selepas tu puasa enam, tetapi ramai yang mengadakan open house sejak hari kedua hingga sebulan mengundang sanak saudara, jiran tetangga, kenalan pejabat/tempat kerja dan kawan-kawan anak.
Semangat menjemput tetamu ke open hause dengan mengadakan jamuan, duit raya dan juga hadiah. Ada yang mengunakan katering, masak sendiri ataupun gotong royong, semua ikut bajet dan ada juga buat besaran-besaran sebab ada sokongan bantuan logistik seperti khemah, kerusi meja dan sponsor sajian makanan. Kalau PM buat open house kat PWTC dengan ribuan hadirin datang yang pastinya perbelanjaan pasti mencecah ratusan ribuan ringgit, duit mungkin sendiri, sponsor atau duit keraian kerajaan. Kalau pejabat swasta pastinya open house guna bajet yang dipersetujui dengan sajian yang menyelerakan serta ada penghibur. Kalau kita buat jemput seratus orang pun dengan 4 menu utama, air dan buah termasuk duit raya pun hampir RM 500.00, ini tak termasuk sewaan khemah, kerusi meja dan sewaan pinggan mangkuk. Kalau jamuan satay, rendang, aiskrim, duit raya, jemputan penghibur, sewaan audio visual dan lain-lain peralatan pasti menaikan jumlah perbelanjaan. Semangat open house memangnya baik, ianya mengeratkan persaudaraan, meneruskan hubungan silaturahim dengan jiran tetangga, saudaramara, anak yatim piatu dan orang susah. Jemputan akan lebih baik lagi jika ada tetamu bukan islam atau luar negara, sekurang-kurangnya dapat mengetahui hari kebesaran orang muslim, adat resam, sajian orang melayu ketika menyambut hari raya. Kesempatan ini walaupun setahun sekali tetapi dapat menjadi ingatan terutamanya jika sajian enak dan lazat ataupun yang tak baik seperti sajian tak cukup, basi, atau yang balik keracunan makanan. Walau apapun yang kita lakukan dibuat ikut kemampuan dan dengan ikhlas pastinya mendapat rahmat dan berkat daripada Allah S.W.T.

Saturday 20 October 2007

PENGAJIAN TINGGI IPT

Ilmu pendidikan tiada akan berkesudahan dan akan terus menjadi keutamaan generasi sekarang dan akan datang. Kenalan lama bila jumpa pasti akan menyapa dengan soalan anak berapa?, yang sulong buat apa? belajar lagi atau bekerjake? atau dah ada menantu atau cucu? Soal harta dan kekayaan mungkin tidak disoal kerana persepsi dengan gaya berpakaian dan kenderaan dipandu mungkin memadai mengukur kekayaan seseorang teman/rakan.
kebanggaan keluarga sekarang jika anak dapat UPSR 5 A, PMR, SPM,STPM lulus cemerlang dan yang paling manis jika anak-anak ke menara gading. Tak kisahlah jurusan apa diambil, kerana status sekarang memadai anak dapat masuk U. Mungkin 10 tahun lagi, orang akan tanya jurusan apa, kalau jurusan doktor, lawyer, engineers, komputer tapi mungkin masa depan akan lebih gah dengan jurusan Kaji angkasa, robotic, ilmu falak, doktor perpindahan organ dan tahfiz. Begitulah dunia berubah dengan masa makin pendek, singkat dengan kerja semakin mudah dan cepat. Dulu masa tahun 60an anak jadi guru dan askar menjadi kebanggaan, tetapi sekarang usahawan dan doktor menjadi no 1. Apa jua, yang pasti masa pasti berubah dan jika kita tidak berubah akan pasti ketinggalan, begitu juga ilmu jika tidak diamal akan menjadi dosa dan statik. Setakat ini, 2 anak dah masuk U, yang 2 lagi InsyaAllah akan menjejaki langkah yang sama. Kita perlu jadi contoh pada anak-anak dari segi mengejar ilmu, dulu LCE, MCE, HSC, Diploma, Ijazah dan kini sedang buat Sarjana. Jika berpeluang dan masih kuat pasti Phd tahun 2013. Wassalam

GOLF

GOLF telah mula menjadi hobi nombor 1 sejak 1 Feb 2007. Dulu masa kerja kat Kuching, Golf setakat kutip bola OB di belakang rumah, hampir 74 biji bola golf terkumpul sejak menduduki CQ 10 pada bulan Sep 2003. Ramai kawan-kawan teruja sejak bila dah tukar hobi, kalau dulu kurang minat tapi sekarang dah mula main pulak? Hasrat nak main bukanlah baru, tapi keadaan dan masa tak mengizinkan, tetapi bila dah cuti belajar kat UUM selepas 2 semester masa dan keadaan membolehkan aku terus bermain golf. Kali pertama bermain kat Kajang sempena persaraan Pengarah di Kajang Hill Golf resort, masa tu baru main tak sampai sebulan. Lepas tu mulai masuk pertandingan Kelab Golf UUM dan terakhir sekali main kat Nilai Golf Spring sempena Jubli Emas KPD. Setakat ini baru main golf 2 kali kat Bukit Kayu Hitam Golf Club dan sekali kat Damai Golf Club Santubong Kuching, Sarawak.
Golf mempunyai keunikan kerana setiap hari pasti ada yang menghiburkan dan menyakitkan. kadangkala menjadi tapi kerapkali tak menjadi, ini membuatkan semangat untuk terus bermain sentiasa ada, walaupun panas atau hujan, jika ada ruang akan bergegas ke padang Golf. Permainan golf boleh dikatakan agak mahal, jadi masa kat UUM ni kena banyak buat latihan dan memahirkan diri, bila habis cuti belajar memang susah dan sukar nak main sebab masa diatur bagi keperluan kerja dan keluarga. Set pertama second hand dan perbelanjaan sehingga kini (Okt) dah hampir RM 1,500.00. Hadiah baru dapat 2 itupun saguhati dan bayaran penyertaan dengan goodies baju dan beg. Sasaran sebelum Jul 2008, nak kutip sekurang-kurang tempat ketiga dan bila balik bekerja nanti dah boleh main dengan orang lama dalam Golf. Sukan ini akan menjadi hobi dan mengeratkan kenalan bagi keperluan sosial dan riadah.

RUMAH BARU BONDA


Sejak puasa kedua (14 Sep 2007), pembinaan rumah bonda di Kpg Alor Terong anggaran bernilai RM 35 ribu dimulakan. Rumah 2 bilik tidor bersebelahan rumah mak Tam kini sudah 65 peratus siap pada 20 Okt 2007, hanya tinggal pasang bumbung dan plaster dinding luar hadapan sahaja. Rumah ini dijangka siap sebelum 15 Nov 2007 dan kalau semua berjalan lancar rumah ini akan diduduki pada awal Dis 2007. Awal Dis nanti bertepatan untuk buat kenduri masuk rumah dan Hari Raya Haji.

BIRTHDAY BOY DEMAM CAMPAK

21 Okt 2007. Genap 6 tahun pada 18 Okt 2007 adik Emee sambut birthday dengan demam campak. Sambutan diadakan sekali dengan open house Hari Raya. Birthday Emee tahun ni meriah sikit dengan Kek Sponge Coklat, ballon dan macam-macam goodies, tahun lepas hanya dibuat dikalangan keluarga aje. Pada hari itu, hanya beberapa biji campak timbul dan badan kurang panas mungkin sebab dia happy kerana ramai kawan dan dapat ucapan birthday serta hadiah. Pada malamnya badan mula panas jadi kami beri ubat demam dan akibat keletihan beliau tidok awal. Keesokan paginya bintik-bintik makin banyak timbul dan banyak dibahagian muka, adik Emee faham demam campak kena banyak pantang dan tak boleh keluar rumah takut berjangkit dan kena hujan. Jadi dia makan singgang ikan kembong dan dikurantinkan kat dalam umah aje, nasib baik ada `computer games' dan `brick games' jadi tak lah merenget sangat. Kami bawa jumpa Dr Wathy kat Changloon (Jumaat) dia beri ubat antibiotik, ubat demam, cream sapu dan tahan gatal. Petang tu sehingga ke malam dia bertambah sihat tapi badan masih demam dan gatal-gatal. Keesokannya kami ke Alor Star hantar kakak dan abang ke Asrama dia faham dan tak ikut sama, bila kami balik dia dah tidok awal. Pagi ni dah bertambah sihat dan bintik semakin kering dan mengecut. Pagi tadi dimandikan dengan air rendaman pokok batu hutan dan ubixxx. Allahamdullilah air mandian sejuk dan InsyaAllah bertambah baik dan hari ini kena ponteng sekolah tadika takut berjangkit kepada rakan-rakan.

HARI RAYA 1428HIJRIAH

Umat islam menyambut hari raya aidil fitri pada 13 Okt 2007 (Sabtu) bersamaan 1 Syawal 1428 hijriah. Tahun ini kami sekeluarga menyambut hari Raya di Batu 91/2 Kota Sarang Semut. Selepas sembahyang Raya dan mengziarahi kubur arwah ayahanda, kami beraya di umah Mak Su, Mak Teh. Pada jam 11 pagi kami ke rumah Pak Chik di Guar, terus ke Sedaka umah Bang Din sehingga jam 3 ptg. Kami terus ke Sungai Limau dalam umah Maizura&Kak Ma. Kami menerukan hari Raya ke Tandop umah Ngah dan Tok Tom. hampir jam 1930 kami balik ke batu 9. Kesokan pagi kami keumah Jang kerana menghadiri Hari Keluarga Hj Som hingga ke ptg. Kami balik ke umah di Changlun dan pada malamnya adik bongsu isteri datang beraya dari KL. Jadi raya tahun ni sejak hari pertama tak ada tetamu diumah bt 9 sebagaimana biasanye. Wasalam.

Friday 19 October 2007

GAMBAR KENANGAN DI SARAWAK


CQ 10 Bthday Abah &Ma kenangan dengan Hari keluarga Bn 2004
Arwah ayahanda UiTM 1998

BAKAT 1 Div Kembara Merdeka 2004 TSUNAMI Semantan

Perkampungan PENAN Mulu CQ 10 LAWAS


twin otter kat Miri ke Lawas

PENGALAMAN DI KUCHING SARAWAK

Setelah hampir 23 tahun berkhidmat, perkhidmatan ku beralih angin ke Malaysia Timur Sarawak Bumi Kenyalang mulai 3 Jan 2003. Pertukaran bagi perancangan kerjaya dan keluarga. The "whole stock and barrel" membawa keluarga merantau di tempat baru. Pertukaran ini adalah kali keempat dan kali kedua ke Malaysia Timur. Kali pertama berkhidmat di Sabah Negeri di Bawah Bayu pada bulan Jan tahun 1988 hingga Feb 1990. Masa tu anak baru 3 orang, yang sulong baru 3 tahun, kedua 2 tahun dan 60 hari. Pertukaran ke Sarawak dengan anak seramai 6 orang (sedang remaja) sudah pasti mereka dapat mengetahui dan merasai pengalaman di Sarawak. Semasa pertukaran yang sulong masuk Tkt 6 bawah di SMB St Joseph, kedua Tkt 5 SMK Wira Penrissen, Ketiga Tkt 4 SMB St Mary, ketiga Tkt 1 SMK Wira penrissen, kelima Tahun 1 SK Wira Penrissen dan yang bongsu berumur 2 tahun. Kenangan paling sedih sewaktu rancangan ke Kuching dimana Ayahanda Abdul Kadir sakit tenat dan masuk ke ICU PMC Alor Star dan hampir membantutkan pertukaran ke Sarawak tetapi beliau sihat kembali dan memberi izin dengan mengadakan majlis doa selamat, hari keluarga, Kak Ani ke Mekah dan petukaran kami ke Kuching pada Hari Raya kedua Aidil Fitri tahun 2002. Pada hari itu ayahanda begitu bersemangat dan bergembira dengan memberi pelbagai hadiah kepada ahli keluarga semasa hari Keluarga Hjh Som.
Saat pergerakan ke Kuching dilaksanakan, kami menginap di Hotel Grand Season KL (NAM Meeting) dan pergerakan dengan peasawat Air Asia, kami juga beruntung kerana pada masa itu Air Asia menyewa dan membuat penerbangan melatih krew dengan pesawat Boeing 747. Di Kuching kami menginap di Hotel Merdeka Palace (bilik Suite dengan 3 bilik) selama 5 hari dengan special diskaun dan sebab cuaca hujan, sejuk air cond, kolam renang dan Emee didapati kena hernia. Setelah menjadi orang kaya seketika, kami masuk keumah Flat C 5 dan sepatutnya tkt 1 tapi kena tukar tkt 2 atas sebab masalah orang lain masuk dulu jadi kami terpaksa membersih umah tsbt dengan hati yang kurang senang. Pada hari ketujuh kontena barang tiba dari semenanjung, semasa dok punggah barang berita Ayahanda masuk ICU kali kedua, jadi aku terpaksa bergegas pulang ke Kedah tinggallah keluarga terkapai-kapai di Kuching nak kemas barang, masuk sekolah, yang asing bagi mereka. Sekembalinya di Kedah Ayahanda sudah nazak dan kembali keRahmatullah pada 14 Jan 2003. Yang menjadi sedihnya keluarga tak dapat balik kerana masalah birokrasi tetapi ianya juga ada hikmahnya kerana aku dapat menguruskan jenazah ayahanda hingga ke liang lahat dengan sempurna. Isteri tersayang juga dapat mengetahui selok belok bandar kuching dan sekitarnya dengan baik.
Sekembalinya di Kuching aku terus melapordiri ke pasukan dan mengambilalih jawatan kedua dalam pasukan dan merancang strategi bagi masa hadapan. Pengalaman sebagai Pegawai Pemerintah dan staf , aku dapat menyesuaikan diri. Setelah hampir 9 bulan kami berpindah ke CQ 10 (rumah banglo sebuah) dan yang gembiranya emak datang dari Kedah dan turut sama mengemas rumah. Pelbagai cabaran kerja dan persekitaran dilalui yang menjadikan kami lebih matang, anak-anak mula dapat rakan-rakan dan lebih dari itu anak-anak ke sekolah ada pemandu menghantar dan mengambil. Isteriku juga mula seronok dan dapat melawat hampir keseluruhan Negeri Sarawak kerana mengikuti KEMBARA MERDEKA 2004 (dari Semantan, Kuching, Sri Aman, Sarikei, Kapit, Song, Sibu, Mukah, Miri, Bintulu, Brunai, Limbang dan Lawas dan kembali ke Kuching. Pergembaraan mengambil masa selama 15 hari menggunakan pacuan 4 roda dan menginap dipelabagi tempat dari budjet hotel, rumah tumpangan, rumah panjang dan umah ibu ayah angkat. Kumpulan wanita BAKAT 1 Div terdiri daripada Isteri KS 1 Div, isteri Pegawai BKN Sarawak dan SO2 Risik 3 Bgd. Saat paling manis kami sekeluarga balik bercuti ke Kedah pada bulan Mac 2005 dan melawat ke Pulau Perhentian Terangganu sewaktu hadir perkahwinan Dik Long di Besut, kami sekeluarga menaiki van arwah ayahanda dari kedah, Grik, Jeli, Terangganu, Kuantan, KL dan balik ke Kedah.
Pada bulan Ogos tahun 2004 aku dinaikan pangkat dan menjadi orang No 1 dalam pasukan. Pelbagai aktiviti dilaksanakan dan begitu juga dengan keperluan logitik pasukan. Pada bulan Jun 2005 kami ke Miri sekeluarga melawat Hari Gawai peringkat kebangsaan dengan pesawat Fokker dan melawat Taman Negara Niah/gua Niah. Pengalaman di Miri kami sekeluarga tinggal di Hotel Telang Usan dan belajar menggunakan kenderaan awam, perahu panjang, kenderaan pacuan 4 roda dan van sepanjang 3 hari di MIRI.
Tahun 2005 Ogos, kami suami isteri bercuti 2hari 1 malam ke Taman Negara Mulu (Mulu Resort) menaiki pesawat twin otter dari Miri. Pengembaraan kami dengan melawat Gua Lang, Clear water cave, perkampungan orang Ulu, Penan dan gua kelawar. Tahun 2005 juga anak yang sulong masuk UUM, kedua kat Tkt 6 SM Batu Lintang, ketiga ambil SPM, keempat ambil PMR dan bongsu masuk Tadika Al Zahra. Aku pula mohon buat master dengan rancangan pada tahun 2006 bersama 2 anak lagi masuk UUM dan balik ke Kedah selama 3 tahun. Pada cuti penggal pertama bulan Mei 2006 persekolahan kami berempat (anak kelima dan keenam) bercuti ke Sabah dengan pesawat MAS ke Miri dan terbang ke Lawas dan terus bermalam di Hotel Malaya, keesokanya kami ke Kuala Sepitang menaiki kereta sewa. Di Kuala Sipitang kami menaiki bot laju (kecil) ke Labuan (45 min), bermalam di Sara Hotel Labuan. Di Labuan kami melawat ke Chimney Hse, Muzium Laut, Taman Peringatan Perang dan makan tengahari di Restoren Pak Chik Masdiq(bapa saudara belah isteri). Keesokan harinya kami menaki feri ke Menumbok dan perjalanan darat ke Kota Kinabalu dan menginap di Hotel Promanade selama 2 malam. Hari berikutnya kami dengan M. Sazali ke Kudat melawat Tip of Borneo (Tg Mennyayau), pasar Filipina dan balik ke Kuching. Tahun 2006, anak ketiga terpilih mengikuti PLKN di Kem Sentosa Semantan, anak keempat ke Sek Men Teknik Batu Lintang, anak ketiga dapat tawaran ke UiTM Segamat dan yang kedua di UUM. Aku juga apat mengikuti pengajian di UUM atas tajaan keraajaan. Di atas keperluan pengajian, kami sekeluarga bergerak balik ke semenanjung pada pertengahan Jun 2006 dan menyewa rumah di Changlun Kedah, anak yang ketiga menolak tawaran di UiTM dan memasuki Tkt 6 bawah SMTun Sharifah Rodziah dan keempat Tkt 4 di SMTeknik Lebuh Raya Alor Star dan kelima di SK Dato Wan Kemara Changlun. Kini kami semua amat gembira dan bersyukor di atas keselesaan dan kemudahan dari Allah Subhanahuwataala. Ilmu dan amal doa "YaAllah permudahkan hidup kami di dunia dan permudahkan kehidupan kami di akhirat" amatlah mustajab diteruskan. Istiqamah dalam amalan membawa kerahmatan. Wassalam

HILANG MISTERI

TAMAN TEJA CHANGLUN (15 Okt 2007). Riuh rendah dan meriah Taman Teja selama 3 hari tiga malam, akibat berita kehilangan wanita dibelukar sekangkang kera Taman Teja, habis senegeri Kedah melalui FM Kedah melapor penangan gara-gara hilang misteri. Bomoh/peramal tak bertauliah ramal dia kena kidnap dengan Jin Tanah, bunian, mambang Tanah, mambang api, mambang air macam dalam cerita P Romlee, Bujang lapok, Dugaaaaannn. Last last ceritenye, setelah semua orang berjegil biji mata, tolong menyebar berita dongeng dan ramai dok berpeloh masuk keluar belukar dengan bantuan anjing pengesan, bomba sukarela, Wakil Rakyat daerah Kubang Pasu, pertahanan awam, bomoh-bomoh, tut tut kata depan dah jumpa di Sg Petani, Jalan Pegawai dan Gunung Kerian, macam mana bapa wanita, laki dia, saudara mara dan warga Changlun tak lelap sebab dok cari depa. Hat mana yang betui pun tak clear. Sepatutnya usaha mencari kena tubuh bilik gerakan dan memusatkan tenaga bukan hentam keromo? Yang pastinya jin dalam belukar Taman Teja dapat nama busuk macam novel Shiiit Shahnon Ahmad. Lagi seronoknye, yang dok cari dan dok tengok dibagitau dan diberi bukti wanita tersebut boleh dihubung handset, dan dia bagi tau nampak orang cari, anjing pengesan, lampu suluh tapi tak dapat nak keluaq dan dia kena kurung dalam gua, bawah kawah, dilapisi orang-orang dia sebab mata kasar semua pencari serta tok moh tak nampak. Yang tak logiknya bateri tak kong walaupun dua hari, boleh cakap dengan orang (laki, teman, bapa dll). Macam mana orang Taman Teja tak kan nak tengok je tentulah beri bantuan lampu suluh, tumpang meramai, tumpang sibuk, baca yasin, sediakan tempat rehat kumpulan pencari? Lagi kelam kabut dan jadi cerita lebih gah bila jam 10 malam 17 Okt 2007, satu lembaga wanita berjubah putih tak sedar diri (kena rasuk) telah dibawa keluaq. Berita kata wanita hilang dijumpai, tuuk ceritaneye tok moh wanita daripad Ldg mana tak t au masuk cari waktu magrib seorang diri, dan kena rasuk pulak. Dari Jam 10 malam Tim Pertahanan Awam bawa ke Surau buat investigation. Yang dok menunggu berita mulalah bergebang dengan bermacam andaian, firasat, telahan bukan lagi simpati tapi dah mula cakap mengarut, berita sensasi dan macam-macam lagi. Jam 1200 malam berita akhir kata wanita tak ada dikawasan pencarian tapi kat Sungai Petani, Alor Star, Jalan Pegawai dan yang terakhir kat Gunung Keriang.
Kesimpulannya semua orang kena tipuuuuuu? kena kelentong habis? menyumpah sebab berita terkini tak dimaklumkan. Renungkanlah, Sejahat-jahat manusia baru sama sehabis baik Jin. Jin, Iblis tu mahkluk Allah, nak percaya ke tak percaya masih lagi was-was dalam cerita ni.

UMAH TERBUKA 18 OKT 2007



18 Okt 2007. Khamis. Hari tersebut merupakan Hari Raya Kelima dan juga Hari lahir anak bongsu Muhammad Hilmee genap berusia 6 tahun. Kami sekeluarga merancang umah terbuka dan disusuli dengan sambutan hari lahir Emee. Jemputan ahli keluarga dan jiran serta kenalan bagi memeriahkan lagi hari tersebut. Sajian hari tersebut ialah nasi himpit, Laksa Sarawak, nasi daging berlauk dalca, rendang ayam dan jelatah. Tepat jam lima petang majlis umah terbuka menjadi bertambah sibuk hingga ke jam 8 malam. Sebelah malam Mej (B) Husin dan isteri serta Sjn (B) Zainal turut hadir. Kenalan dari Sudan (Sara), China (Sarah Le), Somalia (Abdi Wali) and Jordan (Saif) turut hadir. Walaupun keletihan tetapi kami semua gembira kerana sajian disediakan cukup dan memuaskan

UMAH TERBUKA 18 OKT 2007



18 Okt 2007. Khamis. Hari tersebut merupakan hari raya kelima dan juga Hari lahir anak bongsu Muhammad Hilmee genap berusia 6 tahun. Kami sekeluarga merancang umah terbuka dan disusuli dengan sambutan hari lahir Emee. jemputan ahli keluarga dan jiran serta kenalan bagi memerihakan lagi hari tersebut. sajian hari tersebut ialah nasi himpit, Laksa sarawak, nasi daging berlauk dalca, rendang ayam dan jelatah. Tepat jam lima petang majlis umah terbuka menjadi bertambah sibuk hingga ke jam 8 malam. Sebelah malam Mej (B) Husin dan isteri serta Sjn (B) Zainal turut hadir. Kenalan dari Sudan (Sara), China (Sarah Le), Somalia (Abdi Wali) and Jordan (Saif) turut hadir. Walaupun keletihan tetapi kami semua gembira kerana sajian disediakan cukup dan memuaskan

Monday 15 October 2007

KELUARGA HJ ABDUL KADIR DAN HJH BAHTOM ISMAIL









Hasil perkongsian hidup Allahyarham Hj Abdul Kadir dan Hj Bahtom telah dikurniakan anak seramai 4 orang (2 lelaki dan 2 perempuan). Kini semua anak-anak telah mempunyai keluarga masing-masing. Anak yang sulong Kak Ani dengan panggilan Mak Long tetapi anak buah lebih kenali beliau dengan panggilan Chaq Ani, Kedua Pak Ngah Mat, ketiga Mak Jang Ana dan bongsu pak Chik Tan. Hasil perkahwinan anak-anak telah melahirkan seramai 17 cucu dan 2 cicit dan bakal mendapat cicit ketiga tahun 2008. Allahamdullilah semua anak-anak telah berjaya di dalam menjalani kehidupan masing-masing. Menantu lelaki Mohd Saidin dan Youb, manakala menantu perempuan Sujiah dan Khairiah. Nama Cucu-cucu pula ialah M.Rozaidi, M.Ridzuan, Sahidah, Raziman, Nurul Ain, M. Harussainiee, Nurul Na'illah, M.Hussairiee, M.Hassriee, M.Hilmee, Noryati, Nuradillah, M.Naim, Nurhuda, M.Abrar, Husna, M.Azim. Cucu menantu Zainab dan M. Hilmi. Nama cicit-cicit pula M.Nikman dan Damia Kristina. InsyaAllah semua pasti berjaya dan dilindungi Allah hendaknya sebilang masa.

HARI SILATURAHIM KELUARGA HJH SOM DAN ISMAIL


14 OKT 2007. Majlis silaturahim kali kelapan telah diadakan dengan penuh kmeriahan di runah Jang Timah pada jam 2 ptg. Kali ini seramai 100 ahli keluarga dapat hadir. Sebagaimana biasa majlis dimulakan dengan acara kenalan saudara, mencari benda, kuiz pendek diikuti dengan ole-ole hadiah. Pertemuan kali ini ditambah dengan acara bergambar setiap ketua keluarga bersama anak, menantu, cucu dan cicit masing-masing dan gambar rupa dan badan seiras/serupa. Majlis diakhiri dengan bacaan tahlil arwah dan tamat pada jam 1515 ptg. Tujuan majlis diadakan setiap tahun bagi menghimpunkan salahsilah keluarga Hjh Som agar keturunan dan generasi dapat bersatu dan kenal mengenali diantara satu sama lain. Dimasa hadapan, majlis ini pasti akan lebih terarah dengan pelbagai aktiviti dan manfaat. Ingatan dan tali silaturahim terus berkekalan dengan ingatan jasa insan terdahulu membolehkan kita semua terus berusaaha dan hidup dari hasil keringat mereka. Amat wajarlah setiap kita semua sentiasa beristiqamah berdoa dan menghadiahkan Alfatihah kepada bapa, emak, nenek,datok, tok wan dan pak menakan setiap kali beribadah. InsyaAllah.
Tahun 2008, majlis kesembilan akan diadakan pada hari raya kedua dirumah Pak Tham Sobri anak kepada Tok Wa Ismail dan Saleha.

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive