Thursday 25 August 2022

SERVIS ERTIGA 25/8/22 100000KM


 Servis 100 ribu dan juga ganti brakepad. Untuk minyak Engine 5W40 Ap RC RM190.00 dan kalau jenis yg sama tapi AP SN harga RM290.00. Brake pad Suzuki RM250.00 sepasang, kalau jenis ciplak baru RM 110.00 je....Kos oil filter RM...Inilah masalah bila Proton ambail Suzuki jadi Proton Ertiga.....

Friday 19 August 2022

MAJLIS AQIQAH AYDEEN AADAMIY & ALEESYA SOFEA PADA 1 MUHARAM 1443H/30 JUN 2022









 Syukur tertunai sudah perkara yang disunnatkan apabila menerima anak yang baru dilahirkan. Sebaiknya selepas diberi nama dan sebulan selepas lahir. Namun ianya bergantung epada kewangan, masa dan kelapangan. Niat yang mulanya dilaksanakan sebelum Ramadhan ditangguhkan. Alhamdullilah 3 ekor kambing diaqiqahkan. Ianya dibeli melali Jelani anak Saluhudin Khan yang juga mengadakan majlis aqiqah anaknya pada hari yang sama. Kambing dibeli dari Banting Selangor RM 1050.00 dan kos penngangkutan RM 50.00. Saludin juga menyembelih, melapah dan memasak kari Kambing (Kerala style). Sumbangan  anak-anak yang terlibat Sai RM 2,600.00 dan Hassriee RM 2,000.00. Tambahan dikeluarkan daripada Atuk dan kerja memasak disediakan oleh mamanya, Ain dan Illah. Dibantu oleh Edin di dalam urusan penyediaan sajian dan peralatan/mengemas pada hari tersebut. Sykur ramai jemputan yang hadir. Sebanyak RM 1,300.00 disumbangkan oleh tetamu dan wang digunakan untuk wakaf surau Al-Haqq. Kenangan yang manis rakan lama, pengajian termasuk (Dato Paduka Rashid dan Ustazah Rehan hadir), saudara mara, besan Pontian Kecil/Serkat dan ahli khariah. Sebanya40 minyak wangi, 40 gelang getah kraf dan 15 x carona ball/sheild disedekahkan kepada tetamu dan anak-anak. Sebanyak 60 biji kueh bakar diedarkan kepada tetamu. Bermula dengan bacaan Yassin, Tahlil ringkas dan selawat menyerikan majlis. Menu disediakan nasi putih, Kari kambing, ayam masak lemak rebung, sup kambing, ulaman dan laksa Johor plus kueh mueh disediakan buat tetamu. Semuanya berjalan seperti dirancang diatas semangat anak-anak yang sumbangan tenaga. Allahuakbar

Friday 5 August 2022

BALIK KEDAH, PTG KEDAH, WANG TEPUS

 18/7 Hantar Bb balik UiTM Pauh Penang, singgah rumah Pak Su Li. Bermalam di Hotel Riaa Kepala Batas dulunya Hotel Tabung Haji. 19/7 ke Pej Tanah Alor Star urusan tanah milik arwah ibu di Kpg Alor Terong. Dah ambil RM 35,000.00 bila jual tanah kat adik Tan. Rumah tu banyak dibelanjaknaboleh Adik.  19/7 ptg ke Wang Tepus rumah Kol Nazri Linda Bukit Agon. Sebelah jalan Wang Tepus sebelum Balai Polis dan Sek Keb.   19/7 Malam tidur di Runah adik Rohan dn selepas Zohor blik dan bermalam di Cameroon Highlanda. Orchard Homestay sebelah Tiny Pizza Kayu Boutique Tanah Rata. Esoknya selepas sarapan bergegas balik bila Sanee bagitau semua ikan talapia mati...Sampai balik jam 330 ptg dan terus menyelesaikan urusan ikan busuk...

TINTED WINDOW MAXIME WB1658T

 4 Ogos 22, setelah 7 tahun baru nak pasang tinted wundow. Kali in 100 % gelap cermin blks dan tingkap bonet, sisi depan pmd dan sebelah pmd pula 70 % dan depan 50% pengcahayaan. Kalu ikut kedai itulah dibenarkan JPJ.  Rupanya tawaran RM 30 00 untuk 4 pintu shj dan tiada warranti. Kalau pasang yg agak baik kosnya RM 220.00 dan juga MPV 300.00 plus buka plastik lama charge lagi last end p RM320.00.  Pantang larangnya tak leh turun cermin selama 2 hari...10 hari baru boleh lap cermin dalam.. Bangla juga buat bisnes..5 tahun di Malaysia fasih berbahasa Malaysia dan boleh bargain.















KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive