Wednesday 16 June 2021

TAKLIMAT IMCEDSEL COVID 19




15 Jun jam 2110.  Semalam sidang vedio meet google drp Sdra Vishnu dan penyelaras pej ADUN bagi Masjid dan Surau oleh Sdra Danish Hairuddin.  Pendaftaran adalah mensasarkan kepada warga emas yg tidak mahir,  tiada hp dan tiada ada yang dapat membantu mereka.  Sidang ini adalah sengai panduan di atas pendaftaran suntikan vaksin.  Temujanji akan disalurkan ke KKM/Pusat Vaksin melalui MySejahtera.  Masalah pendaftaran dan kesediaan orang ramai menerima suntikan dan juga kerisauan kesan-kesan daripada tindakbalas vaksin kepada penerima suntikan. 

Dibangkitkan juga: Lewatnya pemberian vaksin,  kaedah pemberian vaksin yang masih perlahan dan kekurangan jumlah vaksin diterima. Selangor amat sedikit menerima Vaksin,  sedangkan paling ramai penduduk dan intraktif sosial dan ekonomi. Cadangan Kemudahan fasilitas mobile tlr/bas ke kwsn kejiranan dan penerima vaksin walk in,  semak MySejahtera. Kpd yg tiada smartphone... Mobile teams akan mendaftar,  menyemak,  mengesahkan dan disuntik dan MySejahtera akan diaktifkan secara automatik.  Hebahan kehadiran mobile teams ke kawasan akan dimaklumkan 2 hari lebih awal dan penerima yang ingin boleh walk in atau terlebihbaik memaklumkan kehadiran pada mobile team selewatnya sehari atau 12 jam sebelum tarikh mobile team beroperasi. 

Friday 11 June 2021

TEMUJANJI VAKSINASI 11 JUN 2021 & DOS KE DUA 02 JULAI 2021- DEWAN SUKAN PANDAMARAN KLANG

ALHAMDULLILLAH YANG DINANTIKAN TELAH TIBA 02 JUL 2021..Selepas menjawab pengesahan kehadiran temujanji ke 2 pada 02 Jul 2021...saat dinanti berjalan seperti dirancang. Selepas solat ganti Solat Jumaat akibat PKP/solat dirumah..semua persipan dokumentasi dan air minum dimasukan ke dalam bag. Pada awal pagi sempat juga mengemas jaring pintu yang sudah berhabuk bagi menghabiskan masa menunggu jam 1500 ptg. Setibanya jam 1445, daftar masuk dan setelah menunggu giliran no 0818, nama dipanggil ke kaunter pengesahan oleh doktor. memandangkan nama isteri diletakan dibawah suami hanya satu no giliran sahaja. Selesai pengesahan oleh Dr kami ke bilik suntikan vaksin COMIRNATY KELUARAN Spizer. Untuk rekod batch no FA5715 untuk dos pertama, dan FE2083, untuk isteri juga sama. selesai dos ke 2 jam 1531. Setelah menunggu diruang kemaskini data selama 15 minit, no giliran untuk penegsahan dipanggil. Semas membuat semakan e digital...sijil untuk spouse tiada, dibuat berulangkali namun masih tiada sijil e-digital isteri. Staf mencadangkan selepas 3 hari datang semula jika masih tiada perubahan pada e sijil isteri. Sejarah ke 2 esok 3 Jul 2021 Derah Klang juga dikenakan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan).........









 Syukur...pendaftaran dibuat 25 Mei dan belum diterima temujanji walaupun dimaklumkan melalui e-Mail di sebabkan ramai yg telah mendaftar dan keutamaan kpd OKU dan warga emas yg bermasalah. Alhamdullilah hari ini telah dipercepatkan melalui KK PANDAMARAN. Jam 1330 terima panggilan dan minta hadir segera dan sementara membuat persiapan isteri juga mendapat panggilan jam 1350. Hari Jumaat, selepas solat Zohor (Solat Jumaat hanya 6 orang) jam 1428 sampai di Dewan. Selepas menunggu hampir 15 minit, dipanggil kekauter borang, lengkapkan borang dan disemak oleh :Myvoc-APM, Rela dan sukarelawan. Selepas borang dilengkap dan disemak, menunggu kemasukan ke ruang bagi kaunter semakan oleh Dr bagi masalah kesihatan dan ubat ubatan yg diambil serta pengesahan IC dan rekod MySejahtera. Semuanya berjalan lancar hampir 10 minit dan terus ke Bilik Injeksi, sekali lagi borang dan pengenalan diri disemak, duduk, sapu antiseptik dibahu kiri, jab, plaster dan siap. Tak sampai 5 minit dan terus ke kaunter akhir bagi ruang pemerhatian dan dokumentasi kad Vaksin borang setuju terimaan Vaksin, lebih kurang 15 minit dan akhir sekali foto snap sebagai bukti, siap jam 1535  Terima kasih... dipermudahkan urusan tak perlu beratur, bersesak dan yg paling penting jarak dari rumah dekat hanya 6.1 KM. Pifzer dan next jab on Jul 2 , (3) three weeks after 1st japppppp. Sofar dah jam 0630 masih tiada ada Perubahan.

Telah update My Sejahtera..dimana tarikh telah diberikan dan perlu tekan bersetuju..Ok untuk hadir pada tarikh dan masa ditetapkan. What next....Alhamdullillah

Saturday 5 June 2021

BAHAGIA CARA KITA



























































 BAHAGIA CARA KITA


1. Kalau rasa nak buat sesuatu, buat saja. Jangan peduli orang kata. Dan jangan paksa orang ikut macam kita. Lain padang lain belalang. Lantai tak sama rata. Kasut lain jenama


2. Jangan peduli apa orang kata pada kita. Rilek sudah. Bahagia dengan cara kita. Beras kita habis bukan ada orang peduli. Depa tak tanya pun. Kita senang orang dekat. Kita susah orang lari


3. Nak buat baik jangan harap balasan orang. Nanti hati sakit. Jangan guna ayat "Kita tolong orang, suatu hari orang tolong kita". JANGAN. Biar Allah sahaja yang membalas


4. Tengok orang senang, jangan iri. Dia senang cara dia. Susah dia kita tak tau. Didik hati. Suatu hari aku akan jadi macam dia


5. Jangan mudah terasa hati. Nak merajuk. Tak ada orang peduli pun. Duk pendam buat apa. Hati sakit. Air mata habis. Buat apa yang kita happy


6. Berkawan dengan orang yang nak kawan dengan kita. Yang tak nak kawan lantak pi dialah. Berkawanlah tanpa syarat


7. Baca posting orang jangan sakit hati. Kita tak tau apa tujuan dia. Yang hang nak kalut sangat pasaipa. Nama pun social media. Lantak dialah nak boh gambaq kucing ka, rimau ka, penyu ka, ciken cop ka, laksa ka, nak pi jalan mana ka. Hang tak mau pi jalan duk diam sudah


8. Tulis benda positif. Tulis pasal kita. Jangan tulis pasal orang. Kalau orang tak suka, refer no 7. Jangan perli-perli. Hang ingat dia baca ka hang kata kat dia. Hang yang syok sendiri. Hang rasa lega sebab luah di medsos. Tapi orang nampak hang bodoh


9. Utamakan keluarga. Depa yang akan susah senang dengan kita


10. Ada duit buat cara ada duit. Kalau takdak duit jangan ikut cara orang ada duit. Sat lagi dia makan lamb chop hang makan megi perisa kari. Naik mercedes sampai. Naik axia pun sampai juga. Naik myvi lagi awal sampai. Apa ada hal. Beli rumah 2-3 biji. Pakai kereta mewah. Cukup bulan pinjam duit member. Investment jadah apa


11. Buat kerja jangan harap anugerah. Jangan harap orang puji. Nanti kita frust dan sakit hati. Kalau kita tak berharap apa-apa, kita buat pun jadi seronok. Dapat rezeki. Tak dapat mampuih pi


Insyaallah. Tenang dan gembira.Tenang Is Good bebeh!


Kredit: Cikgu Zahran

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive