Sunday 27 July 2008

PERSARAAN PENGERUSI KPD

24 Jul hingga 26 Jul merupakan majlis KPD bagi meraikan persaraan Pengerusi KPD MJOC dan To' Puan . MJOC merupakan Pegawai KPD yang paling tinggi menjawat pangkat MJ dan juga selaku Pengerusi Kor. Majlis dimulakan dengan acara tahlil di Surau An Nur dan diakhiri dengan Golf di GR Bukit Jana dan BAKAT. Pada 25 Jul adalah merupakan perbarisan persaraan selaku Pengerusi Kor dan sebelah malamnya pula majlis makan Malam Rejimental di wisma Perwira KPD.

Memandangkan majlis dilaksanakan di PULMAT dan dibantu 72 BNKPD, majlis diadakan dengan penuh meriah dan teratur. Sajian yang disediakan serta ruang bankuet setaraf hotel lima bintang. Hiasan dan persiapan oleh 91 DBP (LK Burn) dan anak buah amat menarik. Malamnya diakhiri dengan pertunjukan bunga api dari bukit Vultorno Kem selama 10 minit. Malam sebelum tahlil semua Pegawai Kanan dijemput pesta Durian di pekarangan Rumah Tetamu.

Seapanjang 3 hari di Taiping, majlis berjalan lancar dan yang pastinya semuanya kenyang dan makanan disediakan dengan pelbagai menu dan hiasan yang menarik. Tema MMR dengan alam kehidupan dengan hiasan ikan guppy dan sword fish di tengah meja dan taburan coklat pelbagai bentuk turut menaikan lagi suasana majlis. Kenangan dan ingatan pasti mencuit rasa hati yang diraikan dan kesemua yang hadir terutama ucapan perpisahan semasa di Dewan Rampai Sari dan send off dari rumah tetamu. Selamat bersara dan melangkah ke alam kerjaya kedua dengan penuh kejayaan.

Selain hadir dimajlis kenangan serta berjumpa rakan lama dan anggota boleh mengeratkan tali silaturahim serta kenangan lama. Di Taiping juga musim buah dan peluang digunakan sebaik mungkin sebagai buah tangan anak-anak. Wassalam

Tuesday 15 July 2008

DEBAT DSAI vs DASC

JAM 9 malam debat julung kalinya diadakan secara langsung mengenai isu minyak, Naik perintah pasti turun harga. Pengendali malam itu Johan Jafar dan wakil DSAI sdr Zulkifli Sulong dan wakil DASC Tan Sri Nordin Kardi. Ketokohan dan ketrampilan DSAI lebih menyerlah dan dapat memberi hujah dan intipatinya memenuhi tajuk debat. Debat diadakan di Dewan DBP dengan setiap wakil diberikan 50 jemputan dan 100 lagi jemputan oleh detik daily dotcom pihak penganjur.

Sewajarnya debat sebegini diadakan bagi rakyat menilai serta mendapat maklumat dengan cepat sambil merungkai pelbagai persoalan. Walau bagaimanapun ianya pasti memberi kesan baik dan buruknya dan terpulang kepada pendengar untuk membuat penilaiannya. Sebagai pendengar ianya boleh membuat analisis dan mendapat pengetahuan berkaitan proses pedebatan.

JUBLI EMAS PEMERINTAHAN SULTAN KEDAH

Sewal 0715 Jul 2008, aku dan dua anak (Hassriee n Emee) bertolak ke Alor Star lebih kurang 50 Km bagi meraikan pemerintahan ke 50 tahun Sultan Kedah. Kami memasuki Tol Astar Utara menghala ke Pusat bandar melalui Kolej Sultan Abd Hamid dan memparkir kenderaan di belakang bangunan UMNO. Setibanya di Alor Star sudah ramai rakyat Kedah dan tetamu negeri berduyun-duyun ke bangunan Hadapan Masjid Zahir. Memandang aku anak watan, jalan pintas ke Balai Besar memudahkan kami tanpa melalui orang ramai yang sudah awal berbaris dikiri kanan jalan. Teringat semasa kecil arwah membawa kami ke kawasan Balai Besar dan balai Nobat melihat cahaya lampu. Kami mulanya berdiri dijalan masuk Wisma Negeri (lama, sekarang jadi pejabat tanah dan galian) berhampiran Balai Nobat, tetapi akibat terlalu ramai dan berlapis kedudukan, aku membawa anak-anak ke Pagar Balai Besar (disini juga Sultan akan menghadiri acara merafat sembah oleh Menteri Besar Ustaz Azizan). Dari pagar ini kami dapat memerhati kedudukan perbarisan dari semua sudut kerana anak-anak dapat berdiri dipalang pagar. Di samping itu, kami juga dapat melihat stesen NTV 7 membuat lintasan langsung, kawalan kehormatan dan juga nampak perbarisan dari jauh serta melalui TV yang disiarkan di hadapan khemah VVIP. Yang pastinya anak-anak pasti dapat melihat Sultan Kedah dan permaisuri serta VVIP apabila memasuki Balai Besar.

Sejak jam 0830 pagi kami menunggu dengan penuh sabar kerana ianya pasti tidak berulang lagi. Yang menariknya aku dapat juga berjumpa dengan Pengerusi dan Pengarah di belakang khemah VVIP. Jam 0930 pagi, kelibat 3 ekor gajah, 9 ekor kuda dan bahtera lapis perak suasa (terpanjang didunia) yang bersemayamnya Sultan Kedah sampai dihadapan Balai Besar dan seterusnya mengambil tabik hormat. Kemuncak yang menarik ramai anak-anak kecil bersama keluarga adalah untuk melihat Sultan dan juga gajah. Selepas tabik hormat tembakan 50 das dilepaskan secara berkala semasa pemeriksaan kawalan kehormatan. Lagu Allah selamatkan Sultan (lagu negeri kedah) dan tamatnya pemeriksaan kehormatan, Sultan dan Sultanah berangkat ke Balai Besar bagi istiadat perasmian pelancaran Jubli Emas.

Sebagai anak kelahiran Kedah aku berbangga dapat menceritakan kedudukan, bangunan serta sejarah pemerintahan Sultan Kedah kepada anak-anak yang pada satu hari akan berbangga kerana pernah hadir diupacara yang sukar dijumpai dimasa hadapan. Kami beredar meninggalkan majlis melalui jalan tepi sungai dan bercadang mengziarahi bonda dan juga melihat rumah lama di KSS. Masa yang singkat ini aku dapat melayan anak-anak dan menepati janji untuk membawa mereka hadir kemajlis tersebut. Wassalam

Sunday 13 July 2008

KEMBALI MENYIBUK DAN SIBUK

Dah hampir 2 minggu aku meninggalkan kerja routine dan sibuk dengan urusan ditempat kerja sambil menyiapkan rumah di Klang. Pergerakan ke KL dengan kancil juga merupakan pengalaman berharga dan seperti dijangka perbelanjaan minyak juga menjimatkan. Selama ini aku ke KL, pasti minyak Waja mencecah RM 100.00. Sepanjang perjalanan aku memandu hanya sekitar 80 ke 100km/j dan mengambil masa 7 jam dengan mengambil kira berehat di R&R. setibanya di Klang barang telah tiba dan lantas kami menurunkan barang yang sedikit basah akibat kena tempias hujan sepanjang perjalanan dari Spg Pulai/Tapah ke KL.

Keesokan harinya aku mula memangkas pokok bunga kertas dan membersihkan halaman rumah sambil membuat bajet untuk mengubahsuai serta mengecat rumah yang hampir 5 tahun setengah ditinggalkan tanpa penyewa. Kalau mengikut kehendak, hampir semua nak diperbaharui atau diubahsuai tetapi aku terpaksa memberi keutamaan mengikut kemampuan. Hampir kebanyakan kerja adalah melibatkan wang, jadi bagi menjimatkan kos aku bercadang membuat secara DIY. Malam itu aku masih meneruskan mengelap lantai rumah, dan juga membersihkan tempat tidur. Di awal pagi hujan mencurah turun dan aku dapat mengenalpasti masalah bumbung bocor akibat zink penampan tertanggal. Keesokanya aku terpaksa mengeluarkan RM 270.00 membeli tangga, petroluem sheet bitumen, tangga dan bitumen aspalt bagi membaiki bumbung. Jam 6 ptg aku mula menaiki bumbung bagi menampal tempat yang bocor dan selesai hampir jam 730 malam. Jam 4 pagi berikutnya aku mendengar titisan air dari siling ke atas tangga dan terpaksa mencari baldi bagi menakung air. Ini semuanya berlaku apabila aku membuka paip utama ke dalam tangki air disiling, setelah matahari keluar aku terpaksa memanjat siling bagi memeriksa tangki air dan mendapati terdapat rekahan kecil dipenjuru tangki air. Baki lebihan bitumen asphlat dan perekat pvc digunakan bagi menampal rekahan tersebut dan aAllahdullillah semua berjaya diperbaiki. Ini adalah langkah sementara dan jangka sederhana.

Pada hari berikutnya akau memeriksa pintu utama yang dimakan anai-anai dan amat terkejut kerana hampir separuh pintu reput dan menjadi sarang anai-anai. Tinjauan dikedai mendapati pintu (2 daun) berharga RM400.00 dan upah membaiki juga sekitar RM 200.00. Memandangkan hari sabtu tiada kedai hardware dibuka jadi aku mencari rakan lama seorang tukang kayu/kontraktor (Mr Ng) dihujung barisan rumah. Sekali lagi beliau membantu dengan memberi bantuan dengan harga RM 400.00 bagi pemasangan pintu yang beliau ada stok lama. Tanpa berlengah aku memberi lampu hijau untuk dipasang keesokan harinya. Kerja memasang pintu mengambil masa yang panjang dari jam 0900 pagi hingga 1900 sebab terpaksa membuat alignment dan membesarkan pintu mengikut saiz pintu sedia ada. Di dalam masa tersebut anak beliau sempat kebas handphone, jadi haruhara semalaman aku mencari handphone dan membatalkan line (temporary block). Keesokan harinya aku mendapat balik handphone tetapi sim kad telah dibuang. Yang menjadi masalahnya semua no telefon dalam handset, jadi aku tidak dapat membuat panggilan dan terpaksa memohon bantuan jiran ke Celcom Care line. Celcom juga memerlukan surat dari Mindef bagi pengesahan sebelum sim kad baru dikeluarkan. Allahdullillah semuanya dapat diselesaikan sebelum hari khamis tetapi malang juga semua no. telefon rakan terpaksa direkodkan semula.

Aku juga mula mengecat pintu dan besi grilled sepanjang 2 hari tersebut dan baklinya akan diselesaikan sebelum 30 Jul 2008. Kos membeli cat dan varnish hampir mencecah RM 100.00. hari Jumaat aku kembali bertugas dan dibeikan 2 assignment untuk disiapkan sebelum 30 Jul 2008. Aku seterusnya merancang balik bercuti menaiki bas mara Ekspress dan meninggalkan kancil di Transit. Di dalam perjalanan bali kenangan bas rosak menghantaui kembali kerana bas mara dinaiki rosak akibat absorber tayar belakang kiri rosak di Jitra jadi bas terpaksa dibawa agak perlahan ke stesen Changlun. Sepatutnya pejalanan sampai ke Changlun sebelum jam 1700 ptg tetapi terlewat 30minit. Begitulah selingkar kisah dan dugaan sepanjang kembali ketempat bau untuk meneruskan khidamat. Pertukaran juga masih menanti kelulusan sehingga 30 Jul jadi aku terpaksa membuat kerja tanpa porfolio sehingga tarikh tersebut.

Wassalam

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive