Friday 16 January 2009

SERONOKNYA KE TANAH TINGGI



BILA DI TANAH TINGGI DAN BERADA DITEMPAT TINGGI MENGANGKAT TANGAN TINGGI BOLEH MEMEGANG AWAN, begitulah cita-cita tinggi belum pasti tercapai jika tidak susah untuk sampai. Girangnya dua beradik semasa balik dari utara kami buat surprise melancong ke CH. Aku mengusik kalau sampai mana-mana signboard adik dan baby boleh posing dengan Tanda Arah CH. Mencuka yang adik kecik dan abangnya buat-buat tak dengar. Sampai disimpang Pulai aku suruh memilih papan tanda mana yang dipilih untuk bergambar, kedua--duanya merungut buat apa orang nak pi CHlah bukannya bergambar. Kalau tak nak kat sini kita masuk kejalan CH dan boleh ambil gambar berlatarkan CH. Aku terus memandu dan kedua-duanya masih belum tahu aku dan isteri sememang dari awal semasa perjalanan balik nak ke CH sebab cuti kali ni sibuk pindah barang jadi memang tak bercadang bawa cuti. Tetapi disebabkan family day tak jadi ke CH dan PD terpaksalah tukar program. Musim cuti pekan Tanah rata penuh dengan pelancong dan hampir 4 jam di atas jalan sesak, Di Bharat Tea house kami borong teh ucang pelbagai perisa dan minum secangkir teh Cai/herba. kalau nak rasa dan santai ditepi ladang teh berbaloi tetapi kalau nak beli. sambung.......

Thursday 15 January 2009

RAMA-RAMA PELIHARAAN

Tahun Baru 1 Jan 09, eksperimen adik Has dan Emee berjaya, apabila seekor ulat dari pokok limau purut berjaya menetas dan menjadi rama-rama yang indah. Dari ulat yang diambil bersama daun dimasukan ke dalam bekas plastik dan diberi makanan pucuk daun limau membesar dan bertukar warna dari hijau kepada coklat dan terus menjadi kepompong. Hampir sebulan ianya menjadi rama-rama. Kalau waktu kakak dan abangnya kami masukan ke dalam botol dan setiap masa memerhati perubahan. Tetapi rama-rama dalam botol sukar dikeluarkan kerana mucung botol sempit jadi terpaksalah dipecahkan. Ini diikuti dengan lagu kakak dan abangnya masa tadika Dari ulat jadi kepompong, apabila besar kepompong pun pecah -pom- jadilah rama-rama yang indah

RMC Golf Club

Dah dua kali bermain di RMC GC, nostalgia kembali ke Sand Dune Iron River berulang apabila melangkah kawasan padang Golf bila menjalani latihan medan di kawasan Balakong tahun 1980 -1982. Seingat aku, kami kena juga pungut batu sewaktu awal PG dibina. Selepas tamat latihan seingat aku tidak pernah menjejak kawasan tersebut. Walaupun 9 lubang padangnya agak mencabar, kalau bawa bola paling tidak setengah dozen pasti hilang. Ingatan buatan rakan TJT 21 dan AR Coy (Amin, Fuad, Hasan, Hanafiah, Ishak, Jamal, Joseph, Kenali, Kamaruzaman, Lokman, Liew, Md Din, Nasir, Ridzuan, Rasek, Romlee, Rozita, Sabri, Sofian, Tayazi, Wan Kamil and Yew (RIP))

AWAL PERSEKOLAHAN/SEMESTER

5 Jan 09, anak-anak mula melangkah ke sekolah setelah cuti panjang penggal ketiga 08. Sekarang tinggal 2 anak masih diperingkat sekolah rendah dan menengah. Adik Has Tkt 1 di SMK Andalas, dan babyEmee tahun 2 SRK Andalas. Yang lain-lain masih meneruskan pengajian semester pertama, kedua dan akhir. Kalau dulu 5 sekolah rendah dan belanja masuk sekolah agak membebankan. Sekarang tidak jauh beza cuma tidak lah sekaligus. Suasana sebegini mungkin sama dengan rakan, jiran tetangga dan warga negara yang menjalani jadual serupa, ada yang x ada anak, anak dah bekerja mungkin suasana sebegini aman dan tenteram. Yang ramai anak dan satu dua orang mungkin jadual awal tahun penuh dengan kerenah dan cabaran.
Hari pertama anak yang bongsu x masalah tetapi hari kedua mula menunjukan rasa malas ke sekolah, setelah ditanya masalah tidak ada kawan macam sekolah lama di Kedah, sekolah baru, rakan baru dan pelbagai gelagat membuat dia agak kekok dan terasing, jadi terpaksa ibunya menemani waktu rehat dan 2 hari berikutnya barulah nampak ceria kerana sudah dapat rakan-rakan baru. Aktiviti sekolah juga padat dari pagi hingga ke petang dan pada hari Sabtu dan Ahad terpaksa kek kelas mengaji Al quran. yang penat mengurus pasti ibunya, menghantar, memasak bekalan, mengambil dan melayan kelatah anak-anak. kalau dulu masa sekolah jalan kaki sebab sekolah dekat dan berbasikal tetapi suasa persekitaran tempat tinggal menyebabkan pendekatan berbeza terpaksa diambil.
Anak yang besar-besar kembali ke kuliah dan boleh berdikari cuma sebagai ibu bapa hubungan telefon dan SMS hanya dapat memantau dan mengikuti perkembangan anak-anak. Kalau nak exam pasti minta doa dan restu, begitu juga kalau putus fulus pasti minta transfer akaun. Sekarang hantar wang tak perlu wang pos atau kaedah lama sekarang boleh guna mesin deposit, transfer akaun dan sesaat kemudian anak-anak boleh menggunakannya. Bertambah canggih dunia bertambah dekat anak-anak dapat dihubungi jadi perlulah menggunakan kecanggihan teknologi mengeratkan silaturahim dan memastikan mereka terus didik dan dinasihat sebilang masa. Semoga anak-anak dapat kasih sayang dan diterima ibadahnya. Wassalam

AWAL PERSEKOLAHAN/SEMESTER

5 Jan 09, anak-anak mula melangkah ke sekolah setelah cuti panjang

Thursday 1 January 2009

AWAL MUHARAM 1430H DAN TAHUN BARU 2009

Usia semakin meningkat begitu juga dunia semakin senja dan berbagai dugaan akan datang. Kita tidak dapat melihat dan meramal apa akan berlaku di hadapan dan mendatang cuma boleh merancang serta berdoa agar segala yang dirancang mencapai kejayaan. Tidak semua yang dihajati diperolehi dalam masa singkat dengan demikian sasaran di awal tahun perlu melihat sasaran yang tidak kesampaian dibuat semak kaji dan membuat azam baru dengan langkah - langkah yang lebih baik.
Berbagai ragam acara sambutan dibuat samada dari pengisian keagamaan dan juga hiburan terpulang kepada setiap individu membuat pengisian masa yang ada. Yang paling baik bagi setiap insan menilai diri sendiri dan merancang untuk memperbaiki diri. Bagi umur yang mencecah 40 an ke awal 50an perlu melihat amalan naik dan membuang tabiat burok serta belajar dan bertindak membuat kebaikan dan kebajikan. Maksud 'life begin at 40' mempunyai dalam maksudnya, jadi yang beragama dan beriman hendaklah hatinya serta amalanya hendaklah sentiasa kepada Allah Subhanahu Wataala. Wassalam

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive