Saturday 27 October 2018

SKYAWANI TKT 35~3A

SKYAWANI TKT 35~3A...Rumawip...Sai berpindah ke rumah sendiri di Sentul pasa 26 Okt 18. Kebutulan kami juga ke KL untuk kenduri kahwin anak Bob Dayang di Rumah Tamu Hajijah Sentul pada 27 Okt 18. Ikut serta Illah dan anak2 (Aufa & Akhtar) dan Adik Emee. Sebelah ptg Menantu Iqbal dan kawanya dtg setelah selesai seminar Sime Darby di One World Hotel/Pulau Carey. Mlmnya Suri dan Nor dtg dgn kek. Mlm itu juga perlawanan Akhir Piala Malaysia dimenangi Perak 3~3 dan penalti 4~1 dgn Terangganu. Kami juga bawa mee tulang untuk makan ptg. Sampai balik Klang jam 1100 mlm. #kendurikahwin anak bob...Keptamin,ustazjabar,kepthassan,ustazazahari,kolidris,kolmansor,datoezam,kolsabri,.....###










UBAHSUAI KATIL KAYU JATI

Katil yg dibeli di Swk pada tahun 2003, diubahsuai kerana ruang bilik yg sempit dan katil terpaksa diletak memanjang arah kiblat. Alhamdullillah dgn bantuan adik Emee ianya disispkan dlm masa 2 hari je. Belanja membeli plywook 4mm RM 65.00 ditambah dgn screw dan mata gergaji 15.00. Lebihan sisa tiang akan dibuat pagola balkoni. Masih dlm perancangan dan rekabentuk serta membeli peralatan drill dan sanding....
tahun 2003






Monday 15 October 2018

KENDURI & KEMATIAN

Bulan 10 banyak sekali jemutan walimatulurus, Kenduri En Aris pada 14 Okt. Bob Dayang 27 Okt dan 4 Nov kenduri anak  Mahmod. Bulan Okt terpaksa batal kerana tiada tugasan di KL dan juga jaga cucu. 14 Okt, Ahad semasa majlis mendapat berita Mohd Dali Sulaiman suami Haslina anak Mak Jang Timah agak kritikal di IJN. Aku dan isteri bergegas ke KL dan sampai di IJN juga turut mendapat Berita isteri Mej Ustaz Shahrul telah kembali kerahmatullaj jsm 11 pagi di waf yg sama dgn suami sepupu. Setelah ziarah dan sempat membaca surah Yaasin, kamike Masjid Khalid Mindef dan sesampai disana jam 1400, dimaklumkan jenazah akan disolatkan selepas Asar dan dibawa balik ke Bt 5 Sik Kedah. Memandangkan ada masa kami meneruskan ziarah anak abang Hamdani yg sakit di Wad 6 B kerana sakit saraf di Wad Urologi HKL. Alhamdullillah dapat juga melawat anak (Ghani) yg telah 4 bulan sakit. Selesai lawatan kami kembali ke Masjid Mindef bagi solatAsar dan jenazah. Ramai kenalan ditemui dan seusai solat kami kembali IJN untuk kali kedua ziarah. Jam 1845 kami masuk CCU wad 4 tkt 1 untuk baca Yaasin dan sempat niat solat Magrib untuk sepupu dan melihat keadaan semakin tenat dgn bacaan ABP 39/30 berbeza aemasa waktu zohor 90/60. Selesai ziarah kami solat Maghrib di tkt 2 seterusnya ke KB untuk makan malam di Suraya 2 (air mangga, nasi kerabu, kowteow celup dan kerabu maggi

RM 29.00 + parkir RM 5.00. Selesai solat Isyak di masjid KB kami bergerak balik ke Kl..ng. Tiba didestinasi jam 2200. Berita kematian diterima jam 2100 mengatakan Dali telah menghembuskan nafas terakhirnya. Kami rancang ke Putrajaya jam 0730 untuk majlis solat jenazah 0900 dan seterusnya pengkebumian jam 1000 di pusara Putrajaya.150845 tiba di Presint 0 dan seterusnya je Prisent 20 blkg PICC. Seharian di KL dan seterusnya di Putrajaya. Semuga yg beraedekah kenduri mendapat berkat dan yg meninha:)

Wednesday 10 October 2018

POKOK MEERA@KEDONDONG & DAUN KESOM

Hari ni kepasar Pandamaran, selepas beli ikan kami beli pokok mera dan kesom bagi menganti pokok bonsai. Kos pokok meraa, tanah, baja dan pokok kesom bernilai RM 40.00. Selesai sentuhan tanam sebelum ambil Alya jam 1130 selolah Pra Kpg Jawa




 

Saturday 6 October 2018

KAWAQ BONSAI JAM 0514 PAGI

Jam 514 aku dikejutkan isteri kerana ada 2 mamat kawaq  sedang rembat pokok bonsai yg aku dah tanam lebih 10 tahun. Kejadian betul di bawah ular sawa yg bertenggek di atas grill tkt 1 sebelum ini. Iktibarnya dapat juga solat p solat suboh di surau. Harta donia semuanya Allah yg punya.....


KAWAQ BONSAI JAM5PAGI 26 OKT 32018

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive