Tuesday 30 December 2008

SELAMAT HARI LAHIR BONDA KE 69

25 Dis 08. Allahamdullillah walaupun tidak dapat meraikan harilahir bonda pada hari sebenarnya tetapi kami adik beradik dapat berkumpul dirumah bonda bagi meraikan ulang tahun kelahirannya. Sudah 3 tahun kami mengadakan majlis sebagai tanda kasih sayang dan mengisi masa yang ada sambil mengiratkan tali silaturahim. Majlis ini diadakan pada tarikh tersebut kerana kami dapat balik kerumah bonda dan keesokanya ke UiTM mendaftar anak ke kolej begitu juga ke UUM.
Majlis diadakan jam 1700 dengan bacaan doa selamat dan jamuan bihun sup tulang Qurban. Kali ini bonda begitu ceria di atas ingatan anak-anak kepadanya. Kesokan harinya setelah kembali dari Arau aku sempat mengantung frame ayat seribu dinar yang dihadiahkan oleh adik dan bersama isteri mengemas ruang tamu rumah bonda. kami juga kerumah lama mengambil barang yang hampir 6 tahun ditinggalkan. Kami juga terasa rugi kerana arwah ayah tidak dapat kami adakan hanya doa dan amal jariah kepadanya dipanjangkan. Al fatihah. Sesungguhnya Waktu yang ada perlu diguna sebaiknya mengziarahi ibu dan memohon ampun dan maaf jika sudah tiada menyesal pun tidak berguna. Wassalam.

Tuesday 23 December 2008

STAFIELD dan TASIK PUTERI GOLF COURSE

Semenjak bulan Ogos ianya kali kempat dapat beriadah dengan hobi baru. Walaupun hampir 2 bulan tidak bermain didapati permainan semakin baik kecuali tahap jasmani sedikit menurun. Ini juga kali pertama bermain diSGC yang agak senang berbanding GC yang pernah beraksi. Permainan di GC Tasik Puteri juga kali pertama dan mudah berbanding lapangan latihan di UUM yang kecil dan sukar mengawal disebabkan fairways yang sempit dan berbukit.
Tahun 2009 berazam sekurang-kurangnya mendapat kedudukan lebih baik dengan sasaran 15 terbaik dikalangan pemain kanan KPD. Kelemahan di kawasan kolam dan pitching jauh dari pin. Pitching sekurangnya 10 kaki dari pin agar paling sedikit 2 'putt'. Bagi On Green paling tidak pun bogey. Par minima 4 dan satu birdie. Ini semua sebagai sasaran dan sasaran akan dicapai dengan latihan mental dan fizikal. Paling tidak pun ayunan kosong imiginasi senaman pagi atau petang secara berterusan. Wassalam

AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN BARU

Hujung tahun sibuk dengan persiapan persekolahan anak TAHUN 2 DAN TKT 1, keduanya cukup gembira memasuki sekolah baru dan awal-awal lagi sudah merancang membuat persiapan awal mengemas peralatan sekolah serta menyenaraikan peralatan baru untuk dibeli. Perbelanjaan 2 beradik termasuka kakak masuk UiTM mencecah RM 500.00 tak termasuk yuran dan buku tulis pada hari pendaftaran. Masuk sekolah agama juga mencecah RM 300.00. Semua ini adalah keperluan asas yang perlu dibuat. Simpanan dan bonus dapat juga memberi ruang untuk mereka menjalani persekolahan dengan suasana ceria. Kali ini isteri banyak membantu mengursukan urusan persekolahan terutama ke Pej Pendidikan bagi urusan pertukaran sekolah disamping memastikan anak-anak tidak bosan sepanjang cuti sekolah. Bagi anak ketiga ke UiTM pasti gembira kerana cita-cita dan dapat mengikuti kakak dan abang ke IPTA. Tahun hadapan kakak dan abang akan tamat dan yang keempat pula pasti mahu terus belajar di IPTA. Yang sulong sekarang sedang menjalani PRAKTIKUM di Sahah Alam dan kedua bercadang menghabis pengajian tanpa latihan praktikum, jadi keduanya akan KONVO ditarikh yang sama UUM.
Awal tahun pasti azam baru dirancang samnbil menyemak azam tahun lalu. Jika semua azam dicapai pasti terseyum gembira yang gagal pasti melihat kembali faktor kegagalan. Sekarang diawal tahun perlu melatih anak-anak meletakkan matlamat agar ada sasaran dan panduan agar perjalanan setahun ada garis panduan dan mengukur pencapaian. Dibulat azam dengan sasaran bulanan bagi mencapai sasaran tahunan. Di doakan agar semuanya berjaya dan sentiasa ceria. Wassalam

HARI LAHIR

Usia dah hampir separuh abab, jika dihitung dan disemak banyak perkara masih kurang terutamanya amalan ibadah. Alhamdullilah segala yang dirancang dirahmati Allah dan semakinmeningkat usia perlu banyak berbuat kebaikan walaupun sekecil zaharah pasti dibalas kebaikan. Waktu ini masa dan ruang perlu diisi istiqamah dengan membawa alquran walau sebaris dan zikir setiap masa. Kehidupan perlu dibuat seolah hidup 1000 tahun dan beribadah dengan ikhlas agar segala amalan diterima Allah s.w.t. Wassalam

Thursday 11 December 2008

BERKORBAN APA SAJE

Hampir 2 minggu badan terasa sakit dan diikuti bersin sejak membuat persiapan pindah rumah. Penadol dan buah-buahan menjadi pendiding seketika. Tanggal 10 Zulhijjah selepas sembahyang magrib dan bertakbir dirumah jiran bersama jemaah surau, aku mula terasa seram sejuk dan rasa sengal badan. Digagahi juga aktiviti malam tersebut dan diakhir dengan 2 biji lagi penadol. Sembahyang sunat hari Raya disurau dan majlis korban diadakan jam 10 pagi disertai hujan sejak dari semalaman lagi. Aku kuatkan azam untuk sama-sama berkorban dengan sebilah parang Kota Belud membantu jemaah menumbnagkan 3 ekor lembu jantan. Allhamdullilah semua dapat disiapkan dalam masa 3 jam dan diagihkan kepada jemaah dan jiran tetangga. Petangnya aku mula letih lesu dan berehat sepanjang malam. Awal pagi walaupun badan tak sihat terpaksa ke pejabat dan mendapat 2 hari MC.
Dah lama tak demam jadi kalau kena sememangnya teruk, Alhamdullilah isteri dan anak-anak faham. Setelah difikirkan ada baiknya demam ianya dapat juga memperingatkan kepada Allah dan meneruskan ibadat ketika kurang sihat. Dan perlu banyak lagi beribadah apabila sihat. Wassaalam

BERKORBAN APA SAJE

Hampir 2 minggu badan terasa sakit dan diikuti bersin sejak membuat persiapan pindah rumah. Penadol dan buah-buahan menjadi pendiding seketika. Tanggal 10 Zulhijjah selepas sembahyang magrib dan bertakbir dirumah jiran bersama jemaah surau, aku mula terasa seram sejuk dan rasa sengal badan. Digagahi juga aktiviti malam tersebut dan diakhir dengan 2 biji lagi penadol. Sembahyang sunat hari Raya disurau dan majlis korban diadakan jam 10 pagi disertai hujan sejak dari semalaman lagi. Aku kuatkan azam untuk sama-sama berkorban dengan sebilah parang Kota Belud membantu jemaah menumbnagkan 3 ekor lembu jantan. Allhamdullilah semua dapat disiapkan dalam masa 3 jam dan diagihkan kepada jemaah dan jiran tetangga. Petangnya aku mula letih lesu dan berehat sepanjang malam. Awal pagi walaupun badan tak sihat terpaksa ke pejabat dan mendapat 2 hari MC.
Dah lama tak demam jadi kalau kena sememangnya teruk, Alhamdullilah isteri dan anak-anak faham. Setelah difikirkan ada baiknya demam ianya dapat juga memperingatkan kepada Allah dan meneruskan ibadat ketika kurang sihat. Dan perlu banyak lagi beribadah apabila sihat. Wassaalam

Thursday 4 December 2008

HARI RAYA QRBAN/AIDILADHA

Selamat menyambut Hari Raya Haji atau Korban. Kali ini kami sekeluarga beraya di tempat baru tapi dah hampir 6 tahun ditinggalkan. Suasana mungkin berbeza tetapi anak-anak seronok tinggal dirumah sendiri. Masing-masing membantu mengemas dan susunatur. 2 lagi anak akan balik menjadikan suasana bertambah kelam kabut, waktu ini dirasa perlu membesarkan rumah tetapi jika dihitung 3 tahun lagi mungkin masing-masing dah menjalani kehidupan sendiri. Semasa pindah dan berkemas terdapat barangan lama yang disimpan tetapi masih elok begitu juga koleksi-koleksi yang dulunya tersimpan dalam kotak dikeluarkan. Perpindahan ini mungkin kali terakhir, kalau kena pindah mungkin keluarga kekal di rumah sendiri atau bawa kain baju sahaja rumah akan jadi tempat transit bila hujung minggu atau cuti. Allhamdullillah, semua rancangan dibuat dapat dilaksanakan dan masih ada 2 ke 3 projek dalam pertimbangan. wassalam

Sunday 30 November 2008

PINDAH RANDAH

1 Dis 08. Dah hampir 3 bulan tinggal bujang, sekarang agak sibuk menguruskan pindah barang dan touch up rumah. Masa ini baru terasa dah berumur angkat kotak dan barang-barang dah tak sekuat 10 tahun dulu. Mengemas rumah pun belum siap dah masuk 5 hari berpindah. Barang-barang byk tak macam dulu baru kahwin 3 beg dan perabut pun sewa HK. Sekarang ada barang yang rasa kurang berguna tapi sayang nak buang jadi bertambah saban tahun. Ada buku dan juga fail lama nak buang tapi takut nak pakai lagi jadi kena tunggu pencen baru boleh bakar atau buang.

Pindah juga memerlukan kewangan yang besar juga jumlahnya tambahan lagi buat sedikit sebanyak ubahsuai dan mengecat. Ini dapat dikurangkan kerana banyak kerja-kerja dibuat sendiri kalau upah mau harga berganda. Perkakas dan barangan bertambah mengikut umur dan yang besar-besar perlu ada privisi jadi kena nak tak nak buat ubah suai. Balik kerumah sendiri juga menyenangkan kerana dapat melihat hasil penat lelah bekerja dan ramai kenalan lama datang ziarah walaupun rumah belum dikemas. Jiran tionghua yang dulunya berjiran dan berpindah juga datang ziarah bila mendapat berita kami balik. Kalau dulu anak umur 1 setahun sekarang dah 7 tahun, pelbagai cerita dan ragam lama terkenang kembali.

Wassalam.

Wednesday 19 November 2008

HAJI

Bulan hadapan Raya Haji atau Hari Raya Korban. tahniah kepada yang telah sampai seruan Illahi. Kepada Pak Cik dan Makcik zain dan Aishah semoga mendapat haji mabrur. Kepada kenalan dan juga muslimain dan muslimat yang akan mengerjakan ibadah haji juga didoakan kesejahteraan dan dipermudahkan urusan. Semua urusan ditetapkan Allah dan kita mampu berdoa agar mencapai apa yang dihajati Wasaalam.

Monday 20 October 2008

BESYUKUR DAN BERTERIMA KASIH

Allahamdullillah, setelah dua tahun meniti dan menyusuri cuti belajar dan sejenak meninggalkan pekerjaan, aku dan keluarga telah dapat menuai usaha yang dilaksanakan. Bersyukur kepada Yang Esa dan berterima kasih kepada semua kerana segala usaha dan doa akhirnya sampai ke penghujungnya. Seiring dengan hari raya, hari lahir anak dan konvo kami sekeluarga mengdadakan majlis rumah terbuka. Semua bagai tersusun indah dan majlis berjalan dengan penuh meriah walaupun sederhana. menunya simple dengan nasi lemak bungkus, mee rebus dan kueh mueh disajikannkepada tetamu. Walaupun penat dan letih kami gembira kerana jemputan semuanya dapat hadir. bantuan kepada rakan-rakan dan jiran juga dipanjangka. Terutamanya kepada adik dan kakak yang sudi menghulurkan sedulang dua kueh walaupun masing-masing sibuk dengan urusan. majlis bermula jam 4 ptg dan berakhir jam 7 mlm. Kenalan M.Usin, Rahimi, Mestakin dll diucapkan terima kasih kerana sudi menerima jemputan. terima kasih kepada ibu dan isteri yang sejak semalaman menyediakan persiapan dengan masakan air tangan dan yang pastinya suasana ini pada tahun hadapan tidak sama kerana berpindah ketempat baru. Wassalam

Sunday 5 October 2008

PAKAIAN KEBANGSAAN DIKEKALKAN

AWAL PAGI ADIK eMEE DAN hAS DAH BANGUN AWAL SIAP BERPAKAIAN BAJU MELAYU KERANA SEKOLAH MENGADAKAN SAMBUTAN HARI RAYA. SEJAK SEMINGGU LAGI DAH TAK SABAR SURUH BELI SAMPIN DAN SONGKOK SEBAB NAK BERAYA DENGAN RAKAN SEKOLAH. HARI INI SEGAK DAN BERGAYA DENGAN SONGKOK BERSONGKET DAN BERSAMPING HIJAU. DISEKOLAH KABARNYA SEEKOR KERBAU DIKORBANKAN BAGI MENJAMU ANAK-ANAK SEKOLAH DAN WARGANYA. ANAK-ANAK BAWA KUIH RAYA DAN CAWAN SERTA SUDU SAHAJA, YANG LAIN DIURUSKAN OLEH SEKOLAH.
INILAH CARA BAGI MENGGALAKAN ANAK-ANAK MENERUSKAN TRADISI PAKAIAN KEBANGSAAN SERTA MENGALAKAN SEMANGAT BERSATU DAN BERSEDEKAH.
WASSALAM

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

DAH 6 HARI RAYA BERLALU, BERBAGAI SAAT MANIS DAN KEMERIAHAN. PELBAGAI JENIS MENU DAN HIDANGAN DIHAZAM,

DAN ENAM HARI MAKAN DAH SAMA DENGAN MAKAN 2 MINGGU. PERUT YANG DULU MENGEMPIS KEMBALI MENGEMBUNG.

SEBAIKNYA PUASA 6 DAPAT MEREHATKAN KEMBALI NAFSU MAKAN-MAKAN.

LEPAS PUASA 6 RAYA KECIL YANG BERPUASA,BOLEH MAKAN TAPI MUNGKIN LAUK-PAUK DAN MENE RAYA DAH TINGGAL SERDAK.

SEMBAHYANG SUNAT JUGA MAKIN KURANG TAPI BILA MULA PUASA 6 BOLEH INGAT BALIK AZAM DAN TEKAD MENAMBAH AMALAN BAIK.

BEGITULAH SLAH SATU KENAPA PUASA 6 DIGALAKAN UNTUK UMAT ISLAM SELAIN PAHALA DAN GANGARAN SEPERTI PUASA SETAHUN.

WASSALAM

Saturday 4 October 2008

HARI KELUARGA

Hari Kedua Raya, paginya ke Supermarket tukar sandal dan seluar anak yang kurang saiz dan ke Tesco beli barang-barang dapur (hari raya kedua orang diSupermarket masih lagi ramai mengambil peluang membeli barang dengan lebih selesa tanpa gangguan ramai orang. Petangnya kami ke Rumah Abang Sabri kerana giliran keluarga sebelah Wa Ismail dan Wa Leha sebagai penganjur Rumah Terbuka Hari Keluarga. Rumah ala kampong ditepi sawah amat selesa dan ketika kami sampai ramai ahli keluarga telah berkumpul. Acara tahun ini dimulakan dengan bacan Yaasin dan tahlil, diikuti pembentangan penyata kewangan, penyampaian hadiah cemerlang peperiksaan, acara sampingan keluarga mencari angpau tersembunyi, anak mumia dan putra putri adilfitri. Bertambah gamatnya setiap acara. Anggota veteran generasi pertama hanya tinggal 5 orang tetapi cucu dah menjadi 43 orang dan generasi ketiga cicit mencapai angka 115 orang. Manakala Piut pula baru masuk 10 orang. Tabung wawasan juga baru 4 tahun ditubuhkan dan setiap tahun pasti salah seorang akan mendapat cabutan bonus RM 500.00 dan yang dapat tak boleh buat cabutan macam main kutu. Majlis selesai sekitar 1730 ptg dan kami bergegas balik dan beraya dirumah. Habis kedua raya dan masa berjalan begitu pantas sekali. Tahun hadapan giliran kami pulak jadi adik Tan jadi tuan rumah. Kami cadang buat tema sedondon baju raya kot dan pasti meriah dengan pelbagai acara. Tahniah pada Mak Usu dan adik Tan yang berjaya mengerakan Hari Keluaraga Hajah Som terus menjadi ingatan dan mengeratkan tali silaturahim. Aku secara zahirnya adalah cucu pewaris sebab arwah bapa adalah waris begitu juga anak pakcik Jid yang akan terus mewarisis jenerasi Hj Ismail dan Hj Som. Wassalam

HARI KEMENANGAN

1 Syawal bersamaan 1 Okt 2008. Sebulan berpuasa dan di pagi 1 Syawal semua umat islam meraikan kemenangan. Pada hari terakhir kami pulang beraya di rumah ibu. Petang itu kali ketiga berbuka bersama ibu dan semua anak-anak. Kami malam itu mengemas rumah ibu yang lama tak dikemaskan almaklumlah duduk seorang dah tu tempat tinggi mana nak capai. Mak datuk, sawang dan habuk kipas menyebabkan bersin bersilihganti dan kadangkala dikejutkan dengan bunyi dentuman bunga api. Anak-anak tak minta belikan bunga api kerana mereka tahu ianya meyalahi undang-undang dan membazir. Jam 2 pagi aku terbangun mendengar deruman motor mat rempit (sekurang-kurang 10 ke 20 permpit), walaupun jarak rumah ibu hampir 1 kilometer dari jalan besar. beristifar menyesali kerana yang berlumba adalah anak muda yang menggangu ketenteraman penduduk dan menghabiskan waktu tanpa faedah, buang minyak, buang nyawa dan menyusahkan semua orang. Yang merempit tu tak dapat dibayangkan anak siapa, umur berapa, siapa mak bapanya, apa matlamatnya dan hampir 1 jam baru suasana kembali sepi dan dikejutkan dengan bunyi mercun sekali sekala.
Di pagi raya kami bergegas ke masjid dan selapas solat mengziarahi kubur arwah bapa dan nenek. Sedekah alFatihah dan membersihkan batu nisan, sekurang-kurang secara zahirnya berada dipusara dan yang lebih baiknya tidak kira dimana sedekah alfFatihah adalah paling baik. Seperti biasa dipagi raya kami mengziarahi rumah sanak saudara sambil memberi salam dan bermaaf-maafan. Anak sekarang tak perlu berjalan kerumah-rumah jiran atau beraya sepanjang hari mengutip duit raya, kerana beraya sesama sanak saudara boleh mencecah RM 50 ke RM80. Zaman berubah mengambarkan kesyukuran rezeki dan taraf hidup juga bertambah. Kalau kita banyak memberi InsyAllah Allah membalasnya dengan memberi rezeki kepada anak-anak pulak. Sebanyak mana dikeluar tidak diharap balasan tetapi jika diperhalusi Allah memulangkan rezeki dalam pelbagai bentuk dan yang paling jelas anak-anak mendapat wang raya melebihi daripada yang dikeluarkan. Itulah salah satu daripada kemenangan, pertamanya menamatkan puasa dan merehatkan tubuh badan dan rohani diberi makan dengan keimanan. Keduanya anak-anak bergembira dengan baju serba baru dan mendapat duit raya, ketiga bermaaf-maafan dan meziarahi sanak saudara dan bertemu rakan taulan di mesjid yang hampir bertahun-tahun tidak sempat berjumpa. Semoga tahun hadapan sempat menyambut Ramadhan dan hari lembaran dengan lebih baik daripada Ramadhan yang berlalu. Wasaalam

SEBULAN BERPUASA

Dah lama tak berpuasa berseorangan, kalau dulu setiap hari makan sahur dan berbuka pasti seisi keluarga kalau tidak pun bersama isteri dan dua anak kecil yang lain ada di kolej dan di asrama. Tahun ini hanya sempat seminggu bersama keluarga almaklumlah kena masuk kerja di KL. Berpuasa seorang kadangkala seronok juga kena makan apa yang ada, kalau rajin keluar beli nasi bungkus dan makanpun tak bertambah, begitu juga sahur hanya makan quicker oat dengan susu atau milo. Puasa kali ini juga isteri kena jaga anak dan buat kerja-kerja yang dulu dikongsi bersama. Adik Emee dan Has sejak umur 6 tahun pusa penuh dan senang bangun sahur dan tak banyak kerenah masa berbuka. Puasa kali ini juga 3 kali terlibat berbuka puasa diluar atas jemputan rakan-rakan sekerja dan juga koperat. Berbuka kat hotel seorang kena RM 60 ke 80 ringgit dan sememangnya banyak makanan, jadi kena carilah laukpauk yang tak pernah jumpa, kadang-kadang jumpa dan cari yang mahal-mahal seperti ikan salmon, udang kara dll.
Amal jariah bulan puasa tak dilupakan begitu juga amalan sunat, bila tinggal seorang banyak masa boleh digunakan dengan sebaiknya. Masa sunyi boleh dihubungi dengan telefon walau dimana saja begitu juga radio IKIM menjadi halwa telinga 24 jam. Sesungguhnya puasa tahun hadapan perlu ditekad dengan lebih baik lagi bermula puasa sunat bulan Rejab, Syaaban dan puasa 6 syawal. Puasa kali ini juga dapat bersahur dan maintain dengan susu, air masak dan quicker oat dan tahun hadapan berbuka dengan makanan yang sedikit. wasaalam

Saturday 13 September 2008

BERBUKA PUASA BERSAMA ADIK-ADIK SEKELUARGA

Semalam lepas berbuka puasa dan dalam perjalanan balik berbuka di rumah bonda, aku menefon adik lelaki (panggilan keluarga,Tan), untuk memaklumkan bayaran insurans dan cuci ToTo, sebab adik buka kedai dobi dan insurans, sambil tu ajak berbuka di rumah esok hari. Beliau kata agak sibuk dan penat. Aku faham beliau saban hari berusaha keras memajukan perniagaan, InsyAllah murah rezeki. Lagi pun kalu nak datang rumah kami mahu juga mengambil masa 45 minit perjalanan.
Semalam bonda telefon memaklumkan jiran lama adik Mak Jang Mashitoh meninggal dunia, Alfatihah buat arwah yang juga aku kenali semasa kecil berjiran di KSS. Arwah bapa dan ibunya adalah guru mengajar aku membaca mukadam dan Al Quran. Pada pagi yang sama aku terima mesej ibu rakan sepejabat juga turut meninggal dunia. Alfatihah buat yang mendahului kita.
Petang semasa aku sedang berehat bersama keluarga sambil menonton TV, bonda menelefon akan datang berbuka puasa di rumah kami bersama 2 keluarga lagi (adik lelaki dan adik perempuan). Betapa gembira aku kerana adik-adik dan anak buah datang mengziarahi kami dan berbuka. Hari ini isteri memasak ikan parang masak lemak petai, sayur brakoli bersos tiram dan roti mamat, jadi aku bercadang membeli seekor ayam pepayang memandangkan menu baru aku nak promosi pada mereka. Aku juga membeli ulam kampung yang siap dicelur dipasar ramadhan berserta sambal belacan. Tepat jam 7 ptg mereka sampai dengan dua buah kereta D Max pick up. (kereta adik dan anak buah). Hampir 14 orang semuanya dan termasuk kami 6 orang menjadikan berbuka riuh rendah (2 anak di kolej). Ada yang bawa kari ayam Yasmeen, ayam percik dan bubur lambuk Tmn Sri Kota, Bayangkan rumah berkembar (sewa) pun tak mampu menyediakan ruang yang selesa tetapi keseronokan berbuka sedar tak sedar 7 pot nasi habis. Memandang ruang sempit sembahyang kena bergilir-gilir dan Alhamdullilah semuanya tak payah disuruh anak beranak bersolat.
Bonda pula merungut tak bawa bekas pinangnya jadi asyik bertanya dimana ada jual sireh pinang. Bonda dah jadikan pinang dan sireh menu wajib selepas berbuka dan sewaktu bersahur. Ramai cucu dan anak suruh berhenti makan sireh pinang tetapi nampaknya macam orang merokok juga. Bonda kata ini ubat bukan macam rokok...pulak dah. Apapun kadangkala kalau tak bawa bekas pinang atau terputus sireh sanggup telefon adik atau kakak hantar. kalau nak pergi mesti 2 beg satu isi pakaian solat dan satu lagi alPinang dan sireh le. Aku amat bersyukur kerana sepanjang 2 tahun aku dan keluarga dapat bersama saudara mara berbanding dulu kami hampir 4 tahun (3 kali Ramadhan) berpuasa di perantauan (Swk). Wassalam

Friday 12 September 2008

BUKA PUASA

Berbuka puasa bersama bonda dan keluarga merupakan ikatan silaturahrahim yang amat dituntut. Selain berbuka dapat merasakan masakan sejak kecil dengan air tangannya. Sajian masakan dari rumah dibawa untuk makan bersama sambil mendengar coloteh sepanjang tidak bersama. Macam-macam cerita lucu dan gelagat. Semalam bonda bagitau dia berbuka dengan cucu dari sebelah kakak. Jadi bonda pasti berbuka tidak berseorangan, kadangkala rasa sedih juga bonda terpaksa berbuka dan bersahur berseorangan. Tapi aku juga sering berbuka berseorangan sebab terpaksa berjauhan buat seketika. Biar apa pun yang wajarnya ingatan bersama semasa berbuka boleh menambahbaik silaturahim. Bayangkan hamba Allah yang berkeseorangan dan tiada saudara mara? Mungkin mereka terbiasa tetapi adakalanya jika mereka terpandang dan teringat pasti rasa yang kurang cukup bagi dirinya. Inilah kehidupan dan kita perlu pandai menyesuaikan dengan keadaan tanpa mengurangkan pahala puasa. wassalam

Thursday 11 September 2008

Awal subuh pagi Jumaat, kedengaran azan berkumandang dari masjid berhampiran. Setibanya di surau taman hanya kelibat beberapa jemaah. Dimana jemaah lain yang nampak hanya hamba Allah dari timur tengah kelibat penduduk taman hanya 3 orang aje. Jadi subuh pagi itu terasa bagai sembahyang di Tanah Arab disekeliling mereka. Sekarang di taman, kumpulan muslim Arab bertambah kerana belajar di U. Kekuatan mereka berjemaah tak dapat disangkal dan bagi orang taman dah semakin berkurang berjemaah, dimana perginya ustaz yang ramai, adakah semua berharap masing-masing percaya ada yang datang, akhirnya semua yang arif absent. Wasalam

USIA MENINGKAT KUDRAT MENURUN

Bermuhasabah dan sentiasa meningatkan akan hari tua dan yang pastinya kematian itu satu kepastian. Walau dimana dan tanpa sesaat pun terlewat. Kudrat dan usia semakin menurun kalau dulu semasa bayi dikerumuni ramai, bila meningkat usia kanak-kanak mula mendapat kawan, bila remaja mula mencari rakan dan sahabat, bila meningkat dewasa mula mencari pasangan, bila meningkat belia mula mendapat jiran dan rakan, bila mendekat tua mula mendapat masyarakat. Tetapi malangnya ramai masih diperingkat tua seperti kanak-kanak dan bayi, kudrat dan pemikiran semangat lemah dan memerlukan orang membantu dan menasihati. Diperingkat nyanyuk seperti bayi yang belum mengenal baik dan buruknya. Inilah putaran dunia. Di bulan mulia ini perlulah kita memikirkan apakah amalan baik kita mengatasi amalan buruk? jika yang buruk melebihi yang baik cepat-cepatlah menyusun dan melakukan kebaikan. Bagi yang baik teruskan dan menambah saham kepada yang terbaik.
Kalau semasa anak kecil melatih berpuasa adalah tanggungjawab ibubapa, jika ibubapa berpuasa dan melatih anak, dicampak kemana pasti tidak lupa ajaran ibubapa, jika ibubapa tak berpuasa mungkin anak-anak pun turut sama (tak semuanya) tak berpuasa.
Kenangan semasa anak meningkat berbuka puasa semuanya bersama, bila meningkat dewasa kadangkala semua berkumpul berbuka dan bersahur tetapi bila dah merantau hanya tinggal beberapa orang sahaja dan jika dah tua usia emas mungkin dengan isteri. Kalau yang sentiasa beramal dan bersedekah mungkin berbuka dengan anak yatim dll, tapi kalau papa kedana mungkin dijemput orang atau nasib malang mungkin berbuka dengan air sejuk. Adakah ini akan berlaku atau ada hamba lain yang senasib dengannya??. Kesimpulanya berusaha dan menjadi baik hendaklah dimula dari sekarang (Ramahan) jika telah berusaha, berdoalah agar kekal atau bertambah baik usaha kearah kebaikan. Semakin tua semakin sensitif dan berseorangan, jadi banyakkanlah beristighfar, beramal soleh, solat, berpuasa wajib dan sunat dan membuang segala sifat ego, bongkak, kedekut, hasad dengki dan semua sifat syaitan. Wassalam

Wednesday 10 September 2008

MERDEKA

Usaha telah dilaksanakan dan 2 hari lepas dan ari ini adalah pelaksanaan dan keputusanya adalah memetik buah atau hasilnya. Sebagai ibubapa semuanya mengharapkan kejayaan setelah bertawakal kepada Allah Subhanahuwataalaa. Diperingkat ini bukanya 5A menjadi harapan tetapi sepanjang membuat persiapan adalah menjadi harapan agar anak kelima dapat merasai bahawa kejayaan bukanya mudah dan perlu mendapat bantuan dari guru rakan, keluarga dan masyarakat. Usaha tanpa memohon rahmat dan bantuan yang Esa tidak bermakna. Usaha seperti membaca Yassin, solat hajat, etika baik seperti tidak meniru, menipu adalah pendinding dan perlu diamalkan oleh setiap pelajar. Selangkah awal bagi menghadapi banyak lagi ujian peperiksaan dan begitu juga ujian Allah adalah yang perlu dilalui bagi yang berjaya atau gagal nanti.


Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

JUADAH BERBUKA PUASA

Semalam berbuka dengan lauk pauk dari pasar Ramadhan. Setelah 11 hari baru beli ready made dari pasar. Bukan apa tukar selera dan bagi anak-anak pilih makanan yang mereka suka. Sekarang harga juga naik kalau tak naik kuantiti kurang pulak. Semenjak 2 tahun di utara, menu baru aku jumpa ialah Ayam Pepayang, kat kedah tempayan panggil Guri bersaiz sepemeluk saiznya. Guri ditebuk lubang pengawapan dan diletakan di atas tunku bahan bakar arang. Cara masak macam ayam tandoori atau kambing bakar tetapi yang bezanya Ayam Pepayang ni rasanya rempah melayu dan isinya lembut putih dan lembab air. Masaknya selama 2 jam. Harganya RM 15.00 seekor. Kalau sekarang beli ayam bersih pun mencecah 13 ke 15 ringgit seekor. Kalau dicongak dengan masak, rempah dan kudrat lebih baik beli aje. Di pasar tidak kurang 6 ke 8 gerai jual murtabak dan roti mamat (John). Air Nira juga laris waluapun hujan setiap hari turun. Kat utara Nasi Kerabu Kelantan juga menjadi pilihan bukan setakat anak kelantan merantau atau belajar di UUM/Matrikulasi/Akademi Binaan dll. tetapi orang Kedah pun dah tak kisah makan budu. Jam 5 ptg pasar mula sesak dengan pekerja dan juga penuntut keluar sebab Pekan Chglun pasar malam pada hari Rabu seminggu sekali. Catatan dari rakan-rakan juga memaklumkan Mee Ali dan Pasembor adalah terkenal sejak dari Chglun kawasan hitam lagi tetapi diusahakan oleh anak-anak, masak masih pakai bahanbakar arang.

Di dalam kesibukan berbelanja ramai yang memberi sedekah kepada yang kurang upaya di pasar. Ada yang memberi seringgit, dua dan lima ringgit. Yang menariknya ibu bapa memberi anak kecil untuk melatih bersedekah dan bersimpati.
Saat berbuka ada 2 jenis lauk dan nasi bungkus menjadi rezeki kami. Wasalam

Tuesday 9 September 2008

RENUNG SEJENAK

Ramadhan adalah bulan umatKu. Allah memberikan ganjaran solat wajib 70 kali ganda manakala solat sunat sama seperti pahala solat wajib. Setelah umur menjangkau hampir setengah abab adakah amalan puasa ditakuk lama? adakah solat fardhu dijalankan dengan sempurna? sedekah jariah, serta lain-lain kebaikan diperbanyakan tanpa mengira berapa banyak ganjaran diterima. Di bulan ini adalah bulan untuk muhasabah diri, menilai dan menghitung amalan puasa tahun terdahulunya dan seterusnya mengambil langkah untuk menambah amalan wajib dengan sebaik mungkin, memperbanyakan amalan sunat.
Solat Sunat Isyrak dan Dhuha, membaca Al Quran setiap hari serta solat terawikh dan solat-sunat lain boleh dilaksanakan tanpa penuh rasa jemu. Bersedekah dan memberi makan fakir miskin dan hamba Allah lain juga boleh diperbanyakan. Bulan ini juga dapat melatih anak dan keluarga tentang ibadah puasa dengan lebih berekualiti dan mampu memberi mereka dan keluarga tentang kekuatan islam sebenar dihari tua. Wassalam.

Monday 8 September 2008

UPSR

Hari ini anak kelima pula menduduki peperiksaan penting diperingkat sekolah rendah. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah bagi memilih danmengukur tahap pencapaian Tahun Enam. (3M) kalau lulus cemerlang akan dipilih memasuki sekolah *. Persiapan telah dibuat dengan rapi oleh pihak sekolah SRKDWK dengan kelas tambahan sejak Feb lagi. Tak perlu ibubapa menghantar anak ke kelas tuisyen swasta dan pihak sekolah melalui PIBG hanya mengenakan bayaran RM 60.00 sapanjang tempuh tersebut. Semalam sehingga jam 4 petang kelas bimbingan terakhir terus dilaksanakan dan yang baiknya. Pada awal tahun kelas tambahan diadakan pada waktu petang lepas sekolah hingga jam 3 ptg dan seterusnya diadakan pada setiap hari kecuali hari minggu. Kelas intensif diadakan 2 bulan terakhir dan waktu bulan puasa kelas dijalankan seperti biasa dan diadakan pada waktu malam.
Kali ini juga aku pertama kali mengambil cuti tahun untuk memberi sokongan kepada anak bagi memastikan beliau terus yakin dan mampu menjawab dengan baik. Cuti ini juga sebab aku dah meninggalkan keluarga sebab bertugas di KL hampir 2 bulan, jadi semua tanggungjawab diambilalih oleh isteri. Awal pagi aku menghantar beliau ke sekolah kerana Cik Gu nak buat ulangkaji dan pesanan terakhir jam 7 pagi sebelum peperiksaan bermula jam 8 pagi.
Sebagai ibu bapa aku juga tidak ketinggalan sempena bulan puasa memohon keredaan Allah untuk memberikan beliau ketenangan dan mudah untuk menjawab soalan. Sebagai umat Islam kita boleh berusaha dengan membaca Yasin atau apajua ayat Al Quran memohon keredhaan dan kekuasaanya.
Hari ini 9 Hb Sep peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 serta matematic kertas 1. Esok Kertas matematik 2 dan hari terakhir Science dan Bahasa Inggeris 1 dan 2. Usaha anak dan Guru amat disanjung tinggi dan diucapkan tahniah. Kesedaran anak-anak terhadap pelajaran dan ilmu pengetahuan perlu disokong dan ditambah dengan ilmu akhirat agar jika berjaya atau gagal anak-anak masih mensyukuri kebesaran dan keesaan Allah Subhanahuwataala..

Wednesday 3 September 2008

TEMPAT KERJA BARU

DAH LAMA TAK UPDATE BLOG, BUKAN APA, BARU MASUK PEJABAT BARU KAT TKT 14. KEMUDAHAN INTERNET X ADA, KENA SHARE PULA. KAT RUMAH PULA X ADA INTERNET BUAT SEMENTARA WAKTU. BUAT MASA INI TINGGAL BUJANG SEBELUM ANAK ABIS UPSR. THEN BULAN NOV BARU THE WHOLE STOCK AND BARREL PINDAH KE KL. SELAMAT BERPUASA. BULAN INI KENA PASANG AZAM UNTUK PENUH SOLAT TARAWIH, SOLAT SUNNAT DAN SOLAT WAJIB TAK BOLEH TINGGAL LANGSUNG SAMPAI KIAMAT KECUALI ....

Sunday 27 July 2008

PERSARAAN PENGERUSI KPD

24 Jul hingga 26 Jul merupakan majlis KPD bagi meraikan persaraan Pengerusi KPD MJOC dan To' Puan . MJOC merupakan Pegawai KPD yang paling tinggi menjawat pangkat MJ dan juga selaku Pengerusi Kor. Majlis dimulakan dengan acara tahlil di Surau An Nur dan diakhiri dengan Golf di GR Bukit Jana dan BAKAT. Pada 25 Jul adalah merupakan perbarisan persaraan selaku Pengerusi Kor dan sebelah malamnya pula majlis makan Malam Rejimental di wisma Perwira KPD.

Memandangkan majlis dilaksanakan di PULMAT dan dibantu 72 BNKPD, majlis diadakan dengan penuh meriah dan teratur. Sajian yang disediakan serta ruang bankuet setaraf hotel lima bintang. Hiasan dan persiapan oleh 91 DBP (LK Burn) dan anak buah amat menarik. Malamnya diakhiri dengan pertunjukan bunga api dari bukit Vultorno Kem selama 10 minit. Malam sebelum tahlil semua Pegawai Kanan dijemput pesta Durian di pekarangan Rumah Tetamu.

Seapanjang 3 hari di Taiping, majlis berjalan lancar dan yang pastinya semuanya kenyang dan makanan disediakan dengan pelbagai menu dan hiasan yang menarik. Tema MMR dengan alam kehidupan dengan hiasan ikan guppy dan sword fish di tengah meja dan taburan coklat pelbagai bentuk turut menaikan lagi suasana majlis. Kenangan dan ingatan pasti mencuit rasa hati yang diraikan dan kesemua yang hadir terutama ucapan perpisahan semasa di Dewan Rampai Sari dan send off dari rumah tetamu. Selamat bersara dan melangkah ke alam kerjaya kedua dengan penuh kejayaan.

Selain hadir dimajlis kenangan serta berjumpa rakan lama dan anggota boleh mengeratkan tali silaturahim serta kenangan lama. Di Taiping juga musim buah dan peluang digunakan sebaik mungkin sebagai buah tangan anak-anak. Wassalam

Tuesday 15 July 2008

DEBAT DSAI vs DASC

JAM 9 malam debat julung kalinya diadakan secara langsung mengenai isu minyak, Naik perintah pasti turun harga. Pengendali malam itu Johan Jafar dan wakil DSAI sdr Zulkifli Sulong dan wakil DASC Tan Sri Nordin Kardi. Ketokohan dan ketrampilan DSAI lebih menyerlah dan dapat memberi hujah dan intipatinya memenuhi tajuk debat. Debat diadakan di Dewan DBP dengan setiap wakil diberikan 50 jemputan dan 100 lagi jemputan oleh detik daily dotcom pihak penganjur.

Sewajarnya debat sebegini diadakan bagi rakyat menilai serta mendapat maklumat dengan cepat sambil merungkai pelbagai persoalan. Walau bagaimanapun ianya pasti memberi kesan baik dan buruknya dan terpulang kepada pendengar untuk membuat penilaiannya. Sebagai pendengar ianya boleh membuat analisis dan mendapat pengetahuan berkaitan proses pedebatan.

JUBLI EMAS PEMERINTAHAN SULTAN KEDAH

Sewal 0715 Jul 2008, aku dan dua anak (Hassriee n Emee) bertolak ke Alor Star lebih kurang 50 Km bagi meraikan pemerintahan ke 50 tahun Sultan Kedah. Kami memasuki Tol Astar Utara menghala ke Pusat bandar melalui Kolej Sultan Abd Hamid dan memparkir kenderaan di belakang bangunan UMNO. Setibanya di Alor Star sudah ramai rakyat Kedah dan tetamu negeri berduyun-duyun ke bangunan Hadapan Masjid Zahir. Memandang aku anak watan, jalan pintas ke Balai Besar memudahkan kami tanpa melalui orang ramai yang sudah awal berbaris dikiri kanan jalan. Teringat semasa kecil arwah membawa kami ke kawasan Balai Besar dan balai Nobat melihat cahaya lampu. Kami mulanya berdiri dijalan masuk Wisma Negeri (lama, sekarang jadi pejabat tanah dan galian) berhampiran Balai Nobat, tetapi akibat terlalu ramai dan berlapis kedudukan, aku membawa anak-anak ke Pagar Balai Besar (disini juga Sultan akan menghadiri acara merafat sembah oleh Menteri Besar Ustaz Azizan). Dari pagar ini kami dapat memerhati kedudukan perbarisan dari semua sudut kerana anak-anak dapat berdiri dipalang pagar. Di samping itu, kami juga dapat melihat stesen NTV 7 membuat lintasan langsung, kawalan kehormatan dan juga nampak perbarisan dari jauh serta melalui TV yang disiarkan di hadapan khemah VVIP. Yang pastinya anak-anak pasti dapat melihat Sultan Kedah dan permaisuri serta VVIP apabila memasuki Balai Besar.

Sejak jam 0830 pagi kami menunggu dengan penuh sabar kerana ianya pasti tidak berulang lagi. Yang menariknya aku dapat juga berjumpa dengan Pengerusi dan Pengarah di belakang khemah VVIP. Jam 0930 pagi, kelibat 3 ekor gajah, 9 ekor kuda dan bahtera lapis perak suasa (terpanjang didunia) yang bersemayamnya Sultan Kedah sampai dihadapan Balai Besar dan seterusnya mengambil tabik hormat. Kemuncak yang menarik ramai anak-anak kecil bersama keluarga adalah untuk melihat Sultan dan juga gajah. Selepas tabik hormat tembakan 50 das dilepaskan secara berkala semasa pemeriksaan kawalan kehormatan. Lagu Allah selamatkan Sultan (lagu negeri kedah) dan tamatnya pemeriksaan kehormatan, Sultan dan Sultanah berangkat ke Balai Besar bagi istiadat perasmian pelancaran Jubli Emas.

Sebagai anak kelahiran Kedah aku berbangga dapat menceritakan kedudukan, bangunan serta sejarah pemerintahan Sultan Kedah kepada anak-anak yang pada satu hari akan berbangga kerana pernah hadir diupacara yang sukar dijumpai dimasa hadapan. Kami beredar meninggalkan majlis melalui jalan tepi sungai dan bercadang mengziarahi bonda dan juga melihat rumah lama di KSS. Masa yang singkat ini aku dapat melayan anak-anak dan menepati janji untuk membawa mereka hadir kemajlis tersebut. Wassalam

Sunday 13 July 2008

KEMBALI MENYIBUK DAN SIBUK

Dah hampir 2 minggu aku meninggalkan kerja routine dan sibuk dengan urusan ditempat kerja sambil menyiapkan rumah di Klang. Pergerakan ke KL dengan kancil juga merupakan pengalaman berharga dan seperti dijangka perbelanjaan minyak juga menjimatkan. Selama ini aku ke KL, pasti minyak Waja mencecah RM 100.00. Sepanjang perjalanan aku memandu hanya sekitar 80 ke 100km/j dan mengambil masa 7 jam dengan mengambil kira berehat di R&R. setibanya di Klang barang telah tiba dan lantas kami menurunkan barang yang sedikit basah akibat kena tempias hujan sepanjang perjalanan dari Spg Pulai/Tapah ke KL.

Keesokan harinya aku mula memangkas pokok bunga kertas dan membersihkan halaman rumah sambil membuat bajet untuk mengubahsuai serta mengecat rumah yang hampir 5 tahun setengah ditinggalkan tanpa penyewa. Kalau mengikut kehendak, hampir semua nak diperbaharui atau diubahsuai tetapi aku terpaksa memberi keutamaan mengikut kemampuan. Hampir kebanyakan kerja adalah melibatkan wang, jadi bagi menjimatkan kos aku bercadang membuat secara DIY. Malam itu aku masih meneruskan mengelap lantai rumah, dan juga membersihkan tempat tidur. Di awal pagi hujan mencurah turun dan aku dapat mengenalpasti masalah bumbung bocor akibat zink penampan tertanggal. Keesokanya aku terpaksa mengeluarkan RM 270.00 membeli tangga, petroluem sheet bitumen, tangga dan bitumen aspalt bagi membaiki bumbung. Jam 6 ptg aku mula menaiki bumbung bagi menampal tempat yang bocor dan selesai hampir jam 730 malam. Jam 4 pagi berikutnya aku mendengar titisan air dari siling ke atas tangga dan terpaksa mencari baldi bagi menakung air. Ini semuanya berlaku apabila aku membuka paip utama ke dalam tangki air disiling, setelah matahari keluar aku terpaksa memanjat siling bagi memeriksa tangki air dan mendapati terdapat rekahan kecil dipenjuru tangki air. Baki lebihan bitumen asphlat dan perekat pvc digunakan bagi menampal rekahan tersebut dan aAllahdullillah semua berjaya diperbaiki. Ini adalah langkah sementara dan jangka sederhana.

Pada hari berikutnya akau memeriksa pintu utama yang dimakan anai-anai dan amat terkejut kerana hampir separuh pintu reput dan menjadi sarang anai-anai. Tinjauan dikedai mendapati pintu (2 daun) berharga RM400.00 dan upah membaiki juga sekitar RM 200.00. Memandangkan hari sabtu tiada kedai hardware dibuka jadi aku mencari rakan lama seorang tukang kayu/kontraktor (Mr Ng) dihujung barisan rumah. Sekali lagi beliau membantu dengan memberi bantuan dengan harga RM 400.00 bagi pemasangan pintu yang beliau ada stok lama. Tanpa berlengah aku memberi lampu hijau untuk dipasang keesokan harinya. Kerja memasang pintu mengambil masa yang panjang dari jam 0900 pagi hingga 1900 sebab terpaksa membuat alignment dan membesarkan pintu mengikut saiz pintu sedia ada. Di dalam masa tersebut anak beliau sempat kebas handphone, jadi haruhara semalaman aku mencari handphone dan membatalkan line (temporary block). Keesokan harinya aku mendapat balik handphone tetapi sim kad telah dibuang. Yang menjadi masalahnya semua no telefon dalam handset, jadi aku tidak dapat membuat panggilan dan terpaksa memohon bantuan jiran ke Celcom Care line. Celcom juga memerlukan surat dari Mindef bagi pengesahan sebelum sim kad baru dikeluarkan. Allahdullillah semuanya dapat diselesaikan sebelum hari khamis tetapi malang juga semua no. telefon rakan terpaksa direkodkan semula.

Aku juga mula mengecat pintu dan besi grilled sepanjang 2 hari tersebut dan baklinya akan diselesaikan sebelum 30 Jul 2008. Kos membeli cat dan varnish hampir mencecah RM 100.00. hari Jumaat aku kembali bertugas dan dibeikan 2 assignment untuk disiapkan sebelum 30 Jul 2008. Aku seterusnya merancang balik bercuti menaiki bas mara Ekspress dan meninggalkan kancil di Transit. Di dalam perjalanan bali kenangan bas rosak menghantaui kembali kerana bas mara dinaiki rosak akibat absorber tayar belakang kiri rosak di Jitra jadi bas terpaksa dibawa agak perlahan ke stesen Changlun. Sepatutnya pejalanan sampai ke Changlun sebelum jam 1700 ptg tetapi terlewat 30minit. Begitulah selingkar kisah dan dugaan sepanjang kembali ketempat bau untuk meneruskan khidamat. Pertukaran juga masih menanti kelulusan sehingga 30 Jul jadi aku terpaksa membuat kerja tanpa porfolio sehingga tarikh tersebut.

Wassalam

Friday 27 June 2008

KEMBARA MERDEKA 2004-PART 2

Sambungan PART 1.....


27 Ogos. Limbang/Lawas. Merentasi sempadan Brunai. Jam 0830 pagi flag off berlepas ke Lawas. Dalam perjalanan menaiki feri ke pos kawalan imigresen Kpg Puri, Pos kawalan kastam Jabu Temburung dan Pos kawalan Imigresen Mengkalap dan tiba di Lawas jam 1045 pagi. Di Lawas pelbagai aktiviti sambutan kemerdekaan diadakan di Padang Central dan dirasmikan oleh Datok Awang Tengah. Penginapan peserta di Hotel Shang San.

28 Ogos. Lawas/Limbang/Brunai/Miri. Diawal pagi konvoi bergerak ke Kpg Bidang Darat iaitu kampong suku kaum Bisayak (kampong En Paulus Gumbang) bagi acara kebudayaan dan makan tengahari. Dari sini konvoi bergerak balik ke Miri melalui Brunai dan singgah di Kpg Pengkalan Lutong bagi “Ngetu” (jamuan teh). Jam 630 ptg kami bergerak ke hotel penginapan di Dynasty. Aku gembira bila mendapati adik Emee dan suami menanti di Lobi Hotel. Kesokannya emi dan suami terbang balik keKuching dan kami meneruskan konvoi ke Marodong.

29 Ogos. Miri/Pakan/Rumah Agan, Sg Mador Maradong. Jam 0900 pagi kami bergerak ke Kpg Danau Bekenu bagi acara dengan masyarakat kendayan. Acara berdundun, berembih dan menanam pokok sebagai kenangan menutup acara disini. Konvoi meneruskan perjalanan ke Simpang Niah dan sampai ke Sibu jam 430 ptg. Makan tengahari di hotel Paramount dan meneruskan perjalanan ke Pekan Pakan. Kali ini giliran aku memandu melalui jalan pendalaman, tidak bertar, gelap, berdebu, selekoh tajam dan mendaki bukit. Jam 0815 konvoi lewat tiba. Hampir kesemua penyambut telah kembali kerumah dan kami meneruskan perjalanan ke Rumah Agan Sg Mador Maradong. Disini sudahlah berjalan jauh keadaan jalan menyebabkan aku pening dan terpaksa menelan penadol. Sesampai dirumah panjang (NO 10) aku dan Sharifah (media) tinggal sebilik. Malam itu aku tidak dapat hadir dimajlis penyerahan anak angkat. Jam 5 pagi aku terbangun dan solat subuh.

30 Ogos Rumah Agan, Sg Mador Meradong/Sarikei (Ambang Merdeka)

Hari ini kami membuat persiapan kenderaan bagi acara ambang Merdeka di pekan Sarikei. Ju dan Kak Sham ke bengkel bagi memasang braket untuk menggantikan bendera baru. Waktu ini aku bersama Rizal, Sabre, Mansor dan Sharifah bersolat di masjid Bintagor. Kami dijamu air kelapa oleh khariah masjid. Kami balik kepejabat urusetia bagi menyediakan bendera (3ribu) dan diagihkan bendera kepada kenderaan konvoi kembara. Jam 5 ptg kami bergerak balik ke rumah panjang dan membuat latihan (rehersal) majlis penyerahan jalur gemilang pada malam ambang kemerdekaan.

Saat kemuncak kembara mula terasa, jam 900 malam kami bergerak ke Sarikei dan jam 10 malam kami berpusing sekitar bandar Sarikei dan jam 1130 malam kami telah bersedia untuk masuk ke tempat penyerahan bendera jalur gemilang. Penyerahan bendera kenderaan BAKAT disampaikan kepada Pang5 3 Bgd (Dato Latif) tepat jam 12 tengahmalam. Selesai majlis konvoi bergerak balik ke hotel Victoria Inn Saratok. .

31 Ogos Sarikei/Saratok/Kuching Keesokanya kami bergerak balik ke Kuching jam 1130 pagi perjalanan sejauh 128 km. Tiba di Serian jam 3 ptg dan sampai di waterfront Kuching jam 430ptg. Jam 5ptg konvoi tamat di Jabatan Penerangan bagi acara penamat Kembara Merdeka. Jam 615 ptg kami bersurai dan balik berjumpa keluarga. Bersambung..................................

Tuesday 24 June 2008

KEMBARA MERDEKA 2004 - PART 1


KEMBARA MERDEKA 2004, JALUR GEMILANG

PERINGKAT NEGERI SARAWAK

PERSIAPAN AWAL

Pengalaman paling berharga dan sukar dilupakan sebagai suri rumah ialah meninggalkan keluarga selama 15 hari menjelajah negeri Sarawak. Tawaran Kak Sham untuk menyertai Kembara Merdeka pada mulanya disambut agak dingin sebab terpaksa meninggalkan kerja harian sebagai ibu dan keluarga tambahan pula terpaksa memandu dan tinggal ditempat-tempat yang tidak pernah dilalui. Izin suami diminta dan takut tidak dibenarkan tambahan pula anak yang bongsu baru 3 tahun dan 5 lagi bersekolah.

Izin suami agar pandai jaga diri dan jangan lupa solat walau penat sekalipun menjadikan aku lebih tabah dan bertekad untuk menyertai kembara tersebut. Persiapan diatur oleh KS 1 Div (Kol Md Noor) melibatkan peserta BAKAT 1 Div (semuanya suri rumah sepenuh masa) dan juga keperluan logistik. Dua minggu sebelum kumpulan kami membuat persiapan dari aspek fizikal dan lojistik bersama Kak Sham, Ju an Amy. Di atas bantuan KS kami dibekalkan dengan baju T Shirt, ubatan, vitamin dari pelbagai sponsor termasuk PERNAMA. Memandangkan perjalanan menggunakan pacuan 4 x 4 Nissan Ju kami perlu membuat uji pandu lagi pun aku tidak pernah memandu kenderaan tersebut. Kami rasa selamat kerana Ju orang Miri dan tahu selok belok dan adapt resam orang Sarawak. Kami diminggu terakhir sebelum bertolak paling sibuk dan acara menyerahkan bendera diatur di MK 1 Div. Seterusnya menghadiri taklimat Kembara di Pejabat Penerangan Sarawak oleh Paulus Palu Gumbang Timb. Pengarah Penerangan Sarawak. Saat mengatur langkah dimulakan dengan pesanan kepada anak-anak agar mendoakan agar perjalanan selamat walaupun merasakan ada sedikit kerisauan/kesedihan di atas sepucuk surat yang diterima. Surat tersebut aku dingin dan sedih sekali setelah membacanya dan aku terus merahsiakan daripada suami.

PUTARAN RODA -PENJELAJAHAN

17 Ogos 2004 saat dinantikan telah tiba. Kami seawal lagi jam 6 pagi telah bertolak ke Pejabat Penerangan bagi persiapan awal dan seterusnya mengikuti perasmian Kembara Merdeka 2004 di Padang Merdeka oleh YB William Mawan dan seterusnya Flag Off jam 0830. Di hari pertama jam 1200 tengahari kami tiba di Dewan Masyarat Bau dan terus bergerak ke Lundu dan Pekan Semantan. Malam itu kami menginap di Kem Pueh Seamantan dan pada malamnya diadakan pelbagai aktiviti jalur gemilang.

18 Ogos. Lundu/Gedong/Sri Aman/Betong. Jam 0830 pagi, konvoi kami bergerak mengikuti program dan sampai di Betong 530 ptg dan menginap di Hotel Regency. Di dalam persinggahan pelbagai acara sperti mengedarkan bendera jalur gemilang dan acara kebudayaan. Malam kedua di Betong agak selesa dan kami dapat rehat seketika kerana acara malam tersebut tidak melibat BAKAT.

19 Ogos. Betong/Spaoh. Acara di Betong dengan ketibaan konvoi di masjid Jamek Betong dan perasmian Pondok harmoni K3P Kpg Melayu Betong. Perjalanan melalui jalan berdebu dan berlopak. Konvoi kembara lewat malam tiba di Spaoh dan menyebabkan banyak acara dibatalkan. Malam itu aku dan Kak Sham mendapat keluarga angkat (Emak Rozy) dan malam itu kami dijamu dengan gulai burung punai, lemang, kelupis dan kueh mueh Sarawak. Di Spaoh ole-ole special ialah ikan kering Buntal.

20 Ogos. Spaoh/Julau/Kanowit/Kapit (laluan sungai). Dari Spaoh kami menggunakan jalan darat sehingga di Kanowit dan seterusnya menaiki bot ekspress ke Kapit. Kenderaan ditinggalkan dan di bawa ke Sibu oleh pemandu yang disediakan manakala tim kembara menaiki bot ekspress jam 230 ptg menuju ke Kapit yang mengambil masa 2 jam perjalanan. Jam 4 ptg kami tiba di Wharf kapi dan mengedarkan jalur gemilang di Town Square dan seterusnya jam 510 ptg menaiki bot ekspress ke Song dan tiba jam 6 ptg. Malam itu kami menginap di Hotel Sukaramai dan terpaksa berpuasa sebab makan malam diatur di restoren cina. Disini aku tak sangka jumpa adik ipar (Ah Chong –Sapawi) kepada Kak Ani (Abang Zaidi) yang turut serta di dalam rombongan tersebut.

21 Ogos. Song/Kapit/Kanowit/Sibu. Seawal 900 pagi kami bergerak balik dan tiba di Wharf Sibu. Malam itu akau menerima telefom dari suami dan menegur aku berdasarkan gmbar kami keluar di Utusan Borneo. Dalam perbualan telefon aku menceritakan dan menangis tentang surat rahsia yang disimpan di dalam almari rumah dan apa yang terbuku dihati. Di atas semangat dan kata-kata semangat serta tindakan akan diambil oleh suami, aku kembali ceria setelah 3 hari melalui perjalanan dengan penuh persoalan dan kerisauan. Surat itu menjadi rahsia yang besar di dalam tugasku sebagai ahli BAKAT dan juga kerjaya suamiku. Aku pasti suamiku amat sedih dan terkilan diatas isi kandungan yang ditulis oleh --nya tanpa melaluinya beliau. Di Sibu kami menginap di Hotel Paramount bersama Juliana.

22 Ogos. Sibu/Balingan/Mukah/Matu. Jam sewal 0630 pagi kami bertolak dari dataran Sibu (singgah di Selangau) dan tiba di Baliangian jam 0900 pagi. Kami menaiki bot ke Kuala Balingan hamper 1 jam setengah dan berjalan kaki ½ jam pula ketempat acara majlis (tepi pantai). Selesai majlis kami bertolak balik ke Baliangan dan seterunya bergerak ke Mukah dan sampai di Mukah jam Waterfront Mukah jam 4 ptg. Jam 6 ptg aku mengambilalih memandu dari Mukah ke Mato dalam suasana malam yang gelap gelita dan jalan yang beralu-alun dan yang suspenya bila membawa kenderaan ke dalam feri ke Rumah panjang Melanau Kpg Sok, Matu. Malam itu kami menginap di rumah panjang Kpg Sok dan sebilik dengan Freda.

23 Ogos. Matu/Tatau/Bintulu. Seminggu perjalanan kami digelar wanita besi sebab paling awal dan tidak pernah lewat di dalam apa jua aktiviti diatur. Walaupun badan dan mula sakit badan serta rindu keluarga kami bergerak ke Tatau jam 0800 pagi dan sampai di Tatau jam 3 petang. Sekali lagi kami (wanita besi) menginap di rumah keluarga angkat iatu Puan Sayang (Kedai Makan Ebs café) dan malamnya makan B.B.Q bersama keluarga angkat dan rakan (Bala, Ismand dan Ah Chong (Kem.Penerangan), Zanawi dan Rano (filem negara).

24 Ogos. Bintulu (Servis Kenderaan/Urusan Pasport ke Brunai). Jam 0900 pagi kami bergerak dari Tatu ke Bintulu dan tiba di Bintulu 10 pagi di Sekolah Kidurong ! Sekolah Angkat Petronas dan malamnya menginap di Hotel Li Hua. Makan malam dianjrkan oleh Petronas di Kidurong Park Club dan juga menyertai acara kemerdekaan.

25 Ogos. Bintulu/Beluru/Miri. Jam 0830 kami bertolak dari Pasar Tamu Bintulu menuju ke Beluru dan tiba jam 1100 pagi di Pekan Baru Beluru bagi kutipan Rayuan hari Pahlawan oleh JHEV ATM Cwgn Sarawak. Acara di Miri amat bermakna kami dapat melawat dan diraikan di Wisma Perwira 20 RAMD. Disini rakan awam kembara pun turut serta. Peristiwa helikopter (ukur sempaadan) jatuh sebelum ini juga dapat menemukan kami dengan anggota yang terselamat. Majlis juga bagi meraikan birthday KS suami Kak Sham. Keesokan gambar kami berempat terpampang di akbar “4 Wanita Besi Kembara Merdeka 2004”

26 Ogos. Miri/Limbang. Ini kali pertama aku memasuki Brunai dan kalau dikira seluruh Borneo kerana aku dah sampai ke Pontianak Indonesia dan juga pernah bersama suami bertugas di Sabah. Jam 0830 kami bergerak ke Kompleks Petronas Carigali Lutong, Miri bagi acara disana dan juga taklimat ke Brunai. Selesai makan tengahari kami bergerak ke Tedungan kompleks Imegrisen dan bergerak ke Limbang melalui Brunai dengan diiringi Polis Brunai. Menginap di Hotel Purnama Limbang dan di Limbang pelbagai acara diikuti oleh rombongan.

27 Ogos. Limbang/Lawas. … BERSAMBUNG

KEMBARA MERDEKA 2004 - PART 1


Monday 23 June 2008

Kegagalan bukan satu noktah, tetapi satu lonjakan kepada kejayaan(samb----)

Disini SMKH (Kheat Hwa) ianya asing dan berapa kerat pelajar melayu dalam kelas aku 4 orang aje(pompuan melayu X), kelas 4A3 ada 4 melayu dan kelas 4A4 hanya 2 melayu. Kami bertemu bila ada kelas agama. Tau aje lah sekolah China kantin memang tak makanle, cuma beli ayaek dan bawa bekal sendiri. Disini ianya asing dan berapa kerat pelajar melayu dalam kelas aku 7 orang aje, kelas 4A3 ada 6 melayu dan kelas 4A4 hanya 2 melayu. Aku masih ingat Cik Gu Add math mak datuk bahasa melayunya conform tak lulus sebab belajaq kat Taiwan dan lajunya semacam, tak de lah nak kita faham kepala ekor. Cik gu Kimia pula pakai skirt pendek jadi ramai lah buat ujikaji ke atas pakaianya. Cik Gu berbangsa melayu hanya 2 tiga orang aje itu pun ajar BM dan Agama. Aku menduduki MCE dengan penuh debaran sebab dah awal tahu subjek killer pasti kantoi dan aku juga x ambil Add Math. Keluar exam aku kecewa sebab BM pula 7. Aku kalau ikut result boleh dapat gred 2 tapi sebab BM 7 dapat SAP aje. Tanpa mengenal kecewa aku ambil sekali lagi sebagai calon persendirian dalam aliran Sastera, dan belajar di Yayasan Anda dekat bulatan Kancut. Dalam duk belajaq aku x sangka ada seorang pelajar nak jalin silaturahim sebagai boyfriend dia dan hantar wakil macam nak merisik khabar (mungkin malu kot). Aku dengan rasa sedikit panik dan menolak atas alas an semua kawan tapi lebih menumpukan pelajaran takut gagal kali kedua dalam peperiksaan. Aku sebenar mana ada kawan pempuan sejak sekolah menengah kerana classmate melayu hanya 2 orang dan yang ramainya amoi. Setelah mendapat keputusan aku memohon masuk MTD sebagai Pegawai Kadet. Aku dulu masa sekolah rendah jalan kaki sebab jaraknya 500 meter dari rumah, sekolah menengah hingga form 3 naik basikal sejauh 5 km dan Form 4 naik bas sekolah jauhnya 15 km.

Kisah kehidupan kampong dari darjah 1 hingga ke Form 5 amat bermakna dimana dari kecil hanya berpelita minyak tanah, lampu ayam, kepada lampu karbait, lampu gasoline, bateri kereta, generator dan mendapat bekalan eletrik pada tahun 1975. Seingat aku paip air bersih juga telah ada sejak aku dilahirkan. Begitu juga dapat merasai perubahan teknologi dan asam garam kehidupan (bersam----g)

STRES DARI PERSPEKTIF ISLAM?

STRES DARI PERSPEKTIF ISLAM?

Stres atau tekanan adalah fitrah dalam hidup. Ia biasa timbul apabila seseorang itu menghadapi ujian, dugaan dan cabaran. Bezanya, hanyalah tahap stres yang dialami sama ada serius atau tidak. Perihal ujian Allah ini telah dijelaskan menerusi al-Quran. Allah berfirman: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai kelaparan) dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang bersabar. (al-Baqarah: 155)

Dalam Islam, semakin besar tekanan yang datang maka semakin besarlah pahala dan ganjaran di sisi Allah. Apa yang penting adalah kesabaran dan keazaman yang tinggi untuk mencari ketenangan dan keredaan Allah. Hayatilah firman Allah: Sesiapa yang beramal soleh dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik...(al-Nahl: 97)

Bagi umat Islam, mereka ada kekuatan akidah keimanan kepada qada dan qadar. Ini akan mendorong seseorang tabah menghadapi segalanya serta tidak berputus asa dalam meneruskan kehidupan di dunia.Penyelesaian stres melalui hiburan duniawi seperti menonton konsert hiburan yang melalaikan sehingga membawa kepada minum minuman keras hanya memberi penyelesaian sementara. Perbuatan ini pula adalah haram di sisi agama.

Apabila seseorang yang mengalami stress mengeluh dengan merasakan ‘nasib’ tidak berlaku adil padanya, maka jiwanya akan semakin tertekan. Orang yang menghadapi tekanan perlu tahu formula pengurusannya agar ia tidak bertambah parah dan kritikal. Dalam Islam, banyak cara boleh dilakukan untuk mengatasi stres. Antaranya, membaca, memahami dan menghayati isi kandungan al-Quran. Membaca al-Quran itu sahaja pun sudah mendatangkan ketenangan apatah lagi apabila cuba memahami, menghayati serta beramal dengan isu kandungannya. Ingatlah firman Allah sebagai mana yang disebut dalam surah al-Ra’d ayat 28 di atas.

Gejala sosial yang melanda masyarakat juga turut menyumbang kepada berlakunya stres terutama di kalangan ibu bapa. Apakah langkah yang perlu diambil dalam menangani masalah ini?

Ibu bapa perlu mainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak. Lebih-lebih lagi, bapa sebagai ketua keluarga.Sebab itu Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud; Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpinnya. (riwayat Muslim). Perisai paling utama mencegah gejala sosial ialah solat.

Allah berfirman: ...sesungguhnya solat itu mencegah daripada melakukan perkara keji dan mungkar... (al-Ankabut: 45)

Dalam keadaan sekarang, tugas ibu bapa semakin mencabar. Mereka perlu mengetahui siapakah kawan anak-anak sebabnya rakan sebaya ini akan menentukan sahsiah anak-anak.Jika mereka bergaul dengan kawan yang baik, maka akan tersuburlah segala kebaikan yang ditanamkan di rumah. Sebaliknya, jika mereka berkawan dengan golongan yang kurang baik dikhuatiri akan terhakislah segala kebaikan yang diajar di rumah.

Sebagai ketua keluarga, bapa perlu menerapkan sungguh-sungguh ibadat solat kepada anak-anak. Kita perlu menerapkan anak-anak dengan sikap mencapai kejayaan di dunia (akademik) dan akhirat (laksana perintah Allah). Sebabnya, hidup kita di akhirat adalah lebih panjang tempohnya berbanding hidup di dunia yang sementara ini. Setiap daripada kita juga perlu kenal diri. Mengapa Allah ciptakan kita di muka bumi dan apakah bakal kesudahan kita di akhirat kelak. Untuk itu, setiap kita perlu ada masa bermuhasabah (menghitung) nikmat Allah sekurang-kurangnya 10 ke 15 minit sebelum tidur. Fikir dan renungkan kebesaran Allah. Apakah yang telah kita lakukan pada siang hari tadi. Adakah perbuatan yang baik atau dosa, jika kita dimatikan adakah kita sudah bersedia?

Petikan Temu bual dengan Pensyarah Bahasa Moden dan Komunikasi (Bahasa Arab) Universiti Putra Malaysia, Mohd. Sukki Othman bagi mengupas persoalan stres dan Islam. Utusan Malaysia 24 Jun 2008. Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZINdan jurufoto ASMARUDDIN JAMALUDDIN

CAHAYA KEHIDUPAN

CORETAN-CAHAYA KEHIDUPAN

SEKAPUR SIREH

Setelah hampir 28 tahun di dalam kerjaya, aku merasakan pengalaman sebagai PM adalah yang paling mencabar dan terpaksa menggunakan seluroh pengetahuan, pengalaman, EI dan EQ. latihan asas di RMC merupakan platform di dalam mengharungi kerjaya tetapi asas utama mendorong kepada tabiat dan kelakuan banyak dipengaruhi latarbelakang kehidupan. Pendidikan jasmani, rohani dan persekitaran sekeliling banyak mempengaruhi setiap keputusan dan pertimbangan di dalam membuat keputusan.

USIA BAYI HINGGA MENENGAH

Di awal 60an, kelahiran di pinggir bandar AS dengan suasana kampong. Kemudian aku dibesarkan di pendalaman Jeni-ng, rumah kecil kerana ayah dan bonda merantau berkerja dan mengusahakan kebun getah. Memandang ayah adalah waris jadi beliau balik menginap di Kpg B5 rumah beratap nipah dan berdinding papan. Datok Ismail boleh dikatakan senang juga kerana mempunyai hampir 50 ekar tanah sawah dan kebun. Tetapi seingat aku ayah telah berkerja di jabatan pertanian sebagai pengawal serangga. Seterusnya ayah berhenti kerja dan mula membuka pernigaan kedai runcit dirumah. Perniagaan berkembang maju dan sedikit demi sedikit membesarkan kedai. Aku terus membesar bersama kakak dan adik. Waktu ini juga adik emak tinggal sementara dirumah kami dan rumah semakin dibesarkan bagi keselesaan kami. Aku bersekolah di SKBL, semasa umur 7 tahun aku mendapat kemalangan dengan tong penjual ikan dan terpaksa menerima 10 jahitan di atas kening mata kanan. Kenakalan aku semasa dibangku sekolah menyebabkan jahitan dikepala akibat jatuh dibawah rumah dan juga jahitan dilutut kiri akibat besi katil.

Rezeki ayahanda dan bonda semakin meningkat dengan menjadi penjual kantin di SKBL, dan menyebabkan kami mendapat pembantu rumah dari saudara terdekat tinggal bersama. Kak Jah, Kak Mah, Kak dari Kelantan dan Kak Ma membantu menyediakan keperluan kami dan juga berniaga di kantin SKBL. Peristiwa Bonda bertindak berani mempertahan maruahnya dengan celupar Cik Gu Aminah (akibat sehelai rambut dalam makanan) dan pelbagai peristiwa semuanya menjadi kenangan. Setelah hampir 3 tahun, ayah dan bonda terus beralih angin berniaga kain baju di pasar sehari. Ayah bertukar dari motosikal kepada kereta Moris minor, Austin sedan, van Volkswagen dan Mazda wagon 808 (ayah dan bonda kemalangan dan menyebabkan pemergian menunaikan haji ditangguhkan) dan akhir sekali van Toyota.

Aku juga berkesempatan mengikuti ayah dan bonda berniaga hingga ke Baling, Kroh, Sik, Jeniang dan SP. Di atas kemampuan dan kesederhanan hidup aku dihantar belajar di SMSE di aliran Inggeris (remove class) hingga form 3, yuran bulanan RM 15.00. Akibat daripada limpahan rezeki berniaga. Perniagaan ini juga membolehkan sebuah rumah ditegakan yang bernilai hampir RM40,000.00 dapat disiapkan. Ayah juga mengusahakan 4 relong tanah sawah seterusnya menyewa 8 relong sawah daripada peninggalan datuk. Keberkatan dan hasil usaha mereka menyebabkan kami adik beradik hidup dengan penuh kesederhanaan. Di atas usaha ayahanda dan bonda rumah dapat disiapkan pada tahun 1978.

Setelah lulus LCE (agregate 19) aku dipilih ke aliran sains dan belajar di SMKH Spg Kuala tahun 1976 hingg 1978. (bersambung…….

SPEAK UP! :: theSun Says

Consult the Opposition on major policies

THERE is no doubt that the government’s decision to allow the hefty increases in the price of petrol and diesel will come under severe criticism in Parliament when it begins its second meeting on Monday. The enlarged opposition is going to question the government at every turn, during question time, during debates on bills and especially during the debate on inflation.

Every reason that the government plans to put forward to explain the June 5 increases – already severely criticised by the public since then – is expected to be hotly controverted by the 82-strong opposition. Considering the political agenda of the combined opposition, collectively calling itself the Pakatan Rakyat or People’s Alliance coalition, the BN government is going to be made to be seen as inconsiderate, uncaring and calloused.It is unfortunate that the ruling party has to take all the blame as the increases would have to be made anyway sometime or other considering the runaway increase of the price of crude worldwide. The increases and how they are to be implemented could have been an all-party decision and not just that of the ruling party alone although in the end it makes the final call. The decision could have been debated in the Dewan Rakyat as well as in its special committees and also other jointly-organised forums. That way the ruling party could have shared the decision with the other political parties and may be even other concerned interests.

For that to happen, of course, the government must be prepared to be completely transparent in all matters relating to our oil production and our import of cheaper crude. And just as important, the ruling party must no longer ignore MPs from the Opposition parties as after all they have been elected by about half of the electorate. As theOpposition now constitutes more than a third of the members of the Dewan Rakyat, it must be accorded some measure of role in the decision-making process or at least to be consulted on major decisions affecting the rakyat’s livelihood.

If democracy is to work – and it can be safely assumed that the voters want it to work considering the verdict they delivered on March 8 – the Opposition now must be given a bigger role to play. The Opposition too must realise that it was given a bigger voice not just to simply oppose all government decisions but to play a responsible role in vetting them, rejecting them and at the same time helping the government make the right decision in the interest of the well-being of the nation and the rakyat.With regard to the increase in the prices of petrol and diesel, the government may have decided but the decision is not written in stone.


Updated: 09:31AM Fri, 20 Jun 2008

Saturday 21 June 2008

PASAR MINGGU PAUH

Boleh dikatakan, setiap pagi minggu aku dan isteri akan ke pasar membeli keperluan dapur di pasar Pauh Perlis. Walaupun hampir 10 Km dari rumah, aku dan isteri lebih suka membeli barang-barang segar seperti ikan dan sayur disini kerana harga agak berpatutan dengan suasana redup dan segar. Kawasan pasar adalah di dalam kebun getah dan hampir keseluruhannya peniaga adalah orang Melayu dan ada juga peniaga Tionghua dan Siam. Jika dibandingkan harga di Changlun ianya berbeza hampir 50 sen ke RM 1.00.00 , jika di tempat lain sekilo daging lembu/kerbau segar RM 18.00 di pauh hanya RM 16.00. Pasar minggu tidak seperti dulu penuh dengan teriakan peniaga menarik perhatian pelanggan tetapi sekarang agak sunyi dan tenang. Pembeli lebih pandai memilih dan merancang apa yang hendak dibeli. Sekali-sekali terdengar penjual ubat dan pelelong barang plastik memanggil pelanggan dengan 'loud speaker' dan juga kelatah peniaga yang menarik perhatian dengan jualan murahnya.

Di sini kami dapat membeli ulam dengan harga 50 sen dan pelbagai sayuran kampung, ikan darat dan buah-buahan tempatan yang dijual sendiri (hasil kampung). Buah mangga Raja sekilo baru RM 4.00, mee rebus sepinggan RM 2.00 manakala udang segar laut bersaiz sederhana baru RM 12.00. Keadaan sejuk di kebun getah dan juga pesekitaran yang luas membolehkan kemudahan memparkir kenderaan lebih mudah. Buah-buahan import dari Thailand juga murah berbanding di tempat lin. Keselamatan juga terjamin kerana kelihatan beberapa anggota polis membuat rondaan di dalam pasar.

Di sebelah jalan pula terdapat beberapa peniaga bundle baju, seluar, kasut dan cadar menggantungkan jualan menarik pelanggan. Baju-baju berjenama 2nd hand begitu laris dijual dan harganya baru RM 5.00 hingga RM 8.00 sehelai.

Walaupun murah tetapi tidak sedar RM 70.00 dibelanjakan tetapi ianya menjimatkan berbanding dibeli dipasar lain mau mencecah Rm 80.00 ke RM 90.00. Sekarang nak belanja kenalah mencari tempat yang menawarkan harga murah dan segar.

Friday 20 June 2008

Haramkan program SMS berbentuk judi

Haramkan program SMS berbentuk judi

Oleh S M MOHAMED IDRIS (Utusan Malaysia 21 Jun 2008)

PADA pertengahan tahun 2004, Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun memutuskan peraduan berbayar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai haram di sisi Islam kerana mempunyai unsur perjudian. Bagaimanapun, peraduan seumpama itu masih terus disiarkan di be- berapa stesen televisyen tempatan. Malah, setakat ini hanya Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Pulau Pinang telah mewartakan fat wa peraduan SMS sebagai haram dan persoalan utama kini, mengapa fatwa berkenaan tidak diwartakan di semua negeri dan hanya diwartakan di dua buah negeri sahaja.

Persoalan juga timbul berhubung status iklan- iklan pertandingan melibatkan penghantaran SMS yang disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan yang mirip dengan pertandingan anjuran Celcom. Jika pertandingan '100 Hari 100 Kereta' haram maka haramkan juga pertandingan-pertandingan yang seumpamanya. Orang ramai terpaksa mengeluarkan wang untuk menyertai sesuatu kuiz melalui penghantaran SMS dengan harapan akan menang sedangkan yang mendapat keuntungan daripada kemenangan adalah sebilangan kecil peserta sahaja.

Kementerian Kewangan telah mentakrifkan penganjuran atau penyertaan dalam acara cabutan bertuah atau permainan yang bergantung kepada nasib adalah termasuk di bawah gaming atau lottery mengikut Seksyen 2 Akta Rumah perjudian Terbuka 1953 dan tidak mengeluarkan permit bagi tujuan penganjurannya. Pelaksanaan akta ini yang melibatkan pertandingan berbayar melalui SMS perlu dianalisis dengan lebih mendalam. Apakah pertandingan berbayar melalui SMS tertakluk di bawah undang-undang ini?Berdasarkan beberapa hujah dan latar belakang peraduan tersebut yang bersifat samar- samar, mengandungi unsur eksploitasi dan penipuan. Ia bergantung kepada nasib dan wang pertaruhan yang tidak menentu serta mengeksploitasi duit orang ramai sedangkan yang mendapat keuntungan adalah pihak tertentu dalam bilangan yang terhad.

Dengan pengguna telefon bimbit yang mencecah berjuta angka ini maka sudah tiba masanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) benar-benar proaktif dalam menangani isu sebegini kerana Jakim perlu mengeluarkan garis panduan yang memperincikan takrifan peraduan yang berlandaskan konsep baru yang selari dengan syariah Islam. Sejajar itu, satu keputusan muktamad harus dicapai oleh pihak yang bertanggungjawab termasuk pihak kerajaan, Jakim dan Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam memastikan para pengguna tidak terus terjerumus dalam kancah eksploitasi pihak yang hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata.

Komen;

Bukan setakat peraduan masalah pembaziran menggunakan SMS juga berterusan seperti AFUNDI AF, SMS berantai dan juga turun nada muzik banyak menyebabkan anak-anak muda terlalu asyik dengan handphone, tanpa handphone mungkin anak-anak jadi gile.

Anak muda sekarang menunggang basikal/basikal pun boleh main SMS, dalam tandas pun boleh selagi ada line clear.

Jangankata anak muda, nenek tua pun dah punya handphone dan pandai pula SMS. Salute pada nenek tua yang dulu buta huruf sekarang ada yang dah pandai membaca bahasa SMS. Semuanya sebab anak, menantu dan cucu cit bagi hadiah dan tolong ajar bahasa mudah. Yang peliknya bila nenek ajar baca Al Quran anak cucu benak nak dapat tapi bila cucu ajar nenek SMS cepat dapat.

Fikirkan lah sendiri! kalau dalam rumah ada 4 telefon berapa banyak belanja untuk bayaran top up (1 x hp bil/top up) mau mencecah 200.00 sebulan, asset telefon (2,000.00) ini yang harag murah. Tetapi yang x Nampak berapa banyak gelombang daripada telefon boleh menggangu otak, telinga dan berapa banyak berita tak elok disebarkan yang boelh menambah dosa kering atau basah (langsung dan x langsung)

Wednesday 18 June 2008

IPTA pupus pelajar lelaki?

IPTA pupus pelajar lelaki?

Oleh AHMAD KAMIL MOHAMED (Utusan Malaysia 19 Jun 2008)

KE MANA perginya pelajar lelaki? Pertanyaan ini memang kerap saya lontarkan dalam semua kelas yang saya masuki pada setiap kali semester baru bermula. Soalan ini tidak dapat saya elak- kan kerana senario beginilah yang menangkap perhatian saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Umumnya, daripada sejumlah 30 pelajar di dalam sesebuah kelas misalnya, yang pasti 70 peratus pelajar perempuan dan selebihnya lelaki, malah ada ketikanya tiada pelajar lelaki langsung?

Dengan nada sinis dan nakal segelintir pelajar perempuan yang mendominasi bilangan pelajar dalam kelas pantas menjawab bahawa lelaki lebih bertumpu di pusat serenti. Namun, adakah itu jawapan sebenarnya. Mungkin ada sedikit kebenarannya justeru lelaki memang majoriti di sana.

Beberapa orang pelajar lelaki yang berat untuk bersetuju dengan pandangan nakal ini melahirkan rasa bosan dan tidak begitu selesa dengan sistem pendidikan negara yang didakwanya tidak praktikal.

Sistem persekolahan bermula dari sekolah rendah yang disogokkan dengan 'belajar setakat hendak lulus periksa" se- lain daripada pembelajaran yang lebih tertumpu kepada membaca dan hafal dilihat tidak relevan dan tidak memenuhi minat mereka.

Kaedah pembelajaran lelaki sebenarnya lebih menjurus kepada hands on dan tidak setakat membaca dan menghafal yang seterusnya dimuntahkan dalam kertas jawapan peperiksaan. Selepas itu, dalam banyak keadaan apa yang dipelajari selama empat tahun di universiti sebenarnya tidak membantu langsung dalam pemilihan dan perkembangan kerjaya mereka.

Justeru itu, kebanyakan penuntut lelaki mencari jalan keluar dengan memilih bidang pekerjaan atau melanjutkan pengajian di institusi lain seperti Institut Kemahiran, Institut Latihan Perindustrian (ILP), politeknik dan sebagainya.

Ini disokong oleh fakta bahawa bilangan pelajar lelaki yang mengikuti pengajian vokasional atau teknikal di Politeknik dan Kolej Komuniti mewakili 60 peratus. Menyedari keadaan ini, Kementerian Pengajian Tinggi sepatutnya membina lebih banyak institusi serupa ini agar dapat memenuhi keperluan pelajar lelaki.

Bagaimanapun, ini tentunya berbeza dengan pelajar perempuan yang kelihatannya lebih berminat serta tekun untuk membaca dan menghafal segala fakta dan teori yang terkandung dalam buku teks. Walaupun dianggap kes terpencil, namun pelajar yang hebat dalam akademik tidak dinafikan banyak yang gagal dalam mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam dunia pekerjaan sebenar. Kaedah pembelajaran "kakaktua" ini bukanlah sesuai lagi dalam keadaan sekarang.

Apabila isu kekurangan penuntut lelaki di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ini ditimbulkan sekali lagi oleh Naib Canselor Universiti Pendidikan Sul tan Idris (UPSI), Prof. Dr. Aminah Ayob jurang perbezaan yang semakin melebar memang sudah dijangka kerana sejak tempoh lima tahun lalu, dominasi penuntut perempuan di IPTA memang sudah ketara.

Cuma apa yang lebih mengejutkan kini ialah trend penguasaan pelajar lelaki da lam bidang teknikal termasuk kejuruteraan di universiti awam kian merosot tetapi didominasi pula oleh pelajar perempuan. FenomenaFakta bahawa bilangan lelaki yang memang lebih sedikit berbanding perempuan di negara ini sekarang walaupun boleh diterima sebagai sebahagian daripada penyumbang kepada fenomena ini, faktor- faktor lain yang berkait rapat sewajarnya dikenal pasti dan seterusnya ditangani.

Meletakkan pelajar lelaki dalam kelompok yang bermasalah sosial tentunya tidak adil justeru bilangan mereka yang terbabit dalam jenayah dan penagihan dadah begitu kecil jika dibandingkan dengan penduduk negara ini yang berjumlah 26 juta orang.

Masalah keluarga yang kurang berkemampuan untuk membiayai pengajian universiti selain daripada tekad pelajar lelaki yang lebih cenderung untuk mencari pekerjaan bagi menanggung adik beradik yang lain juga turut menyumbang kepada keadaan ini.

Pandangan sebahagian besar ibu bapa bahawa anak perempuan wajar mempunyai kerjaya yang boleh memperuntukkan lebih masa dengan keluarga juga turut menyumbang kepada jurang perbezaan ini. Justeru itu anak-anak perempuan digalakkan untuk memilih bidang yang bersifat akademik dan tidak menghairankan jumlah mereka terus meningkat di universiti.

Malah ada pandangan yang menyatakan sistem meritokerasi yang di amalkan sejak beberapa tahun lalu menjadi punca kepada jurang yang semakin melebar ini. Walaupun ada saranan supaya sistem kuota digunapakai bagi membendung fenomena ini, namun ia bukanlah langkah terbaik.

Membenarkan pelajar lelaki masuk ke IPTA atas alasan menyempitkan jurang dengan mengorbankan aspek kualti dan minat hanya akan meruntuhkan imej universiti sebagai penjana graduan cemerlang dan berkualiti.

Kecemerlangan pelajar perempuan seharusnya menyuntik semangat kepada pelajar lelaki untuk bersaing secara sihat, bukan mempertikaikan pemilihan jumlah pelajar perempuan yang ramai di IPTA. Persaingan secara sihat untuk mendapat tempat di mana-mana IPT harus diteruskan kalau kita mahu melahirkan modal insan yang benar-benar cemerlang.

Namun begitu apa yang digusarkan ialah masalah ini jika dibiarkan berlarutan bakal melahirkan masalah ketidakseimbangan dari segi pekerjaan pula. Ramai lelaki mungkin terpaksa menjadi suri rumah pada masa depan jika fenomena pelajar perempuan menguasai IPT terus berlaku.

Suka tidak suka dan mahu tidak mahu satu hari nanti wanita yang berkerjaya tinggi akan berkahwin dengan mana-mana lelaki yang lebih rendah taraf kerjayanya hatta termasuk mereka yang tidak bekerja.

Akhirnya, akan berlaku fenomena lelaki duduk di rumah menjaga anak dan rumah tangga manakala wanita keluar bekerja. Fenomena ini telah pun berlaku sekarang walaupun kelihatannya tidak manis dan menyalahi adat.

Kalau tidak pun bilangan wanita yang berjawatan tinggi akan semakin ramai kekal bujang kerana tidak menemui lelaki yang setaraf dengan mereka dan fenomena ini sedang berlaku dengan pesatnya!

ADAKAH INI AKAN BERLAKU?

BAGAIMANA MENGATASINYA ADAKAH DIBIARKAN SEBAGAI KEADILAN YANG BERUSAHA KUAT BERJAYA DAN YANG LEMAH DIBIARKAN.

ADAKAH KITA INGIN MELIHAT LELAKI MENJADI MR MAMA?

WAJARKAH LELAKI PERLU DIBERI PELUANG DAN RUANG UNTUK BERSAING SECARA SIHAT DIBIDANG YANG DIMONOPOLI LELAKI SEPERTI JURURAWAT dan GURU.

Tuesday 17 June 2008

BAGAIMANA DENGAN KUMPULAN SEDERHANA????

Pastikan manfaat si miskin

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
(WARTAWAN UTUSAN 17 Jun 2008)


SABTU lalu seluruh negara diserikan dengan wajah-wajah ceria orang ramai yang berpusu-pusu mendapatkan rebat tunai daripada penstrukturan semula subsidi petrol.Sama ada RM625 untuk pemilik kereta atau RM125 bagi motosikal, jumlah itu sangat besar nilainya dalam mengurangkan beban orang ramai di sebalik peningkatan kos sara hidup ketika ini.Jika tidak, mana mungkin pejabat pos di seluruh negara diserbu orang ramai seawal pukul tujuh pagi sematamata untuk menuntut rebat tunai berkenaan, walaupun pembayarannya boleh dituntut dalam tempoh yang panjang.

Melihat pemberian rebat tunai itu, jika boleh dibuat kesimpulan, ia sebenarnya hanya memberi kelebihan kepada golongan menengah dan atasan, iaitu rakyat berpendapatan tinggi dan sederhana yang menjalani kehidupan sempurna sehingga mampu memiliki kenderaan.Golongan yang berpendapatan sederhana itu walaupun tidak dinafikan ikut terjejas dengan kenaikan harga minyak, namun sebenarnya mempunyai banyak ruang untuk bertahan dengan berubah gaya hidup. Apa yang menjadi persoalan ketika ini ialah, sejauh mana pemberian rebat tunai itu membantu golongan yang berpendapatan rendah dan penduduk yang tergolong dalam kategori miskin? Demografi penduduk di negara ini ketika ini 30 peratusnya terdiri daripada golongan miskin.

Jumlah itu mewakili keseluruhan penduduk yang agak ramai, malah terdapat di kalangan mereka yang tinggal di bandar-bandar besar termasuk di Kuala Lumpur. Golongan ini tidak mempunyai kenderaan sendiri, dan jika ada pun hanyalah motosikal yang sangat kecil jumlah rebat tunainya untuk dituntut. Malangnya, mereka tidak dikecualikan daripada peningkatan kos sara hidup ekoran kenaikan petrol, bahan makanan dan perkhidmatan lain. Maksudnya, biarpun tidak mendapat rebat tunai atau mendapat dalam jumlah yang kecil, golongan ini tetap perlu membayar harga makanan dan perkhidmatan pada kadar yang sama seperti golongan berpendapatan tinggi dan sederhana yang mendapat rebat tunai yang tinggi.

Justeru bagi golongan miskin, pemberian subsidi petrol itu sebenarnya tidak membawa sebarang makna kepada mereka. Menilai pemberian subsidi itu, pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian berpendapat, bantuan kepada rakyat seharusnya berbentuk kebajikan dengan perancangan jangka panjang dan bukannya bersifat sementara. Dalam situasi ketika ini jelas beliau, subsidi tidak sewajarnya hanya tertumpu untuk mengurangkan beban kenaikan petrol semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira bantuan lain terutamanya yang berkait dengan perbelanjaan harian rakyat.

Golongan miskin yang tidak mempunyai kenderaan misalnya, pastinya mengharapkan satu bentuk subsidi yang boleh dinikmati secara langsung oleh mereka sebagai kumpulan yang selayaknya menerima bantuan, lebih-lebih lagi dalam meredakan keperitan yang mengikat perut mereka. Justeru, dalam memastikan kumpulan sasaran yang wajar diberikan bantuan itu, kerajaan seharusnya mengenalpasti golongan miskin menerusi pengelasan pendapatan seperti di bawah RM1,000 sebulan bagi penduduk luar bandar dan RM2,000 bagi penduduk bandar. Golongan itu perlu dipastikan bebas daripada menanggung perubahan perbelanjaan yang besar ekoran peningkatan harga petrol dan kos sara hidup terutamanya dalam perbelanjaan barangan makanan dan keperluan harian.

Pemberian subsidi itu juga meskipun bukan secara tunai sepenuhnya, boleh diperluaskan kepada bidang-bidang penting lain terutamanya bagi sektor pendidikan dan kesihatan dengan bantuan penuh dan maksimum. ''Malah, pemberian bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada golongan miskin, warga emas, ibu tunggal dan kurang upaya (OKU) perlu dipertimbangkan untuk digandakan kerana jumlah bantuan sedia ada tidak lagi sesuai dengan kos sara hidup ketika ini," jelas beliau.

Turut berpendapat langkah kerajaan memberikan rebat tunai adalah satu langkah mengejut dengan kesan yang terhad, pensyarah Pusat Pengajian Politik dan Strategik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Ruhanas Harun juga menambah, ia hanya menguntungkan golongan berpendapatan sederhana dan tinggi. Sedangkan golongan miskin katanya, tidak mendapat pembelaan sewajarnya kerana mereka dalam serba kedaifan terpaksa berdepan dengan beban kenaikan harga bahan makanan dan perkhidmatan lain seiring dengan kenaikan harga minyak.

Meskipun golongan itu mendapat bantuan daripada pihak-pihak tertentu, namun dengan jumlah yang agak terhad, ia tidak mampu membawa golongan tersebut keluar daripada desakan kos sara hidup yang turut meningkat. Apa yang sewajarnya dilakukan dalam membantu golongan miskin ujar beliau, ialah mengenal pasti keperluan utama golongan ini bagi membolehkan mereka dibebaskan daripada kemelut kehidupan yang menyesakkan.

Mengambil contoh pemberian subsidi pendidikan misalnya, golongan miskin perlu dikecualikan daripada sebarang yuran sekolah selain diberikan bantuan buku, alat tulis, makanan dan sebagainya. Ruhanas juga menarik perhatian bantuan yang diberikan kepada golongan miskin di Eropah yang mana pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara berkenaan menyediakan bas sekolah percuma bagi pelajar-pelajar miskin. ''Bentuk pemberian subsidi seperti ini juga adalah antara bantuan yang boleh diberikan oleh kerajaan, sementelah kebanyakan golongan miskin di negara ini mempunyai anak yang ramai," katanya.

Seperkara yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan dalam memastikan rakyat tidak terus terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi tambah Ruhanas, adalah dengan memastikan harga bahan makanan dan perkhidmatan terkawal dan tidak dinaikkan sewenangwenangnya. Sebaliknya apa yang menghairankan dan sering berlaku di negara ini sejak sekian lama, setiap kali harga minyak atau gaji pekerja meningkat, ia akan disusuli dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Justeru, biar sebanyak mana bantuan dan subsidi yang diberikan kerajaan dalam mengurangkan beban rakyat, ia sebenarnya tidak dapat dimanfaatkan kerana harga barangan dan perkhidmatan turut meningkat.

KOMEN

Tidak dinafi golongan miskin pasti terjejas tetapi yang pastinya kerajaan cepat menanganinya dan mudah diberi bantuan.

Persoalanya, bagaimana golongan sederhana (antara sederhana miskin dengan sederhana kaya)? Inilah kumpulan yang paling lama berkhidmat dan senior dalam perkhidmatan???

Kumpulan yang paling tertekan nak dapat bantuan tidak termasuk dalam golongan sederhana, begitu juga yang sederhana pertengahan. (gaji 3,000.00 hingga 6,000.00).

Bagi sederhana atas hampir kepada kumpulan kaya (RM 6,000 ke atas) pasti tiada masalah dan ianya kumpulan yang paling beruntung sebab semua pasti dapat buat lah kot mana pun pasti mereka dapat laba besar.

Sekarang kumpulan sederhana lagi sengsara bila hanya seorang bekerja, anak ramai dan gaji dah langgar dinding lagi terasa dan mungkin jatuh miskin pula tarafnya dengan orang tergolong miskin. Di tambah kumpulan ini yang berkhidmat hampir 25 tahun ke atas mempunyai ramai anak sedang meningkat dewasa dan akan masuk atau telah memasuki universiti.

Nak berjimat memerlukan pelbagai cara tetapi nak melaksanakan amat sukar, sebut aje, semua perlukan duit dengan minyak naik yang pastinya poket semakin mengecil sebab keperluan harian semakin meningkat. RM 625.00 rebet diguna bayar insuran kereta hanya ngam-ngam melainkan kalau kereta dah habis bayar dan ambil insuran ketiga bolehlah guna untuk subsidi minyak.

Kumpulan ini umur dah mencecah 45 tahun ke atas, Nak kerja part time x boleh (Kump A) nak kerja part time (buruh) x ada tenaga dan penyakit. Simpanan pun makin kurang, yang menanti belanja masuk U, menunaikan haji, kahwinkan anak, beli ubat kuat (kesihatan) dan masalah ibubapa dan tanggungan juga menjadi genting dan tidak tentu masa. Waktu ini juga cukai pendapatan masih tinggi dan kena potongan wajib. Nak naik pangkat mungkin tipis sebab ‘pyramid system’ yang semakin mengecil dan menanti nak naik pangkat ramai pulak, yang anak ramai mana ada masa nak bodek bos sebab gaji hanya cukup untuk makan kelurga.

Nak please BOSS memang susah berbanding kumpulan sama, isteri bekerja, anak tunggal dan anak asal orang kaya. Ini dikatakan rezeki anak-anak kalau dapat naik gaji atau naik pangkat.

Kumpulan ini kalau mendapat bonus di akhir tahun adalah sebagai rahmat dan penyelamat, kalau kerajaan bagi bonus mampu menyelesaikan masalah persekolahan anak-anak dan menabung.

Di sektor awam dapat bonus 2 ke 6 bulan sudah cukup sebagai mengisi tabungan dan juga mengunakan wang sebagai pengurusan runcit setahun.

Alahai kalau kerajaan bagi 2 bulan bonus dengan *1 bulan bonus sebagai simpanan untuk ditunai selepas pencen mungkin memberi kelebihan dan senyuman kepada golongan sederhana.

* perkhidmatan melebihi 25 tahun diberi bonus tambahan 1 bulan gaji dan disimpan sehingga tamat perkhidmatan (satu cadangan)

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive