Friday 26 June 2015

PEMERIKSAAN ULANGAN ACL 7 FISIO

Setelah hampir 6 minggu, tongkat lengan tidak diperlukan lagi, sekarang diberikan knee gd OPPO dengan sudut 110 darjah, Allahamdulilah boleh berjalan walau agak sedikit tempang. selepas fiso pada 25 Jun iaitu kali 3 kurang rasa ngilu dan sakit kecuali jika dilipat hampir 145 darjah. Knee gd baru yang ada bonjolan sudut menyebabkan aku tidak dapat menyarung seluar kerja dan terpaksa memakai seluar sukan.Aku masih lagi bersolat di atas kerusi sehingga aku dapat membuat lipat kaki kaki seperti dahulu. Muscle dan ligament masih belum cukup kuat menampong berat badan, dan dibulan puasa ini aku dapat mengurangkan berat tanpa mengambil nasi sejak mula berpuasa. InsyaAllah, aku akan dapat menurunkan berat badan kepada 75 kilo sehingga akhir puasa dan akan dikekalkan. ACL ini juga memberi ruang untuk muhasabah diri dan melipatk gandakan amalan dibulan Ramadhan walaupun pergerakan agak terhad.

Tuesday 2 June 2015

PEMERIKSAAN ULANGAN 2 JUN 15 DI REHAB & ORTHOPEDIK

Semalam adik dari Tan dan keluarga datang hantar anak ke UiTM Puncahak Alam, seawal 0730 pagi telah bertolak ke PA. Aku juga bergegas ke hosp bagi temujanji. Jam 0750 telah daftar masuk ke pusat rehab sementara isteri ke kaunter untuk booking no giliran jumpa Dr otho jam 0900. Sementara menunggu ramai kenalan dan skot bertemu BG Kmrl, Bobrace, Zawawi PLKN, datin Yati (BG Azmi). Tepat jam 0815nama aku dipanggil bagi sesi mengenalpasti serta regangan. Lutut bengkak dan panas. pelatih fisio drp univ swasta ramai sambil dipantau oleh setaf bertugas. Nicolas membuat pemeriksaan ke atas lutut hingga kekaki. Hasilnya setelah diukur, disentap, dibelek dan membuat keputusan ringkas. Tindakan iaitu perlu disejukkan bahagian lutut bagi mengurangkan bengkak dan juga di dapati kaki kanan terdapat ruang dibawah lutu 1.5 cm. Ini disebabkan tegangan urat saraf paha dan di bahagian lutut. Air ais di masukan ke dalam bekaskhas seperti knee guard selama 20 minit dan diulang 2 kali. Disyaki MCL atau ACL dan tisu/mocus koyak. Senaman renggang juga perlu dibuat dirumah agar mengurangkan bengkak dan menstabilkan kaki seperti sediakala. Lima jenis renggang ditunjukajar iaitu wall push with right leg behind, Feet stretch as many as I like it and make sure the foot raise up higher than knee ,towel push at the right leg, 6 inches foot lift and lastly tight and knee stretch flat. Semasa mengenakan ais LK Sat datang ziarah. Selepas satu jam aku lapor ke bahagian ENT bagi pemeriksaan yang sepatutnya pada 10 Jun 15. Selepas pemeriksaan aku bergegas ke Orto dan Alhamdullillah tanpa menunggu lama aku di panggil (4026). LK Dr Zahri dan Mej Dr  ... membuat pemeriksaan dan akhirnya oleh K Dr Amir membuat pengesahan iaitu ACL (ligamen putus) dan mucus membrane koyak. Dr memberi masa 3 bulan untuk pemeriksaan lanjut dan jika perlu untuk dibuat pembedahan jika memudaratkan. kali in diberi cuti rehat Attend C sehingga 6 Jun dan Attend B sehingga 1 Sep 15 (3 bulan). Aku juga bibekalkan 2 x knee guard (muller) dan elbow crutches/digantikan dengan under arm crutches disebabkan ketiadaan stok. Sebelum balik berjumpa BG Lettee dan K Shamsir. Makan tengahari pekena Ayam Penyet Nusantara SW/Mara RM 49.00. Aku perlu kembali untuk rehab pada 15 Jun iaitu bersamaan tarikh ambil darah untuk FULLHEIM yang dirancang pada 26 Jun 15.

Monday 1 June 2015

14 HARI ALLAH BERI MUSIBAH LUTUT TERKEHEL

Hari ini udah masuk hari keempat belas akibat kecederaan semasa perlawanan bolasepak KPSM 44/2015. Sejak hari pertama lagi kaki mula membengkak di bahagian lutut dan sukar untuk berjalan. Sebelah malam selepas jumpa doktor masih boleh berjalan terhinjut-hinjut tanpa tongkat, Hari kedua pergerakan menggunakan tongkat masih ok dan selepas jumpa doktor pakar, malam itu mula membengkak bahagian betis dan pergerakan semakin sakit dan semuanya terpaksa menggunakan tongkat. Di bilik air posisi mengcangkung walaupun duduk di atas tandas duduk agak bersusah payah. Hari ketiga hingga munggu pertama kaki kanan dari bahagian atas lutut kanan hingga ke kaki semakin membengkak. Ais dan serbuk kayu manis dan ubat sapuan gamat memberi sedikit kelegaan tetapi diwaktu malam ianya mula berdenyut dan mengeras di pangkal bawah betis dan lutut. Tidur terpaksa melentang dan di alas bantal lembut. Disiang hari mengantuk dan bayak tidur akibat tiada apa yang hendakl dilakukan. Masuk minggu kedua kesakitan semakin ketara pada hari ke 9 hingga ke semalam, x boleh tidur kerana kaki sakit (mlm Nisfu syaaban dapat juga aku qiamulllail dan baca 3 kali yassin), Aku memaksa tidur mengiring dan pelabagai posisi tidak juga baik reda dan hampir setiap jam. jam 1, 2 3 dan 4 pagi asyik berulang ke bilik air. Hikmat musibah ini aku dengan penuh reda dan sedar Allah memberi ruang untuk bermusahabah mengenai nikmat sendi yang Allah pinjam. Programd TV 9 dan Al hijrah dapat ditonton terutamanya Solat Sunat Dhuha dll yang sepastinya aku banyak tertinggal jika bertugas, masa 14 belas hari walaupun solat di atas kerusi aku lebih banyak mengerjakan solat sunnat, walaupun kadang kala sewaktu solat terlelap dan was-was hingga terpaksa diulang-ulang. Inilah nikmat Allah yang ditarik seketika supaya aku perlu mendekatiNya, menghadap, berbicara dan memohon keampunan di atas apa jua kekurangan yang telah aku lalui sepanjang 54 tahun 5 bulan 9 hari. Alhamdulllillah sepanjang kesakitan, aku mampu bersolat bila masuk waktu, solat sunat sebelum dan selepas dan qiamullail setiap malam. Aku mohon agar Allah jua menerima ibadahku dan aku tidak beregois dan harus beristiqamah melaksanakan setiap perubahan ini. Inshaa Allah. Di masa seminggu aku sakit ibu berada bersama dan anak-anak membantu dan mendoakan agar aku cepat sembuh. Isteri tercinta sentiasa memberi bantuan walaupun tanggungjawabnya ditambah lagi semasa aku mengharungi sedikit kesakitan ini. Semua yang perlukan disedia, dibantu dan aku memohon agar ianya berterusan dan apa kekurangan semuanya adalah aku juga yang bersalah. Pelbagai perasaan, laluan dan dugaan akan diharungi dan perlu aku hayati dan hargai. Wassaalam. 

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive