Saturday 20 October 2007

GOLF

GOLF telah mula menjadi hobi nombor 1 sejak 1 Feb 2007. Dulu masa kerja kat Kuching, Golf setakat kutip bola OB di belakang rumah, hampir 74 biji bola golf terkumpul sejak menduduki CQ 10 pada bulan Sep 2003. Ramai kawan-kawan teruja sejak bila dah tukar hobi, kalau dulu kurang minat tapi sekarang dah mula main pulak? Hasrat nak main bukanlah baru, tapi keadaan dan masa tak mengizinkan, tetapi bila dah cuti belajar kat UUM selepas 2 semester masa dan keadaan membolehkan aku terus bermain golf. Kali pertama bermain kat Kajang sempena persaraan Pengarah di Kajang Hill Golf resort, masa tu baru main tak sampai sebulan. Lepas tu mulai masuk pertandingan Kelab Golf UUM dan terakhir sekali main kat Nilai Golf Spring sempena Jubli Emas KPD. Setakat ini baru main golf 2 kali kat Bukit Kayu Hitam Golf Club dan sekali kat Damai Golf Club Santubong Kuching, Sarawak.
Golf mempunyai keunikan kerana setiap hari pasti ada yang menghiburkan dan menyakitkan. kadangkala menjadi tapi kerapkali tak menjadi, ini membuatkan semangat untuk terus bermain sentiasa ada, walaupun panas atau hujan, jika ada ruang akan bergegas ke padang Golf. Permainan golf boleh dikatakan agak mahal, jadi masa kat UUM ni kena banyak buat latihan dan memahirkan diri, bila habis cuti belajar memang susah dan sukar nak main sebab masa diatur bagi keperluan kerja dan keluarga. Set pertama second hand dan perbelanjaan sehingga kini (Okt) dah hampir RM 1,500.00. Hadiah baru dapat 2 itupun saguhati dan bayaran penyertaan dengan goodies baju dan beg. Sasaran sebelum Jul 2008, nak kutip sekurang-kurang tempat ketiga dan bila balik bekerja nanti dah boleh main dengan orang lama dalam Golf. Sukan ini akan menjadi hobi dan mengeratkan kenalan bagi keperluan sosial dan riadah.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive