Tuesday 15 July 2008

JUBLI EMAS PEMERINTAHAN SULTAN KEDAH

Sewal 0715 Jul 2008, aku dan dua anak (Hassriee n Emee) bertolak ke Alor Star lebih kurang 50 Km bagi meraikan pemerintahan ke 50 tahun Sultan Kedah. Kami memasuki Tol Astar Utara menghala ke Pusat bandar melalui Kolej Sultan Abd Hamid dan memparkir kenderaan di belakang bangunan UMNO. Setibanya di Alor Star sudah ramai rakyat Kedah dan tetamu negeri berduyun-duyun ke bangunan Hadapan Masjid Zahir. Memandang aku anak watan, jalan pintas ke Balai Besar memudahkan kami tanpa melalui orang ramai yang sudah awal berbaris dikiri kanan jalan. Teringat semasa kecil arwah membawa kami ke kawasan Balai Besar dan balai Nobat melihat cahaya lampu. Kami mulanya berdiri dijalan masuk Wisma Negeri (lama, sekarang jadi pejabat tanah dan galian) berhampiran Balai Nobat, tetapi akibat terlalu ramai dan berlapis kedudukan, aku membawa anak-anak ke Pagar Balai Besar (disini juga Sultan akan menghadiri acara merafat sembah oleh Menteri Besar Ustaz Azizan). Dari pagar ini kami dapat memerhati kedudukan perbarisan dari semua sudut kerana anak-anak dapat berdiri dipalang pagar. Di samping itu, kami juga dapat melihat stesen NTV 7 membuat lintasan langsung, kawalan kehormatan dan juga nampak perbarisan dari jauh serta melalui TV yang disiarkan di hadapan khemah VVIP. Yang pastinya anak-anak pasti dapat melihat Sultan Kedah dan permaisuri serta VVIP apabila memasuki Balai Besar.

Sejak jam 0830 pagi kami menunggu dengan penuh sabar kerana ianya pasti tidak berulang lagi. Yang menariknya aku dapat juga berjumpa dengan Pengerusi dan Pengarah di belakang khemah VVIP. Jam 0930 pagi, kelibat 3 ekor gajah, 9 ekor kuda dan bahtera lapis perak suasa (terpanjang didunia) yang bersemayamnya Sultan Kedah sampai dihadapan Balai Besar dan seterusnya mengambil tabik hormat. Kemuncak yang menarik ramai anak-anak kecil bersama keluarga adalah untuk melihat Sultan dan juga gajah. Selepas tabik hormat tembakan 50 das dilepaskan secara berkala semasa pemeriksaan kawalan kehormatan. Lagu Allah selamatkan Sultan (lagu negeri kedah) dan tamatnya pemeriksaan kehormatan, Sultan dan Sultanah berangkat ke Balai Besar bagi istiadat perasmian pelancaran Jubli Emas.

Sebagai anak kelahiran Kedah aku berbangga dapat menceritakan kedudukan, bangunan serta sejarah pemerintahan Sultan Kedah kepada anak-anak yang pada satu hari akan berbangga kerana pernah hadir diupacara yang sukar dijumpai dimasa hadapan. Kami beredar meninggalkan majlis melalui jalan tepi sungai dan bercadang mengziarahi bonda dan juga melihat rumah lama di KSS. Masa yang singkat ini aku dapat melayan anak-anak dan menepati janji untuk membawa mereka hadir kemajlis tersebut. Wassalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive