Saturday 4 October 2008

HARI KEMENANGAN

1 Syawal bersamaan 1 Okt 2008. Sebulan berpuasa dan di pagi 1 Syawal semua umat islam meraikan kemenangan. Pada hari terakhir kami pulang beraya di rumah ibu. Petang itu kali ketiga berbuka bersama ibu dan semua anak-anak. Kami malam itu mengemas rumah ibu yang lama tak dikemaskan almaklumlah duduk seorang dah tu tempat tinggi mana nak capai. Mak datuk, sawang dan habuk kipas menyebabkan bersin bersilihganti dan kadangkala dikejutkan dengan bunyi dentuman bunga api. Anak-anak tak minta belikan bunga api kerana mereka tahu ianya meyalahi undang-undang dan membazir. Jam 2 pagi aku terbangun mendengar deruman motor mat rempit (sekurang-kurang 10 ke 20 permpit), walaupun jarak rumah ibu hampir 1 kilometer dari jalan besar. beristifar menyesali kerana yang berlumba adalah anak muda yang menggangu ketenteraman penduduk dan menghabiskan waktu tanpa faedah, buang minyak, buang nyawa dan menyusahkan semua orang. Yang merempit tu tak dapat dibayangkan anak siapa, umur berapa, siapa mak bapanya, apa matlamatnya dan hampir 1 jam baru suasana kembali sepi dan dikejutkan dengan bunyi mercun sekali sekala.
Di pagi raya kami bergegas ke masjid dan selapas solat mengziarahi kubur arwah bapa dan nenek. Sedekah alFatihah dan membersihkan batu nisan, sekurang-kurang secara zahirnya berada dipusara dan yang lebih baiknya tidak kira dimana sedekah alfFatihah adalah paling baik. Seperti biasa dipagi raya kami mengziarahi rumah sanak saudara sambil memberi salam dan bermaaf-maafan. Anak sekarang tak perlu berjalan kerumah-rumah jiran atau beraya sepanjang hari mengutip duit raya, kerana beraya sesama sanak saudara boleh mencecah RM 50 ke RM80. Zaman berubah mengambarkan kesyukuran rezeki dan taraf hidup juga bertambah. Kalau kita banyak memberi InsyAllah Allah membalasnya dengan memberi rezeki kepada anak-anak pulak. Sebanyak mana dikeluar tidak diharap balasan tetapi jika diperhalusi Allah memulangkan rezeki dalam pelbagai bentuk dan yang paling jelas anak-anak mendapat wang raya melebihi daripada yang dikeluarkan. Itulah salah satu daripada kemenangan, pertamanya menamatkan puasa dan merehatkan tubuh badan dan rohani diberi makan dengan keimanan. Keduanya anak-anak bergembira dengan baju serba baru dan mendapat duit raya, ketiga bermaaf-maafan dan meziarahi sanak saudara dan bertemu rakan taulan di mesjid yang hampir bertahun-tahun tidak sempat berjumpa. Semoga tahun hadapan sempat menyambut Ramadhan dan hari lembaran dengan lebih baik daripada Ramadhan yang berlalu. Wasaalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive