Thursday 15 January 2009

RAMA-RAMA PELIHARAAN

Tahun Baru 1 Jan 09, eksperimen adik Has dan Emee berjaya, apabila seekor ulat dari pokok limau purut berjaya menetas dan menjadi rama-rama yang indah. Dari ulat yang diambil bersama daun dimasukan ke dalam bekas plastik dan diberi makanan pucuk daun limau membesar dan bertukar warna dari hijau kepada coklat dan terus menjadi kepompong. Hampir sebulan ianya menjadi rama-rama. Kalau waktu kakak dan abangnya kami masukan ke dalam botol dan setiap masa memerhati perubahan. Tetapi rama-rama dalam botol sukar dikeluarkan kerana mucung botol sempit jadi terpaksalah dipecahkan. Ini diikuti dengan lagu kakak dan abangnya masa tadika Dari ulat jadi kepompong, apabila besar kepompong pun pecah -pom- jadilah rama-rama yang indah

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive