Monday 23 February 2009

Semalam Mak Teh tel baru balik dari Sibu Sarawak menghadiri majlis kahwin anak bekas orang gaji (Kak Mah). Seingat aku panggilan adik Pah ini pada tahun 1978 sewaktu arwah YB Pak Teh, jadi Mak Teh minta datang ke SRI Adls kerana nak balik ke Kedah malam nanti. Setelah berjumpa rupanya anak sulong baru bekerja di HAR dan yang kahwin anak kedua dengan orang Swk. Seingat aku dah hampir 32 tahun tak jumpa dan kisahnya Pah kahwin dengan anak arwah Pak Lah jual roti dan dah 4 anak. Begitulah kadang-kadang kisah lama dan persaudaraan kembali. Jangan ingat 20 tahun dulu tidak berjumpa. Iktibarnya tali silaturahim akan kekal berpanjangan jika kita berlaku baik dan akan diingat sampai mati. Wassalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive