Thursday 4 June 2009

TAWAU/SEMPORNA

Setelah hampir 6 tahun aku kembali ke Semporna, Sabah atas urusan kerja. Penerbangan terus Air Asia ke Tawau mengambil masa 2 jam 45 minit pasti membosankan tetapi aku dapat meluangkan masa membaca buku sepanjang perjalanan bagi mengisi ruang dan risiko penerbangan. Buku The World is Flat karya Thomas L. Friedman banyak memberi ruang baru mengisi minda, terutamanya umum semua tahu Dunia ini bulat. Setibanya di Tawau aku ditemani M.SZ dan En Rahim singgah di Kedai Sup Banjar (4 km dari airport) pekena sup soto sebelum ke Promanade Hotel (4 bulan baru di buka) . Malamnya diraikan di Restoren Seafood Tawau oleh Pang5ATB. Selama 2 hari tim penilaian melawat pulau-pulau (Pulau Manampilik, Sipadan, Kapalai, Bohayen dan Pulau Sibuan) bagi melengkapi tugas. Siput laut (isi ditarik dengan garpu kecil dan memerlukan teknik yang betul) adalah pengalaman baru di Tawau

Tahun 2003 adalah kali pertama dan dapat juga bermalam di Sipadan (Chalet) dan snorkelling tapi lawatan kali ini agak padat dan P.Sipadan tidak lagi dibenarkan bermalam kecuali petugas. Keindahan dan kecantikan masih lagi kekal seperti dulu dan usaha menjaga khazanah alam ini wajar diteruskan. Lawatan ini lebih menjadi ingatan kerana dapat juga melawat cucu angkat Irfan (ibunya kawan sebilik anak satu kolej (UUM-2005/2007)). Terima kasih daripada auntie dan anak-anak kepada Nor dan Lizi serta Anang di atas hadiah kenangan. Wassalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive