Monday 14 December 2009

SAKIT MATA vs SAKIT PUNGKOR

Masa kecik-kecik dulu dan di kampong KSS biasanya kalau kena sakit mata jangan sebut sakit mata tapi kena sebut sakit pungkur bagi elak terkena sama sakit mata. Kalau dulu sakit satu kampung turut sakit. Sekarang sakit mata terpilih-pilih mungkin pergaulan terhad. Di Kpg kalau ada majlis ramai sanak saudara datang kenduri pasti bawa balik penyakit ke kpg berhampiran. Mitos lama tentang sakit mata sampai sanggup titis air kencing setitik dua dalam mata untuk cepat sembuh, begitu juga air dalam pucuk bemban turut dijadikan air titis ubat mata. Ada yang baik ada yang makin parah sebab semut ketit, najis burung, habuk, kuman dan lain-lain. Kalau pokok bemban dulu dijadikan tali bagi mengikat atap daun nipah. Batang bemban disiat kulit dan dijadikan tali. Sebelum digunakan tali bemban ini direndam dalam air parit atau bekas bagi kuat atau tak mudah putus. Berbalik sakit mata, aku dah 3 kali kena dalam masa sebulan. Jumpa Dr 3 kali dan yang peliknya kali pertama kena pertengahan Nov 2 mata, pada 25 Nov mata kanan sahaja, 3 Dis mata kiri dan semalam 13 Dis mata kanan pulak. Bagi mengelak rakan lain dapat sakit MC dikeluarkan Dr.
Kalau jumpa rakan, katanya mesti tengok benda tak sepatutnya tengok, mengendap orang berak? dan macam macam tanggapan karut. Kalau begitu yang sakit mata semua skondeng? kaki tengok benda tak sepatutnya? Jadi semuanya karut tapi yang sebenarnya kita kena bersyukur kerana penyakit daripada Allah banyak hikmahnya, terutamanya kepada yang kena, Dr pulak dapat pengalaman dan duit, ubatan di farmasi dan pengeluar laku dll lagi beb. Ini lah dikatakan rahmat dari penyakit. Bagi yang kena, ingat Allah boleh bagi penyakit sekelip mata dan kenalah beringat dan bersyukur Allah masih sayangkan umatnya. Kalau dibutakan terus apa macam? Yang sakit kena terus berubat, taruh ubat dan jangan guna ubat yang tak iktiraf seperti air kencing atau air bemban. Uabat disyorkan Chloramphenicol 5g eye ointment sapu malam sebelum kun (tiduk,tidur, sleep), nicol eye drop 2 kali sehari dan T.Cholorophemiramine maleate 4 mg (1 biji 3 kali sehari) jika mata gatai-gatai.
Petua kalau nak elak setahun tak kena sakit mata makanlah buah delima merah sekali dalam setahun. Sekarang dah mudah air delima merah dah dibotolkan, minumlah jika perlu kepada yang belum sakit mata. Begitu juga makanlah lobak merah mentah sebatang sehari atau sebatang lobak merah, sebiji timun dan 2 btg lek dijadikan jus diminum selama 3 hari berturut-turut. Wassalam.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive