Saturday 4 September 2010

MAJLIS IFTAR DAN SUMBANGAN /SAGUHATI

SURAU AL-HAQQ -26 RAMADHAN 1431H
Majlis Iftar dan penyampaian saguhati kepada ahli khariah Surau AlHaqq telah berjaya dilaksanakan pada 4 Sep 2010 bersamaan 26 Ramadhan 1431H. Majlis dimulai dengan bacaan Yassin dan Tahlil mulai jam 645 petang, berbuka puasa, solat Magrib dan majlis penyampaian sumbangan kepada imam, bilal, siak, anak yatim, OKU, pendapatn rendah dan ibu tunggal. Sumbangan kewangan dan bahan makanan yang telah diterima daripada ahli khariah, JAIS, individu luar/persatuan dan ADUN. Kutipan derma ikhlas bagi Majlis Arwah dan Tahlil juga mencapai RM 1,500 diterima dari Jemaah dan ianya diadakan selepas solat Isyak sebelum solat sunat Tarawih.

Menu masakan Nasi Ayam oleh muslimat secara gotong royong dan sedekah juadah daripada ahli surau. Pihak surau hanya menyediakan minuman berbuka. Majlis penyampaian berjalan seperti dirancang walaupun ada penerima tidak dapat hadir disebabkan tugasan luar. Seramai 12 ibu tunggal, 8 anak yatim, 2 keluarga pendapatan rendah, imam jemputan. Surau juga memberi sumabangan kain pelikat dan wang sagu hati kepada Imam (3), kumpulan Tadarus AlQuran, bilal (4),









Siak dan Pembantu Siak. Ustaz jemputan terdiri daripada Ustaz Irwan Syah Hassan Basri dan Ustaz Basha yan sentiasa memberi khidmat sebagai imam solat dan seterusnya tazkirah ringkas selepas solat sunat terawih pada setiap hujung minggu.




Walaupun majlis berjalan lancar terdapat ruang bagi penambahbaik. Cadangan tahun akan datang diadakan majlis Iftar setiap hujung minggu bagi berbuka dan juadah dibawa sendiri dan makan bersama, majlis Tadarus bagi muslimin dan muslimat, kuliah subuh dan solat sunat Dhuha, Qiamulail 10 terakhir Ramadhan dan baca an Yasin dan Tahlil r umah ke rumah. Sebelum Ramadhan lagi AJK Surau dan ahli khariah telah mengadakan gotong royong dan memohon sumbangan kewangan dan bahan mentah bagi memeriahkan lagi IHYA Ramdahan kali ini. Wassalam.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive