Friday 14 October 2011

SOLAT SUBUH DAN KULIAH SUBUH 141011

Pagi jumaat kali pertam solat subuh dan sejadah berkumpulan melibatkan RKAT, WP,WB kawasan SA/KTRazak. Pertama kali semua saf penuh dan sujud sajadah dan dikuti kuliah 30 min. Ini disebabkan keperluan jam 830pagi bagi bacaan teks P5ATM bagi Perbarisan Hari ATM. Disamping itu jam 930 pagi lawatan India HMC ke F Helang. Perkara yang menarik disampaikan semasa kuliah adalah Allah tahu apa yang mahluknya tidak tahu. Tafsir ayat tersebut mengenai penciptaan Nabi  Adam yang diragui oleh Malaikat kerana manusia yang dijadikan ini adalah bersifat suka pertumpahan darah dan perosak/nafsu. Huraian mengenai rezeki (kita tidak tahu) mengisahkan pinjaman cerita tempe dari siri motivasi,  seorang penjual tempe yang susah hanya bergantung kepada jualan tempe bagi menyara hidup harian jika laku tempenya maka dapatlah makanan tengahari untuk keluarganya. Penjual tempe seoarang yang sentiasa berdoa dan memohon rezekinya setiap kali solat dan semasa berjualan. Paada satu hari tempe yang hendak dijual belum masa masih mentah, ianya perlu berjualan dan diawal pagi setelah selesai solat subuh dan memohon rezekinya, beliau kepasar untuk menjual tempenya tetapi tempenya masih mentah. Apabila ditanya pembeli tempenya beliau menjawab belum masak dan menyebabkan pembeli ke penjual tempe lainya. Sekitar sebelum tengahari rakan sebelaha yang menjual tempe semuanya kehabisan dan bergegas pulang. Beliau mula curiga  kenapa Allah tidak memberinya rezeki kerana jualannya belum terusik, adakah? Allah tidak terima doanya? ditakdikan Allah datang seorang hamba Allah bertanyakan tempenya, seperti biasa beliau amanah dan mengatakan tempenya belum masak. Alhamdullillah pembeli menyatakan hasrat membeli tempe yang belum masak untuk dihantar kepada anaknya di Kaherah Mesir, jadi tempe yang belum masak diperlukan kerana perjalanan melalui udara sekurang-kurangnya 2 hari. Pembeli membeli kesemuanya tempe dengan harga yang lebih tinggi. Inilah dikatakan rezeki dan Allah tahu dari apa yang kita tidak tahu. begitu juga ragam manusia suka membebel tentang kejadian alam. kenapa Allah jadikan benda pelik pokok labu menjalar dengan batang kecil dan lembik tetapi buahnya besar sedangkan buah berangan pokoknya besar sedangkan buahnya kecil. Semasa melalui pokok berangan sebiji buah berangan gugr ke atas kepala pembebel dan ianya sedar kalau buah berangan sebesar buah labu pastinya kepalanya pecah.. Ini juga sebagai renungan kerana  apa jua yang Allah jadikan aada hikmah dan sebabnya. Sebelum membebel semak dan cari jawapannya kerana banyak jawapan nya di dalam Al Quran dan hadis dan ada dihuraikan oleh manusia berdasarkan ilmu.
     Perutusan P5ATM yang disampaikan tidak banyak bezanya dengan terdahulu banyak berkisar kepada displin, kejayaan, usaha dilaksanakan ATM, amanah, integriti. Tetapi dalam masa terdekat, anggota juga ingin mendengar insentif baru dari aspek kenaikan gaji, peruntukan yang ideal bagi meningkatkan kembali kecemerlangan ATM.
Lawatan India Higher Mgt Course juga membawa kenangan kerana kesemua penuntut adalah daripada asia selatan. Ada yang keturunan india, nepal, bangla yang mempunyai tradisi ketenteraan British. Ramai daripada pegawai kanan India adalah vegetarian dan berbahasa penjajah dengan baik. Hari jumaat ditamatkan dengan mesyuarat AKC. Wassalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive