Friday 7 September 2012

RUMAH TERBUKA HARI RAYA

        Budaya rumah terbuka mula menjadi trend masyarakat melayu masa kini. Jika ikut cara sunnah hanya 1 syawal diraikan bagi hari kemenangan. ianya diraikan dengan pakaian terbaru jika tiada boleh diraikan dengan pakaian yang terbaik dimiliki. Tetapi budaya rumah terbuka sudah berubah bersama dengan jumlah wang dipoket masing-masing. Seingat aku semasa tahun 60an ke 90an budaya ini tiada dalam album orang melayu. Siapa saja boleh datang kerana semua rumah sentiasa terbuka dan pastinya setiap hari ada menu disediakan, tak perlu ada jemputan boleh datang sebilang masa. Dulu kebanyakan adalah sedara mara sebab sekeliling rumah adalah sedaar sepupu sepapat. Bila keluarga berkembang seiring dengan rangkaian jalanraya, teknologi pengangkutan dan telefon ianya juga turut menukar budaya dan cara hidup. Sekarang nak dikatakan rumah terbuka tidak sesuai kerana ada sambutan hariraya dibuat di rumah, kedai, dewan, balairaya, bawah rumah bertingkat/flat/kondominium dan hanya jemputan dipanggil kadangkala jiran sebelah pun tak dijemput mungkin bukan keluarga terdekat, bukan sebangsa seagama ataupun sebab musuh atau ada kes sebelumnya. Orang sekarang pun sudah faham kalau tidak jemput tak payah kecik hati sebab makanan hariraya dah bersepah kalau teringin teramat (bau sedap) boleh cari jalan-jalan cari makan, google aje atau order online.
        Dikampong budaya rumah terbuka juga berlaku dengan pelbagai cara ada jemputan adik beradik sebab dikampong sudah bercampur kerana tanah pusaka telah dijual kepada orang luar yang mampu menawarkan harga lumayan ataupun marah dek tak adil pembahagian atau dah menetap diluar. Hari rumah terbuka juga dikhususkan kepada jemputan kepada rakan-rakan anak sekolah, rakan sepejabat, ahli persatuan, ahli politik bak kata masing-masing ada agenda tersendiri. Ada jemputan dikenakan berpakaian kebangsaan, bebas dll. Pokoknya ada diadakan bajet sendirian berupa sedekah, tapi yang malangnya ada guna wang kerajaan tapi pakai nama rumah terbuka nama sendiri, begitu juga ada dapat tajaan/sponsor daripada syarikat berurusan kerja, parti atau kelab atau gotong royong sesama rakan, persatuan ataupun perkongsian anak-anak, jiran atau persatuan/kumpulan. Tradisi ini yang dulunya pakai pinggan mangkuk sendiri atau syarikat tolong menolong dan menunya melibatkan 1 menu utama dan kueh, sekarang ada yang berkhemah arabian, berhawa dingin, meja bulat dan hidangan juga berkasta ada darjat Vip, non Vip dan juga menu pun berbeza. Yang malangnya kalau makanan disediakan tak cukup sebab salah bajet atau yang tak dijemput turut serta. Sebab itu, yang ada fikiran atau pernah buat open house tak akan pergi kalau tak dijemput takut-takut perkara sebegini berlaku. Disamping itu, anak-anak pakat jemput rakan dan tak maklum kepada penaja open house atau jemput maklum tak datang tapi datang juga disaat akhir. Biar apapun ini dianggap rezeki kalau dapat makanan tapi kalau tak dapat/makanan habih jangan dok kutuk tuan rumah/penganjur anggap tak ada rezeki ataupun kalau dapat makan sakit perut atau keracunan makanan.
       Budaya ini semakin hari semakin gah dengan masing-masing berlumba-lumba mempamirkan kekayaan atau kesombongan masing-masing. Gambargambar aktiviti dibuat publisiti menunjukan sambutan meriah, hebat malahan memperkecilkan pihak lain, ini tergolong apabila yang buat open house berpartian, berpuak dan berkelab. Menu juga dah lari ada berkonsepkan barat, Asia barat, melayu dll. Kalau orang Malaysia biasanya menu kemelayuan dengan ketupat, lemang, dodoi, rendang, kueh bahulu, sekarang dah mula campur aduk dah jadi majlis menu kenduri kahwin, hari lahir.
       Tahun ini hanya dapat jemputan 3 open house (2 D, Zaid, SMR dan 3 KAD). Tahun ini juga tak buat open hse cuma panggil sapa nak datang dan hanya di peringkat Blok C anggaran 200 ke 250 orang diadakan pada 9/9/12. Menu utama ikut tingkat (Soto, rojak buah dan jeli, koew teow, roti canai, bihun tom yam, ABC Cendol, mee kari dan nasi lemak) ditaja ikut meyuarat tingkat dan  menu lemang, ketupat, nasi himpit, air minum kordial dan panas serta peralatan hidangan pakai habis (polystrine) disediakan oleh blok sebanyak RM 1,200.00. Jemputan antara 100 ke 150 dipanjangkan kepada penghuni di sekeliling dan rakan-rakan.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive