Friday 22 February 2013

QIAMULLAIL

Alhamdullillah, dapat dipilih Allah SWT bangun untuk menunaikan qiamullail. Sebelah petang selepas solat Maghrib menghadiri syarahan Cintai Rasullullah s.a.w oleh Ustaz azarudin drp Masjid Besi/tuanku Mirzan PUTRAJAYA. Bermula dari maksud berzanji memuji rasullullah sehingga ke Alfoso D Al Ibukaki menyerang Melaka, Tg Keling, the most influential man on the earth dan mengulas mengenai makna cinta pada Rasullah, kegunaan ayat Toha1-5 berkaitan Sahabat rasullulllah Omar Al Khatab. Semua berjalan dalam suasana ceria dan berakhir jam 2110. Majlis diakhiri dengan solat Isyak dan jamuan makan malam kari kambing. Selepas jamuan masing-masing balik dan jam 0400 pagi qiamullail akan dilaksanakan. Jam 246 pagi bangun tapi tidur balik dan jam 4 terbangun dan selepas berwuduk sampai di Surau Luqman Al Hakim, semua jemaah telah selesai melaksankan solat sunat tahjud dan akan memulakan solat tasbih, diikuti solat taubat, solat hajat dan solat witir. Di dalam suasana samar-samar, sejuk pendingin hawa dan suara tuan Imam membuat jemaah ada yang mengalirkan ayat mata penyelesaian ataupun kesayuan. Selesai solat subuh tazkirah ringkas disampaikan oleh ustaz masjid Khalid Al Walid. Semua berakhir dan ianya mengisi sasaran tahun 2013 dan InsyaAllah akan dijadikan ibadah berterusan dan sentiasa istiqamah.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive