Tuesday 19 March 2013

MAJLIS BACAAN YASSIN, TAHLIL, DOA SELAMAT

16 MAC 13. Majlis yang dirancang sejak Dis 12 telah menjadi kenyataan pada 16 Mac 13. Semua dirancang pada awal Mac dengan mengambil kira tidak terperangkap dengan pembubaran Parlimen atau penamaan calon PRU 13 dijangka pada akhir Mac. Mengikut rancangan awal majlis dirancang pada 30 Mac 13. Persiapan dirancang dengan menyediakan menu Nasi Putih, gulai ikan talng kering + nanas, kari kambing, ikan keli bercili, sayur campur dan sambal belacan serta buah limau sunkist, plum dan langsat. Majlis ini sepatutnya bagi majlis pertunangan anak kedua perempuan dan seterusnya majls akikah cucu pertama Nur Alya maisarah. Belanja juga dikeluarkan bagi membeli kerusi colepatra dan cofee table marble (RM 1,200.00) dan yang lain menggunakan barangan kenduri anak pertama tahun 2012 dan simpanan sdn bhd. Kambing biri2 akikah dibeli dari Setiawangsa farm dengan harga RM 950 siap sembelih, dibersihkan dan dipotong ikut jenis masakan manakala upah masak kari dan ikan keli RM 330.00. Persiapan peralatan diperolehi daripada Wisma Perwira MTAT dan surau Luqman Al Hakim. Jemputan terdiri daripada jemaah surau, rakan pejabat dan blok 9 serta rakan kenalan. Ahli keluarga sebelah isteri dan wakil dari utara seramai 4 orang (Mak, Mak Tam, Dik Na dan Naim). Mengikut jadual jam 1100 pagi majlis merisik dan pertunangan, jam 1400 majlis bacaan yassin, tahlil dan doa selamat. Tetamu hanya datang jam 1200 dan berakhir jam 1320 ptg. Selepas jam 1410 majlis kedua dilaksanakan.Majlis pertama dihadiri ahli keluarga dan sebelah lelaki seramai 20 daripada Perlis. persetujuan dicapai bagi maskahwin (ii000.00 dan wang hantaran xv000.00(RM xvi,000.00) dan sebentuk cincin tak dinyatakan atas budibicara. Begitu juga bekas hantaran. Slepas solat zohor jemputan mula tiba dan majlis dikemudikan oleh Ustaz Nwi dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari. Goodies berupa coklat, agar-agar dan kek cawan sebagai buah tangan. Tetamu seramai 50 masa pertunangan dan jam 1400 seramai 150 orang. Syukur semuanya selesai dan selamat dilaksanakan. Wassalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive